Kerajaan Jangan Terperangkap Dalam Fobia Defisit Shahril




Oleh Shahril Hamdan
JABATAN PERANGKAAN BERI GAMBARAN PERLUNYA PENDEKATAN BERSASAR
Pada awal-awal para pengamal politik memberi komentar perlunya tindakan tangkas berhubung ekonomi negara lantaran krisis #Covid19, timbul juga pertimbangan untuk kita “jangan buat rakyat panik”. Saya juga cuba berpada-pada dalam komentar, meskipun segala telaahan memberi isyarat kita di permulaan krisis ekonomi yang serius.
Saya ulangi, saya tetap berharap dalam hal ini, kekhuatiran saya tersasar dan kita berjaya mengelak terjerumus ke kancah kemelesetan yang paling mendalam dalam berdekad-dekad.
Tetapi gagal merancang bermakna merancang untuk gagal. Kebarangkalian kemelesetan tetap tinggi. Merancang dalam konteks ini perlu mengambil kira hakikat bahawa seperti lazim, ada kelompok yang akan terkesan lebih daripada kelompok lain. Pendek kata, yang akan risiko sengsara adalah B40, mereka yang bekerja gaji harian, penjaja kecil, pekerja sambilan “freelancer”.
Kerajaan perlu menyesuaikan tindakan berasaskan data. Maka segala inisiatif perlu bersasar kepada golongan yang memerlukan lebih daripada yang lain. Adakalanya ia mungkin tidak popular berbanding pendekatan “pukul rata” tapi hakikatnya inilah pendekatan yang adil.
Dapatan pungutan suara Jabatan Perangkaan Malaysia memberi gambaran yang lebih khusus.
1) Contoh, lebih 70% daripada responden yang bekerja sendiri mempunyai simpanan yang hanya mencukupi kurang daripada 1 bulan sahaja. Berbanding
– 83% pekerja swasta pula mempunyai simpanan sehingga 2 bulan.
– 79% pekerja GLC dan 75% pekerja MNC mempunyai
simpanan sehingga 4 bulan.
Bermakna apa? Golongan yang bekerja sendiri perlu jadi perhatian pertama Kerajaan.
2) Kedua, 47% golongan yang bekerja sendiri sudah melaporkan hilang pekerjaan sepenuhnya. Ini statistik yang amat mengejutkan. Mungkin ada yang akan pertikai kesahihan data kerana ini adalah pungutan suara atau survei, tetapi andaikata angka sebenar menghampiri 40% pun, ia sudah cukup merisaukan. Bayangkan berapa ramai isi rumah yang terkesan jika hampir separuh dari kelompok yang sekitar 25% tenaga buruh Malaysia, tiada pendapatan?
Kedudukan mereka yang bekerja dalam sektor swasta juga tidak jauh lebih selesa. Lebih 20% sama ada sudah hilang kerja, diminta cuti tanpa gaji, atau separuh gaji.
Sekali lagi, bandingkan dengan data golongan yang bekerja di GLC atau syarikat antarabangsa hanya 0.4% yang setakat ini hilang kerja. Yang cuti tanpa gaji setakat ini masih rendah – hanya 1-2%.
3) Kerajaan juga perlu fokus kepada sektor-sektor tertentu lebih dari sektor lain. Selama ini logik akal mengatakan bahawa sektor pelancongan yang paling terkesan. Mungkin itu tetap benar. Tetapi dengan pungutan suara Jabatan Perangkaan yang sama, kita dapat kaji pengkhususan lebih mendalam.
Kajian mendapati sektor Pertanian dan Perkhidmatan didapati mencatatkan peratusan kehilangan
pekerjaan yang lebih tinggi berbanding sektor lain, masing-masing 22% dan 15%. Dikalangan sektor Pertanian, pekerja di sub sektor perikanan dan pertanian & perladangan masing-masing kehilangan pekerjaan sebanyak 33% dan 21%. Pembaca boleh tafsir sendiri majoriti yang bekerja di sektor perikanan, perladangan ini terdiri dari kelompok mana?
Kerajaan sudah membuat permulaan baik dengan pakej Prihatin dan Prihatin Tambahan. Saya ulangi, ia adalah pakej jangka pendek yang terpaksa disegerakan untuk memastikan tiada yang “lemas” dalam kejutan mendadak ini. Bermakna Kerajaan sekarang sudah ada masa sedikit – masa untuk kaji data setiap waktu dan merangka langkah seterusnya. Contoh, jika PKP terpaksa dilanjutkan, Kerajaan sudah ada data menggambarkan golongan mana yang mesti diberi perhatian segera. Kerajaan sudah mula ada data, sektor mana yang perlu perhatian lebih jika ekonomi kekal suram selepas PKP.
Semoga langkah seterusnya lebih bersasar, dan semoga Kerajaan tidak terperangkap dalam “fobia” defisit. Utama sekali, semoga barisan hadapan kita sentiasa diberi sokongan sepenuhnya untuk menang dalam peperangan kita melawan Covid-19, insya Allah.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/09/kerajaan-jangan-terperangkap-dalam-fobia-defisit-shahril/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kerajaan-jangan-terperangkap-dalam-fobia-defisit-shahril

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Perlu Wujud Bantuan Khas Bantu Ekonomi Golongan Pks Shahril Hamdan

Kerajaan Perlu Wujud Bantuan Khas Bantu Ekonomi Golongan Pks Shahril Hamdan

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 395 hits
Ketua Penerangan UMNO Malaysia Shahril Hamdan berkata walaupun faktor keselamatan amat penting di kala negara menangani wabak pandemik COVID 19 namun kerajaan harus turut memandang serius kesan perintah Kawalan Pergerakan terhadap para peni...
Jangan Lupa Pandemik Covid 19 Jadi Teruk Sebab Ph Masa Jadi Kerajaan Tidak Konsisten Datuk Abbas

Jangan Lupa Pandemik Covid 19 Jadi Teruk Sebab Ph Masa Jadi Kerajaan Tidak Konsisten Datuk Abbas

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 314 hits
Ketua UMNO Bahagian Batu Datuk Yahaya Mat Ghani Abbas berkata rakyat perlu sedar bahawa wabak pandemik COVID 19 menjadi teruk adalah kerana kepimpinan Pakatan Harapan semasa menjadi kerajaan gagal bersikap konsisten Jelas beliau sekiranya k...
Rakyat Jatuh Miskin Kerajaan Jangan Kedekut

Rakyat Jatuh Miskin Kerajaan Jangan Kedekut

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 352 hits
WALAUPUN sudah dua kali pakej rangsangan diumumkan dalam tempoh 2 minggu namun kesan kelewatan memberi bantuan dan strategi yang tidak menyeluruh sudah meninggalkan kesan kepada rakyat lebih awal dari jangkaan Ramai pekerja sudah hilang mat...
9 Keluh Kesah Warganet Buat 2020 Jangan Jahat Banget Gini Dong Masih Awal Tahun Nih

9 Keluh Kesah Warganet Buat 2020 Jangan Jahat Banget Gini Dong Masih Awal Tahun Nih

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 444 hits
Bertahanlah sedikit lagi Jangan menyerah jangan banyak mengeluh Kita hajar balik ujian di tahun ini ya
Duduk Rumah Time Pkp Jangan Fikir Nak Makan Sedap Biar Berpada Asalkan Sihat

Duduk Rumah Time Pkp Jangan Fikir Nak Makan Sedap Biar Berpada Asalkan Sihat

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 491 hits
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan boleh dikatakan ramai ibu yang teruja melihat perkongsian pelbagai gambar dan resipi yang lalu lalang di laman sosial Tak kisah menu sarapan pagi makan tengah hari minum petang atau makan malam...
Orang Orang Melayu Jangan Berpecah Lagi

Orang Orang Melayu Jangan Berpecah Lagi

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 165 hits
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR HARAKAHISU PERPECAHAN politik orang orang Melayu sehingga mengakibatkan kuasa politik Melayu turut terpecah bukanlah perkara baru Ia bermula sejak Pilihan Raya Persekutuan 1955 lagi apabila PAS dan Umno bertarung u...
Jangan Pandai Kutip Je

Jangan Pandai Kutip Je

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 304 hits
Gambar hiasan hasil carian Google Tipikal orang Malaysia suka dan cepat menghukum Contoh kalau ditularkan kisah seorang ibu tunggal yang miskin beranak lima sudah tidak makan nasi tiga hari maka akan tersemburlah komen komen dari mereka yan...
Covid19 Jangan Ambil Mudah Atau Penting Diri Yb Dato Muhamad Yusoff

Covid19 Jangan Ambil Mudah Atau Penting Diri Yb Dato Muhamad Yusoff

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 201 hits
Sebagai pemimpin dan rakyat semestinya saranan serta arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan bagi menangani penularan wabak Covid 19 perlu kita patuhi Saya percaya bahawa keputusan itu dibuat berdasarkan ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions