Anwar Salahkan Mahathir Punca Kejatuhan Kerajaan Ph


SUARA TV
SUARA POLITIK MALAYSIA
Admin SuaraTV
March 10, 2020

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah berpunca dari tindakan bekas Perdana Mentari, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau dipercayai berkata demikian sebagai tindak balas terhadap kenyataan Mahathir sebelum ini yang cuba menyalahkan dirinya berhubung kemelut politik yang berlaku.

Anwar ketika menceritakan kembali detik tersebut turut menyifatkan tindakan Mahathir meletakkan jawatan pada 24 Feb lepas sebagai perdana menteri sebagai tidak bersungguh-sungguh.

“Bila kita (dengar) Tun Mahathir letak jawatan, ia satu kejutan.

“Tapi selepas itu segera diambil sebagai perdana menteri interim. Kita masa itu sedih. Ingat sudah letak (jawatan) sungguh-sungguh rupa-rupanya tidak. Letak (jawatan) sementara dan jadi perdana menteri interim.

“Kita kata tak apalah, untuk kestabilan politik dan perjuangan jangka panjang, kita sokong, semua sokong perdana menteri sementara,” katanya melalui klip video yang dimuatnaik di laman Facebook beliau.

Bagaimanapun, anggota parlimen Port Dickson itu turut berkata sebagai perdana menteri interim, Mahathir telah mencadangkan sistem pentadbiran baru, di mana dia mempunyai kuasa melantik sesiapa sahaja tanpa peranan parti politik.

“Pada masa itu, saya sebut macam mana (sistem pentadbiran baru)? Sistem kita ini kena runding, kena musyawarah dengan parti.

“Dia kata tak payah kerana semua orang sokong dia. Bukan sahaja PH, (tetapi) PAS, Umno, dan Sabah dan Sarawak sokong dia.

“Kalau semua sokong mesti ikut dia. Kita semua sokong (Mahathir) tetapi tidak bermakna kita boleh ketepikan agenda perubahan musyawarah di kalangan kita,” katanya lagi.

Apabila Mahathir mendedahkan rancangan kerajaan perpaduannya, Anwar berkata PAS dan Umno menarik balik sokongan kepadanya dan menggesa pilihan raya diadakan.

“Bila mereka tidak sokong, kita minta Tun M pengerusikan majlis PH malam itu, beliau enggan sebab beliau bukan lagi dalam PH.

“…Maka kita kembali kepada calon asal PH, (sebab) itu dikemukakan nama saya,” katanya.

Dalam satu majlis di Kedah minggu lepas, Mahathir dilaporkan berkata bahawa jika PH mencalonkannya sebagai perdana menteri dan bukannya Anwar, beliau akan memiliki cukup sokongan anggota parlimen.

“Mereka menamakan Anwar sebagai calon mereka dan kerana ini saya kalah. Saya tidak boleh mendapatkan majoriti. Anwar juga tidak mendapat majoriti,” katanya lagi.

Semalam The Sun melaporkan Mahathir berkata, Anwar mencadangkan dirinya menjadi timbalan perdana menteri jika Mahathir berjaya membentuk kerajaan baru.

Mahathir berkata cadangan itu dinyatakan dalam mesyuarat PH yang bersedia sekali lagi untuk menyokong pengerusi Bersatu itu, dalam usaha menggagalkan Muhyiddin Yassin daripada membentuk gabungan baru, yang kini dikenali sebagai Perikatan Nasional.

Bagaimanapun Mahathir berkata beliau menolak cadangan Anwar dan mahukan Dr Wan Azizah Wan Ismail kembali menjadi timbalannya.

Sebelum ini, Dr Mahathir turut dilaporkan menyalahkan Anwar dan PH kerana menyebabkan beliau gagal dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

Dr Mahathir mendakwa kerajaan PH runtuh kerana pada saat genting kemelut politik tempoh hari, PH menyokong Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Sementara itu, Anwar pula sebagai tindak balas, mempersoalkan mengapa beliau dipersalahkan setelah menunggu dengan sabar untuk Dr Mahathir menghormati janjinya pada tahun 2018 untuk menjadikannya Perdana Menteri yang baharu. – SuaraTV



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/03/anwar-salahkan-mahathir-punca-kejatuhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Salahkan Muhyiddin Anwar Punca Dia Gagal Jadi Pm

Tun M Salahkan Muhyiddin Anwar Punca Dia Gagal Jadi Pm

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 398 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi punca pengkhianatan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakatan Harapan Dia nak cari alasan untuk krisis sahaja katanya dan mendakwa yang sebenarnya Muhyiddin m...
Jangan Salahkan Dr Mahathir Kerana Kejatuhan Pakatan Kata Syed Saddiq

Jangan Salahkan Dr Mahathir Kerana Kejatuhan Pakatan Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 312 hits
Jangan salahkan Dr Mahathir kerana kejatuhan Pakatan kata Syed Saddiq Dikemas kini 12 minit yang lalu Diterbitkan pada 5 Mar
Tahniah Ts Muhyiddin Yassin Neither Dr Mahathir Nor Anwar Yang Paling Penting Tanpa Dap Dalam Kerajaan

Tahniah Ts Muhyiddin Yassin Neither Dr Mahathir Nor Anwar Yang Paling Penting Tanpa Dap Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 588 hits
Akhirnya Istana Negara menamatkan keresahan rakyat Malaysia yang berlarutan selama satu mjnggu akibat dilanda krisis politik negara di peringkat pusat Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Ostana Negara oleh Datuk Pengelola Bijaya Di ...
Nak Kutuk Saya Buat Apa Tanya Anwar Kepada Mahathir Yang Pelik Macai Ph Salahkan Umno Pas

Nak Kutuk Saya Buat Apa Tanya Anwar Kepada Mahathir Yang Pelik Macai Ph Salahkan Umno Pas

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 339 hits
Akhir terbongkar dalam video Anwar cakap salah orang itu salah orang ini Mereka yang bercakaran antara satu sama lain tapi yang peliknya macai PH menyalahkan UMNO PASInilah JAHATnya macai PHMR Yang menipu akhirnya akan terbongkar jua Untuk ...
Pemimpin Pakatan Tak Berprinsip Langgar Janji Punca Kerajaan Ph Tumbang Kata Anwar

Pemimpin Pakatan Tak Berprinsip Langgar Janji Punca Kerajaan Ph Tumbang Kata Anwar

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 358 hits
Anwar Ibrahim menyalahkan pemimpin tidak berprinsip dan gagal mengotakan janji sebagai punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan Semalam kamu setuju kemudian hari ini kamu tukar sebab apa Ugutan wang Kita mulai lentur hadapi kesukaran bila k...
Anwar Must Realise He Is Not Popular Dap Must Be Sensible Dr Mahathir Must Fix His Irresponsible Behaviour

Anwar Must Realise He Is Not Popular Dap Must Be Sensible Dr Mahathir Must Fix His Irresponsible Behaviour

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 382 hits
Well only now Anwar Ibrahim is finding out that not only is he less popular than Dr Mahathir but now he has even lost out to Muhyiddin Yassin I believe in a couple of years Anwar s political popularity will plummet even more Some of you won...
Dr M Salahkan Muhyiddin Dan Anwar Dalam Mesyuarat Tertutup

Dr M Salahkan Muhyiddin Dan Anwar Dalam Mesyuarat Tertutup

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 615 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menyalahkan Muhyiddin Yassin yang menurutnya sengaja mencari alasan untuk mewujudkan krisis politik agar dilantik sebagai perdana menteri Mahathir juga berkata beliau sedih kerana tidak sem...
Mahathir Harap Kerajaan Tidak Gugurkan Dasar Yang Baik

Mahathir Harap Kerajaan Tidak Gugurkan Dasar Yang Baik

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 516 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad berharap dasar dasar kerajaan yang baik seperti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dilaksanakan ketika pentadbiran beliau sebagai perdana menteri ketujuh tidak akan digugurkan oleh kerajaan Perikatan Nasional yang ...
Anwar Mulakan Langkah Bidas Mahathir

Anwar Mulakan Langkah Bidas Mahathir

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 251 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim mempersoalkan keperluan untuk terus mengkritiknya dipercayai ditujukan kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad Anwar berkata demikian ketika mengimbas kembali keruntuhan kerajaan PH dan apa yang berlaku s...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Normalisasikan Wanita Tegur Ibu Beri Anak Makanan Belum Dibayar

Dendam Kena Paksa Belajar Pelajar Spm Mengamuk Ibu Dan Abang Jadi Mangsa

Malaysia Negara Ke 10 Paling Menakutkan Untuk Memandu

Sajikan Dengan Keaslian Jadikannya Rasa Italian Meraikan Warisan Kulinari Itali Di B I G Publika

Resepi Ayam Kukus Mudah

Sedap Rupanya Daging Berlengas Berselera Encik Suamiku Makan