Kerajaan Luluskan 2 Lagi Jenis Vaksin Untuk Kegunaan Semasa Bencana Pfizer Untuk Kanak Kanak


Staff Writers  MALAYSIA NOW
Mesyuarat bersama NPRA hari ini memberikan kelulusan pendaftaran vaksin CanSino dan Johnson & Johnson.

Pembantu perubatan Hospital UiTM, memasukkan Vaksin Pfizer BioNTech ke picagari dalam Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan (PICK). Kerajaan hari ini meluluskan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana dua jenis vaksin Covid-19 satu dos dari China, CanSino dan Johnson & Johnson selain memberikan lampu hijau kepada vaksin Pfizer untuk kegunaan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas.
Dalam sebuah kenyataan hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah berkata keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) Kali Ke-359.
Beliau turut berkata suntikan Pfizer sebelum ini diluluskan pendaftaran bersyarat bagi tujuan imunisasi aktif kepada individu yang berusia 18 tahun dan ke atas.
“Walaupun tambahan indikasi ini diluluskan, KKM berpandangan keutamaan pemberian vaksin masih lagi kepada kumpulan berisiko tinggi selaras dengan dasar sedia ada yang ditetapkan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” kata Noor Hisham.
Vaksin Cansino atau Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine merupakan keluaran syarikat CanSino Biologics Inc dari China, sementara vaksin Janssen Covid-19 merupakan vaksin keluaran syarikat Johnson & Johnson dari Amerika Syarikat
Kedua-dua vaksin itu hanya memerlukan satu suntikan pelalian.
“KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.
“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif,” tambahnya.
Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin pada Mac lalu berkata kerajaan mungkin menggugurkan suntikan Johnson & Johnson daripada portfolio program vaksinnya memetik kebimbangan mengenai penghantaran yang perlahan daripada pihak pembekal.
“Kemungkinan pemerolehan vaksin Johnson & Johnson akan digugurkan kerana mereka hanya boleh hantar (bekalan) menjelang akhir tahun ini. Itu sudah terlalu lambat bagi kita,” katanya dalam sidang media 8 Mac lalu.
Selain itu, Khairy berkata, kerajaan akan meneruskan rundingan dengan Cansino Biologics Inc untuk mendapatkan vaksin keluaran syarikat itu yang hanya memerlukan satu dos.
Pada 2 Mac lalu, PBKD meluluskan pendaftaran bersyarat tiga vaksin Covid-19 bagi kegunaan ketika bencana termasuk AstraZeneca; Sinovac; dan Comirnaty keluaran Pfizer-BionTech


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/kerajaan-luluskan-2-lagi-jenis-vaksin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
75 Kanak Kanak Terlibat Dalam Nahas Semasa Naiki Teksi Tidak Pakai Kelengkapan Keselamatan

75 Kanak Kanak Terlibat Dalam Nahas Semasa Naiki Teksi Tidak Pakai Kelengkapan Keselamatan

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 368 hits
SINGAPURA Sehingga 75 peratus kanak kanak yang terlibat dalam kemalangan semasa menaiki teksi didapati tidak memakai kelengkapan keselamatan yang sepatutnya Kadar itu yang diberikan sebuah hospital adalah lebih tinggi berbanding 50 peratus ...
50 Juta Dosis Vaksin Pfizer Tiba Di Indonesia Mulai Agustus

50 Juta Dosis Vaksin Pfizer Tiba Di Indonesia Mulai Agustus

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 313 hits
Siti menjelaskan ada total 50 juta dosis vaksin Covid 19 buatan Pfizer dan BioNTech itu yang dipesan pemerintah Indonesia dengan menggunakan sistem pembelian langsung
18 Soalan Lazim Berkaitan Covid 19 Jenis Jenis Vaksin Dan Cara Vaksin Berfungsi Di Dalam Tubuh Manusia

18 Soalan Lazim Berkaitan Covid 19 Jenis Jenis Vaksin Dan Cara Vaksin Berfungsi Di Dalam Tubuh Manusia

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 912 hits
18 Soalan Lazim Berkaitan Covid 19 Jenis Jenis Vaksin Dan Cara Vaksin Berfungsi Di Dalam Tubuh Manusia Salam semua sejak Pelan Imunisasi Covid 19 Kebangsaan dilancarkan Hingga ke hari ini macam macam cerita dengar tapi alhamdulillah masuk s...
Malaysia Dipilih Untuk Uji Kaji Satu Jenis Vaksin Covid 19 Baru Buatan China

Malaysia Dipilih Untuk Uji Kaji Satu Jenis Vaksin Covid 19 Baru Buatan China

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 476 hits
gemilangdaily comMalaysia telah dipilih sebagai tempat untuk uji kaji vaksin covid 19 buatan China yang lain kali ini buatan Shenzhen Kangtai Biological Products Co Ltd Menurut Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah kajian klinikal fasa...
Vaksin Covid 19 Kerajaan Kaji Pemberian Vaksin Secara Automatik

Vaksin Covid 19 Kerajaan Kaji Pemberian Vaksin Secara Automatik

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 358 hits
Kerajaan akan mengkaji usaha pemberian vaksin secara automatik seperti dicadangkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata ini termasuk mengambil kira soal ...
Alhamdulillah Selesai Dapatkan 2 Dos Vaksin Pfizer

Alhamdulillah Selesai Dapatkan 2 Dos Vaksin Pfizer

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 432 hits
Assalamualaikum Salam Jumaat semua Memandangkan sekarang ini ramai yang duk cerita pasal vaksin Dah daftar vaksin ke Dah panggil ke Pergi pejabat pun sama bos sebelum masuk pejabat pun tanya dah dipanggil untuk vaksin ke belum Jawapannya me...
Covid 19 Kerajaan N Sembilan Nafi Jual Vaksin Kepada Rakyat

Covid 19 Kerajaan N Sembilan Nafi Jual Vaksin Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 287 hits
Vaksinasi yang diberikan kepada rakyat negeri itu adalah percuma SEREMBAN 25 Syawal 1442H Ahad Kerajaan Negeri Sembilan menafikan dakwaan yang tular menerusi media sosial bahawa pihaknya menjual vaksin kepada rakyat di negeri itu melalui In...
Vaksin Tg Zainul Asri Ubah Pendirian Bersama Kerajaan

Vaksin Tg Zainul Asri Ubah Pendirian Bersama Kerajaan

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 376 hits
Oleh NOOR SARA MASHITOH KANGAR Berdasarkan peningkatan kes Covid 19 yang mendadak sehingga mencapai 9 020 kes baharu jangkitan pada 29 Mei lalu Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli akhirnya mengubah pendirian turut bersama dengan ke...
Kerajaan Teliti Cadangan Pendaftaran Vaksin Covid 19 Secara Automatik

Kerajaan Teliti Cadangan Pendaftaran Vaksin Covid 19 Secara Automatik

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 361 hits
Kerajaan akan menambah baik Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan dari semasa ke semasa termasuk melihat cadangan pendaftaran secara automatik bagi memastikan seramai mungkin rakyat divaksin dan tiada sesiapa yang akan tertinggal Perdana Me...
Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Isn T It Misplaced Emotion To Boycott 99 Speedmart Just Because Grocery Chain Recognises Uec

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nanjing Jingjue Mosque Dan Bersiar Siar Sekitar Qinhuai District

Adakah Cengkerik Perlukan Air

Nasihat Ikhlas Untuk Gen Z

Chee Cheong Fun Udang Homemade Paling Mudah Lembut Confirm Jadi

Gbp Jpy Analisis Dan Ramalan

Insomniacks Demi Kebenaran Chord