Berapa Lama Muhyiddin Mampu Bertahan




Setelah kira-kira seminggu Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri dan serangan daripada PH serta Tun Mahathir Mohamad sudah bermula terhadapnya, pertanyaan paling kerap kedengaran di mana-mana ialah – berapa lamakah beliau mampu mempertahankan kerajaan pintu belakangnya ini?

Tambah buruk lagi, sementara serangan terhadapnya kian dipertingkatkan, tetapi langsung tidak ada sesiapa daripada Perikatan Nasional atau PN yang bangun untuk membelanya?

Baik daripada Bersatu, UMNO, Pas, kem Azmin Ali atau GPS, semuanya seolah-olah melihat saja serangan bertali arus yang sedang ditujukan terhadap Muhyiddin sekarang ini, sama ada ia berkaitan politik atau serangan berbentuk peribadi.

Seolah-olah Muhyiddin sedang bersendirian menghadapi segala cabaran, walhal pada hari beliau diumumkan sebagai Perdana Menteri Sabtu lalu, begitu ramai penyokong dan pengampu berkampung di kediamannya.

Apakah semua mereka mahu menunggu untuk dilantik sebagai menteri terlebih dahulu dan selepas itu baru mahu membela Muhyiddin?

Tetapi, bagaimana dengan mereka yang berangan-angan inginkan kedudukan, namun akhirnya tidak diberikan sebarang jawatan?

Apakah mereka juga nanti akan sama-sama turut menghentam dan membalun Muhyiddin atau mungkin bergabung dengan PH dan Tun Mahathir?

Sementara kedudukan majoriti Muhyiddin di Parlimen masih tidak jelas dan mungkin berubah-ubah, pengumuman barisan kabinet yang akan diumumkan petang ini adalah detik yang ditunggu-tunggu serta dianggap paling mendebarkan.

Yang dilantik sebagai menteri, sudah tentu akan berasa gembira, tetapi yang tidak dilantik, terutamanya yang sudah lama berangan-angan, mereka yang merasakan diri paling layak atau kerana ada kedudukan dalam parti yang disandang, tercicirnya mereka mungkin saja membuatkan ada yang tidak berpuas hati lalu “menghunus senjata” sebagai tanda kecewa.

Lebih-lebih yang mudah berkecil hati ialah mereka yang sebelum ini sudah pun menjadi menteri, bahkan sejak seminggu lalu paling sibuk mengampu dan membodek Perdana Menteri, bahkan menghabiskan banyak masa siang malam dan menonjol-nonjolkan diri di kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara.

Tidak kurang yang akan berkecil hati nanti adalah mereka yang mengidamkan jawatan kanan, alih-alih yang tiada pengalaman, tanpa jawatan dalam parti dan mungkin ada video sumbang pula lebih diberikan peranan yang penting dalam kerajaan.

Sekarang ini pun dilaporkan sudah ada beberapa pemimpin yang mula menjauhkan diri lantaran merasakan diri mereka mungkin dipinggirkan, walau sebelumnya penuh yakin termasuk dalam senarai yang akan diberikan jawatan.

Oleh itu, susunan kabinet petang ini adalah detik yang dianggap permulaan kepada kemungkinan berlakunya keretakan atau pecahnya kerajaan PN yang sebelumnya berjaya menjulang Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Ada yang turut meramalkan seawal petang atau malam nanti pun keretakan mungkin sudah dapat dilihat melalui mereka yang kecewa tidak dilantik atau tidak puas hati kepada pemimpin tertentu yang diberikan jawatan.

Walaupun sidang Parlimen sudah ditangguhkan kepada 18 Mei depan, tetapi seorang dua yang berkecil hati dan tidak puas hati sudah cukup untuk memungkinkan PN mula berantakan serta lebih mudah ditumbangkan melalui undi tidak percaya.

Tambahan lagi PH sudah mengumumkan untuk mempertingkatkan serangan kepada Muhyiddin yang dianggap pengkhianat melalui program ceramah dan penerangan ke seluruh negara yang telah pun bermula ketika ini.

Selain program di beberapa negeri sudah bermula dengan kehadiran rakyat yang cukup memberangsangkan sejak dua tiga hari lepas lantaran merasakan undi mereka pada PRU14 lalu telah dirompak dan dikhianati oleh Muhyiddin, Azmin dan semua yang sanggup bersekongkol dalam PN, suatu himpunan besar-besaran menunjukkan kekuatan PH akan diadakan malam ini (Isnin 9 Mac) jam 9.00 malam di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara.

Selepas program di Bukit Kiara itu, sebagaimana yang diumumkan oleh Saifuddin Nasution Ismail di Kelang Sabtu lalu, PH juga akan mengadakan ceramah penerangan berskala besar dengan satu program pada setiap minggu di seluruh negara yang melibatkan semua pimpinan utama PH serta Tun Mahathir Mohamad.

Program itu akan diadakan sehinggalah sidang Parlimen pada 18 Mei depan iaitu di mana undi tidak terhadap Muhyiddin dirancang untuk diusulkan.

Dengan serangan berpanjangan itu, di samping dirinya yang tidak boleh tertekan kesan pembedahan kanser yang baru dilaluinya, ramai yang kini bertanya, berapa lamakah Muhyiddin mampu bertahan?

Adakah kerajaannya akan tumbang pada hari undi tidak percaya pada 18 Mei itu nanti atau mungkin kejatuhan bakal berlaku lebih awal daripada itu? (ShahbudinHusin 09/03/2020)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/berapa-lama-muhyiddin-mampu-bertahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Muhyiddin Mampu Bertahan Sehingga Pru15 Dr Mahathir

Kerajaan Muhyiddin Mampu Bertahan Sehingga Pru15 Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 407 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini dipercayai sudah mempunyai jumlah sokongan ahli Parlimen yang cukup bagi membolehkan beliau mentadbir negara Menurut Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad kerajaan yan...
Kabinet Muhyiddin Petanda Kembalinya Rejim Lama Lapor Media Asing

Kabinet Muhyiddin Petanda Kembalinya Rejim Lama Lapor Media Asing

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 362 hits
MALAYSIA DATELINE Nikkei menyifatkan kabinet baharu Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diumumkan semalam sebagai petanda kembalinya rejim lama Sebahagian besar komposisi kabinet tersebut menurut Nikkei jawatan diberikan ...
Harapan Palsu Kedah Tidak Mampu Bertahan

Harapan Palsu Kedah Tidak Mampu Bertahan

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 319 hits
M FAQIH KETIKA demam politik Covid 20 makin kebas baki gelora masih lagi berpusar di Kedah Politik separa unik masih menghantui negeri Jelapang Padi Ia dilihat menyongsong arus Bertentangan sama sekali dengan sifir politik yang berlaku di s...
Tiada Parti Gabungan Mampu Bertahan Kecuali Bn

Tiada Parti Gabungan Mampu Bertahan Kecuali Bn

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 274 hits
DR LAU ZHE WEI Pelbagai parti gabungan wujud sejak kemerdekaan dari zaman Parti Perikatan sehinggalah ke Perikatan Nasional Seperti yang kita dapat lihat daripada semua parti gabungan yang wujud hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu bert...
Tak Tahu Berapa Lama Akan Hidup Risau Nasib Isteri Anak Alif Satar Buat Wasiat

Tak Tahu Berapa Lama Akan Hidup Risau Nasib Isteri Anak Alif Satar Buat Wasiat

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 621 hits
Kematian tak mengenal usia Tak semestinya orang yang sakit akan pergi dulu Jika sampai masa kita dalam keadaan sihat pun Allah boleh ambil jika dah ditakdirkan Nya Jadi jangan terperdaya dengan usia muda kematian boleh datang pada bila bila...
Lama Mana Muhyiddin

Lama Mana Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 244 hits
Berapa lama agaknya TS Muhyiddin boleh mengekalkan jawatannya sbg PM Tempoh 2 bulan sebelum bulan Mei adalah masa utk tragedi terbuka untuk Muhyiddin Desakan UMNO Azmin dan PAS dalam mengisi kerusi PANAS Kabinet akan berterusan Jgn lupa jug...
Itulah Takdir Muhyiddin

Itulah Takdir Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 685 hits
Ibarat permainan papan klasik ular dan tangga tiada siapa yang menjangka perjalanan politik Tan Sri Muhyiddin Yassin kini cukup manis Nama beliau sebelum ini tiada dalam saga untuk jawatan Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mel...
Cuepacs Beri Sokongan Penuh Kepada Muhyiddin

Cuepacs Beri Sokongan Penuh Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 311 hits
KUALA LUMPUR Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam mengambil pendirian berdiri teguh serta yakin dan akan memberi sokongan sepenuhnya kepada Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin demi memastikan kesejahteraan s...
Kami Sokong Muhyiddin Demi Negara Kata Gps

Kami Sokong Muhyiddin Demi Negara Kata Gps

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 363 hits
KUCHING Gabungan Parti Sarawak bukan anggota Perikatan Nasional yang akan membentuk kerajaan persekutuan baru kata gabungan kerajaan negeri itu semalam Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat ketua menteri berkata GPS hanya entiti poli...
Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Perlis Cuti Peristiwa Sempena Sambutan Jubli Perak

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro