Mp Enam Jahanam Kena Akur Bala Yang Bakal Tiba Speaker Sudah Terikat Dengan Akta Anti Lompat Parti




Keputusan paling tepat – itulah kesimpulan yang dapat digambarkan berikutan pindaan perlembaan Bersatu yang diluluskan dalam mesyuarat agung luar biasa parti itu pada 2 Mac lalu kini telah pun mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS.


Surat kelulusan berkenaan pindaan perlembagaan bagi memberi hak kepada parti melucutkan keahlian mana-mana wakil rakyatnya yang menyokong parti yang bertentangan diterima oleh ibu pejabat Bersatu hari ini (2 April).


Bersatu mengadakan mesyuarat agung luar biasa yang meluluskan pindaan itu pada 2 Mac, tetapi dokumen memohon kelulusan hanya dibantar pada 11 Mac 2024 dengan Mahiaddin Md Yasin selaku Presiden Bersatu sendiri mengetuai barisan pimpinan yang hadir ke pejabat RoS.


Ibi bermakna, RoS mengambil masa tidak sampai sebulan untuk memberi kelulusan kepada pindaan tersebut.


Syabas dan tahniah, ini baru namanya cekap dan beramanah!!


Keputusan RoS memberi kelulusan yang segera dan dikira pantas ini dianggap tindakan yang tepat kerana:-


Pertama, keputusan RoS itu memperlihatkan kerajaan madani tidak campurtangan daripada segi politik dalam memberi kelulusan kepada permohonan yang dibuat oleh parti musuh.


Asalkan semua dokumen cukup, segala syarat dipatuhi dan tiada perkara-perkara yang meragukan, semua permohonan harus diberi kelulusan tanpa mengira kawan atau lawan.


Kerajaan madani kini dengan sendirinya terhindak daripada pelbagai persepsi buruk dan andaian yang bukan-bukan berhubung pindaan yang dibuat Bersatu itu.


Kedua, dengan lulusnya pindaan ini akan melengkapkan lagi Akta Anti Lompat Parti daripada sebarang kelompongan seperti yang ada sebelum ini.


Ertinya, tiada lagi wakil rakyat, khususnya daripada Bersatu yang boleh mengalihkan sokongan sesuka hati demi manfaat peribadi dan ini akan menjadikan dunia politik Malaysia lebih bersih daripada segala kekotoran yang disengajakan.


Ketiga, secara tidak langsung ini menunjukkan kerajaan madani tidak bergantung sangat kepada sokongan enam Ahli Parlimen Bersatu atau dipanggil “enam jahanam” yang telah mengalih sokongan itu untuk memastikannya kekal sebagai kerajaan.


Tanpa sokongan mereka pun, kerajaan madani sebenarnya mampu berdiri tegak sehingga PRU16 akan datang.


Apa yang dijangka akan dilakukan Bersatu selepas ini ialah mengurus surat kepada enam Ahli Parlimen berkenaan berhubung pendirian politik mereka.


Jika mereka kembali menyokong PN, maka kekallah kerusi Parlimen yang dipegang sekarang.


Tetapi, jika mereka kekal dengan pendirian menyokong kerajaan madani, walaupun tarikh berkuatkuasanya pondaan itu ialah 1 April, kedudukan mereka sebagai Ahli Parlimen secara automatik akan tergugur.


Sebabnya, surat yang bakal dihantar oleh Bersatu nanti pastinya bertarikh selepas 1 April, begitu juga jawapan balas daripada keenam-enam Ahli Parlimen terbabit juga bertarikh selepas 1 April.


Jawapan yang akan diberikan oleh mereka itulah nanti yang akan dijadikan atas tindakan oleh Bersatu seterusnya sama ada menulis surat kepada Speaker memaklumkan kekosongan kerusi Parlimen yang diduduki atau sebaliknya.


Sementara itu, timbul andaian lain yang mengatakan jika pun enam Ahli Parlimen berkenaan kekal menyokong kerajaan madani, kerusi mereka masih tidak boleh diisytiharkan kosong kerana dikatakan masih ada lagi dua proses perlu dilepasi.


Pertama, enam Ahli Parlimen itu pasti akan membawa kes ke mahkamah dan Speaker tidak akan membuat sebarang perisytiharan kekosongan kerusi selagi mahkamah belum membuat keputusan.


Kedua, Speaker membuat keputusan sebaliknya iaitu menolak kekosongan yang diumumkan oleh Bersatu.


Dalam kedua-dua keadaan, baik mahkamah mahupun Speaker Parlimen, oleh kerana pindaan itu telah diluluskan oleh RoS dan bersekali dengan itu, Akta Anti Lompat Parti juga telah berkuatkuasa, hakikatnya tiada apa yang boleh menghalang daripada enam kerusi Parlimen itu daripada dimuktamatkan kekosongannya.


Mahkamah barangkali boleh menolak terus kes tersebut seawal ia difailkan, manakala Speaker kini telah terikat untuk akur kepada ketetapan Akta Anti Lompat Parti.


Lagi pula, Akta Anti Lompat Parti adalah perkara yang diperjuangkan oleh PH ketika memetrai persefahaman dengan kerajaan ketika Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri, nampak peliklah pula nanti jika Speaker Parlimen tidak sealiran dengan akta yang telah diluluskan oleh Parlimen.


Kepada penyokong-penyokong PH, marilah kita seikhlas hati bergembira jika berlaku pilihan raya kecil kerana inilah hukuman yang kita mahu sejak dulu terhadap pengkhianat dalam perjuangan.- ShahbudinHusin 02/04/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/04/02/mp-enam-jahanam-perlu-akur-bala-yang-bakal-tiba-speaker-sudah-terikat-dengan-akta-anti-lompat-parti.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/04/mp-enam-jahanam-kena-akur-bala-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Madani Jangan Cuba Pertahan Enam Jahanam Nanti Tercemar Imej Sendiri

Kerajaan Madani Jangan Cuba Pertahan Enam Jahanam Nanti Tercemar Imej Sendiri

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 116 hits
Sebahagian penyokong serta pendokong PH didapati tidak begitu gembira dengan keputusan RoS meluluskan pindaan perlembagaan Bersatu berkaitan larangan kepada wakil rakyatnya memberi sokongan kepada parti lawan Mereka bahkan lebih tidak gembi...
Terkejut Rafizi Dedah Secara Tiba Tiba Seorang Lelaki Hadir Ke Pejabatnya Dan Mengaku Sebagai Bapa Tiri

Terkejut Rafizi Dedah Secara Tiba Tiba Seorang Lelaki Hadir Ke Pejabatnya Dan Mengaku Sebagai Bapa Tiri

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 205 hits
KOSMO Tangkap layar ciapan Rafizi di laman aplikasi X hari ini PETALING JAYA Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini berkongsi satu kejadian mengejutkan apabila secara tiba tiba seorang lelaki hadir ke pejabatnya dan mengaku sebagai bapa tiri...
Video Pj Walikota Bekasi Ungkap Instruksi Jokowi Kaget Tiba Tiba Presiden Datang

Video Pj Walikota Bekasi Ungkap Instruksi Jokowi Kaget Tiba Tiba Presiden Datang

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 101 hits
Saksi Prabowo Gibran Pj Walikota Bekasi Gani Muhammad mengungkap instruksi Presiden Jokowi dalam pilpres 2024
Foto Gaya 4 Menteri Jokowi Tiba Di Gedung Mk Airlangga Muhadjir Kompak Hitam Hitam

Foto Gaya 4 Menteri Jokowi Tiba Di Gedung Mk Airlangga Muhadjir Kompak Hitam Hitam

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 116 hits
Presiden Joko Widodo sendiri telah memberikan lampu hijau atas kehadiran 4 menterinya di MK
Luas Tenang Dan Lapang Wah Putih Bersihnya Lebaran Yang Akan Tiba Deco Raya

Luas Tenang Dan Lapang Wah Putih Bersihnya Lebaran Yang Akan Tiba Deco Raya

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 122 hits
Luas tenang dan sejuk seperti hati yang menanti Hari Raya yang bakal tiba Deko Raya yang menenangkan dan menyegarkan mata memandang Kredit Eja Aziz Link gambar 1 Link gambar 2 Link gambar 3 Link gambar 4 Link gambar 5 Luas tenang lapang Wow...
Ini Cara Orang Korea Balik Kampung Bila Tiba Musim Perayaan

Ini Cara Orang Korea Balik Kampung Bila Tiba Musim Perayaan

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 180 hits
Perayaan ini disambut secara besar besaran oleh masyarakat Cina di seluruh dunia kerana ia menandakan kelahiran tahun baru mengikut kalendar lunar Menurut National Today permulaan tahun baru dalam kalendar lunar ini turut diraikan oleh masy...
Lemur Akan Pupus Tidak Lama Lagi Jika Tiada Bantuan Tiba

Lemur Akan Pupus Tidak Lama Lagi Jika Tiada Bantuan Tiba

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 132 hits
Lemur haiwan primat yang tinggal di kawasan hutan di tempat tempat seperti Madagascar adalah kumpulan mamalia yang paling terancam di dunia Sembilan daripada 103 spesies Lemur yang ditemui di Pulau Madagascar adalah pada risiko kepupusan ke...
Anime Sci Fi Ikonik Jepun Macross Akan Tiba Di Disney Hotstar Pada Tahun Ini

Anime Sci Fi Ikonik Jepun Macross Akan Tiba Di Disney Hotstar Pada Tahun Ini

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 212 hits
Selepas mengagumkan penonton Jepun selama empat dekad dengan gambaran futuristik yang mengubah pertempuran mecha penerokaan angkasa lepas serta lagu dan skor asalnya yang memenangi anugerah majoriti katalog anime Macross boleh distrim tahun...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut