Kerajaan Teliti Cadangan Pendaftaran Vaksin Covid 19 Secara Automatik




Kerajaan akan menambah baik Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dari semasa ke semasa, termasuk melihat cadangan pendaftaran secara automatik bagi memastikan seramai mungkin rakyat divaksin dan tiada sesiapa yang akan tertinggal.


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengakui masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki, namun kerajaan komited dan terus berusaha sebaik mungkin bagi memastikan program vaksinasi berjalan dengan lancar serta teratur.




"Sebagai kerajaan yang prihatin, kita sentiasa mendengar keluhan dan maklum balas rakyat dan akan sentiasa meningkatkan keupayaan dari segi perancangan, kapasiti dan tenaga kerja bagi mencapai objektif utama sasaran kita iaitu imuniti berkelompok," katanya dalam perutusan mengenai perkembangan PICK menerusi Facebook hari ini.



Hingga hari ini, Perdana Menteri memaklumkan, hampir 13 juta individu sudah mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dan jumlah itu hanya 51 peratus daripada jumlah keseluruhan yang layak untuk menerima vaksin.


Katanya, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-​19 (JKJAV) sudah diminta untuk melihat semula proses pendaftaran vaksin supaya dapat dipermudahkan lagi, termasuk cadangan melaksanakan proses pendaftaran secara automatik.



Beliau turut mengarahkan semua kementerian dan agensi kerajaan berkaitan menggunakan semua aset kerajaan bagi mempermudahkan rakyat terutama penduduk luar bandar mendapatkan vaksin.


"Saya mendengar keluhan daripada penduduk di kampung dan pedalaman terutama warga emas yang sukar untuk membuat pendaftaran dan menerima vaksin. Saya juga mengambil maklum mengenai keresahan ramai yang masih belum menerima tarikh janji temu vaksin masing-masing.


"Justeru, saya mengarahkan JKJAV untuk memastikan mereka yang sudah mendaftar melalui semua platform mendapat tarikh janji temu secepat mungkin," katanya.


Selain itu, Perdana Menteri berkata, lebih 280 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sedang beroperasi di seluruh negara dan lebih 300 PPV lagi dijangka dibuka secepat mungkin.


Sebanyak 150 klinik kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM), dewan awam dan universiti serta kompleks sukan dan stadium tertutup beroperasi.


Beberapa PPV mega juga diwujudkan dan akan terus ditambah dalam masa terdekat terutama di kawasan dengan kepadatan penduduk yang tinggi seperti Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak, selari dengan penambahan stok vaksin.


"Saya sendiri sudah melawat beberapa PPV termasuk dua PPV mega iaitu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (​MITEC) bagi melihat sendiri proses pemberian vaksin ini.


"Daripada maklum balas yang diterima, ramai yang menyambut baik usaha kerajaan untuk memvaksinasi rakyat.


"Bagaimanapun, saya juga turut menerima cadangan konstruktif untuk memperbaiki proses vaksinasi di pusat ini dan ia sudah dimaklumkan kepada Khairy dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba untuk diambil tindakan segera," katanya.


Bagi mempercepatkan lagi pelaksanaan PICK, Perdana Menteri memaklumkan, kerajaan turut membabitkan Pusat dan Klinik Perubatan Swasta dan sehingga hujung bulan ini, sebanyak 1,000 Klinik Perubatan Swasta disasarkan terbabit dalam program itu.


Bagi memastikan tiada yang ketinggalan, kerajaan turut melancarkan unit vaksinasi bergerak ke kampung dan kawasan pedalaman bagi memudahkan proses vaksinasi kepada penduduk kampung, orang asli, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan gelandangan.


"Setakat 3 Jun lalu, sembilan negeri sudah mengaktifkan unit vaksinasi bergerak, antaranya di Tenom dan Kinabatangan, Sabah; Gua Musang dan Pasir Puteh, Kelantan serta Hilir Perak dan Kuala Kangsar, Perak.


"Di Pulau Pinang pula, kerajaan memulakan perkhidmatan unit vaksinasi bergerak di lapan rumah jagaan orang tua setiap hari, manakala di Selangor, setiap daerah mempunyai unit vaksinasi bergerak sendiri," katanya.


Perdana Menteri memaklumkan, kerajaan turut membuka PPV khusus bagi golongan OKU seperti di Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia di Brickfields bersama Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat.


Kementerian Wilayah Persekutuan juga memperkenalkan Trak Vaksin Bergerak dengan sasaran memberi vaksin dos lengkap kepada 400,000 penduduk di sekitar Kuala Lumpur terutama di kawasan padat seperti di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Pusat Transit Gelandangan.


"Peningkatan kapasiti ini diharapkan mampu memberi vaksin kepada lebih ramai penduduk, seterusnya mempercepatkan usaha kita untuk mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya.


Pada masa sama, beliau menyeru rakyat untuk tampil sebagai sukarelawan bagi membantu melancarkan proses pemberian vaksin.



"Golongan belia dan badan bukan kerajaan (NGO) dialu-alukan untuk menyumbang tenaga serta masa bagi menjayakan program vaksinasi terbesar dalam sejarah negara," katanya.




Teliti cadangan pendaftaran vaksin secara automatik
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/824484/teliti-cadangan-pendaftaran-vaksin-secara-automatik


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.simiey.info/2021/06/kerajaan-teliti-cadangan-pendaftaran.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vaksin Covid 19 Kerajaan Kaji Pemberian Vaksin Secara Automatik

Vaksin Covid 19 Kerajaan Kaji Pemberian Vaksin Secara Automatik

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 272 hits
Kerajaan akan mengkaji usaha pemberian vaksin secara automatik seperti dicadangkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata ini termasuk mengambil kira soal ...
Cadangan Kompaun Dan Penalti Individu Gagal Hadir Janji Temu Vaksin Covid 19 Akan Dibincang

Cadangan Kompaun Dan Penalti Individu Gagal Hadir Janji Temu Vaksin Covid 19 Akan Dibincang

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 239 hits
Cadangan mengenakan kompaun dan penalti terhadap individu tidak menghadiri janji temu di Pusat Pemberian Vaksin akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID 19 serta Badan Bertindak Imunisasi COVID 19 Menteri Kesihata...
Covid 19 Kerajaan N Sembilan Nafi Jual Vaksin Kepada Rakyat

Covid 19 Kerajaan N Sembilan Nafi Jual Vaksin Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 206 hits
Vaksinasi yang diberikan kepada rakyat negeri itu adalah percuma SEREMBAN 25 Syawal 1442H Ahad Kerajaan Negeri Sembilan menafikan dakwaan yang tular menerusi media sosial bahawa pihaknya menjual vaksin kepada rakyat di negeri itu melalui In...
Malaysia Lulus Pendaftaran Bersyarat Vaksin Astrazeneca Dari Pengilang Kedua

Malaysia Lulus Pendaftaran Bersyarat Vaksin Astrazeneca Dari Pengilang Kedua

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 168 hits
Bekalan dijangka dapat tingkatkan kadar vaksinasi bawah PICK dengan pantas Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah BANGI Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah hari ini meluluskan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa b...
Guna Kaedah Pandu Lalu Suntik Vaksin Covid

Guna Kaedah Pandu Lalu Suntik Vaksin Covid

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 252 hits
GUNA KAEDAH PANDU LALU SUNTIK VAKSIN COVIDOleh May 30 2021Kerajaan Perikatan Nasional perlu lebih kreatif melaksanakan program suntikan vaksin dalam keadaan genting seperti sekarang dengan peningkatan jangkitan harian Covid mencecah 9 000 k...
Kenali Efek Samping Yang Ditimbulkan Usai Vaksin Covid 19 Astrazeneca

Kenali Efek Samping Yang Ditimbulkan Usai Vaksin Covid 19 Astrazeneca

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 262 hits
Kemungkinan munculnya efek samping setelah vaksin adalah 1 dari 10 orang Efeknya pun sifatnya sangat umum seperti nyeri nyeri tekan rasa hangat atau gatal pada bagian tubuh yang disuntik rasa tidak enak badan rasa lelah menggigil atau meras...
Saudi Tawar Dos Kedua Vaksin Covid 19 Kepada Penduduk 60 Tahun Ke Atas

Saudi Tawar Dos Kedua Vaksin Covid 19 Kepada Penduduk 60 Tahun Ke Atas

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 264 hits
Images KONGSI ARTIKEL ARAB SAUDI Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan dos kedua vaksin COVID 19 kini ditawarkan kepada mereka berusia 60 tahun ke atas Namun ia juga mengingatkan mereka yang sudah mendap
Vaksin Covid 19 Boleh Tingkatkan Nafsu Seks

Vaksin Covid 19 Boleh Tingkatkan Nafsu Seks

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 734 hits
BOGOR Sejumlah penerima vaksin Covid 19 di Indonesia mendakwa vaksin itu dapat menjadikan stamina mereka lebih kuat sekali gus meningkatkan nafsu seks Lapor Fajar co id kenyataan itu berdasarkan pengalaman beberapa penduduk selepas menerima...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities