Kerajaan Setuju Lanjutkan Kontrak Pegawai Perubatan Kontrak


 Shakira Buang
Kerajaan hari ini bersetuju untuk melanjutkan tempoh kontrak semua pegawai perubatan terlibat dengan menawarkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib.
Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata langkah penyelesaian segera itu bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.
"Sebagai langkah penyelesaian segera, kabinet bersetuju supaya pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.
"Kabinet juga bersetuju melanjutkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh maksimum empat tahun ke atas pegawai perubatan dan pegawai pergigian yang diterima mengikuti pengajian kepakaran dalam tempoh kontrak dua tahun pertama," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, langkah ini juga bagi memastikan pegawai-pegawai yang berkenaan berjaya melengkapkan pengajian kepakaran masing-masing.
Menurut Muhyiddin, bagi memastikan laluan kerjaya yang setara dan adil, jemaah menteri juga bersetuju agar pelantikan secara kontrak diuruskan mengikut kesetaraan kerjaya pegawai tetap dan ditawarkan cuti belajar bergaji penuh serta tajaan pengajian yang setara dengan cuti belajar bergaji penuh dan hadiah latihan persekutuan.
“Antara persetujuan lain yang turut dicapai adalah menambah baik kemudahan atau faedah yang ditawarkan kepada pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak seperti cuti tugas khas perubatan, cuti tibi dan kemudahan tambang mengunjungi wilayah asal,” katanya.
Jelas Muhyiddin, keputusan-keputusan itu akan memberi ruang kepada kerajaan untuk memuktamadkan kajian reformasi sistem kesihatan yang sedang dilaksanakan, meneliti ketetapan sedia ada dalam Akta Perubatan 1971 dan merangka hala tuju jangka panjang bagi perkhidmatan perubatan.
Selain itu, Muhyiddin berkata dia juga mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta agensi berkaitan untuk merangka pelan komprehensif dan inklusif bagi menangani isu yang timbul sebelum ini.
"Ia merangkumi tindakan segera, pelan jangka pendek sederhana dan pelan jangka panjang," katanya.
Tambahnya lagi, kerajaaan amat menghargai sumbangan para doktor sebagai barisan hadapan dalam berhadapan perang Covid-19 dan kerajaan akan terus komited untuk memastikan kebajikan dan laluan kerjaya pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak diberikan perhatian sewajarnya serta bersifat adil.
Terdahulu, sekumpulan doktor kontrak dilaporkan akan meneruskan rancangan mengadakan hartal pada 26 Julai ini selepas tiada sebarang tawaran bagi mengatasi masalah mereka.
Untuk rekod pada 12 Julai lalu Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata kerajaan akan mengumumkan suatu penyelesaian kepada kemelut berkenaan pada minggu itu juga.
Hal yang sama turut dimaklumkan Adham kepada Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
Bagaimanapun selepas mesyuarat kabinet berlangsung pada 14 Julai, tiada sebarang pengumuman dibuat berkenaan isu tersebut.
Gerakan doktor terbabit itu dibuat menggunakan kolektif dikenali sebagai Hartal Doktor Kontrak bagi mengelakkan nama mereka dikenal pasti dan berdepan kemungkinan diambil tindakan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/kerajaan-setuju-lanjutkan-kontrak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hartal Doktor Kontrak Kronologi Lantikan Pegawai Perubatan Kontrak

Hartal Doktor Kontrak Kronologi Lantikan Pegawai Perubatan Kontrak

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 333 hits
Hartal Doktor Kontrak memastikan ada doktor ganti yang bertugas sebelum mereka bergerak keluar selain sedia kembali bertugas jika timbul keperluan Gambar ASTRO AWANI SHAHIR OMAR KUALA LUMPUR Semalam sektor perubatan negara menjadi tumpuan s...
Kkm Perlu Serap 23 000 Pegawai Perubatan Kontrak Sebagai Pekerja Tetap

Kkm Perlu Serap 23 000 Pegawai Perubatan Kontrak Sebagai Pekerja Tetap

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 214 hits
Dr Michael Teo memberikan beberapa sebab mengapa kerajaan Perikatan Nasional perlu segera menangani masalah status kontrak pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia Naib Presiden KEADILAN itu berkata sistem kesihatan hanya dapat b...
Kerajaan Setuju Tawar Kontrak 2 Tahun Kepada Petugas Kesihatan Pm

Kerajaan Setuju Tawar Kontrak 2 Tahun Kepada Petugas Kesihatan Pm

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 283 hits
Kerajaan bersetuju agar pegawai perubatan pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan kontrak perkhidmatan untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam...
Tarik Balik Darjah Pingat Pegawai Kerajaan Ahli Politik Rasuah Titah Sultan Selangor

Tarik Balik Darjah Pingat Pegawai Kerajaan Ahli Politik Rasuah Titah Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 310 hits
Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bahawa rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah gejala yang boleh merosakkan masyarakat serta menjatuhkan negara PETALING JAYA Darjah dan bintang kebesaran serta pingat negeri Selangor dikurniakan ke...
Kerajaan Ph Terbaik Perjuangkan Nasib Doktor Kontrak

Kerajaan Ph Terbaik Perjuangkan Nasib Doktor Kontrak

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 329 hits
Pemerhatian saya sebagai kakitangan KKM yang bekerja dalam era 3 blok politik Jawapan saya pun dari sudut pandang politik Mungkin saya bias tapi bias saya berpandukan fakta Skim kontrak dalam KKM telah dimulakan oleh kerajaan BN sejak 2016 ...
Tpm Umum Kerajaan Setuju Tubuh Rci Tabung Haji

Tpm Umum Kerajaan Setuju Tubuh Rci Tabung Haji

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 346 hits
gemilangdaily comTPM umum kerajaan setuju tubuh RCI Tabung Haji Kerajaan hari ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat isu isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji dari tahun 2014 hingga 2020 Timbalan Perdana M...
Pegawai Perubatan Kurang 2 Tahun Berisiko Hilang Hak Lesen

Pegawai Perubatan Kurang 2 Tahun Berisiko Hilang Hak Lesen

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 315 hits
Hartal doktor Pegawai perubatan kurang 2 tahun berisiko hilang hak lesen KUALA LUMPUR Pertubuhan Doktor Doktor Islam Malaysia mengingatkan hartal bukanlah jalan penyelesaian terbaik dalam menangani isu pegawai pegawai perubatan kontrak Ini ...
Saya Setuju Tarik Sokongan Pada Muhyiddin Tanpa Tumbangkan Kerajaan

Saya Setuju Tarik Sokongan Pada Muhyiddin Tanpa Tumbangkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 577 hits
Saya setuju tarik sokongan pada Muhyiddin tanpa tumbangkan kerajaan UMNO mengambil langkah drastik menarik sokongan terhadap Perdana Menteri agar tidak terkena tempias susulan kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional menangani krisis pandemik ...
Kerajaan Pn Serius Tangani Isu Doktor Kontrak

Kerajaan Pn Serius Tangani Isu Doktor Kontrak

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 253 hits
HARAKAH DAILYTan Sri Muhyiddin Yassin KOTA BHARU Biarpun ada pihak menganggap usaha kerajaan bagi menyelesaikan isu doktor kontrak sebagai separuh masak namun kesungguhan kerajaan Perikatan Nasional tidak mampu dinafikan lagi Perdana Menter...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Pakej Percutian Turki

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hujan Lebat Petang Sambil Layan Anak Kucing

Menu Simple Di Awal Minggu

Gaduh Je Dulu Nani Roslan Kongsi Perlu Ada Selisih Faham Untuk Perkahwinan Kekal Harmoni

Buat Semua Ibu Yang Pernah Rasa Nak Mengalah Jangan Rasa Alone Terus Kuat

Lirik Lagu Dimana Hatimu Papinka

Laman Sendayan 2 Peluang Keemasan Untuk Anda Yang Mencari Kediaman Impian