Kerajaan Mahu Cantum Tanah Peneroka Felda Jadi Estet Besar Kata Mahathir


Faiz Zainudin Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, jika pertanian diuruskan dengan skala besar, ia mampu memberi keuntungan yang cukup kepada peneroka Felda.
PETALING JAYA: Kerajaan akan mencantumkan tanah peneroka Felda dan diuruskan sebagai sebuah estet besar bagi menjana pendapatan lebih baik kepada golongan itu.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau percaya jika pertanian diuruskan dengan skala besar, ia mampu memberi keuntungan yang cukup kepada peneroka Felda.

“Kerajaan merancang untuk menjadikan kawasan Felda sebagai estet besar yang diurus oleh orang terlatih dalam pengurusan estet dan peneroka boleh bekerja atau mendapat bahagian mereka berdasarkan besarnya tanah yang dimiliki,” katanya pada majlis sambutan Hari Peneroka 2019 di Felda Selancar 3, Rompin, hari ini.

Beliau berkata, Felda sebelum ini tidak diuruskan dengan baik sehingga menyebabkan agensi itu tidak mendapat keuntungan, sementara peneroka pula terpaksa menanggung hutang.

Katanya, pemerhatian kerajaan mendapati hanya dengan adanya estet besar kerajaan boleh memberikan pendapatan yang mencukupi kepada peneroka seperti yang dilakukan oleh orang asing seperti British sebelum ini sehingga berjaya melahirkan ramai jutawan.

“Kerajaan akan susun semula pentadbiran dan pengurusan Felda,” katanya lagi.

Dalam pada itu Mahathir mengakui kesilapan kerajaan memberikan hanya 10 ekar tanah kepada setiap peneroka kerana ia tidak membawa pulangan besar kepada kelompok tersebut.

“Kita kena akui bahawa kita telah salah dalam mentadbir Felda ini dengan memberi 10 ekar sahaja dan tidak ditadbir sebagai ladang besar. Oleh sebab itu, hari ini kita dapati ramai daripada peneroka menderita,” katanya.

Mahathir sekali lagi menyarankan kepada peneroka supaya mempelbagaikan tanaman bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam kemiskinan berikutan kejatuhan harga sawit dan getah.

Katanya, tanah yang dimiliki hendaklah digunakan sebaik mungkin dengan kebun tanaman campuran supaya petani tidak putus pendapatan.

“Apabila kita bergantung pada hanya 1 jenis tanaman, kejatuhan harganya akan menyebabkan kita menderita,” katanya.

Beliau berkata, dengan adanya ladang besar, mungkin 1,000 ekar atau lebih, sebahagian ladang boleh ditanam dengan buahan-buahan atau sayur-sayuran kerana permintaannya amat besar di negara ini.

“Setiap tahun kita beli dari negara asing RM60 bilion sayuran dan buah-buahan, sedangkan semuanya dapat diperolehi di Malaysia,” katanya selain menyebut bahawa langkah itu juga akan membolehkan peneroka tidak lagi bergantung pada subsidi kerajaan.

“Dengan perubahan ini maka peneroka dapat hasil lebih baik, dapat hidup lebih sempurna dan kawasan luar bandar tidak lagi menjadi kawasan kemiskinan,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/kerajaan-mahu-cantum-tanah-peneroka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cadangan Mencantumkan Ladang Felda Menjadi Estet Besar Apakah Kesannya Dari Segi Perundangan Hartanah

Cadangan Mencantumkan Ladang Felda Menjadi Estet Besar Apakah Kesannya Dari Segi Perundangan Hartanah

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 308 hits
CADANGAN MENCANTUMKAN LADANG FELDA MENJADI ESTET BESAR APAKAH KESANNYA DARI SEGI PERUNDANGAN HARTANAH 1 Baru baru ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan merancang mencantumkan tanah peneroka FELDA sebagai satu entiti p...
Cantum Tanah Felda Jamin Hasil Lebih Lumayan Dr M

Cantum Tanah Felda Jamin Hasil Lebih Lumayan Dr M

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 328 hits
Kerajaan merancang tanah tanah peneroka Felda dicantum menjadi ladang besar yang mampu memberi hasil lumayan menerusi pengurusan efisien dan dengan cara yang lebih profesional kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Beliau berkata pengurus...
Peneroka Felda Tak Boo Saya Kata Azmin

Peneroka Felda Tak Boo Saya Kata Azmin

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 450 hits
Azmin Ali berkata berlaku sedikit kekecohan di bahagian belakang ketika beliau berucap dalam sambutan Hari Peneroka 2019 peringkat kebangsaan di Felda Selancar 3 Rompin semalam KUALA LUMPUR Mohamed Azmin Ali hari ini menolak dakwaan beliau ...
Pertemuan Tidak Bincang Isu Peralihan Kuasa Kata Dr Mahathir

Pertemuan Tidak Bincang Isu Peralihan Kuasa Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 384 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada sebarang perbincangan berkenaan isu peralihan kuasa dalam pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin Perdana Menteri berkata sebaliknya pertemuan dengan Presiden PKR itu hanya mem...
Dr Mahathir Saya Tak Kata Mahu Jadi Pm Tiga Tahun

Dr Mahathir Saya Tak Kata Mahu Jadi Pm Tiga Tahun

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 608 hits
KUALA LUMPUR 25 Jun Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada sebarang perbincangan berkenaan isu peralihan kuasa dalam pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam Perdana Menteri berkata sebaliknya pertemuan dengan Presiden PKR itu hanya...
Kerajaan Akan Memperkemas Lagi Cukai Keuntungan Harta Tanah

Kerajaan Akan Memperkemas Lagi Cukai Keuntungan Harta Tanah

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 339 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Sempena Hari Peneroka Pm Umum Inisiatif Baharu Buat Felda

Sempena Hari Peneroka Pm Umum Inisiatif Baharu Buat Felda

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 593 hits
ROMPIN Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka mengumumkan inisiatif model baharu Felda pada sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan di Felda Selancar 3 Muadzam Shah di sini Ahad ini Pengarah Besar Felda Datuk Dr Othman O...
Pm Umum Inisiatif Baharu Felda Sempena Hari Peneroka

Pm Umum Inisiatif Baharu Felda Sempena Hari Peneroka

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 569 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka mengumumkan inisiatif model baharu Felda pada sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan di Felda Selancar 3 Muadzam Shah di sini Ahad ini Pengarah Besar Felda Datuk Dr Othman Omar ber...
Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Rahsia Bentuk Dan Warna Kulit Telur Panduan Bijak Pilih Telur Segar

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Tips Beli Powerbank Kapasiti Jenama Ciri Keselamatan Yang Perlu Tahu

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Pau Sambal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lapar Awal Pagi Ini

Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

Penghargaan Kepada Pejuang Kental Tetap Berdaya Walau Dalam Keadaan Sukar

Pengantar Kepada Ketahanan Mental Dan Emosi

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb

Dream Beyond Borders Maldivian Music Takes Centre Stage In Malaysia This November