Kerajaan Putuskan Tidak Akan Nasihat Agong Sambung Darurat Enam Ordinan Di Batalkan




KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata kerajaan juga memutuskan berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan.
"Saya mengesahkan bahawa kerajaan memutuskan tidak akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat baru apabila ia tamat pada 1 Ogos 2021.
"Kerajaan sudah menarik balik semua ordinan darurat berkenaan pada 21 Julai lalu. Pembatalan ini menjadikan isu Proklamasi dan Ordinan Darurat tidak lagi berbangkit," katanya pada hari pertama Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan beberapa ordinan sepanjang tempoh Proklamasi Darurat antaranya Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu); Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (pindaan) 2021.
Selain itu, Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja)(pindaan) 2021, turut dilaksana dalam usaha menbendung penularan COVID-19.
Pengumuman mengenai pembatalan ordinan berkaitan darurat berkenaan mendatangkan bantahan daripada pihak pembangkang, yang menuntut agar Takiyuddin menjelaskan bilakah peraturan itu dibatalkan dan mekanisme pembatalan itu dibuat.
Sebilangan anggota parlimen pembangkang mengatakan peraturan darurat harus dibatalkan melalui Parlimen sebagaimana yang dikehendaki oleh Fasal 150 (3).
Setakat jam 11.45 pagi hari ini, tidak ada warta baru yang dikeluarkan di laman web Jabatan Peguam Negara mengenai pembatalan peraturan tersebut.
Setelah banyak tunjuk perasaan ahli parlimen pembangkang, Takiyuddin mengatakan keputusan telah dibuat pada 21 Julai lalu, iaitu mesyuarat Kabinet terakhir.
Mengulas lanjut, Takuyiddin menjelaskan, Yang di-Pertuan Agong juga sudah memberi perkenan kepada sidang khas Dewan Rakyat kali ini, yang berlangsung pada 26, 27, 28 dan 29 Julai serta 2 Ogos manakala persidangan Dewan Negara ditetapkan pada 3 hingga 5 Ogos.
"Dalam surat ini (kepada kerajaan), titah Yang di-Pertuan Agong memberi maklum sudah perkenan untuk kerajaan adakan sidang khas pada 26 Julai (hari ini)," katanya.
Sidang khas Parlimen sebelum ini pernah diadakan antaranya berkenaan isu Gaza pada 12 Januari 2009, isu MH17 pada 23 Julai 2014 dan Isu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada 26 dan 27 Januari 2016. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/07/kerajaan-putuskan-tidak-nasihat-agong.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Tak Perkenan Kerajaan Batal Ordinan Darurat Kata Istana Negara

Agong Tak Perkenan Kerajaan Batal Ordinan Darurat Kata Istana Negara

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 265 hits
Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan baginda kata Datuk Penge...
Isu Derhaka Agong Batalkan Ordinan Darurat Ini Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri

Isu Derhaka Agong Batalkan Ordinan Darurat Ini Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 270 hits
MERUJUK kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara hari ini Kerajaan ingin menjunjung kasih di atas titah penghargaan yang dizahirkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong kepada Kerajaan kerana telah melaksanakan M...
Batal Ordinan Darurat Sewenang Wenang Bukti Kerajaan Haprak

Batal Ordinan Darurat Sewenang Wenang Bukti Kerajaan Haprak

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 275 hits
1 GERAK menggesa seluruh tumpuan mesti ke arah menggantikan kerajaan hari ini 2 Apa yang berlaku di Parlimen hari ini amat jelas memperlihatkan bukan sahaja kerajaan ini gagal tetapi terdesak dan sanggup melanggar tertib dan asas moral nega...
Warkah Berkaitan Penamatan Ordinan Darurat Kepada Pm Daripada Agong Tular Pada Jumaat

Warkah Berkaitan Penamatan Ordinan Darurat Kepada Pm Daripada Agong Tular Pada Jumaat

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 269 hits
KUALA LUMPUR Warkah berkaitan penamatan Ordinan Darurat daripada Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tular di media sosial pada Jumaat Ahli Parlimen Ka...
Jangan Dolak Dalik Jawab Agong Perkenan Batal Ordinan Darurat Atau Belum Anwar Beritahu Takiyuddin

Jangan Dolak Dalik Jawab Agong Perkenan Batal Ordinan Darurat Atau Belum Anwar Beritahu Takiyuddin

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 360 hits
Takiyuddin Hassan menegaskan semua isu berkaitan darurat akan dijawab pada Isnin PETALING JAYA Walaupun diasak berkali kali oleh pembangkang Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan hari ini enggan memberitahu Dewan Rakyat sama ...
Penggumuman Tidak Sambung Darurat Tanpa Perkenan Agong Satu Penghinaan

Penggumuman Tidak Sambung Darurat Tanpa Perkenan Agong Satu Penghinaan

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 238 hits
PETALING JAYA Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hasan bahawa kerajaan tidak akan menasihati Yang di Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat sebagai satu penghinaa...
Laksanakan Titah Agong Bahas Ordinan Darurat Isnin Ini

Laksanakan Titah Agong Bahas Ordinan Darurat Isnin Ini

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 327 hits
Kenyataan bahawa pemansuhan Ordinan Darurat dibuat secara tertib oleh kerajaan Perikatan Nasional tidak boleh dipakai selepas Yang di Pertuan Agong mengutus surat menegur Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin mengenai kronologi mempersem...
Seperti Kaduk Naik Junjung Zahid Ibaratkan Pemimpin Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong

Seperti Kaduk Naik Junjung Zahid Ibaratkan Pemimpin Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 261 hits
July 29 2021 3 59 PMAhmad Zahid Hamidi berkata susulan kenyataan Istana Negara itu rakyat tidak perlu lagi menunggu sehingga Isnin untuk mendapat penjelasan kerajaan PN mengenai sama ada pembatalan Ordinan Darurat mendapat perkenan Agong PE...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff