Vaksin Tg Zainul Asri Ubah Pendirian Bersama Kerajaan


 Oleh NOOR SARA MASHITOH
KANGAR: Berdasarkan peningkatan kes Covid-19 yang mendadak sehingga mencapai 9,020 kes baharu jangkitan pada 29 Mei lalu, Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli akhirnya mengubah pendirian turut bersama dengan kerajaan dalam menangani penularan wabak itu melalui kaedah vaksinasi.

Beliau menyatakan demikian ketika sesi soal jawab sewaktu menyampaikan kuliah rutin secara atas talian, hari ini.

“Sebelum ini saya bersikap negatif dalam isu vaksin, tetapi berdasarkan situasi hari ini saya bersama kerajaan.

“Apabila direnung dan difikirkan kembali, kerajaan yang ada pada hari ini bertindak dan bertanggungjawab ke atas rakyat berdasarkan maslahat atau situasi yang berlaku kini,” katanya.
Menurutnya, apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan pasti ada sebabnya tersendiri.
“Pihak kerajaan menyampaikan cerita yang zahir saja yang di sebaliknya kita tak tahu, jadi dalam situasi ini saya menarik semula pendirian saya dengan bersama kerajaan.
“Melihat kepada orang ramai yang perlu dikuarantin, seperti orang tua dan kanak-kanak yang menunggu tanpa ada ubat, saya merasa kasihan,” ujarnya lagi.
Beliau juga merujuk kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada Disember lalu iaitu mengharuskan pengambilan vaksin.
“Berdasarkan keputusan tersebut, saya bersama dengan fatwa berkenaan kerana perkara ini telah dibincangkan oleh mereka yang mempunyai kelebihan untuk mengeluarkan fatwa.
“Berdasarkan kaedah hukum yang kerajaan keluarkan, inilah hukum syarak, jika masih ada rakyat yang tidak mahu ambil itu terpulang kepada diri masing-masing,” ujarnya lagi.
Menurut beliau, setiap perkara baharu pasti ada baik dan buruknya, namun kesan tidak bersama dengan jumhur itu lebih besar.
“Ada pun kerajaan pada hari ini adalah kerajaan yang lebih baik dari kerajaan yang sebelumnya, di mana yang sebelum ini kita hari-hari susah hati.
“Kerajaan yang ada ini kerajaan yang sah melalui undang-undang negara, saya mengajak kita semua berfikir dengan waras untuk kita bersama menangani isu Covid-19 ini,” katanya.
Beliau sentiasa merenung situasi yang berlaku ketika ini, justeru pendiriannya sebelum ini perlu berubah demi kemaslahatan ummah.
“Sebenarnya ubah pendirian ini bukanlah sesuatu benda yang salah, malah itulah yang terbaik berdasarkan situasi.
“Contoh seperti fatwa Imam Syafie, sewaktu di Iraq fatwanya lain, kemudian apabila di Mesir fatwanya lain berdasarkan penduduk setempat,” katanya. – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/vaksin-tg-zainul-asri-ubah-pendirian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Dikecam Ulamak Pas Ubah Pendirian Isu Vaksin

Selepas Dikecam Ulamak Pas Ubah Pendirian Isu Vaksin

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 326 hits
June 4 2021 Berdasarkan peningkatan kes Covid 19 yang mendadak sehingga mencapai 9 020 kes baharu jangkitan pada 29 Mei lalu Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli akhirnya mengubah pendirian turut bersama dengan kerajaan dalam menang...
Kerajaan Buat U Turn Kini Tak Benar Orang Ramai Pilih Vaksin

Kerajaan Buat U Turn Kini Tak Benar Orang Ramai Pilih Vaksin

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 578 hits
May 30 2021 Buat masa ini terdapat tiga jenis vaksin yang tersedia buat rakyat Malaysia daripada pengeluar Pfizer BioNTech Sinovac dan AstraZeneca PETALING JAYA Kerajaan telah memutuskan tidak membenarkan orang awam memilih vaksin untuk dia...
Pdpr Tidak Begitu Berkesan Kerajaan Perlu Ubah Pendekatan

Pdpr Tidak Begitu Berkesan Kerajaan Perlu Ubah Pendekatan

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 236 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM AMIN SENINPUTRAJAYA Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah perlu diberi penekanan sebagai pen ting oleh Kementerian Pendidikan bukan hanya memberi fokus kepada tempoh pelaksanaannya perlu disambung atau sebaliknya B...
Kerajaan Teliti Cadangan Pendaftaran Vaksin Covid 19 Secara Automatik

Kerajaan Teliti Cadangan Pendaftaran Vaksin Covid 19 Secara Automatik

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 307 hits
Kerajaan akan menambah baik Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan dari semasa ke semasa termasuk melihat cadangan pendaftaran secara automatik bagi memastikan seramai mungkin rakyat divaksin dan tiada sesiapa yang akan tertinggal Perdana Me...
Ada Keperluan Kerajaan Bagi 2 Jenis Vaksin Ini

Ada Keperluan Kerajaan Bagi 2 Jenis Vaksin Ini

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 255 hits
SHAHBUDIN HUSINRasanya ada keperluan untuk kerajaan memberi hanya vaksin Pfizer dan AZ saja untuk rakyat yang beragama Islam Ini kerana dua jenis vaksin tersebut saja yang diterima oleh Arab Saudi untuk mengerjakan haji dan umrah dan sebaga...
Wanita Hamil Perlu Maklumat Jelas Mengenai Vaksin Kerajaan Diberitahu

Wanita Hamil Perlu Maklumat Jelas Mengenai Vaksin Kerajaan Diberitahu

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 284 hits
Wanita hamil tidak mendapat maklumat jelas tentang bagaimana dan bilakah mereka akan divaksin kata seorang bakal ibu PETALING JAYA Satu kempen dilancarkan bagi mendapatkan garis panduan jelas mengenai vaksinasi wanita hamil sewaktu kes jang...
Scam Vaksin Wakil Syarikat Disyaki Cuba Tipu Kerajaan Pulau Pinang

Scam Vaksin Wakil Syarikat Disyaki Cuba Tipu Kerajaan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 349 hits
May 23 2021 10 38 AMKetua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menunjukkan surat tawaran dua juta dos vaksin Covid 19 daripada sebuah syarikat baru baru ini PETALING JAYA Wakil syarikat Xintai Development Enterprise Ltd yang dipercayai cuba m...
Vaksin Covid 19 Kerajaan Kaji Pemberian Vaksin Secara Automatik

Vaksin Covid 19 Kerajaan Kaji Pemberian Vaksin Secara Automatik

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 308 hits
Kerajaan akan mengkaji usaha pemberian vaksin secara automatik seperti dicadangkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata ini termasuk mengambil kira soal ...
Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

Tuan Ibrahim Perikatan Nasional Akan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bantu Rakyat Hadapi Tekanan Ekonomi

Unboxing Hadiah Daripada Blogger Kak Amie Terima Kasih Sudi Menghargai

The Graduate A Slick Bmw Boxer Bobber Built From R65 And R100 Parts

Ada Puak Dalam Umno Didakwa Cuba Cemar Reputasi Guling Zahid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fikry Ibrahim Cari Side Income Main Saham Pula Jangan Risau Saya Tak Main Forex

Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Perbalahan Rumah Tangga Isteri Tikam Suami Setelah Ditendang

Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

Artis Paling Muda Di Dunia Yang Menjalani Pembedahan Penukaran Jantina