Kerajaan Madani Jangan Cuba Pertahan Enam Jahanam Nanti Tercemar Imej Sendiri






Sebahagian penyokong serta pendokong PH didapati tidak begitu gembira dengan keputusan RoS meluluskan pindaan perlembagaan Bersatu berkaitan larangan kepada wakil rakyatnya memberi sokongan kepada parti lawan.


Mereka bahkan lebih tidak gembira dengan kelulusan itu yang dijangka akan memaksa diadakan pilihanraya kecil di enam kawasan di mana Ahli Parlimen Bersatu sebelum ini telah mengisytiharkan sokongan kepada PMX dan kerajaan madani.


Pelbagai alasan cuba diberikan, antara yang popular ialah pilihan raya kecil atau PRK hanya akan membazirkan wang rakyat.


Tetapi, yang jelasnya alasan sebenarnya ialah mereka tidak mahu sokongan majoriti yang kini dimiliki PMX akan berkurangan jika PN kembali memenangi PRK di enam kawasan terbabit.


Kalau diimbas bagaimana geng Azmin Ali mengkhianati PKR dan PMX sebelum ini, lulusnya pindaan perlembagaan Bersatu itu sepatutnya merupakan suatu berita gembira buat para penyokong PH.


Ini kerana sebagaimana Akta Anti Lompat Parti adalah perkara yang diperjuangkan oleh PH susulan pengkhianatan tersebut, mereka yang khianat kini tidak boleh lagi berbangga dengan pendurjanaan mereka.


Hukuman hilang kerusi Parlimen tetap menanti mereka.


Tidak senangnya mereka dengan lulusnya pindaan perlembagaan Bersatu itu seolah-olah mereka hanya tidak suka dikhianati, tetapi gembira bila pengkhianat datang membawa sokongan.


Ehhh…tak bolehlah begitu, kena jujurlah sepanjang masa, lagi pun sokongan pengkhianat bukan pun sokongan yang ikhlas.


Di sebalik masih ada yang tidak gembira, sebetulnya dengan lulusnya pindaan perlembagaan Bersatu itu, disertai pula Akta Anti Lompat Parti yang telah sedia wujud, kedudukan “enam jahanam” Ahli Parlimen parti itu yang memberi sokongan kepada pihalk lawan tanpa restu parti itu bukan saja lebih mudah diselesaikan, bahkan tidak patut ada pertikaian sama sekali.


Oleh kerana “enam jahanam” itu masih ahli Bersatu, tanya saja pendirian mereka sekarang ini sama ada mereka menyokong PN atau PMX dan kerajaan madani.


Kalau mereka bertegas mahu terus menyokong PMX dan kerajaan madani, maka secara automatik kedudukan mereka sebagai Ahli Parlimen adalah gugur, sesuai dengan pindaan perlembagaan yang telah diluluskan RoS itu.


Jika Bersatu nanti sudah memperolehi jawapan tersebut, Speaker Parlimen tak perlulah berdolak-dalik lagi dalam membuat keputusan.


Akur sajalah kedudukan enam Ahli Parlimen berkenaan telah tergugur dan perlu diadakan PRK semula.


Jangan risau dengan pembaziran mengadakan PRK kerana kalau kita perhati laporan audit setiap tahun, lebih besar lagi pembaziran yang berlaku setiap tahun, bahkan berulang-ulang setiap kali laporan audit dikeluarkan.


Lagi pun, pembaziran mengadakan PRK itu hanya sekali saja berlaku, selepas ini tiada siapa yang berani dan “saja-saja mahu jadi bodoh” untuk mengalihkan sokongan kepada parti lawan tanpa restu parti sendiri.


Yang lebih penting, apabila Speaker akur dengan kekosongan kerusi tersebut dan membenarkan diadakan PRK, nama kerajaan madani dan PMX sendiri akan menjadi lebih baik di mata rakyat kerana bertindak selaras dengan Akta Anti Lompat Parti dan kelulusan pindaan perlembagaan oleh RoS yang bermakna kerajaan madani merestui kelulusan tersebut.


Takkanlah setelah beri kelulusan, kerajaan madani sendiri tidak mahu mengguna pakainya?


Kerajaan madani dan PMX dengan itu akan dilihat telus, akur kepada undang-undang dan tidak menggunakan campurtangan politik untuk memperolehi sokongan yang palsu.


Kepada “enam jahanam” berkenaan pula, jika nanti sudah diputuskan kekosongan kerusi dan perlu diadakan PRK, tak usahlah pula mereka cuba membawanya ke mahkamah untuk menegakkan benang basah.


Malulah sikit dengan anak cucu kerana cuba mempertahankan pengkhianatan dan langkah mungkar sendiri dalam politik.


Tambahan lagi, jika mereka cukup hebat dan benar-benar disayangi pengundi kononnya – apa takut – bertandinglah semula atas tiket apa sekali pun dalam PRK nanti. – ShahbudinHusin 05/04/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/04/05/kerajaan-madani-jangan-cuba-pertahan-enam-jahanam-nanti-tercemar-imej-sendiri.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/04/kerajaan-madani-jangan-cuba-pertahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Madani Bagi Duit Untuk Bayar Gaji Kakitangan Negeri Lepas Tu Habis

Kerajaan Madani Bagi Duit Untuk Bayar Gaji Kakitangan Negeri Lepas Tu Habis

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 209 hits
Sham Ghaz Kerajaan Madani bagi Terengganu RM276 3 juta dan Kelantan dapat RM58 6 juta antaranya untuk Kerajaan Negeri bayar gaji kakitangan Bulan 4 dah habis duit dah Kerajaan Negeri
Sengetnya Pemikiran Takkan Dah Siap Nak Runtuh Ianya Diputuskan Oleh Kerajaan Madani

Sengetnya Pemikiran Takkan Dah Siap Nak Runtuh Ianya Diputuskan Oleh Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 10/4/2024 - jumlah : 182 hits
PMX merasmikan TRXAbu MiskatJika kita baca komen warganet di portal Awani ini kita dapat melihat kroniknya pemikiran rakyat yang tercandu dengan politaik Mereka menyindir dan memperli PMX yang pergi merasmikan mercu tanda baru negara itu sa...
Mp Enam Jahanam Kena Akur Bala Yang Bakal Tiba Speaker Sudah Terikat Dengan Akta Anti Lompat Parti

Mp Enam Jahanam Kena Akur Bala Yang Bakal Tiba Speaker Sudah Terikat Dengan Akta Anti Lompat Parti

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 188 hits
Keputusan paling tepat itulah kesimpulan yang dapat digambarkan berikutan pindaan perlembaan Bersatu yang diluluskan dalam mesyuarat agung luar biasa parti itu pada 2 Mac lalu kini telah pun mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftar Per...
Kafe Tanah Aina Fareena Beroperasi Enam Tahun Kenapa Baru Sekarang Kerajaan Pahang Bertindak

Kafe Tanah Aina Fareena Beroperasi Enam Tahun Kenapa Baru Sekarang Kerajaan Pahang Bertindak

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 229 hits
BENTONG Pihak pengurusan Kafe Tanah Aina Fareena mempersoalkan kewajaran Kerajaan Negeri Pahang mengambil tindakan menutup laluan akses masuk ke premis itu hari ini Pengurusnya Syarifah Sheila Syed Mustafa berkata tindakan tersebut seolah o...
Gempar Bekas Ahli T Ara Ini Dibawa Ke Hospital Selepas Cuba Ambil Nyawa Sendiri

Gempar Bekas Ahli T Ara Ini Dibawa Ke Hospital Selepas Cuba Ambil Nyawa Sendiri

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 278 hits
Mengejutkan apabila bekas ahli T ARA iaitu Ahreum dikhabarkan cuba mengambil nyawanya sendiri Artikel Berkaitan Menurut laporan eksklusif dari media Korea wanita itu digegaskan ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas cuba membunuh dir...
Kerajaan Jangan Lena

Kerajaan Jangan Lena

papar berkaitan - pada 11/4/2024 - jumlah : 136 hits
Iawardy MorniDari awal puasa sehingga masuk raya saya nampak satu usaha pasukan secara tersusun memainkan sentimen agama bagi atas tujuan menimbulkan keresahan dan ketakutan rakyat dan pelabur dalam dan luar negara Dari isu kantin isu kafir...
Pemberian Wang Ehsan Ke T Ganu Kelantan Bukti Kerajaan Madani Adil

Pemberian Wang Ehsan Ke T Ganu Kelantan Bukti Kerajaan Madani Adil

papar berkaitan - pada 11/4/2024 - jumlah : 214 hits
Tuntutan royalti petroleum oleh kerajaan Pas Terengganu ke atas Kerajaan Persekutuan telah dijawab dalam kenyataan Kementerian kewangan baru baru ini bersabit undang undang semasa royalti bahawa kerajaan Terengganu atau Kelantan hanya layak...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner