Kafe Tanah Aina Fareena Beroperasi Enam Tahun Kenapa Baru Sekarang Kerajaan Pahang Bertindak




BENTONG: Pihak pengurusan Kafe Tanah Aina Fareena mempersoalkan kewajaran Kerajaan Negeri Pahang mengambil tindakan menutup laluan akses masuk ke premis itu hari ini.
Pengurusnya, Syarifah Sheila Syed Mustafa berkata, tindakan tersebut seolah-olah mahu menutup periuk nasi orang Melayu setelah dilihat berjaya menghidupkan kawasan hutan berkenaan.
Katanya, kerajaan negeri seharusnya pertimbangkan untuk menangguhkan penutupan tersebut kerana ingin menguruskan tempahan berbuka puasa sempena Ramadan ini.
Syarifah Sheila berkata, jika benar kafe berkenaan melanggar peruntukan undang-undang mengapa kerajaan negeri tidak bertindak sejak dulu lagi.
“Saya nak tahu, kita ni rakyat Malaysia, kita dah berniaga selama enam tahun di sini, tapi kenapa baru sekarang ambil tindakan.
“Kenapa tidak dulu lagi? Kenapa setelah pelancong dari Singapura dan macam-macam orang datang ke sini tiba-tiba nak tutup tempat ni,” luahnya.
Syarifah Sheila mendakwa, penggunaan tanah parkir itu dibuat selepas pengurusan Tanah Aina mendapat persetujuan mulut dengan pihak berkuasa tempatan Bentong enam tahun lalu.
Namun, katanya, persetujuan antara kedua pihak itu tidak dimuktamadkan menerusi permohonan atau perjanjian bertulis secara hitam putih.


Katanya, pihak Tanah Aina ada menyuarakan untuk permohonan penerima lesen pendudukan sementara (TOL) namun dikatakan tidak berkeperluan.
“Ketika itu kafe kita belum beroperasi, kita ada pergi ke pihak majlis dan minta kebenaran menggunakan kawasan ini untuk parkir.
“Masa tu YDP (Bentong) kata guna dulu parking ni, lagi pun tempat situ tidak dipakai, cuma kena jaga tempat itu.
“Tapi kesilapan besar kita tiada surat hitam putih, hanya persetujuan mulut enam tahun lepas. Kita nak bayar TOL dulu tapi mereka kata  tak perlu, sebab itu kami jaga tempat ini,” jelasnya.
Hari ini Kerajaan Negeri Pahang menerusi Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) telah menutup ke laluan parkir berkenaan menggunakan penghadang konkrit setelah notis pemakluman dibuat seminggu lalu.
Syarifah Sheila berkata, beliau telah berusaha untuk berunding dan memohon budi bicara pihak kerajaan negeri memberi sedikit kelonggaran agar tidak menutup laluan tersebut sehingga penghujung Ramadan.
Ia kerana, sepanjang Ramadan ini, Kafe Aina menerima tempahan pelanggan untuk majlis berbuka puasa.


Meskipun tindakan tegas sudah dikenakan di bawah  Seksyen 425 Kanun Tanah Negara dan penutupan dua jalan ke kafe, pihaknya berhasrat membuat rayuan kepada pihak kerajaan negeri bagi penangguhan penutupan tersebut.
“Nak minta buka (laluan masuk) sampai hujung Ramadan pasal kita dah terima tempahan yang banyak.
“Bila dah macam ni tak boleh buat apa kami akur, tetapi kami akan buat rayuan,” tambah Syarifah Sheila lagi. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/03/kafe-tanah-aina-fareena-beroperasi-enam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilik Tanah Aina Fareena Cafe Rayu Kerajaan Pahang Pertimbang Tindakan Tutup Laluan

Pemilik Tanah Aina Fareena Cafe Rayu Kerajaan Pahang Pertimbang Tindakan Tutup Laluan

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 228 hits
SHAH ALAM Pemilik Tanah Aina Fareena Cafe Restaurant di Bentong yang ditutup laluan masuk oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang semalam meminta kerajaan negeri itu untuk mempertimbangkan rayuan serta memberi peluang kepada mereka menjalank...
Guna Tanah Secara Haram Parkir Kafe Tanah Aina Fareena Di Bentong Ditutup Sepenuhnya

Guna Tanah Secara Haram Parkir Kafe Tanah Aina Fareena Di Bentong Ditutup Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 189 hits
BENTONG Kafe Tanah Aina Fareen sudah diberi notis peringatan tetapi didakwa masih ingkar natijahnya Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang terpaksa menutup sepenuhnya laluan masuk parkir yang dibina atas tanah kerajaan Exco Kerja Raya Pengangkut...
Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya

Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Nafi Terima Notis Rasmi Peringatan Penutupan Parkir Restorannya

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 218 hits
SHAH ALAM Pemilik Kafe Tanah Aina Fareena Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil nafi diberikan notis rasmi peringatan penutupan parkir restoran miliknya Sebaliknya beliau berkata hanya diberikan peringatan berkenaan rancangan penutupan kawasa...
Wali Hakim Dapat Perhatian Kerajaan Pahang Menerusi Bantuan Oine Off Rm500 Seorang Tahun Ini

Wali Hakim Dapat Perhatian Kerajaan Pahang Menerusi Bantuan Oine Off Rm500 Seorang Tahun Ini

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 99 hits
TEMERLOH Nasib wali hakim di Pahang turut mendapat perhatian kerajaan negeri menerusi bantuan one off RM500 seorang buat julung kalinya Exco Hal Ehwal Agama Islam Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ah...
Tidak Wujud Sentimen Penguatkuasaan Di Tanah Aina Fareena Pemilik Boleh Kemuka Rayuan

Tidak Wujud Sentimen Penguatkuasaan Di Tanah Aina Fareena Pemilik Boleh Kemuka Rayuan

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 103 hits
KUANTAN Pihak Tanah Aina Fareena Cafe Restaurant di Bentong yang ditutup kawasan parkir oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang boleh mengemukakan rayuan kepada kerajaan Pahang Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan P...
Kafe Tanah Aina Faereena Janji Mulut Tak Pakai Notis Komunikasi Sudah Diberi Ir Razali

Kafe Tanah Aina Faereena Janji Mulut Tak Pakai Notis Komunikasi Sudah Diberi Ir Razali

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 145 hits
KUANTAN Semua urusan permohonan tanah kerajaan negeri perlu melalui prosedur yang betul supaya ia jelas bagi kedua dua pihak dalam perjanjian hitam putih Ia termasuk perjanjian mulut tanpa dokumen seperti didakwa oleh pengurusan Kafe Tanah ...
Imam Bilal Dan Tok Siak Di Pahang Bakal Terima Sumbangan Aidilfitri Daripada Kerajaan Negeri

Imam Bilal Dan Tok Siak Di Pahang Bakal Terima Sumbangan Aidilfitri Daripada Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 148 hits
KUANTAN Sebanyak RM788 000 diperuntuk bagi golongan pengimarah masjid seperti imam bilal tok siak di Pahang sempena Hari Raya Aidilfitri nanti Exco Hal Ehwal Agama Islam Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang Datuk Seri Sye...
Amanah Pahang Persoal Tindakan Mokhtar Senik Cadang Tukar Nama Malaysia Jadi Tanah Melayu

Amanah Pahang Persoal Tindakan Mokhtar Senik Cadang Tukar Nama Malaysia Jadi Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 120 hits
KUANTAN Parti Amanah Negara Pahang mempersoalkan niat sebenar pemimpin PAS Mokhtar Senik mencadangkan nama Malaysia ditukar kepada Tanah Melayu Pengerusinya Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata tindakan pemimpin PAS itu yang sengaja cuba untuk me...
Cara Bayar Zakat Fitrah Online Negeri Pahang Menggunakan Ezakat Muip Tahun 2024

Cara Bayar Zakat Fitrah Online Negeri Pahang Menggunakan Ezakat Muip Tahun 2024

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 214 hits
Hari Raya bakal tiba jadi kepada umat Islam semua jangan lupa untuk lunaskan kejawajiban Zakat Fitrah anda Sama seperti tahun lepas selain buat bayaran melalui Amil yang dilantik orang Pahang khususnya boleh buat bayaran secara online melal...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos