Itu Kerajaan Mahathir Bukan Kerajaan Ph Dap


Wartawan MalaysiaGazette Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng pada sidang media khas Pakatan Harapan di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI
KUALA LUMPUR – Hanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan menentukan siapa menteri-menteri Kabinet dalam kerajaan perpaduan manakala DAP dan parti-parti lain tidak akan dirunding dalam proses tersebut.

Itu rumusan DAP dalam satu kenyataan yang dikongsi kebanyakan ahli Parlimen parti itu di laman Facebook termasuk bekas Menteri Perusahaan Utama, Teresa Kok.

Menurut DAP, selepas menerima sokongan daripada semua parti untuk terus memegang jawatan perdana menteri, Dr Mahathir mengetengahkan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang terdiri daripada individu.

“Ini bermakna hanya Mahathir yang akan menentukan siapa menteri-menteri Kabinet. DAP dan parti-parti lain tidak akan dirujuk dalam proses tersebut.

“Malah, cadangan Kabinet oleh Mahathir ada kecenderungan menyenaraikan personaliti-personaliti yang sama yang mencetuskan krisis ini, begitu juga ahli-ahli Parlimen dari UMNO dan PAS,” kata DAP.

Menurut kenyataan itu lagi, hasilnya yang terbentuk adalah kerajaan Mahathir dan bukannya kerajaan Pakatan Harapan, justeru janji-janji yang terkandung di dalam manifesto PH tidak ditunaikan.

Kata DAP, mereka telah menjemput Dr Mahathir untuk menghadiri mesyuarat Majlis Presiden PH untuk membincangkan keprihatinan mereka terhadap cadangan tersebut, namun Perdana Menteri Interim itu menolak.

Oleh itu, para pemimpin PH memutuskan untuk mempertahankan mandat rakyat yang diberikan kepada kerajaan PH dan menunaikan janji-janji dalam manifesto dengan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri PH.

“Kami mengajak semua rakyat Malaysia menyokong pencalonan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia yang kelapan, menghormati mandat yang diberikan pada pilihan raya umum ke-14 dan memastikan kestabilan negara yang berterusan,” kata DAP.

Kenyataan itu dimulakan dengan DAP menyatakan komitmen PH  untuk menunaikan janji-janji manifesto pilihran raya dan memelihara mandat yang diamanahka kepada mereka.

Kemudiannya mereka menyenaraikan kronologi krisis bermula dengan apa yang mereka katakan sebagai keengganan Dr Mahathir untuk bersama-sama dengan Datuk Seri Azmin Ali dan Bersatu bagi membentuk kerajaan baru bersama UMNO dan Pas iaitu pada Ahad, 23 Februari.

Perkembangan itu diikuti dengan tindakan Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai bantahan pada Isnin.

DAP, ketika itu, berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana mempertahankan prinsip untuk tidak bekerjasama dengan UMNO dan menyatakan sokongan supaya beliau terus menjadi perdana menteri PH.

Dr Mahathir dalam perutusan khas hari ini berkata, beliau mahu cuba membawa pemerintahan negara yang tidak memihak kepada mana-mana parti, dengan hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.

Artikel berkaitan: Saya mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia – Dr Mahathir

“Politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika dibenar, saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti.

“Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan,” kata Perdana Menteri interim itu yang turut menjelaskan punca beliau meletakkan jawatan.

Menurutnya, antara sebab utama ialah beliau tidak dapat menerima, jika parti UMNO menyertai kerajaan campuran, yang mungkin diwujudkan.

“Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi UMNO akan sertai kerajaan campuran ini sebagai Parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan,” kata Dr Mahathir. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/itu-kerajaan-mahathir-bukan-kerajaan-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahniah Ts Muhyiddin Yassin Neither Dr Mahathir Nor Anwar Yang Paling Penting Tanpa Dap Dalam Kerajaan

Tahniah Ts Muhyiddin Yassin Neither Dr Mahathir Nor Anwar Yang Paling Penting Tanpa Dap Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 597 hits
Akhirnya Istana Negara menamatkan keresahan rakyat Malaysia yang berlarutan selama satu mjnggu akibat dilanda krisis politik negara di peringkat pusat Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Ostana Negara oleh Datuk Pengelola Bijaya Di ...
Kononya Mahathir Akan Bentuk Kerajaan Bersama Dap

Kononya Mahathir Akan Bentuk Kerajaan Bersama Dap

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 374 hits
Situasi politik negara berada pada suhu tinggi manakala rakyat berharap ada keputusan baik untuk semua kaum dan agama Spekulasi terkini kononya Dr Mahathir akan membentuk kerajaan Muafakat Nasional bersama sama Bersatu Warisan GPS dan serpi...
Kata Percaya Mahathir Tapi Tolak Kerajaan Perpaduan Itulah Dap Pas Bn

Kata Percaya Mahathir Tapi Tolak Kerajaan Perpaduan Itulah Dap Pas Bn

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 312 hits
Merujuk kenyataan DAP yang dipetik Ahli Parlimen Bakri Yeo Bee Yin menerusi Facebook Ahli Majlis Tertinggi PPBM Redzuan Yusof memberitahu FMT parti itu menunjukkan ia tidak ikhlas dalam deklarasi sokongan awalnya terhadap Mahathir selepas c...
Please Come Back Dap Begs Dr Mahathir

Please Come Back Dap Begs Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 345 hits
The DAP leadership today said it would call for Dr Mahathir Mohamad to return to the top post at Pakatan Harapan s Presidential Council emergency meeting tonight This comes after Mahathir submitted his resignation letter to the Agong I had ...
Dap U Turn Punca Muafakat Nasional Tarik Diri Dari Kerajaan Perpaduan

Dap U Turn Punca Muafakat Nasional Tarik Diri Dari Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 343 hits
Di antara ahli Bersatu yang hadir untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya foto AFIQ RAZALI KUALA LUMPUR Datuk Dr Asyraf Waj...
Jika Diizin Saya Akan Wujudkan Kerajaan Yang Tidak Memihak Mana Mana Parti Tun Mahathir

Jika Diizin Saya Akan Wujudkan Kerajaan Yang Tidak Memihak Mana Mana Parti Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 388 hits
KUALA LUMPUR 26 Feb Tun Dr Mahathir Mohamad akan cuba bawa pemerintahan negara yang tidak memihak kepada mana mana parti dengan hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan Politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekar...
Pas Umno Patut Malu Dengan Ambiga Kerajaan Perpaduan Mahathir

Pas Umno Patut Malu Dengan Ambiga Kerajaan Perpaduan Mahathir

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 397 hits
Menolak kerajaan perpaduan demi kelangsungan parti politik menerima kerajaan perpaduan demi kesejahteraan rakyat dan negara Menjadikan sebuah negara dimana pentadbiran bebas daripada kawalan parti politik yang menang majoriti Daripada penje...
Pas Tak Rela Bersama Dap Bentuk Kerajaan Campuran

Pas Tak Rela Bersama Dap Bentuk Kerajaan Campuran

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 379 hits
Parti tidak boleh dipercayai beri ancaman kepada perpaduan negara Ketua Pemuda PAS Ir Khairil Nizam Khirudin BANGI 2 Rejab 1441H Rabu Tiada sebarang sebab yang munasabah untuk PAS bersama DAP membentuk kerajaan memandangkan parti itu banyak...
Ucapan Tergempar Tun Mahathir Kekal Pendirian Kerajaan Perpaduan

Ucapan Tergempar Tun Mahathir Kekal Pendirian Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 294 hits
Perutusan khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad chedetofficialTerlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik Negara yang agak kucar kacir dan mungkin menimbulkan keresahan dikalangan tua...
Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

What Is Dashi And How To Make It

Anggota Komando Hilang Ketika Latihan Ditemui Lemas Di Pelabuhan Kuantan

Penerbangan Terkejut Boeing 737 Menurun 26 000 Kaki Dalam 10 Minit

Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Dj Dave Terharu Lihat Keadaan Dharma Harun Ykat Hulur Rm1 000 Bantu Pulihkan Kesihatan

Untuk Hati Yang Sedang Letih

Cafa Nations Cup 2025 Senarai Pasukan Pemain Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Msn Sahkan Lee Zii Jia Dalam Keadaan Baik Tiada Isu Depresi Dan Kemurungan Dikesan

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry

Maszlee Malik Dan Noor Amin Ahmad Dakwa Rafizi Menipu

Johari Ghani Youths No Longer Care About Party S Legacy Umno Must Focus On Credibility Climate And Reform To Woo Them