Usul Undi Tidak Percaya Kepada Muhyiddin Tidak Mungkin Berjaya Kata Mahathir



PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini dipercayai sudah mempunyai jumlah sokongan ahli Parlimen yang cukup bagi membolehkan beliau mentadbir negara.

Menurut Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan yang dipimpin Muhyiddin dijangka mampu untuk bertahan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Boleh bertahan sampai PRU. Sekarang ini bila dia (Muhyiddin) jadi kerajaan, dia dapat bagi gula-gula kepada banyak orang. Saya dapati beberapa orang yang menjadi penyokong saya, sekarang ini dilantik menjadi menteri, maka mereka berpindah ke sebelah sana.

“Kita dahulu mempunyai kelebihan sebanyak 114 kerusi tetapi sekarang ini jumlah itu makin kurang. Jadi dalam Dewan Rakyat kita hendak bawa usul tidak percaya pun tidak mungkin berjaya. Sebabnya dia sudah ambil orang saya menyebelahi dia.

“Memanglah bila dia tawarkan jadi menteri, susah bagi orang nak tolak. Saya tidak boleh tawarkan apa-apa pun,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di sini semalam.

Berlangsung selama 80 minit, wawancara itu ialah temu bual pertama Dr Mahathir dengan organisasi media selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari lalu.

Wawancara yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana itu turut dihadiri Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub; Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin dan Timbalan Pengarang Berita, Badruldin Zakaria.  Dalam temu bual itu, Dr Mahathir yang kini sudah berusia 94 tahun turut berharap agar Muhyiddin dapat meneruskan dasar-dasar yang telah dilakukan oleh beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri ketujuh selama 22 bulan.

“Saya minta kalau boleh Kabinet jangan gugurkan dasar-dasar yang baik yang telah kita adakan. Umpamanya Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Itu satu dasar yang baik dan orang yang mencipta dasar itu juga ada dalam Kabinet. Jangan gugurkan,” ujar beliau.

Ketika ditanya mengenai kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan disebabkan oleh konspirasi, Dr Mahathir berkata, ia berpunca daripada perbuatan bekas Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Yang betul-betul berkonspirasi ialah Najib. Apabila dia kalah, maka dia dapat idea kalau dia boleh tubuh satu kerajaan Melayu Islam, maka dia akan dapat lebih sokongan orang Melayu dan dia akan menang.

“Sebab itu dia mencuba dengan begitu lama namun pendekatan beliau tidak berkesan dan akhirnya gagal, akhirnya kami yang menang,” katanya.

Beliau berkata, Najib dan Pas masih tekankan tentang naratif Melayu Islam dan cuba mencari sokongan daripada Bersatu untuk menubuhkan kerajaan Melayu Islam dan DAP ‘dianggap sebagai jahat’.

“Kita kena singkirkan DAP, jadi kita kena bekerjasama dengan UMNO. Jadi tiba-tiba orang yang kalah dianggap menang, manakala orang yang menang dikatakan kalah.

“Ini sebenarnya konspirasi siapa, adakah saya? Apa sebab saya perlu melakukan konspirasi kerana saya sudah menjadi Perdana Menteri.

“Saya ingat saya jadi Perdana Menteri, bila sampai masanya saya akan letak jawatan dan itu tidak menjadi masalah,” tegas beliau

Tambah Dr Mahathir, Najib mahu mendapatkan kembali kuasa dengan secepat mungkin kerana tidak lama lagi keputusan perbicaraan akan diumumkan dan beliau mungkin dihukum.

“Jadi itulah konspirasi mereka, macam mana nak jadi kerajaan setelah kalah dengan meyakinkan ahli-ahli Bersatu untuk menyokongnya dan keluar daripada parti Pakatan Harapan sehingga Pakatan Harapan jatuh. Sekarang ini mereka dah menang,” ujar beliau.


MR :  Nampaknya pembangkang kena cari cara lain untuk menghadapi PN


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/usul-undi-tidak-percaya-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Undi Tak Percaya Kepada Muhyiddin Bermakna Tak Percaya Keputusan Agong Kata Hadi

Undi Tak Percaya Kepada Muhyiddin Bermakna Tak Percaya Keputusan Agong Kata Hadi

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 221 hits
Keputusan Pakatan Harapan bercadang membuat usul undi tidak percaya berhubung pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri memberi gambaran pakatan itu tidak percaya kepada keputusan Yang di Pertuan Agong Presiden PAS Abdul Hadi Awan...
Ph Akan Buat Undi Tak Percaya Pada Muhyiddin Kata Anwar

Ph Akan Buat Undi Tak Percaya Pada Muhyiddin Kata Anwar

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 338 hits
Portal Malaysia Gazette melaporkan Pakatan Harapan akan membuat undi tidak percaya kepada perdana menteri kelapan Muhyiddin Yassin Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata perkara itu telah diputuskan oleh gabungan tersebut namun terpulang kepada...
Akan Segera Bawa Usul Undi Tidak Percaya Anwar

Akan Segera Bawa Usul Undi Tidak Percaya Anwar

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 258 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Parlimen dalam waktu segera Usul undi tidak percaya kita dah ambil keputusan sesegera mungkin katanya ketika d...
Usul Undi Tak Percaya Pada Pm Baru Tun M Rasa Dikhianati

Usul Undi Tak Percaya Pada Pm Baru Tun M Rasa Dikhianati

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 299 hits
PAKATAN Harapan akan mengusulkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang Dewan Rakyat ini Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau merasakan dikhianati oleh Muhyiddin apabila Presiden Parti Pribu...
Muhyiddin Paling Banyak Khianati Saya Kata Mahathir

Muhyiddin Paling Banyak Khianati Saya Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 395 hits
Berbanding Azmin Ali bagi Dr Mahathir Mohamad luka lebih dalam dirasainya berpunca daripada tindakan Muhyiddin Yassin yang diberi kepercayaan menjadi presiden Bersatu selepas mereka diketepikan dari Umno beberapa tahun lalu Ditanya semasa b...
Muhyiddin Tidak Khianat Kata Mahathir Habis Kenapa Bangang Sangat Ph Nak Jelajah Kononnya Muhyiddin Pengkhianat

Muhyiddin Tidak Khianat Kata Mahathir Habis Kenapa Bangang Sangat Ph Nak Jelajah Kononnya Muhyiddin Pengkhianat

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 340 hits
KUALA LUMPUR 12 Mac Datuk Seri Najib Razak memohon penjelasan Pakatan Harapan rasional mengadakan jelajah seluruh negara Bekas perdana menteri berkata Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak curang dalam meng...
Kata Percaya Mahathir Tapi Tolak Kerajaan Perpaduan Itulah Dap Pas Bn

Kata Percaya Mahathir Tapi Tolak Kerajaan Perpaduan Itulah Dap Pas Bn

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 277 hits
Merujuk kenyataan DAP yang dipetik Ahli Parlimen Bakri Yeo Bee Yin menerusi Facebook Ahli Majlis Tertinggi PPBM Redzuan Yusof memberitahu FMT parti itu menunjukkan ia tidak ikhlas dalam deklarasi sokongan awalnya terhadap Mahathir selepas c...
Usul Undi Tidak Percaya Uji Kerajaan Pintu Belakang

Usul Undi Tidak Percaya Uji Kerajaan Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 285 hits
Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Abd Samad menegaskan kesahihan sokongan Ahli Parlimen kepada kerajaan pintu belakang perlu diuji melalui usul undi tidak percaya dengan kadar seberapa segera Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata kesahihan ju...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip