Peneroka Felda Tak Boo Saya Kata Azmin


Faiz Zainudin Azmin Ali berkata, berlaku sedikit kekecohan di bahagian belakang ketika beliau berucap dalam sambutan Hari Peneroka 2019 peringkat kebangsaan di Felda Selancar 3, Rompin, semalam. (Gambar Facebook) KUALA LUMPUR: Mohamed Azmin Ali hari ini menolak dakwaan beliau mendapat sorakan ejekan ketika berucap di depan ribuan peneroka Felda dalam sebuah majlis yang dihadirinya bersama Dr Mahathir Mohamad di Pahang semalam.

Menteri hal ehwal ekonomi itu mengakui berlaku kekecohan, tetapi ia tiada kaitan dengan ucapannya dan bukan menyasarkannya.

“Tak ada. Saya di sana berucap panjang, ada sedikit gangguan semalam, tapi bukan terhadap saya. Saya rasa ada sedikit kekecohan di belakang, tapi kami tak tahu mengenainya,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Klip video insiden itu yang turut dikongsi di media sosial menunjukkan ucapan Azmin ditenggelamkan sorakan “boo” hadirin sempena sambutan Hari Peneroka 2019 peringkat kebangsaan di Felda Selancar 3, di Rompin.

Azmin berucap mengenai usaha kerajaan baru dalam memulihkan Felda susulan dakwaan salah guna dana dan pengurusan ketika beliau diejek hadirin.

Hari ini, Azmin menyifatkan warga Felda memberi sambutan sangat baik untuk program yang pertama kali dianjurkan kerajaan Pakatan Harapan itu.

“Ia disambut dengan sangat baik, mereka sanggup datang dari Sabah, Perlis, seluruh negara untuk sambut PM dan inisiatif baru yang dimasukkan dalam kertas putih menggambarkan sokongan peneroka Felda kepada model baru ini.”

Mengenai kenyataan Pemuda PKR yang itu ialah situasi biasa apabila PH di “wilayah musuh”, Azmin bagimanapun enggan menyalahkan kekecohan itu dicetuskan pembangkang.

“Tidak, menteri besar (Pahang) ada di sana, exco negeri semua ada. Kita ada kerjasama yang baik, sebelum perdana menteri ke Pahang, saya terima surat dari menteri besar Pahang untuk bincang tentang projek di Pahang.

Peneroka Felda malas?

Azmin berkata, dakwaan peneroka malas memajukan tanah Felda dan mengharapkan sepenuhnya bantuan kerajaan sekadar pandangan peribadi Chef Wan.

“Itu mungkin pandangan peribadi dia sebagai anak Felda, tapi di pihak kerajaan, kita yakin peneroka ada potensi besar, khususnya generasi baru Felda dengan syarat mereka diberi dokongan dan sokongan untuk menjayakan inisiatif ini.

“Sebagai kerajaan, kita telah mengemukakan satu dasar baru, model baru (kepada warga Felda).”

Semalam, Mahathir ketika berucap dalam sambutan Hari Peneroka 2019 peringkat kebangsaan di Pahang berekata, kerajaan akan mencantumkan tanah Felda menjadi sebuah estet besar untuk menjana pendapatan lebih baik bagi peneroka.

Beliau percaya pertanian yang diuruskan dalam skala besar mampu memberi keuntungan kepada peneroka Felda.

Beliau turut menyarankan peneroka mempelbagaikan tanaman bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam kemiskinan disebabkan kejatuhan harga sawit dan getah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/peneroka-felda-tak-boo-saya-kata-azmin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Nafi Kena Boo Di Majlis Peneroka Felda

Azmin Nafi Kena Boo Di Majlis Peneroka Felda

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 315 hits
Bagaimanapun menteri hal ehwal ekonomi mengakui Ada sedikit gangguan semalam tapi bukan terhadap saya
Kerajaan Mahu Cantum Tanah Peneroka Felda Jadi Estet Besar Kata Mahathir

Kerajaan Mahu Cantum Tanah Peneroka Felda Jadi Estet Besar Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 367 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata jika pertanian diuruskan dengan skala besar ia mampu memberi keuntungan yang cukup kepada peneroka Felda PETALING JAYA Kerajaan akan mencantumkan tanah peneroka Felda dan diuruskan sebagai sebuah ...
Azmin Jeers At Felda Rompin Weren T Aimed At Me

Azmin Jeers At Felda Rompin Weren T Aimed At Me

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 280 hits
KUALA LUMPUR Economic Affairs Minister Datuk Seri Azmin Ali has denied that he was jeered when he attended a Felda event in Rompin Pahang on Sunday Azmin said that there was some disturbance during a speech he gave at the event but stressed...
Peneroka Felda Angkat Kaki Bubarparlimen

Peneroka Felda Angkat Kaki Bubarparlimen

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 830 hits
apabila kerajaan menipu maka peneroka felda memberi isyarat jelas kami tak mo kena tipu lagi mereka datang nak dengar apa kebaikan yang kerajaan akan umumkan tetapi tiada langsung bantuan di umumkan padan muka perdana menteri rakyat dah mua...
Pm Umum Inisiatif Baharu Felda Sempena Hari Peneroka

Pm Umum Inisiatif Baharu Felda Sempena Hari Peneroka

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 472 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka mengumumkan inisiatif model baharu Felda pada sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan di Felda Selancar 3 Muadzam Shah di sini Ahad ini Pengarah Besar Felda Datuk Dr Othman Omar ber...
Beri Tun M Tempoh Secukupnya Pulihkan Ekonomi Negara Kata Azmin

Beri Tun M Tempoh Secukupnya Pulihkan Ekonomi Negara Kata Azmin

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 304 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menyatakan sokongan agar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diberi tempoh secukupnya untuk memulihkan ekonomi negara Beliau berkata langkah itu wajar dilakukan Dr...
Dituduh Bocor Minit Mesyuarat Kerana Saya Sokong Azmin Kata Exco Perak

Dituduh Bocor Minit Mesyuarat Kerana Saya Sokong Azmin Kata Exco Perak

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 296 hits
IPOH Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam Infrastruktur Pertanian dan Perladangan Abdul Yunus Jamahri menyifatkan tuduhan membocorkan kertas minit mesyuarat Exco yang dibuat terhadap beliau bertujuan membunuh karier politiknya Beliau yang ...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia