Kerajaan Pn Sekilas Fakta Kabinet Ts Muhyiddin


Selepas seminggu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan, Muhyiddin Yassin mengumumkan kabinet barunya pada hari ini.

Seberapa besar kabinet? Berapa ramai wanita? Siapa pemimpin besar yang tidak tersenarai?

Malaysiakini membantu anda mendapatkan jawapannya, jadi teruskan membaca.


Adakah kabinet ini lebih besar?

Ya. Kabinet Dr Mahathir Mohamad mempunyai 27 menteri, yang mana Dr Wan Azizah Wan Ismail memegang dua portfolio. Mahathir pula melantik 26 timbalan menteri.

Kabinet Muhyiddin Yassin memiliki 32 portfolio dan perdana menteri telah melantik 38 timbalan menteri. Tujuh kementerian mempunyai dua timbalan menteri.


Siapa di kalangan kabinet bukan ahli politik?

Kerajaan baru PN telah melantik dua orang bukan ahli politik ke dalam barisan jemaah menteri, bekas CEO Kumpulan CIMB, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, 46 dan bekas mufti Wilayah Persekutuan Zulkifli Mohamad Al-Bakri, 51.


Mereka akan dilantik sebagai senator.

Tengku Zafrul berpengalaman luas selama 24 tahun dalam bidang industri kewangan, manakala Zulkifli pula dikenal dengan pendekatannya yang sederhana selama menjadi mufti sejak 2014.



Berapa kerusi dapat mengikut parti?

Bersatu menguasai sebahagian besar jawatan kabinet dan timbalan menteri, walaupun berada di tangga kedua dari segi jumlah anggota parlimen penyokong kerajaan.

Bersatu mengawal 34 peratus jawatan dalam kabinet walaupun mempunyai hanya 26 peratus jumlah anggota parlimen.

Umno berada di kedudukan kedua dengan menguasai 28 peratus jawatan kabinet walaupun memiliki 35 peratus MP penyokong kerajaan.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) berada di tempat ketiga walaupun dari segi jumlah MP, ia sama dengan PAS.


Kedua-dua PAS dan GPS (gambar, atas) mempunyai 18 MP tetapi gabungan dari Sarawak itu mendapat empat jawatan menteri kabinet manakala PAS mempunyai tiga orang.

Keseluruhannya, Bersatu kini mempunyai 11 menteri, manakala Umno sembilan, empat GPS, PAS tiga, MCA dua, MIC satu dan PBS satu.

Bagi timbalan menteri, Bersatu akan mempunyai 14 orang, diikuti oleh Umno dengan sembilan timbalan menteri, PAS dan GPS pada masing-masing lima, MCA tiga, PBRS satu dan Star satu.

Pemimpin kanan parti manakah tidak dilantik sebagai menteri?

Kedua-dua Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan tidak dilantik ke dalam barisan jemaah menteri kerajaan PN.

Pemimpin Umno paling kanan yang dilantik ke dalam kabinet ialah Noraini Ahmad (menteri pendidikan tinggi).

Beliau ialah ketua Wanita Umno, yang pada tahun lepas selepas pindaan perlembagaan parti telah dinaikkan setaraf dengan kedudukan timbalan presiden Umno.

Hanya satu daripada tiga naib presiden Umno yang dilantik ke dalam kerajaan PN. Ismail Sabri Yaakob (gambar, bawah) kini menjadi menteri pertahanan, manakala Khaled Nordin dan Mahdzir Khalid tidak tersenarai ke dalam kabinet.


Presiden PAS Abdul Hadi Awang tidak termasuk dalam kerajaan baru tetapi timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai menteri alam sekitar.

Tidak mengejutkan apabila Naib Presiden PAS yang juga Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalan MB Kelantan Mohd Amar Abdullah tidak dilantik kerana masing-masing sedang mentadbir kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun, seorang lagi naib presiden PAS, Idris Ahmad, yang tidak memegang jawatan kepimpinan negeri, tidak dilantik ke dalam kabinet.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dilantik sebagai menteri di JPM yang bertanggungjawab terhadap urusan undang-undang dan hal ehwal parlimen, jawatan penting yang boleh mempengaruhi perubahan perundangan.


Presiden MIC S Vigneswaran (gambar, bawah) juga tidak termasuk dalam kabinet. Beliau kini merupakan Yang di-Pertua Dewan Negara.


Timbalannya, M Saravanan telah dilantik sebagai menteri sumber manusia.

Bagi GPS pula, presiden PBB (Abang Johari Openg), PRS (James Masing) dan SUPP (Sim Kui Hian) difahamkan tidak termasuk ke dalam kabinet kerana mereka sudah menjadi sebahagian daripada kabinet Sarawak.

Pengecualian kepada Presiden PDP Tiong King Sing yang dilantik sebagai timbalan menteri perpaduan negara.

Berapa nisbah wanita jadi menteri ahli kabinet, timbalan menteri?

Terdapat lima menteri kabinet wanita dan empat timbalan menteri. Jumlah ini tidak berubah sebagaimana kabinet sebelumnya.

Bagaimanapun, perlu diingatkan Dr Wan Azizah memegang dua jawatan kabinet pada masa itu dan dari segi nisbah sekarang terdapat lebih ramai lagi timbalan menteri.

Berapa banyak kem Azmin Ali dapat jawatan?

Bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali memainkan peranan penting dalam membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang baru kerana beliau merancang sekumpulan ahli parlimen untuk berpaling tadah kepada gabungan baru.

Termasuk Azmin, terdapat 10 MP yang meninggalkan PKR untuk menyertasi Bersatu susulan "Langkah Sheraton."

Daripada kumpulan bekas anggota parlimen PKR ini, Rashid Hasnon merupakan satu-satunya MP yang tidak menjadi menteri kabinet atau timbalan menteri. Perlu diingatkan Rashid masih lagi timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Pelantikan kem Azmin adalah seperti berikut:

Menteri:

Azmin Ali
Saifuddin Abdullah
Zuraida Kamaruddin

Timbalan menteri:

Ali Biju
Jonathan Yassin
Kamaruddin Jaffar
Mansor Othman
Santhara Kumar
Willie Mongin

Berapa ramai menteri, timbalannya dari Sabah, Sarawak?

Terdapat empat menteri kabinet dari Sarawak dan dua dari Sabah. Ini menjadikan enam menteri dari Malaysia Timur, naik dari hanya empat ketika kabinet sebelumnya.

Jadi, pada masa ini, 18.75 peratus menteri kabinet berasal dari Malaysia Timur walaupun kira-kira 20 peratus MP yang menyokong Muhyiddin dari sini.

Adakah kementerian bubar? Adakah terdapat kementerian baru?

Paling ketara, tiada lagi jawatan timbalan perdana menteri di dalam kabinet buat masa ini. Walau bagaimanapun, Muhyiddin masih boleh menamakan timbalannya kemudian.

Muhyiddin juga telah menghapuskan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Jabatan Perdana Menteri dan menggantikannya dengan Kementerian Perpaduan Negara yang berdiri sendiri.

Empat kementerian pula sama ada dinamakan semula atau disatukan:

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perbahan Iklim dan Alam Sekitar
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli
Kementerian Industri Utama.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/03/kerajaan-pn-sekilas-fakta-kabinet-ts.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pn Muhyiddin Umum Kabinet 5 Petang Ini

Kerajaan Pn Muhyiddin Umum Kabinet 5 Petang Ini

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 287 hits
PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan senarai jemaah menteri baharu 11 pagi ini Dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Per...
Kabinet Kerajaan Muhyiddin Tok Mat

Kabinet Kerajaan Muhyiddin Tok Mat

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 310 hits
Pelantikan Kabinet Kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin Terdapat pelbagai desas desus berhubung pelantikan Kabinet yang baharu bermula dari ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri sehinggalah kepada dakwaan bahawa komposisi Kabinet adalah b...
Fakta Senarai Menteri Kabinet Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin

Fakta Senarai Menteri Kabinet Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 1096 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akhirnya mengumumkan barisan kabinet untuk bersama sama pentadbirannya dan dalam sidang media memberitahu jawatan timbalan perdana menteri tidak diwujudkan sebaliknya beliau melantik empat orang menteri kana...
Kerajaan Minoriti Muhyiddin Umno Di Luar Kabinet

Kerajaan Minoriti Muhyiddin Umno Di Luar Kabinet

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 508 hits
oleh Ab Jalil Backer 1 Berdasarkan ucapan pertama Perdana Menteri kepada rakyat saya telah menjangkakan akan ada satu krisis pemilihan anggota kabinet 2 Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap seolah olah parti beliau menang besar dalam PRU Realit...
Fakta Fakta Yang Ingin Diketahui Pada Kabinet Muhyiddin

Fakta Fakta Yang Ingin Diketahui Pada Kabinet Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 511 hits
Selepas seminggu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan Muhyiddin Yassin mengumumkan kabinet barunya pada hari ini Seberapa besar kabinet Berapa ramai wanita Siapa pemimpin besar yang tidak tersenarai Adakah kabinet ini lebih bes...
Blok Umno Diketepi Secara Tidak Adil Dalam Kabinet Muhyiddin Kata Tok Mat

Blok Umno Diketepi Secara Tidak Adil Dalam Kabinet Muhyiddin Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 327 hits
March 13 2020 11 39 PMTimbalan Presiden Umno Mohamad Hasan PETALING JAYA Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mendakwa ahli Parlimen parti itu sebagai blok terbesar yang membentuk kerajaan baru diketepikan secara tidak adil dalam Kabinet Mu...
Umno Tak Senang Bayangan Kabinet Muhyiddin

Umno Tak Senang Bayangan Kabinet Muhyiddin

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 523 hits
Malaysiakini Ketika ini dipercayai timbul spekulasi mengatakan Umno kurang senang dengan rancangan awal Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membentuk kabinetnya selepas mengangkat sumpah baru baru ini Hal itu dikesan selepas tular beberapa tul...
Kerajaan Muhyiddin Mampu Bertahan Sehingga Pru15 Dr Mahathir

Kerajaan Muhyiddin Mampu Bertahan Sehingga Pru15 Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 339 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini dipercayai sudah mempunyai jumlah sokongan ahli Parlimen yang cukup bagi membolehkan beliau mentadbir negara Menurut Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad kerajaan yan...
Tok Mat Pula Hentam Muhyiddin Kabinet Merugikan Umno

Tok Mat Pula Hentam Muhyiddin Kabinet Merugikan Umno

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 328 hits
Kerajaan kudeta Muhyiddin Yassin diserang lagi oleh Umno Kali ini pemimpin nombor dua parti itu Mohamad Hasan mempertikaikan agihan menteri kabinet yang tidak menguntungkan Umno untuk meningkatkan pengaruhnya dalam kalangan masyarakat luar ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord