Kerajaan Tiada Majoriti Tidak Boleh Nasihat Agong Dr Aziz Bari


 


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) seharusnya menyegerakan sidang khas Parlimen membahaskan usul Undi Percaya kepada Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin.





Menurut pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari, sekiranya kerajaan PN telah kehilangan majoriti dengan penarikan diri Umno maka mereka kehilangan majoriti dan tidak lagi layak menasihati Yang di-Pertuan Agong.





"Saya bersetuju dari segi Perlembagaan isu majoriti ditentukan dengan secepat mungkin kerana keabsahan itu penting untuk menyediakan kepada tindakan dan keputsuan kerajaan.





"Terutama kedudukan, peranan dan kuasa menasihatkan Agong. Sebuah kerajaan tak ada majoriti tak boleh nasihatkan Agong. Jadi Perkara 40 (Agong diminta mengikut nasihat Jemaah Menteri) itu patut dimengertikan dari sudut itu.





"Tanggungjawab Agong menuruti nasihat kerajaan ialah suatu ketetapan mengenai mandat dari Pilihan Raya Umum. Kalau tak ada mandat, dia (kerajaan) tiada hak untuk memaksa nasihat kepada Agong.





"Ini hujah tidak boleh dilengahkan (usul Undi Percaya). Lagi lama dilengahkan akan meletakkan negara ke dalam ketidaktentuan dan ditinggalkan. Sebagai contoh, konglomerat nak buat apa melabur di Malaysia sedangakan di rantau ini ada banyak negara lain yang tidak bermasalah





"Oleh itu saya menjangka dalih yang diberikan PM, perkara ini akan dibawa ke Parlimen bulan depan, saya rasa ia akan berlaku lebih cepat lagi," katanya dalam siaran Facebook bertajuk: "Bila PN Nak Tumbang", malam tadi.





Menurut Ketua Pembangkang DUN Perak itu, setelah Umno menarik sokongan pada 3 Ogos lalu maka kerajaan PN telah menjadi kerajaan minioriti.





Katanya, kerajaan minioriti PN masih tidak digantikan sehingga kini hanya kerana pihak pembangkang tiada calon Perdana Menteri dan tidak bersatu membentuk gabungan untuk dilantik sebagai kerajaan.





Bagi Dr Aziz, kenyataan Mahiaddin menegaskan bahawa beliau mempunyai majoriti ketika bertemu Yang di-Pertuan Agong amat dikesalkan kerana rakyat melihat beliau mentadbir sebuah kerajaan minioriti.





"Respon masyarakat di luar kepada kenyataan PM menyatakan dia masih ada majoriti mengejutkan. Mereka tidak menduga PM begitu berani dan tanpa malu mengatakan itu. Beliau sanggup kata ada majoriti. Walau mungkin apa yang dimaksudkan beliau adalah pentadbiran PN adalah kerajaan minioriti.





"Satu-satunya hujah bagi saya yang kita kemukakan untuk beri alasan (Mahiaddin) kekal PM ialah (dia mentadbir) kerajaan minioriti. Jadi walaupun PN ada 103 dan pembangkang ada 117, tetapi barangkali kekuatan yang ada dengan Mahaiddin kerana mereka ada calon PM dan 117 yang lain tidak ada. Itu satu-satunya alasan memberikan beliau berhak di situ.





"Tetapi politik bergerak dengan pantas dan kita tak tahu apa yang akan berlaku seterusnya," katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/kerajaan-tiada-majoriti-tidak-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Boleh Pecat Pm Jika Enggan Letak Jawatan Dr Aziz Bari

Agong Boleh Pecat Pm Jika Enggan Letak Jawatan Dr Aziz Bari

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 204 hits
Krisis politik yang berpunca daripada kehilangan kredibiliti kerajaan Perikatan Nasional mentadbir negara boleh diselesaikan dengan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin meletak jawatan secara terhormat Bagaimanapun sekiranya beliau berd...
Kerajaan Putuskan Tidak Akan Nasihat Agong Sambung Darurat Enam Ordinan Di Batalkan

Kerajaan Putuskan Tidak Akan Nasihat Agong Sambung Darurat Enam Ordinan Di Batalkan

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 216 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata kerajaan juga memutuska...
Pertahan Kerajaan Darurat Ditarik Balik Majoriti Kerajaan Pn Tidak Boleh Diuji

Pertahan Kerajaan Darurat Ditarik Balik Majoriti Kerajaan Pn Tidak Boleh Diuji

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 271 hits
MALAYSIADATELINE Selepas ditekan agar Dewan Rakyat membuat keputusan mengenai Perintah Darurat melalui perbahasan dan undian Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan keputusan yang mengejutkan iaitu keraja...
Jika Pm Langgar Perlembagaan Agong Ada Kuasa Pecat Aziz Bari

Jika Pm Langgar Perlembagaan Agong Ada Kuasa Pecat Aziz Bari

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 352 hits
Perdana Menteri dalam sistem Wesminister sebagaimana diamalkan di Malaysia boleh dipecat oleh Ketua Negara sekiranya melanggar Perlembagaan atau tidak mahu menunjukkan majoriti keabsahannya untuk berkuasa Pakar undang undang Perlembagaan Dr...
Terkini Peja Kata Agong Boleh Tubuh Kerajaan Minoriti

Terkini Peja Kata Agong Boleh Tubuh Kerajaan Minoriti

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 204 hits
August 4 2021 Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berpandangan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah boleh mempertimbangkan kaedah penubuhan kerajaan minoriti...
Grm Kesal Kerajaan Pn Derhaka Agong

Grm Kesal Kerajaan Pn Derhaka Agong

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 220 hits
Sikap mendahului Yang di Pertuan Agong dalam memansuhkan Ordinan Darurat oleh kerajaan Perikatan Nasional ditentang keras oleh NGO NGO pro Reformasi Menurut Koordinator Gabungan Reformis Malaysia Mustaffa Kamil Ayub tidak sewajarnya Menteri...
Surat Kedua Ydpa Agong Kepada Kerajaan Apakah Maksud Sebenarnya Raja Petra Kamarudin

Surat Kedua Ydpa Agong Kepada Kerajaan Apakah Maksud Sebenarnya Raja Petra Kamarudin

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 388 hits
RAJA PETRA KAMARUDIN Selepas kontroversi kenyataan semalam nampaknya Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong cuba memperbetulkan keadaan menerusi surat kedua yang tular dalam media sosial dan kali ini ia lebih bersifat peribadi bukan sura...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat Pacific Senior Living Bersinar Semasa Sambutan Hari Raya

M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote