Kerajaan Madani Salur Peruntukan Awal Rm100 000 Sokong Program Rxz Members 7 0


Kerajaan MADANI Salur Peruntukan Awal RM100,000 Sokong Program RXZ Members 7.0
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — Kerajaan MADANI akan menyalurkan peruntukan awal RM100,000 bagi menyokong penganjuran Program RXZ Members 7.0 2025 yang akan berlangsung pada 23 Ogos ini di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbincangan lanjut mengenai keperluan tambahan akan diadakan bersama pihak penganjur pada minggu hadapan.
Beliau berkata sokongan itu mencerminkan pengiktirafan kerajaan terhadap peranan komuniti permotoran sebagai pemangkin semangat kebersamaan, pengukuh silaturahim dan penyumbang penting kepada pembangunan ekonomi setempat menerusi pelbagai aktiviti berimpak tinggi.
“Program ini menjadi platform utama menghimpunkan peminat serta penggiat permotoran dari seluruh negara sekali gus mengangkat potensi industri permotoran ke tahap lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Anwar berkata pihak polis akan memberikan bantuan dan kawalan sewajarnya bagi memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang program. Beliau turut mengingatkan peserta dan penganjur supaya mematuhi peraturan jalan raya, mengamalkan sikap bertanggungjawab serta memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.
“Dalam semangat Bulan Kemerdekaan, saya turut mengajak seluruh peserta untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang kebanggaan serta kecintaan kepada tanah air.
“Semoga program ini bukan sahaja menjadi wadah permotoran yang positif, tetapi juga medan memperkukuh perpaduan nasional dan semangat patriotisme rakyat Malaysia,” katanya.
Perdana Menteri berkata kerajaan akan terus menyokong inisiatif masyarakat yang membawa manfaat bersama dan memperkukuh perpaduan selain membina budaya permotoran yang positif, selamat dan berdaya maju demi kemakmuran negara.
BACA: 600 Pegawai, Anggota Polis Kawal Keselamatan Program RXZ Members 7.0 Minggu Depan
Sumber: BERNAMA
The post Kerajaan MADANI Salur Peruntukan Awal RM100,000 Sokong Program RXZ Members 7.0 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/18/kerajaan-madani-salur-peruntukan-awal-rm100000-sokong-program-rxz-members-7-0/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maruah Sekolah Pondok Dibela Kerajaan Madani Kembalikan Peruntukan

Maruah Sekolah Pondok Dibela Kerajaan Madani Kembalikan Peruntukan

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 266 hits
Keputusan Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengembalikan peruntukan sekolah pondok dan sekolah agama rakyat sebenarnya mengembalikan maruah institusi berkenaan yang diinjak injak kerajaan terdahulu Foto Face...
Pas Demi Kuasa Tunggang Agama Halalkan Fitnah Terhadap Kerajaan Phbn Madani

Pas Demi Kuasa Tunggang Agama Halalkan Fitnah Terhadap Kerajaan Phbn Madani

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 483 hits
PAS DEMI KUASA TUNGGANG AGAMA HALALKAN FITNAH TERHADAP KERAJAAN PHBN MADANI DENGAN DALIL WALI WAJIB BOHONG DEMI MASLAHAT JAWAB LA NANTI KAT AKHIRAT KERAJAAN PUSAT ZALIM Ini antara bait bait serangan di pentas politik dan media sosial kemain...
Program Air Percuma Pemuda Pas Sambut Baik Langkah Kerajaan Negeri Pahang Ikut Jejak Terengganu

Program Air Percuma Pemuda Pas Sambut Baik Langkah Kerajaan Negeri Pahang Ikut Jejak Terengganu

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 420 hits
KUANTAN Dewan Pemuda PAS Pahang menyambut baik langkah Kerajaan Negeri Pahang menjenamakan semula Rebat Air Makmur kepada Program Air Percuma Pahang 1st yang menawarkan 20 meter padu air percuma kepada pengguna yang layak Ketua Pemuda PAS P...
Rampasan Kira Kira Rm5 Bilion Hasil Rasuah Bukti Kecekapan Kerajaan Madani Pm Anwar

Rampasan Kira Kira Rm5 Bilion Hasil Rasuah Bukti Kecekapan Kerajaan Madani Pm Anwar

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 1201 hits
Rampasan Kira kira RM5 Bilion Hasil Rasuah Bukti Kecekapan Kerajaan Madani PM Anwar IPOH Kejayaan rampasan kira kira RM5 bilion hasil kegiatan rasuah dalam tempoh satu hingga dua tahun kebelakangan ini membuktikan kecekapan serta kesungguha...
Peruntukan Bumiputera Paling Tinggi Sejak Merdeka Hanya Madani Berani Beri Pm Anwar

Peruntukan Bumiputera Paling Tinggi Sejak Merdeka Hanya Madani Berani Beri Pm Anwar

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 353 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa peruntukan bumiputera dalam Rancangan Malaysia Ke 13 adalah yang tertinggi dalam sejarah negara sejak merdeka sekaligus membuktikan keberanian Kerajaan Madani melaksanakan dasar mem...
Majlis Penutupan Program Madani Malam Ini

Majlis Penutupan Program Madani Malam Ini

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 181 hits
LIVE Majlis Perasmian Penutupan Program MADANI Rakyat 2025 Kelantan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar IbrahimSabtu 9 Ogos 2025 Stadium Sultan Muhammad Ke IV Kota Bharu Kelantan Malaysia MADANI Rakyat Disantuni Yang sahih di RTM RTM B...
Laksana Program Air Percuma Bukti Jelas Kerajaan Pahang Kini Semakin Stabil Di Tangan Orang Yang Betul

Laksana Program Air Percuma Bukti Jelas Kerajaan Pahang Kini Semakin Stabil Di Tangan Orang Yang Betul

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 418 hits
KUANTAN Pelaksanaan Program Air Percuma Pahang 1st oleh Kerajaan Negeri Pahang merupakan manifestasi jelas bahawa kestabilan pentadbiran negeri bukan sahaja berjaya dikekalkan malah diterjemahkan dalam bentuk manfaat terus kepada rakyat Ket...
Pas Berates Petronas Ceo For Champagne Shower Podium Celebrations At Singapore F1 Gp

Ceo Petronas Mandi Champagne

Sarapan Pagi Di Warung Kopi Peng Bersama Anak Buah And The Gang

Ppim Gesa Boikot Habis Habisan Produk Berkaitan Zionis Israel Sidang Media Ppim 07 10 2025

Mastering Fire Water Shelter Essential Wilderness Survival Skills For 2025

Wan Rosdy Penyata Kewangan Negeri Pahang Diberikan Pengiktirafan Tinggi Oleh Ketua Audit Negara

Printing Kotak Packaging Premium Sesuai Untuk Produk Anda Tak Kira Besar Atau Kecil

Plane Carrying 23 Malaysians From Global Sumud Flotilla Touches Down At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fifa Latin Night

Emulator Android Studio Tidak Mau Jalan

Cpanel Services

Masuk Raudah Bagi Jemaah Lelaki Pada Pukul 3 Pagi Waktu Arab Saudi

Farmer Froggy Crochet

1688vegas 21 May 1688vegas Top 54 By Klaudia