Kekeliruan Arahan Bekerja Kerajaan Digesa Berbincang Dengan Mtuc



SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan mengadakan perbincangan dengan pihaknya sebagai organisasi yang mewakili pekerja susulan arahan mengelirukan dikeluarkan kerajaan kepada pekerja di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pemangku Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, kerajaan perlu mengadakan perjumpaan dengan MTUC sebelum sesuatu keputusan diumumkan kepada pekerja kerana situasi yang berlaku sekarang boleh menimbulkan pelbagai konflik.
Menurutnya, pertemuan itu untuk membincangkan perkara penting berkaitan arahan kerajaan iaitu tentang ujian saringan koronavirus (Covid-19), subsidi internet dan elektrik, kapasiti kelajuan internet dan perlanjutan tempoh moratorium.
“Dari segi ujian saringan Covid-19, MTUC mengalu-alukan inisiatif untuk melakukan ujian itu terhadap pekerja yang berisiko tinggi dan mereka yang disenaraikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
30-40% lagi pekerja berisiko dipecat, potong gaji – MTUC

“Bagaimanapun, MTUC berpendapat kerajaan harus menanggung atau memberi baucar bagi membolehkan pekerja berisiko menjalani ujian Covid-19. Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) perlu memainkan peranan penting bagi membiayai kos bagi pekerja untuk menjalani ujian ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kelmarin, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pekerja sektor awam dan swasta bahagian pengurusan dan penyeliaan dalam zon merah kawasan PKPB diarah bekerja dari rumah berkuat kuasa hari ini.
Arahan itu meliputi satu juta kakitangan di kedua-dua sektor membabitkan Wilayah Persekutuan Kula Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah untuk mengekang penularan dan kewujudan kluster baharu Covid-19 di tempat kerja.
Rahmatan lil alamin: Kefahaman dan kekeliruan

Namun, arahan yang diberikan secara umum itu menimbulkan kekeliruan dan rungutan dalam kalangan pekerja selain kerajaan turut mewajibkan pekerja yang tinggal di zon merah perlu menjalani ujian calitan (swab).
Mengulas lanjut, Mohd Effendy berkata, majikan juga boleh membantu melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) secara menang-menang memandangkan komitmen pekerja kepada syarikat demi kelangsungan kedua-dua pihak.
Menurutnya, ujian saringan Covid-19 amat penting bagi memastikan keadaan yang sihat serta menghentikan penularan wabak Covid-19.
“MTUC juga menyaran supaya di dalam Perjanjian Bersama Syarikat (CA) untuk terma perubatan dimasukkan terma Covid-19 ini.
“Di samping itu pihak insurans juga boleh mengambil inisiatif untuk memasukkan Covid-19 dalam kategori lingkungan penyakit,” katanya.
Tak perlu pengawal dari Pakistan, dahulukan rakyat tempatan, gesa MTUC

Mohd Effendy menegaskan, kerajaan juga perlu mempertimbangkan untuk pemberian subsidi penggunaan internet dan elektrik kepada pekerja yang berada dalam lingkungan kawasan zon merah dan perlu bekerja dari rumah terutama di Sabah dan Lembah Klang.
“Pekerja terpaksa menanggung kos lebihan untuk melakukan kerja dari rumah seperti menambah data telefon dan penggunaan elektrik di mana pekerja tidak mendapat apa-apa tambahan pendapatan dan hanya menerima gaji pokok sahaja.
“Berdasarkan maklum balas yang diterima MTUC sebelum ini juga, pelaksanaan kerja dari rumah menyebabkan kelajuan internet menjadi perlahan dan kadang-kadang perkhidmatan internet tergendala. Keadaan ini juga boleh menyebabkan gangguan kerja-kerja dari rumah,” katanya.
Justeru, katanya, MTUC turut memohon supaya kelajuan internet dapat dinaik taraf untuk kemudahan pekerja yang bekerja dari rumah.
PKPB Sabah guna SOP yang dikeluarkan MKN

Dalam perkembangan sama, Mohd Effendy turut memohon kerajaan menyarankan kepada semua bank agar tempoh moratorium pinjaman dilanjutkan sehingga Mac 2021 kerana ramai pekerja hilang mata pencarian ekoran operasi perniagaan menerima implikasi buruk kesan penularan Covid-19.
Katanya, kerajaan juga boleh mengadakan One Stop Centre bagi platform maklumat serta perbincangan dengan semua pihak bagi memastikan setiap keputusan adalah sama dan konsisten daripada semua pihak yang terlibat.
MTUC mahu lelaki dirakam serang pengawal keselamatan ditahan

The post Kekeliruan arahan bekerja: Kerajaan digesa berbincang dengan MTUC appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/22/kekeliruan-arahan-bekerja-kerajaan-digesa-berbincang-dengan-mtuc/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Terus Bekerja Komited Lindungi Rakyat

Kerajaan Terus Bekerja Komited Lindungi Rakyat

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 297 hits
Dilihat terus melaksanakan titah Agong dengan mengadakan mesyuarat malam tadiKUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjunjung kasih kepercayaan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah kep...
Demonstrasi Anti Kerajaan Terus Berlangsung Di Bangkok Ingkar Arahan Darurat

Demonstrasi Anti Kerajaan Terus Berlangsung Di Bangkok Ingkar Arahan Darurat

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 209 hits
Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di tiga lokasi di Bangkok sekali gus mengingkari larangan untuk menyertai demonstrasi pada hari kelima Berbekalkan notis singkat daripada penganjur para penunjuk perasaan berhimpun di persimpangan Kasetsar...
Arahan Work From Home Atau Bekerja Dari Rumah Di Musim Pkpb Kali Ini

Arahan Work From Home Atau Bekerja Dari Rumah Di Musim Pkpb Kali Ini

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 301 hits
Hi Korang Petikan sedikit dari mstar com my Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan kerajaan bersetuju mengarahkan sejuta pekerja untuk bekerja dari rumah berkuatkuasa 22 Oktober ini SERAMAI 1 juta pekerja daripada sektor awam dan...
Kerajaan Negeri Pahang Mohon Teliti Semula Arahan Tutup Taman Negara Kuala Tahan

Kerajaan Negeri Pahang Mohon Teliti Semula Arahan Tutup Taman Negara Kuala Tahan

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 229 hits
BENTONG Kerajaan Negeri Pahang memohon pihak berkaitan untuk meneliti semula arahan penutupan Taman Negara Kuala Tahan kira kira 180 kilometer dari sini memandangkan negeri ini tidak terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan B...
Pemimpin Akar Umbi Ppbm Khuatir Kerajaan Pn Akan Runtuh

Pemimpin Akar Umbi Ppbm Khuatir Kerajaan Pn Akan Runtuh

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 334 hits
Sebilangan pemimpin akar umbi PPBM khuatir kerajaan gabungan pimpinan parti itu mungkin runtuh Mereka merasakan kepimpinan PPBM harus akur kepada beberapa tuntutan Umno termasuk jawatan timbalan perdana menteri untuk mengekalkan pemerintaha...
Pas Gesa Sokong Kerajaan His Majesty S

Pas Gesa Sokong Kerajaan His Majesty S

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 264 hits
INIKAH KABINET KERAJAAN HIS MAJESTY S GOVERMENT MEREKA TERDIRI DARI PARTI PARTI BN PN GPS PAS DAN GRS KETUA MEREKA DILANTIK OLEH YANG DIPERTUAN AGONG SEDANG MEREKA MEMERINTAH TETIBA NUAR BRAHIM MENDAKWA DIA ADA MAJORITY BILA DIA MENGADAP D ...
Kerajaan Abah Din Di Hujung Tanduk Umno Mungkin Akan Bekerjasama Dengan Anwar

Kerajaan Abah Din Di Hujung Tanduk Umno Mungkin Akan Bekerjasama Dengan Anwar

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 279 hits
Kenyataan Ahmad Maslan yang memaklumkan UMNO sedang mempertimbangkan menarik diri dari dari menyokong Perikatan Nasional dan mengenakan syarat baharu jika mahu terus bekerjasama bukanlah ancaman tetapi satu keputusan sebulat suara dari pemi...
Hanya Gabungan Berbagai Bangsa Dan Parti Sahaja Dapat Memnangkan Sesebuah Kerajaan

Hanya Gabungan Berbagai Bangsa Dan Parti Sahaja Dapat Memnangkan Sesebuah Kerajaan

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 185 hits
Asalamualaikum Saya bertanding pru tahun 1999 di dun changkat Jong di Parlimen Teluk Intan Saya kalah kerana masa itu yang sokong saya adalah satu kaum sahaja melayu masa itu saya bersama parti keadilan Umno di sokong oleh masyarakat cina d...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri