Kerajaan Muhyiddin Mampu Bertahan Sehingga Pru15 Dr Mahathir




Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini dipercayai sudah mempunyai jumlah sokongan ahli Parlimen yang cukup bagi membolehkan beliau mentadbir negara.
Menurut Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan yang dipimpin Muhyiddin dijangka mampu untuk bertahan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Boleh bertahan sampai PRU. Sekarang ini bila dia (Muhyiddin) jadi kerajaan, dia dapat bagi gula-gula kepada banyak orang. Saya dapati beberapa orang yang menjadi penyokong saya, sekarang ini dilantik menjadi menteri, maka mereka berpindah ke sebelah sana.
“Kita dahulu mempunyai kelebihan sebanyak 114 kerusi tetapi sekarang ini jumlah itu makin kurang. Jadi dalam Dewan Rakyat kita hendak bawa usul tidak percaya pun tidak mungkin berjaya. Sebabnya dia sudah ambil orang saya menyebelahi dia.”
Beliau berkata, Najib dan Pas masih tekankan tentang naratif Melayu Islam dan cuba mencari sokongan daripada Bersatu untuk menubuhkan kerajaan Melayu Islam dan DAP ‘dianggap sebagai jahat’.
“Kita kena singkirkan DAP, jadi kita kena bekerjasama dengan UMNO. Jadi tiba-tiba orang yang kalah dianggap menang, manakala orang yang menang dikatakan kalah.
“Ini sebenarnya konspirasi siapa, adakah saya? Apa sebab saya perlu melakukan konspirasi kerana saya sudah menjadi Perdana Menteri.
“Saya ingat saya jadi Perdana Menteri, bila sampai masanya saya akan letak jawatan dan itu tidak menjadi masalah,” tegas beliau
Tambah Dr Mahathir, Najib mahu mendapatkan kembali kuasa dengan secepat mungkin kerana tidak lama lagi keputusan perbicaraan akan diumumkan dan beliau mungkin dihukum.
“Jadi itulah konspirasi mereka, macam mana nak jadi kerajaan setelah kalah dengan meyakinkan ahli-ahli Bersatu untuk menyokongnya dan keluar daripada parti Pakatan Harapan sehingga Pakatan Harapan jatuh. Sekarang ini mereka dah menang,” ujar beliau.
“Memanglah bila dia tawarkan jadi menteri, susah bagi orang nak tolak. Saya tidak boleh tawarkan apa-apa pun,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di sini semalam.
Berlangsung selama 80 minit, wawancara itu ialah temu bual pertama Dr Mahathir dengan organisasi media selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari lalu.
Wawancara yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana itu turut dihadiri Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub; Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin dan Timbalan Pengarang Berita, Badruldin Zakaria.
Dalam temu bual itu, Dr Mahathir yang kini sudah berusia 94 tahun turut berharap agar Muhyiddin dapat meneruskan dasar-dasar yang telah dilakukan oleh beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri ketujuh selama 22 bulan.
“Saya minta kalau boleh Kabinet jangan gugurkan dasar-dasar yang baik yang telah kita adakan. Umpamanya Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
“Itu satu dasar yang baik dan orang yang mencipta dasar itu juga ada dalam Kabinet. Jangan gugurkan,” ujar beliau.
Ketika ditanya mengenai kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan disebabkan oleh konspirasi, Dr Mahathir berkata, ia berpunca daripada perbuatan bekas Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Yang betul-betul berkonspirasi ialah Najib. Apabila dia kalah, maka dia dapat idea kalau dia boleh tubuh satu kerajaan Melayu Islam, maka dia akan dapat lebih sokongan orang Melayu dan dia akan menang.
“Sebab itu dia mencuba dengan begitu lama namun pendekatan beliau tidak berkesan dan akhirnya gagal, akhirnya kami yang menang,” katanya.
Sinar




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/11/kerajaan-muhyiddin-mampu-bertahan-sehingga-pru15-dr-mahathir/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kerajaan-muhyiddin-mampu-bertahan-sehingga-pru15-dr-mahath

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berapa Lama Muhyiddin Mampu Bertahan

Berapa Lama Muhyiddin Mampu Bertahan

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 339 hits
Setelah kira kira seminggu Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri dan serangan daripada PH serta Tun Mahathir Mohamad sudah bermula terhadapnya pertanyaan paling kerap kedengaran di mana mana ialah berapa lamakah beliau mampu mempertahank...
Muhyiddin Kembalikan Kerajaan Kleptokrasi Mahathir

Muhyiddin Kembalikan Kerajaan Kleptokrasi Mahathir

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 287 hits
Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad mengecam penubuhan kerajaan baharu yang akan membariskan menteri kabinet Selasa ini dan melibatkan pemimpin parti yang dikaitkan dengan rasuah Beliau juga menyifatkan kerajaan dari pintu belakang me...
Kalau Muhyiddin Tidak Hati Hati Kerajaan Perikatan Nasional Akan Tumbang Ke Tangan Mahathir

Kalau Muhyiddin Tidak Hati Hati Kerajaan Perikatan Nasional Akan Tumbang Ke Tangan Mahathir

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 404 hits
Dijangka lebih dari separuh rakyat dunia akan dijangkiti wabak coronavirus Harga minyak sudah jatuh ke bawah paras US 30 satu tong dan pasaran saham juga menjunam Ini semua akan menimbulkan kemarahan rakyat dan mereka akan salahkan kerajaan...
Tahniah Ts Muhyiddin Yassin Neither Dr Mahathir Nor Anwar Yang Paling Penting Tanpa Dap Dalam Kerajaan

Tahniah Ts Muhyiddin Yassin Neither Dr Mahathir Nor Anwar Yang Paling Penting Tanpa Dap Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 690 hits
Akhirnya Istana Negara menamatkan keresahan rakyat Malaysia yang berlarutan selama satu mjnggu akibat dilanda krisis politik negara di peringkat pusat Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Ostana Negara oleh Datuk Pengelola Bijaya Di ...
Kerajaan Pn Sekilas Fakta Kabinet Ts Muhyiddin

Kerajaan Pn Sekilas Fakta Kabinet Ts Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 1492 hits
Selepas seminggu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan Muhyiddin Yassin mengumumkan kabinet barunya pada hari ini Seberapa besar kabinet Berapa ramai wanita Siapa pemimpin besar yang tidak tersenarai membantu anda mendapatkan ja...
Itu Kerajaan Mahathir Bukan Kerajaan Ph Dap

Itu Kerajaan Mahathir Bukan Kerajaan Ph Dap

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 470 hits
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng pada sidang media khas Pakatan Harapan di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat Petaling Jaya...
Anwar Salahkan Mahathir Punca Kejatuhan Kerajaan Ph

Anwar Salahkan Mahathir Punca Kejatuhan Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 376 hits
SUARA POLITIK MALAYSIAKUALA LUMPUR Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan adalah berpunca dari tindakan bekas Perdana Mentari Tun Dr Mahathir Mohamad Beliau dipercayai berka...
Usul Undi Tidak Percaya Kepada Muhyiddin Tidak Mungkin Berjaya Kata Mahathir

Usul Undi Tidak Percaya Kepada Muhyiddin Tidak Mungkin Berjaya Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 360 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini dipercayai sudah mempunyai jumlah sokongan ahli Parlimen yang cukup bagi membolehkan beliau mentadbir negara Menurut Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad ke...
Tiada Parti Gabungan Mampu Bertahan Kecuali Bn

Tiada Parti Gabungan Mampu Bertahan Kecuali Bn

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 324 hits
DR LAU ZHE WEI Pelbagai parti gabungan wujud sejak kemerdekaan dari zaman Parti Perikatan sehinggalah ke Perikatan Nasional Seperti yang kita dapat lihat daripada semua parti gabungan yang wujud hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu bert...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Muda Duit Kawan Atau Lawan

Tiramisu Sds

De La Te Coffee Alor Setar Cafe Ini Sesuai Untuk Lepak Santai

17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa