Muhyiddin Pm Kerajaan Minoriti Bukan Majoriti




1. Esok, Isnin 18 haribulan Mei 2020 adalah satu tarikh yang penting. Majlis Istiadat Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas akan dilakukan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.2. Parlimen adalah simbol demokrasi berfungsi di Malaysia, sebuah negara demokratik, bebas, berdaulat yang menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.3. Menjelang sidang Parlimen esok, persoalan yang masih menunggu jawapan ialah : Bilakah Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dibentangkan di Parlimen?4. Selagi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin belum lepas dan belum lulus ujian Undi Tidak Percaya yang telah dikemukakan ke Dewan Rakyat dan diterima oleh Speaker, maka status Muhyiddin masih kekal sebagai Perdana Menteri kerajaan minoriti.Kabinetnya ialah kabinet kerajaan minoriti.5. Sebuah kerajaan minoriti hanya bersifat sementara keabsahannya (legitimacy).Muhyiddin mesti dalam masa yang segera pada peluang yang ada membuktikan beliau mempunyai cukup ahli parlimen menyokongnya untuk menunjukkan bahawa kerajaannya adalah sebuah kerajaan majoriti, hatta dengan majoriti yang mudah seramai 112 orang sahaja.6. Muhyiddin Yassin dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 berdasarkan peruntukan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan iaitu ‘’Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;’’7.Ukuran standard yang diguna pakai dalam Perkara 43 (2)(a) itu ialah ukuran subjektif bukannya objektif. Perkataan di dalam peruntukan Perlembagaan itu ialah ‘’ pada hematnya mungkin..’’8.Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri kerajaan minoriti mesti melalui satu ujian objektif iaitu menghadapi dengan seberapa segera usul Undi Tidak Percaya yang telah dibawa oleh Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana usul tersebut telah diterima oleh Parlimen sebagai satu usul Dewan Rakyat.9. Bolehkah Muhyiddin Yassin bersandar keabsahan (legitimacy) kerajaannya hanya kepada alasan bahawa beliau telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 43(2)(a)? Dengan rendah hati, penuh hormat dan beradab jawapan saya ialah: Tidak boleh.10. Mengapa tidak boleh? Jawapan kepada soalan ini adalah penting. Malaysia ialah sebuah negara demokratik yang mengamalkan dwi-fungsi iaitu Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Malaysia tidak mengamalkan Sistem Raja Mutlak (absolute monarchy).11.Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan itu merupakan pengiktirafan Perlembagaan Persekutuan terhadap kuasa institusi raja di Malaysia. Tetapi kuasa itu tidaklah lengkap dan tidak mutlak dalam soal perlantikan seorang Perdana Menteri.12. Mengapa saya berhujah demikian? Kerana dengan jelas Perkara 46(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan hal berkenaan Keanggotaan Dewan Rakyat iaitu: ‘’ Dewan Rakyat hendaklah terdiri daripada dua ratus dua puluh dua orang ahli dipilih.’’ Perkataan kunci di sini ialah perkataan ‘’dipilih’’. Dipilih bermaksud dipilih oleh rakyat di dalam pilihanraya melalui peti undi.13. Perkara 46(1) Perlembagaan Persekutuan itu adalah pengiktirafan Perlembagaan Persekutuan terhadap kuasa rakyat. Demokrasi Berparlimen adalah demokrasi yang lahir dari peti undi dan pilihanraya.Kuasa rakyat yang sebenarnya memilih kerajaan.Kuasa rakyat juga seperti kuasa raja adalah suatu institusi yang diiktiraf oleh undang-undang dan Perlembagaan.14. Sebagai seorang ahli Parlimen secara ikhlas dan jujur saya menyeru kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya segera menyelesaikan krisis perlembagaan ini yang menyentuh keabsahan kerajaan pimpinannya. Lagi cepat lagi baik supaya krisis perlembagaan ini tidak berleret-leret yang akan merugikan rakyat dan negara. Sebagai suatu Bangsa Malaysia dan sebuah negara Malaysia yang kita sayangi, maka kita perlu segera bangun dan bergerak ke hadapan.Hassan Abdul KarimAhli Parlimen Pasir GudangAhad 17 Mei 2020




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/muhyiddin-pm-kerajaan-minoriti-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Dedahkan Muhyiddin Dapat Kepercayaan Majoriti Kerajaan Sah Bukan Pintu Belakang

Agong Dedahkan Muhyiddin Dapat Kepercayaan Majoriti Kerajaan Sah Bukan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 264 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong hari ini mendedahkan baginda telah meminta Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri semasa pertemuan yang berlangsung pada jam 5 petang 24 Februari lalu Bagaimanapu...
Muhyiddin Ada Majoriti 3 Kerusi

Muhyiddin Ada Majoriti 3 Kerusi

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 286 hits
Andrew Ong Susunan tempat duduk untuk persidangan Dewan Rakyat hari ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti anggota parlimen Plan oleh staf Parlimen menunjukkan bahawa terdapat 114 anggota parlime...
Kerajaan Muhyiddin Kerajaan Yang Bermoral Rendah

Kerajaan Muhyiddin Kerajaan Yang Bermoral Rendah

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 206 hits
Selain rapuhnya kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin kerana hanya ada majoriti dua undi di Parlimen adanya enam jahaman dalam kumpulan mereka yang menyokongnya turut menjadi persoalan besar di kalangan masyarakat ketika ini Dengan melambakkan...
The Countdown Begins How Long Can Muhyiddin S Immoral Govt Stand Kerajaan Pimpinan Muhyiddin Kerajaan Bermoral Rendah

The Countdown Begins How Long Can Muhyiddin S Immoral Govt Stand Kerajaan Pimpinan Muhyiddin Kerajaan Bermoral Rendah

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 325 hits
Selain rapuhnya kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin kerana hanya ada majoriti dua undi di Parlimen adanya enam jahaman dalam kumpulan mereka yang menyokongnya turut menjadi persoalan besar di kalangan masyarakat ketika ini Dengan melambakkan...
Mahathir Akan Sabotaj Kerajaan Sehingga Muhyiddin Jatuh

Mahathir Akan Sabotaj Kerajaan Sehingga Muhyiddin Jatuh

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 426 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan sekat atau sabotaj semua usul atau bill kerajaan selagi undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak dibenarkan Ini bermakna Budget 2021 tidak boleh diluluskan dan pada Janua...
Kerajaan Pasir Dua Butir Muhyiddin Tak Mungkin Dapat Berfungsi Baik Wajar Berundur Segera

Kerajaan Pasir Dua Butir Muhyiddin Tak Mungkin Dapat Berfungsi Baik Wajar Berundur Segera

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 453 hits
Jika pada sebelah pagi di Dewan Rakyat semalam sokongan Ahli Ahli Parlimen terhadap Muhyiddin Yassin didapati berjumlah 114 berdasarkan jumlah yang duduk di barisan kerajaan hanya beberapa jam kemudian ia telah berkurangan menjadi 113 Ia be...
Dua Bulan Akan Datang Mampukah Muhyiddin Pertahankan Kerajaan Pn

Dua Bulan Akan Datang Mampukah Muhyiddin Pertahankan Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 440 hits
SIDANG Dewan Rakyat yang berlangsung semalam berakhir dengan tenang apabila hanya mendengar Titah Diraja Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke 14 oleh Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustaf...
Kerajaan Muhyiddin Cuba Helah Tolak Bahas Usul Tidak Percaya

Kerajaan Muhyiddin Cuba Helah Tolak Bahas Usul Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 212 hits
Kredit MSO WAP panas menjelang sidang parlimen 10 hari lagi pada 18 Mei ini kian meruap dan merembas dada orang orang politik dan juga pemeriksa politik Kehangatan wap ini seakan dapat menolak rasa bimbang dan gerun kepada Covid 19 yang men...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih