Kerajaan Setuju Tawar Kontrak 2 Tahun Kepada Petugas Kesihatan Pm


 

Kerajaan bersetuju agar pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan kontrak perkhidmatan untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan hari ini berkata langkah itu bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.
Jelasnya ia merupakan antara beberapa langkah penyelesaian segera dipersetujui Kabinet selepas kertas cadangan berhubung penambahbaikan kumpulan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak itu dibentangkan Kementerian Kesihatan (KKM) kepada Mesyuarat Kabinet pada 14 Julai lepas.
"Kerajaan amat memahami tuntutan kumpulan petugas kesihatan berstatus kontrak ini dan sedar bahawa sumbangan dan peranan mereka sebagai barisan hadapan adalah amat penting dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat, terutamanya dalam situasi pandemik COVID-19," katanya.




Perdana Menteri berkata Kabinet juga bersetuju melanjutkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh maksimum empat tahun bagi pegawai perubatan dan pegawai pergigian yang diterima mengikuti pengajian kepakaran dalam tempoh kontrak dua tahun pertama.
Langkah itu bagi memastikan pegawai berkenaan berjaya melengkapkan pengajian kepakaran masing-masing, kata Muhyiddin. 
"Kabinet turut memahami kebimbangan dan masalah yang dihadapi kumpulan pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak berhubung kesetaraan laluan kerjaya mereka.
"Bagi memastikan laluan kerjaya yang setara dan adil, Kabinet bersetuju agar pelantikan secara kontrak diuruskan mengikut kesetaraan kerjaya pegawai tetap dan ditawarkan Cuti Belajar Bergaji penuh serta tajaan pengajian yang setara dengan Cuti Belajar Bergaji Penuh dan Hadiah Latihan Persekutuan," katanya.
Perdana Menteri berkata antara persetujuan lain yang turut dicapai adalah menambah baik kemudahan atau faedah yang ditawarkan kepada pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak seperti Cuti Tugas Khas Perubatan, Cuti Tibi dan kemudahan tambang mengunjungi wilayah asal.
Keputusan itu juga akan memberi ruang kepada kerajaan untuk memuktamadkan kajian reformasi sistem kesihatan yang sedang dilaksanakan, meneliti ketetapan sedia ada dalam Akta Perubatan 1971 dan merangka hala tuju jangka panjang bagi perkhidmatan perubatan.
Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus komited memastikan kebajikan dan laluan kerjaya petugas kesihatan lantikan kontrak berkenaan diberikan perhatian sewajarnya serta bersifat adil.


-- BERNAMA


 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/07/kerajaan-setuju-tawar-kontrak-2-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Setuju Lanjutkan Kontrak Pegawai Perubatan Kontrak

Kerajaan Setuju Lanjutkan Kontrak Pegawai Perubatan Kontrak

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 238 hits
Kerajaan hari ini bersetuju untuk melanjutkan tempoh kontrak semua pegawai perubatan terlibat dengan menawarkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berk...
Khidmat Doktor Kontrak Dilanjut Dua Tahun Kemudahan Dan Faedah Ditambah Baik

Khidmat Doktor Kontrak Dilanjut Dua Tahun Kemudahan Dan Faedah Ditambah Baik

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 430 hits
Foto hiasan KUALA LUMPUR Pegawai Perubatan Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi lantikan kontrak akan ditawarkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muh...
Isu Kakitangan Kesihatan Kontrak Dijangka Selesai Rabu Ini

Isu Kakitangan Kesihatan Kontrak Dijangka Selesai Rabu Ini

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 296 hits
Oleh Gambar hiasan Foto fail NSTP KUALA LUMPUR Polemik petugas kesihatan kontrak diyakini dapat diselesaikan secara harmoni menerusi mesyuarat Kabinet Rabu ini Pengerusi Bahagian Pelatih Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan di Persatuan Pe...
Awani Borneo 09 07 2021 Jamin Jpbn Sarawak Petugas Kesihatan Sukarelawan

Awani Borneo 09 07 2021 Jamin Jpbn Sarawak Petugas Kesihatan Sukarelawan

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 387 hits
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Assim Hassan membawakan tumpuan berikut Tumpuan AWANIBorneo 9 Julai 2021 Varian Delta di Sarawak terkawal Keselamatan pusat pemberian vaksin di Sarawak dipertingkatkan
Doktor Kontrak Masih Berharap Kerajaan Pertimbang Rayuan

Doktor Kontrak Masih Berharap Kerajaan Pertimbang Rayuan

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 253 hits
KUALA LUMPUR Pegawai perubatan kontrak tetap menaruh harapan supaya kerajaan mempertimbang rayuan mereka untuk diserap ke jawatan tetap walaupun kerajaan bersetuju melanjutkan kontrak mereka bagi tempoh maksimum empat tahun ke atas Seorang ...
Tpm Umum Kerajaan Setuju Tubuh Rci Tabung Haji

Tpm Umum Kerajaan Setuju Tubuh Rci Tabung Haji

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 364 hits
gemilangdaily comTPM umum kerajaan setuju tubuh RCI Tabung Haji Kerajaan hari ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat isu isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji dari tahun 2014 hingga 2020 Timbalan Perdana M...
Apa Lah Masaalah Kerajaan Gagal Ini Nak Tamatkan Kontrak Diketika Pandemik Gagal Dikawal

Apa Lah Masaalah Kerajaan Gagal Ini Nak Tamatkan Kontrak Diketika Pandemik Gagal Dikawal

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 355 hits
NOOR AZIMAH RAZALIMasa kes covid 19 tinggi Kerajaan nak tamatkan kontrak doktor Apa masalah ni Pecat je menteri yang makan gaji buta tu
Kerajaan Ph Terbaik Perjuangkan Nasib Doktor Kontrak

Kerajaan Ph Terbaik Perjuangkan Nasib Doktor Kontrak

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 343 hits
Pemerhatian saya sebagai kakitangan KKM yang bekerja dalam era 3 blok politik Jawapan saya pun dari sudut pandang politik Mungkin saya bias tapi bias saya berpandukan fakta Skim kontrak dalam KKM telah dimulakan oleh kerajaan BN sejak 2016 ...
Beri Satu Dos Awal Vaksin Covid 19 Akhirnya Kerajaan Pn Setuju Idea Anwar

Beri Satu Dos Awal Vaksin Covid 19 Akhirnya Kerajaan Pn Setuju Idea Anwar

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 267 hits
Kerajaan Perikatan Nasional kelmarin bersetuju untuk memberi satu dos awal vaksin Covid 19 kepada seluruh rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terjejas teruk akibat jangkitan pandemik sejak beberapa bulan lalu Menurut P...
Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Motosikal Jadi Kapal Selam Redah Banjir

Dewi Perssik Cinta Merah Jambu Chord

Monday Morning In Tanah Rata Cameron Highland

1mdb Najib Razak Tak Bersalah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kari Ikan Chef Anand

General Service Tax And The Banana Republic Of Confusion

Tri Suaka Feat Langit Sore Galaksi Dan Bumi Chord

Upsi Bus Crash Survivors To Get Oku Card Says Noraini

Hamzah Denies Plot To Oust Muhyiddin As Pn Bersatu Leader

Umno Must Come First Says Mohamad Hasan Amid Talk Of Internal Sabotage