Kerajaan Jangan Lena


 
Iawardy Morni


Dari awal puasa sehingga masuk raya saya nampak satu usaha pasukan secara tersusun memainkan sentimen agama bagi atas tujuan menimbulkan keresahan dan ketakutan rakyat dan pelabur dalam dan luar negara. Dari isu kantin, isu kafir, kemudian isu stokin Kalimah Allah, lepas tu isu tilawah kemudian masuk isu kalimah lagi di tapak kasut yang tak wujud dan kini gerakan tak nak puasa hari pertama Syahwal kerana kata mereka "Kerajaan tengok anak bulan pakai teropong". Pelik. Teropong tu baru wujud tahun ini ke?


Kenapa saya rasa ia satu konspirasi. Kantin bukak sejak dulu lagi dan tak pernah tutup. Tilawah Al quran mana pernah buat tiap kali ramadhan. Di buat pada bila2 masa dalam setahun. Stoking yang ada kalimah Allah, dari 18000 yang digeledah, hanya 5 dijumpai. Lepas itu keluar isu kasut yang bentuk shin tapi dikatakan alif lam. Semuanya dalam tempoh masa yang sama.


Dan saya perhatikan, ia target kepada non Malays, sedangkan melayu yang jelas menghina shawal seperti influencer melayu itu lepas begitu sahaja.


Yang menjadi semakin menarik bila mana badan agama seperti JAKIM yang buat sitaan dan siasatan dan bukannya KDN. Pelik dan ajaib dengan pantasnya verns yang tidak mahu terperangkap dengan isu ini meminta maaf dan menarik produk mereka walhal produk itu sudah lama di pasaran dan di sahkan oleh pakar khat sebagai bukan Kalimah. (tak perlu pakar pun, kalau kita ada asas jawi pun tahu ia bukan KALIMAH Allah).


Latest ini, kita dengar tiba2 ada golongan tak nak raya kerana katanya tak sah sebab pakai telesocop dan bukan guna mata kasar untuk tengok anak bulan. Buatkan kita pelik, sebelum ini kita cerap anak bulan pakai apa?


Kenapa mereka berani berbuat sebegini pada tahun ini? Sebab mereka tidak dapat main isu harga barangan seperti ayam, telur beras dan sebagainya. Nak main isu bazar ramadhan dan harga barang mahal, kalau susah kenapa di kedah bazar sampai puluhan ribu sewa?


Percayalah ada beberapa lagi isu agama ini akan dimainkan. So far semua boleh terkawal lagi. Namun, beberapa isu yang sedang dalam pipe line mereka, mereka akan pastikan akan ada berlaku rusuhan. Tujuan tuduhan? Darurat? Pilihanraya awal? Kebencian kepada PMX? Tetapi satu saya nampak, ia bakal membawa kepada satu klimaks apabila berlaku pendakwaan terhadap Hj Hadi Awang. Tak percaya, nanti rujuk balik artikel ini. 


Fahmi Fadzil menyebut bahawa serangan ini tersusun dan dirancang setiap minggu tanpa henti macam roket mercun pukul 12 malam. Saya predict akan ada isu baru Di bawak kan dalam minggu depan dan minggu seterusnya dimana minggu ketiga, hadi akan didakwa di mahkamah.


Kini jabatan penerangan semalam seperti sengaja dilumpuhkan. Ia tidak se agresif zaman umno dan PN sebelum ini. Dalam jabatan kedengaran ayat "Kerajaan ini tak lama. Jadi kita tak perlu susah susah". Begitu jugak dalam jabatan agama persekutuan dan negeri yang rata-ratanya penyokong kuat PAS (bukan semua, tapi jumlah dan kuasa yang significant). Mereka juga memainkan peranan supaya nampak isu ini menjadi besar.


Contoh dalam isu kasut vern, perasan tak, sampai sekarang kita tak tahu siapa yang buat video mendedahkan kasut tersebut. Siapa ek? Kenapa dia tidak didakwa membawa kepada keresahan kaum?


Jadi ia membuatkan saya berfikir, adakah kita sekarang tengah menari berlawan dengan musuh di luar dan musuh dalam satu daulah yang terpendam.


Adakah ia ditaja hartawan tertentu kerana kerajaan Madani ini sudah mula menyiasat mereka? Lama saya merenung...


Namun, apa pun yang datang,


Aku lebih rela mati berdiri, dari hidup melutut...


Lawan tetap lawan!


Iswardy






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/04/kerajaan-jangan-lena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Madani Jangan Cuba Pertahan Enam Jahanam Nanti Tercemar Imej Sendiri

Kerajaan Madani Jangan Cuba Pertahan Enam Jahanam Nanti Tercemar Imej Sendiri

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 188 hits
Sebahagian penyokong serta pendokong PH didapati tidak begitu gembira dengan keputusan RoS meluluskan pindaan perlembagaan Bersatu berkaitan larangan kepada wakil rakyatnya memberi sokongan kepada parti lawan Mereka bahkan lebih tidak gembi...
Dah Terjadi Jangan Lena Ini Biar Bagi Merebak Mana Tak Melampaunya Lemah Ka Apa

Dah Terjadi Jangan Lena Ini Biar Bagi Merebak Mana Tak Melampaunya Lemah Ka Apa

papar berkaitan - pada 9/4/2024 - jumlah : 225 hits
Miqdad Zakaria Inilah yang YBM Kak Fadhlina Sidek maksudkan beliau takut perkataan kafir disalahguna oleh mereka yang jahil tentang perkara tersebut Hari ini dah terbukti perkara itu berlaku dan tidak dapat dinafikan lagi walaupun sebelum i...
Jangan Cium Balita Saat Lebaran Ini Risikonya

Jangan Cium Balita Saat Lebaran Ini Risikonya

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 210 hits
Biasanya orang dewasa kerap mencium balita saat kumpul bersama keluarga di momen Lebaran
Lagi Lagi Hotman Paris Kena Tegur Saldi Isra Hakim Yang Menjawab Jangan Kita Diarah Arahkan

Lagi Lagi Hotman Paris Kena Tegur Saldi Isra Hakim Yang Menjawab Jangan Kita Diarah Arahkan

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 249 hits
Hal ini terjadi dalam sidang perselisihan hasil pemilu 2024 di Mahkamah Konstitusi Jakarta Rabu
Nombor Tak Kenal Jangan Angkat Kata Polis

Nombor Tak Kenal Jangan Angkat Kata Polis

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 190 hits
Pengarah JSJK Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf saran orang ramai kongsi modus operandi scammer kepada ahli keluarga ketika ziarah pada Hari Raya KUALA LUMPUR Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf menasih...
Raya Kali Ini Harga Ayam Tak Naik Jangan Bimbang

Raya Kali Ini Harga Ayam Tak Naik Jangan Bimbang

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 320 hits
Dengan ini min dan Datuk Ameer nak umumkan bermula esok sehingga 14 April 2024 harga Ayam Super kat MYDIN dijual dengan harga RM7 90 kg Promosi sah dari 05 April 2024 sehingga 14 April 2024 di MYDIN Semenanjung sahaja MYDINMalaysiaTak rindu...
Emosi Anak Lelaki Jangan Diabaikan Bapa Perlu Curi Waktu Bonding

Emosi Anak Lelaki Jangan Diabaikan Bapa Perlu Curi Waktu Bonding

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 233 hits
Ayah mana yang tidak sibuk mencari rezeki untuk menyara keluarga Namun jangan dilupakan anak anak yang perlukan perhatian lebih lebih lagi anak lelaki Jangan biar tangki emosi anak terabai Hati dan perasaan anak anak yang inginkan perhatian...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan