Kerajaan Pn Lemah Rakyat Pula Yang Salah



Tindakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin menyalahkan kebebasan rakyat memilih dalam Pilihan Raya Umum 2018 lalu sehingga menyebabkan krisis politik hari ini dikecam banyak pihak.
Menurut Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, rakyat tidak boleh dipersalahkan memilih Pakatan Harapan yang mahu membawa perubahan sebaliknya, kata Syed Ibrahim, Perikatan Nasional (PN) ‘menebuk atap’ di tengah jalan menyebabkan perubahan yang dijanjikan tidak berlaku.
Katanya, Zahidi lebih maklum untuk menjawab kenyataannya sendiri memandangkan beliau adalah menteri Kerajaan PN dan boleh membetulkan keadaan.
“Kenyataan Datuk Zahidi baru-baru ini merupakan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan memalukan.
“Dalam video yang tular itu, beliau menyebut bahawa keadaan “politik 50-50” sekarang yang menyebabkan pelabur tidak datang dan ekonomi negara tidak baik adalah salah rakyat yang turun mengundi sewaktu PRU-14. Beliau turut mengatakan bahawa keputusan yang dibuat rakyat itu adalah salah dan orang politik yang perlu perbetulkan keadaan.
“Saya menyarankan agar Zahidi mengambil peluang untuk mencermin diri, adakah beliau sendiri sudah memperbetulkan keadaan? Dengan pelbagai kenyataan, peristiwa dan usaha yang acuh tidak acuh sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, adakah beliau berhak untuk meletakkan keadaan sekarang ke atas pundak rakyat?” tanya Syed Ibrahim dalam satu kenyataan.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor itu rakyat tidak lupa gelagat Zahidi dalam berhadapan isu terkait Veveonah Mosibin yang terpaksa memanjat pokok untuk menjawab soalan peperiksaan kerana akses internet yang buruk di pedalaman Sabah.
“Saya juga yakin yang rakyat tidak lupa kenyataan beliau untuk mengusahakan internet percuma di IPT sedangkan kebanyakan IPT sudah mewujudkan kemudahan ini.
“Selain itu, rakyat juga makin cakna dengan kelemahan kerajaan PN dalam menguruskan isu capaian internet terutamanya di kawasan luar bandar yang membawa kepada banyak isu lain.
“Tidak kurang juga isu berita-berita palsu yang tersebar, fenomena penipuan atas talian yang semakin membimbangkan. Adakah beliau mahu meletakkan punca masalah-masalah ini pada rakyat?” tanyanya lagi.
Sehubungan itu, Jurucakap Teknologi Digital, Telekomunikasi dan Pengangkutan KEADILAN itu menasihatkan Zahidi berhenti daripada terus menyalahkan rakyat sekiranya beliau sendiri tidak mampu untuk memperbaiki keadaan.
“Cukuplah menyalahkan rakyat Yang Berhormat Timbalan Menteri. Rakyat yang melaksanakan amanah membuang undi untuk mengangkat demokrasi tidak salah.
“Kerajaan yang hanya bermain politik, tidak serius mengambil berat isu terkait rakyat dan meletakkan kesalahan pada pihak lain inilah yang bersalah dan tidak bertanggungjawab,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30327

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakar Ek0nomi Pula Tampil Jelaskan Apa Akan Jadi Pada Kwsp Jika Kerajaan Bagi Keluar Akaun 1 Pada Rakyat

Pakar Ek0nomi Pula Tampil Jelaskan Apa Akan Jadi Pada Kwsp Jika Kerajaan Bagi Keluar Akaun 1 Pada Rakyat

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 386 hits
KUALA LUMPUR Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan berdepan kekurangan dana yang sangat besar sekiranya cdangan pengeluaran wang daripada Akaun 1 dilaksanakan Menurut Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Bvruh Masa Hadapan Perkeso Prof Ma...
Rakyat Mahu Kerajaan Baru Bukan Darurat

Rakyat Mahu Kerajaan Baru Bukan Darurat

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 270 hits
Rakyat Malaysia menolak negara diisytihar darurat sebagaimana cadangan yang disyorkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional kepada Yang di Pertuan Agong kelmarin Menurut kajian Institut Darul Ehsan kira kira 77 rakyat Malaysia tidak setuju darur...
Tukar Kerajaan Belum Tentu Untungkan Rakyat Kata Pemimpin Dap

Tukar Kerajaan Belum Tentu Untungkan Rakyat Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 290 hits
Semua jentera kerajaan atau pembangkang perlu memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat pada fasa pandemik Covid 19 ini Ketua Pemuda DAP Johor Sheikh Umar Bagharib Ali berpendapat kerajaan pada hari ini dari segi undang undang adalah sah teta...
Pelan Digital Perlis 2025 Jadi Jambatan Penghubung Kerajaan Rakyat Dan Swasta

Pelan Digital Perlis 2025 Jadi Jambatan Penghubung Kerajaan Rakyat Dan Swasta

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 318 hits
UMNO ONLINEKANGAR Kerajaan negeri Perlis yang tidak mahu ketinggalan dalam arus pembangunan digital mutakhir mengambil inisiatif memperkenalkan pelan Digital Perlis 2025 sebagai langkah awal menghubungkan kerajaan rakyat dan swasta menerusi...
Suara Hati Rakyat Malaysia Tolak Darurat Wujud Kerajaan Baru

Suara Hati Rakyat Malaysia Tolak Darurat Wujud Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 352 hits
Susulan kecelaruan politik sejak beberapa hari lalu berikutan hasrat Muhyiddin Yassin mahu mendapat perkenan Agong untuk menguatkuasakan darurat badan penyelidik Institut Darul Ehsan atau IDE telah tampil melakukan tinjauan umum Tinjauan ya...
Seluruh Kerajaan Kit Siang Seru Wakil Rakyat Bersatu Perangi Covid 19

Seluruh Kerajaan Kit Siang Seru Wakil Rakyat Bersatu Perangi Covid 19

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 231 hits
Lim Kit Siang mengulas titah Al Sultan Abdullah Ri yatuddin Al Mustafa Billah Shah bahawa tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan Foto oleh Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR 25 Okt Lim Kit Siang menggesa kesemua ahli parlimen bersatu dalam usa...
Kerajaan Perlu Benarkan Pengeluaran Wang Kwsp Bagi Mengelakkan Rakyat Yang Terjejas Pinjam Duit Ah Long

Kerajaan Perlu Benarkan Pengeluaran Wang Kwsp Bagi Mengelakkan Rakyat Yang Terjejas Pinjam Duit Ah Long

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 360 hits
Kerajaan digesa mengkaji semula cadangan membenarkan pekerja di Malaysia membuat pengeluaran akaun satu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung ekoran pandemik Covid 19 nbsp Timbalan Presiden Kongres...
8 Bulan Kerajaan Tanpa Mandat Rakyat Mentadbir Tapi Tidak Pernah Aman Mengapa

8 Bulan Kerajaan Tanpa Mandat Rakyat Mentadbir Tapi Tidak Pernah Aman Mengapa

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 324 hits
Gangguan kesempitan bencana kesusahan tekanan terus menghantui era pemerintahan rejim pintu belakang sejak feb lalu hingga kini Meskipun setiap hari PM membacakan doa namun bukan kelapangan yang diperolehi bahkan kesempitan semakin mendatan...
Anwar Kerjasama Kerajaan Pembangkang Rangka Belanjawan 2021 Atasi Masalah Rakyat

Anwar Kerjasama Kerajaan Pembangkang Rangka Belanjawan 2021 Atasi Masalah Rakyat

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 322 hits
SHAH ALAM 27 OKT KEADILAN menyeru kerjasama kedua belah pihak antara kerajaan dan pembangkang bagi merangka Belanjawan 2021 Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi merencana strategi yang ampuh dalam menangani dampak pandemik Covi...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet