Kerajaan Negeri Berusaha Tunaikan Ganjaran Wira Selangor 1995


SHAH ALAM, 12 Nov — Kerajaan Negeri Selangor sedang mencari jalan terbaik bagi menunaikan tuntutan ganjaran kepada bekas pemain pasukan bola sepak negeri itu yang berjaya menjulang Piala Malaysia musim 1995, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Bagaimanapun, beliau berkata agak sukar bagi pihaknya menunaikan ganjaran berupa lot tanah seperti dijanjikan oleh menteri besar pada ketika itu, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, kerana ia membabitkan kawasan yang luas serta kira-kira 30 individu terdiri daripada pemain, jurulatih dan pegawai pasukan.
Justeru, beliau berkata pertemuan akan diadakan dengan pihak yang terlibat bagi membincangkan perkara itu agar satu penyelesaian dapat dicapai walaupun ganjaran dijanjikan itu dibuat oleh pentadbiran negeri dahulu.
“Kita akan melihat kembali data serta maklumat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sama ada pemberian tanah itu pernah diluluskan. Jika diluluskan, perlu dilihat di mana lokasi (sebenar) tanah itu,” katanya selepas merasmikan E-Bazar Deepavali dan Program Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham) Yayasan Hijrah Selangor di sini hari ini.
Amirudin diminta mengulas tuntutan bekas pemain dan pegawai pasukan Selangor yang masih belum menerima ganjaran seperti dijanjikan selepas menjuarai Piala Malaysia 1995.
Mengulas lanjut, beliau berkata berdasarkan maklumat awal yang diperoleh pihaknya, pemain terlibat tidak mengisi apa-apa dokumen berkaitan ganjaran itu dan ia hanya dimaklumkan dalam satu taklimat.
“Mereka telah menjulang serta mengharumkan nama negeri dan nama-nama mereka dikenali sehingga ke hari ini. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menghulurkan bantuan kepada mereka,” katanya.
Semalam, media melaporkan pasukan Selangor yang menjulang Piala Malaysia 1995 masih menunggu pemberian lot tanah yang dijanjikan kepada mereka selepas 25 tahun.
Pemberian lot tanah itu adalah sebagai ganjaran kepada pasukan tersebut kerana berjaya merangkul piala berprestij itu pada musim berkenaan yang sekali gus menamatkan kemarau sembilan tahun tanpa kejuaraan.
Selangor turut mempertahankan gelaran itu pada dua musim berikutnya.
— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ligakampung.com/blog/kerajaan-negeri-berusaha-tunaikan-ganjaran-wira-selangor-1995/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Pihak Sengaja Cemarkan Air Untuk Jatuhkan Imej Kerajaan Negeri Selangor Mb

Ada Pihak Sengaja Cemarkan Air Untuk Jatuhkan Imej Kerajaan Negeri Selangor Mb

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 284 hits
Kerajaan Negeri Selangor menyifatkan insiden pencemaran air sehingga menyebabkan gangguan bekalan air kepada penduduk di Lembah Klang sengaja dilakukan pihak tertentu bagi memburuk burukkan imej pentadbiran negeri itu Menteri Besar Selangor...
Mb Selangor Mengaku 427 Hektar Tanah Kerajaan Negeri Diceroboh Untuk Pertanian

Mb Selangor Mengaku 427 Hektar Tanah Kerajaan Negeri Diceroboh Untuk Pertanian

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 310 hits
SHAH ALAM 6 Nov Sebanyak 427 hektar tanah Kerajaan Selangor telah diceroboh pihak tidak bertanggungjawab setakat ini kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari Beliau berkata daripada jumlah itu 40 hektar tanah diceroboh di daerah Petalin...
Gangguan Air Mungkin Ada Kaitan Usaha Rampas Negeri Mb Selangor Harus Ditukar Segera

Gangguan Air Mungkin Ada Kaitan Usaha Rampas Negeri Mb Selangor Harus Ditukar Segera

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 254 hits
Berlakunya gangguan air yang kerap dan berulang di Selangor sejak kebelakangan tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang biasa Dalam tempoh dua bulan terakhir ini di mana berlaku tiga kali gangguan ia adalah sesuatu yang cukup luar biasa seb...
Kerajaan Digesa Tingkat Infrastruktur Air Di Selangor Kelantan Dan Pahang

Kerajaan Digesa Tingkat Infrastruktur Air Di Selangor Kelantan Dan Pahang

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 407 hits
SHAH ALAM 1 NOV Projek naik taraf infrastruktur air di Selangor Kelantan dan Pahang tersenarai cadangan utama Pakatan Harapan dalam Belanjawan Perpaduan 2021 PAKATAN turut menyarankan peruntukan disalur kepada projek Pelan Gentian Optik dan...
Shahidan Sabah Lebih Maju Daripada Selangor Sebelum Ph Jadi Kerajaan

Shahidan Sabah Lebih Maju Daripada Selangor Sebelum Ph Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 414 hits
Shahidan Kassim memberitahu Parlimen hari ini bahawa Sabah merupakan negeri paling maju di Malaysia bahkan lebih maju daripada Selangor pada masa lalu Shahidan Sabah lebih maju daripada Selangor sebelum PH jadi kerajaan Shahidan Kassim memb...
Kerajaan Persekutuan As Pegawai Pilihan Raya Negeri Tak Temui Bukti Hilang Dan Tukar Undi

Kerajaan Persekutuan As Pegawai Pilihan Raya Negeri Tak Temui Bukti Hilang Dan Tukar Undi

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 293 hits
Kerajaan Persekutuan AS pegawai pilihan raya negeri tak temui bukti hilang dan tukar undi Dikemas kini 13 minit yang lalu Di
Kerajaan Negeri Pahang Peruntuk Rm511 Juta Bagi Naik Taraf Empat Loji Rawatan Air

Kerajaan Negeri Pahang Peruntuk Rm511 Juta Bagi Naik Taraf Empat Loji Rawatan Air

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 348 hits
KUANTAN Sebanyak RM511 juta telah diperuntukkan Kerajaan Negeri Pahang bagi menaik taraf empat Loji Rawatan Air di negeri ini sejak 2018 sehingga tahun ini Empat LRA yang sedang dinaik taraf adalah LRA Jelai Lipis LRA Karak Bentong LRA Kech...
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 494 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Ramai Yang Skeptikal

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

Kisah Sedih Bukit Kepong Dalam Ingatan Saksi Terakhir Meninggal Dunia

Pompeii Kisah Tragis Yang Terbeku Dalam Waktu

Tiga Ditahan Halang Tugas Ugut Anggota Penguat Kuasa Jpj


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Moment Yang Wajib Kalau Naik Flight

Had Baharu Pembelian Beras Putih Tempatan Bernama Tv 28 04 2025

Bubur Anak Lebah Macam Cendol Tapi Bukan Rasa Memang Sedap

Jokowi Bekas Pemimpin Konoha Berdoa Pada Kematian Pope Ini Penjelasan Ustaz Malaysia

Dolar Terus Dijual Unjuran Kekal Lemah

Usd Gagal Menunjukkan Ketahanan