Perubahan Kerajaan Kedah Wajar Tamatkan Spekulasi




Pengumuman pembentukan kerajaan Kedah yang baharu di bawah Perikatan Nasional susulan kerajaan Pakatan Harapan hilang majoriti hari ini dilihat wajar dan bertepatan dengan masa sekali gus menamatkan pelbagai andaian dan spekulasi mengenainya sejak beberapa bulan lalu.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Dasar, Politik dan Pengajian Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata, keadaan itu akan membawa kepada kestabilan politik yang seterusnya memberi kesejahteraan kepada rakyat.
Menurutnya, perkembangan politik di Kedah mengambil masa yang agak panjang berbanding negeri-negeri lain seperti Johor, Melaka dan Perak yang turut berubah pentadbiran susulan perubahan kerajaan di peringkat Pusat.
“Saya rasa semua pihak sedia maklum kerajaan negeri Kedah akan berubah juga, susulan perubahan kerajaan di peringkat pusat, cuma politik di Kedah ini sedikit berbeza dengan negeri lain sebab itu perubahannya berlaku sekarang dan bukan sebelum ini.
“Di Kedah ini kita ada tokoh-tokoh seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir selaku timbalan Pengerusi Bersatu yang sangat dihormati, jadi rasa hormat kepada kedua-dua pemimpin ini tinggi dalam kalangan rakyat dan pemimpin politik negeri,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau turut melihat keputusan itu akan memberi kebaikan kepada rakyat yang memerlukan hubungan utuh atau selari antara kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat untuk menjamin pelaksanaan pembangunan yang lebih berkesan.
Md Shukri bagaimanapun mengingatkan kerajaan negeri yang baharu nanti supaya berhati-hati dan tidak terlalu ghairah susulan keputusan hari ini sehingga menimbulkan kecelaruan atau rasa tidak senang dalam kalangan rakyat.
Sementara itu, Ketua Kluster Governan dan Integriti, Pusat Pengajian Kerajaan UUM, Profesor Dr Ahmad Marthadha Mohamed berkata, perubahan kerajaan itu sememangnya telah dijangka, namun perlu berlaku mengikut lunas Perlembagaan.
Katanya, menjamin kestabilan politik dan menangani segera isu-isu yang membelenggu hidup rakyat harus menjadi keutamaan kerajaan negeri yang baharu termasuk berkaitan pengangguran dan kelangsungan hidup rakyat dalam tempoh wabak Covid-19 ini.
“Rakyat sebenarnya sudah tidak mahu fikir sangat mengenai politik, apa yang diharapkan adalah kestabilan politik yang menjamin kebajikan hidup mereka, terutama dalam tempoh yang mencabar ini,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Marthadha turut menzahirkan rasa simpatinya terhadap Mukhriz yang kini telah dua kali ‘jatuh’ sebagai Menteri Besar Kedah, namun beliau percaya dalam politik pelbagai perkara boleh berlaku.
“Kalau dulu masa pertama kali jadi Menteri Besar tidak ada siapa jangka beliau akan dijatuhkan dan tidak ada siapa jangka dia akan naik semula jadi Menteri Besar dan tiada siapa jangka kali ini dia dijatuhkan lagi.
“Dalam politik ini macam-macam boleh berlaku dan tidak ada siapa yang boleh jangka apa akan berlaku pada masa akan datang,” katanya.
Terdahulu, seramai 19 daripada 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah hari ini mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz.
Dalam satu sidang akhbar sebentar tadi, Ketua Pembangkang DUN Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, mereka merangkumi 15 ADUN Pas, dua UMNO dan dua lagi ADUN PKR yang mengumumkan keluar parti tengah hari tadi iaitu Azman Nasrudin (Lunas) dan Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam). – Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/05/13/perubahan-kerajaan-kedah-wajar-tamatkan-spekulasi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=perubahan-kerajaan-kedah-wajar-tamatkan-spekulasi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Phahrolrazi Kerajaan Negeri Kedah Berfungsi Seperti Biasa Perubahan Hanyalah Spekulasi

Phahrolrazi Kerajaan Negeri Kedah Berfungsi Seperti Biasa Perubahan Hanyalah Spekulasi

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 331 hits
ALOR SETAR Pakatan Harapan Kedah menolak andaian kononnya akan berlaku perubahan pentadbiran kerajaan negeri dengan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri daripada pihak kerajaan akan melompat parti atau menyatakan sokongan kepada pembangkang ...
Kerajaan Ph Kedah Tumbang Muhammad Sanusi Calon Mb

Kerajaan Ph Kedah Tumbang Muhammad Sanusi Calon Mb

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 410 hits
Sanusi bersama ahli ahli DUN Kedah ketika mengadakan sidang media di Kompleks PAS Kedah Kota Sarang Semut hari ini NSTP Amran HamidKerajaan PH Kedah tumbang Muhammad SanusiPerkara ini diumumkan Ketua Pembangkang DUN Kedah Muhammad Sanusi Md...
Dua Adun Pkr Umum Keluar Parti Kerajaan Kedah Tumbang

Dua Adun Pkr Umum Keluar Parti Kerajaan Kedah Tumbang

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 387 hits
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dari PKR hari ini mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi ADUN Bebas dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional Mereka adalah ADUN Lunas Azman Nasrudin dan ADUN Sidam Dr Robert Ling Kui Ee Susu...
Exco Kedah Cadang Tukar Kerajaan Melalui Sidang Dun

Exco Kedah Cadang Tukar Kerajaan Melalui Sidang Dun

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 370 hits
Exco Kedah cadang tukar kerajaan melalui sidang DUNOleh May 13 2020Kerajaan Pakatan Harapan Kedah mencadangkan agar pertukaran kerajaan kepada Perikatan Nasional yang mendakwa telah memiliki majoriti sejak semalam diadakan melalui sidang DU...
Amanah Mukhriz Bincang Isu Kerajaan Kedah

Amanah Mukhriz Bincang Isu Kerajaan Kedah

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 297 hits
MALAYSIAKINIAmanah Kedah berpendapat jika ada Adun Pakatan Harapan atau Bersatu negeri itu mahu berpaling tadah memberikan sokongan kepada kumpulan Muafakat Nasional mereka perku membuat kenyataan rasmi mengenainya Pengerusi Amanah Kedah Ph...
Akibat Gopoh Kerajaan Kedah Kekal Bawah Ph

Akibat Gopoh Kerajaan Kedah Kekal Bawah Ph

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 701 hits
Ini ke akhlak Islam sampai bernafsu sangat nak jadi MB sampai lupa ni bulan puasa bulan mengawal nafsu Rupanya hanya dengan Sidang Akhbar dan Memorandum tidak mencukupi untuk menukar kerajaan di Kedah Daulat Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sult...
Kedah Kerajaan Mukhriz Tumbang

Kedah Kerajaan Mukhriz Tumbang

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 507 hits
SUNGAI PETANI Umpama retak menanti belah Kerajaan Pakatan Harapan Kedah sudah sampai ke garisan penamat apabila dua adun PKR Azman Nasaruddin dan Dr Robert Ling Kui Ei secara rasminya mengishtihar keluar parti dan menyokong sepenuhnya kepim...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah