Tpm Umum Kerajaan Setuju Tubuh Rci Tabung Haji


gemilangdaily.com
14/07/2021 7:20 PM

TPM umum kerajaan setuju tubuh RCI Tabung Haji. Kerajaan hari ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji (LTH) dari tahun 2014 hingga 2020.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata siasatan itu adalah hasil pengauditan perunding-perunding seperti
PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger.

Ujarnya, terdapat empat terma RCI yang dipersetujui Jemaah Menteri yang bermesyuarat hari ini termasuk menumpukan kepada hasil penemuan perunding-perunding ke atas isu-isu berbangkit LTH dari tahun 2014 hingga tahun 2020 tetapi tidak termasuk Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH yang sedang dilaksanakan pada masa ini.

“(Selain itu) Menentukan sama ada terdapat tindakan menyembunyikan (cover up) maklumat berkaitan isu-isu yang dibangkitkan dan perbuatan memberi kenyataan yang mengelirukan mengenainya.

“Mengesyorkan tindakan yang sesuai diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung jika mereka didapati melanggar mana-mana peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa tanpa menjejaskan apa-apa siasatan dan tindakan perundangan yang sedang dilaksanakan oleh pihak-pihak berkuasa berkaitan.

“Langkah ini adalah bertujuan untuk penambahbaikan dan tadbir urus LTH.
“Mengemukakan kepada kerajaan laporan hasil semakan dan syor mengenai tindakan susulan, jika perlu, dalam tempoh tiga bulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut mengenal pasti senarai keahlian RCI yang dicadangkan terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang syariah, perundangan, perbankan Islam dan pelaburan.

Bagaimanapun, perincian berhubung penubuhan dari segi terma dan rujukan serta keanggotaan RCI akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Penubuhan RCI ini adalah wajar supaya siasatan lanjut dapat dibuat terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan tersebut dan perakuan sewajarnya dapat dikemukakan kepada Kerajaan bagi memulihkan imej serta keyakinan rakyat terhadap kewibawaan LTH.

“Ini juga bagi memastikan satu siasatan dalaman yang telus dan amanah dilaksanakan demi memastikan LTH telah menjalankan mandat dengan profesional dalam menguruskan wang deposit umat Islam,” katanya.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-setuju-tubuh-rci-siasat-lembaga-tabung-haji-tpm-308417

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/tpm-umum-kerajaan-setuju-tubuh-rci.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Umno Gesa Kerajaan Perluaskan Skop Siasatan Rci Tabung Haji

Pemuda Umno Gesa Kerajaan Perluaskan Skop Siasatan Rci Tabung Haji

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 451 hits
Ketuanya Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini bagi memastikan kemurnian institusi Islam itu tercapai PETALING JAYA Pemuda Umno menggesa kerajaan memperluaskan skop Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji bagi memastikan kemurnian ins...
Transaksi Penjualan Aset Tabung Haji Era Ph Diteliti Rci

Transaksi Penjualan Aset Tabung Haji Era Ph Diteliti Rci

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 271 hits
HARAKAH DAILY KOTA BHARU Kerajaan Perikatan Nasional menubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kecacatan yang berlaku dalam Lembaga Tabung Haji selain menghentikan transaksi penjualan aset asetnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdan...
Tabung Haji Akan Jadi Seperti Bank Yang Fikirkan Untung Jika Kerajaan Pinda Status

Tabung Haji Akan Jadi Seperti Bank Yang Fikirkan Untung Jika Kerajaan Pinda Status

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 279 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONBekas penasihat media kepada Tun Dr Mahathir Mohamad A Kadir Jasin menyifatkan cadangan meminda status Lembaga Tabung Haji dan meletakkannya di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia sebagai langkah radikal yang perlu d...
Ismail Sabri Dilantik Sebagai Tpm Zahid Hamidi Umum Umno Tarik Diri Dari Kerajaan Pn

Ismail Sabri Dilantik Sebagai Tpm Zahid Hamidi Umum Umno Tarik Diri Dari Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 404 hits
Ismail Sabri dilantik sebagai TPM Zahid Hamidi umum UMNO tarik diri dari Kerajaan PNBerkuatkuasa serta merta semalam Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas sekian lama jawatan tersebut tidak diisi o...
Rci Tabung Haji Akan Ditubuh Untuk Pulih Keyakinan Rakyat

Rci Tabung Haji Akan Ditubuh Untuk Pulih Keyakinan Rakyat

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 321 hits
AGENDA DAILY RCI Lembaga Tabung Haji akan ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat isu isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji akan ditubuhkan ia selaras bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 Perkara itu diumumkan Timbalan P...
Terkini Rci Tabung Haji Mujahid Sedia Dedah

Terkini Rci Tabung Haji Mujahid Sedia Dedah

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 334 hits
Terkini RCI Tabung Haji Mujahid sedia dedah BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa bersedia mendedahkan langkah dan tindakan yang telah diambil oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelamatkan Tabung Haji...
Saya Sedia Dedah Jika Dipanggil Rci Tabung Haji Kata Mujahid

Saya Sedia Dedah Jika Dipanggil Rci Tabung Haji Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 326 hits
July 15 2021 11 45 AMMujahid Yusof Rawa berkata beliau sedia memberi kerjasama sekiranya dipanggil Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji PETALING JAYA Bekas menteri di jabatan perdana menteri Mujahid Yusof Rawa bersedia memberi kerjasama ...
Eh Dulu Mujahid Kata Tak Perlu Rci Siasat Tabung Haji Tu Tapi Hari Ini

Eh Dulu Mujahid Kata Tak Perlu Rci Siasat Tabung Haji Tu Tapi Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 440 hits
Semalam mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan RCI di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 bagi menyiasat isu berbangkit mengenai pengurusan dan operasi TH Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata siasatan mera...
Tabung Haji Perkukuh Keyakinan Tambah Baik Pengurusan Syahir Sulaiman

Tabung Haji Perkukuh Keyakinan Tambah Baik Pengurusan Syahir Sulaiman

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 297 hits
Tabung Haji merupakan sebuah institusi ekonomi terulung kepada umat Islam di Malaysia Tujuan penubuhannya adalah sangat mulia semata mata untuk memastikan simpanan umat Islam terjamin dan bebas riba bagi membolehkan mereka menunaikan ibadat...
7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Jamal Harap Sri Pahang Fc Terus Kekal Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Pada Musim Depan

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Pimpinku Ke Jannah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Logo Smk Bukit Rangin Trace Logo

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Pulangnya Ayahanda Ke Rahmatullah

Tips Menjadikan Kotak Perfume Anda Lebih Premium Elegan

Panduan Memilih Kotak Air Freshener Yang Sesuai Untuk Produk Anda

Mangsa Banjir Terasa Berat Terima Tetamu