Laksanakan Titah Agong Bahas Ordinan Darurat Isnin Ini



Kenyataan bahawa pemansuhan Ordinan Darurat dibuat secara tertib oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak boleh dipakai selepas Yang di-Pertuan Agong mengutus surat menegur Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin mengenai kronologi mempersembahkan pemansuhan ordinan tersebut kepada Baginda.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, jelas dalam surat Yang di-Pertuan Agong itu menyatakan pemansuhan ordinan berkenaan dipersembahkan agak lewat dan Baginda menitahkan pengungkaian Darurat sebaik-baiknya dibawa ke Parlimen dan diundi.
“Agong sendiri telah memberikan pencerahan kepada kita kronologi pembatalan Ordinan Darurat yang secara jelas telah dinyatakan bahawa apa yang dijawab oleh pejabat PM (pada hari Khamis) mengelirukan.
“Kronologi ini mencerakinkan tarikh-tarikh penting. Misalnya tarikh (mohon) pembatalan yang dipersembahkan kepada Agong.
“Agong memberikan alasan mengapa Baginda tidak memberikan perkenan kepada permintaan kerajaan PN kerana pada pandangan Tuanku ianya telah disembahkan lewat, pada 24 Julai, walhal Parlimen bersidang pada 26 Julai.
“Apa yang penting dalam isu ini Yang di-Pertuan Agong menegaskan bahawa ordinan mestilah dibentangkan di Parlimen dan dibahaskan,” kata Shamsul dalam satu kenyataan di Facebook.
Tambah Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu, hal berkenaan titah Yang di-Pertuan Agong untuk membahaskan Ordinan Darurat di Parlimen sebaliknya telah cuba disembunyikan oleh Menteri Undang-undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan sejak hari pertama persidangan Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, katanya, Agong membongkar tindakan mengelirukan dewan itu dengan kenyataan dari Istana Negara pada hari Khamis.
“Yang jelas dalam kronologi atau surat Agong ini, yang ditujukan kepada PM, pada saya merupakan satu penegasan langsung daripada Tuanku, memberikan amaran kepada PM supaya tidak lagi berdolak dalik.
“Jangan mempermainkan fakta dan kronologi. Apa yang perlu dilakukan pada hemat saya sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan, perkara yang perlu dilakukan, jelas PM dan kabinet melakukan kesilapan dan pembohongan di Dewan Rakyat
“Maka tidak ada jalan lain kecuali PM dan kabinet mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan,” katanya.
Sehubungan itu, Shamsul memberi amaran agar kerajaan PN tidak lagi menggunakan taktik lapuk mereka untuk menggagalkan sidang Dewan Rakyat Isnin ini dan menghalang proses perbahasan dan pengundian Ordinan Darurat.
“Jangan berselindung di sebalik kemuliaan Parlimen. Hari Isnin nanti jangan menggunakan taktik sama seperti Khamis lepas, yang mana negara dimalukan apabila Parlimen ditempohkan (ditangguh) sehingga 3 kali.
“Isnin nanti jangan pula ada arahan dari pejabat PM menangguhkan persidangan kerana apa yang dimahukan Tuanku supaya Ordinan Darurat dibentangkan dan dibahas di dewan.
“Bagi kita dalam Pakatan Harapan, cukup-cukuplah, masa telah sampai untuk PM mengundurkan diri, dan PM baharu diberi peranan menyusun kabinet serta mengeluarkan negara dari pandemik Covid 19,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32692

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Dukacita Ordinan Darurat Dimansuhkan Pn Tanpa Perkenan

Agong Dukacita Ordinan Darurat Dimansuhkan Pn Tanpa Perkenan

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 419 hits
Dewan Rakyat sesi pagi digemparkan dengan pembacaan kenyataan daripada Yang di Pertuan Agong oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pemansuhan Ordinan Darurat yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S...
Seperti Kaduk Naik Junjung Zahid Ibaratkan Pemimpin Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong

Seperti Kaduk Naik Junjung Zahid Ibaratkan Pemimpin Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 281 hits
July 29 2021 3 59 PMAhmad Zahid Hamidi berkata susulan kenyataan Istana Negara itu rakyat tidak perlu lagi menunggu sehingga Isnin untuk mendapat penjelasan kerajaan PN mengenai sama ada pembatalan Ordinan Darurat mendapat perkenan Agong PE...
Pm Ordinan Darurat Boleh Bahas Di Parlimen September Ini

Pm Ordinan Darurat Boleh Bahas Di Parlimen September Ini

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 229 hits
malaysiakini comDiterbitkan 3 Aug 2021 1 36 pmDikemaskini 1 43 pmProses pembatalan ordinan ordinan darurat oleh Yang di Pertuan Agong sepertimana yang disembah nasihat oleh kabinet pada 23 Julai tidak dapat disempurnakan kata Perdana Menter...
Warkah Berkaitan Penamatan Ordinan Darurat Kepada Pm Daripada Agong Tular Pada Jumaat

Warkah Berkaitan Penamatan Ordinan Darurat Kepada Pm Daripada Agong Tular Pada Jumaat

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR Warkah berkaitan penamatan Ordinan Darurat daripada Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tular di media sosial pada Jumaat Ahli Parlimen Ka...
Parlimen Akan Bahas Ungkai Ordinan Darurat Semasa Sidang Dewan Rakyat September Ini

Parlimen Akan Bahas Ungkai Ordinan Darurat Semasa Sidang Dewan Rakyat September Ini

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 207 hits
PUTRAJAYA Usul bagi membahas dan mengungkai Ordinan Ordinan Darurat boleh dibawa ke sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada September ini kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri berkata sebelum ini proses pembatalan Ordinan ...
Isu Derhaka Agong Batalkan Ordinan Darurat Ini Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri

Isu Derhaka Agong Batalkan Ordinan Darurat Ini Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 294 hits
MERUJUK kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara hari ini Kerajaan ingin menjunjung kasih di atas titah penghargaan yang dizahirkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong kepada Kerajaan kerana telah melaksanakan M...
Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong Pm Perlu Letak Jawatan

Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong Pm Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 354 hits
Pembatalan Ordinan Darurat yang mengejutkan Dewan Rakyat semalam yang diumumkan oleh Menteri Undang undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan merupakan satu kesilapan prosedur dan pentadbiran yang amat besar Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Has...
Jangan Dolak Dalik Jawab Agong Perkenan Batal Ordinan Darurat Atau Belum Anwar Beritahu Takiyuddin

Jangan Dolak Dalik Jawab Agong Perkenan Batal Ordinan Darurat Atau Belum Anwar Beritahu Takiyuddin

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 379 hits
Takiyuddin Hassan menegaskan semua isu berkaitan darurat akan dijawab pada Isnin PETALING JAYA Walaupun diasak berkali kali oleh pembangkang Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan hari ini enggan memberitahu Dewan Rakyat sama ...
Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Quartet Songzhuang Z Museum By Team Bldg Weaving Culture Into Architecture

Six Highways 25 Main Roads In Klang Valley To Be Closed For Asean Summit

The Trucks Haven T Changed What I Learned From Growing Up In Army Quarters

Investors Affected By Unauthorised Trades Won T Incur Losses Says Bursa

Revisited Kimchi Jjigae And Mayak Egg Recipe

What Did Trump Really Do About India During His Term Let S Break It Down