Orang Orang Melayu Jangan Berpecah Lagi


ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR, HARAKAHISU PERPECAHAN politik orang-orang Melayu sehingga mengakibatkan kuasa politik Melayu turut terpecah bukanlah perkara baru. Ia bermula sejak Pilihan Raya Persekutuan 1955 lagi apabila PAS dan Umno bertarung untuk memenangi undi Melayu di kalangan majoriti pengundi rakyat Malaya ketika itu. Dalam pilihan raya itu Perikatan yang diwakili Umno, MCA dan MIC memenangi 49 kerusi dan PAS 1.Sejak itu bermulalah persaingan untuk menguasai sokongan dan undi orang-orang Melayu di antara PAS dan Umno dan ia berlarutan dari satu pilihan raya ke satu pilihan raya selepas Merdeka sehinggalah Pilihan Raya Umum terakhir dalam tahun 2018.Dan Pilihan Raya Umum 2018 adalah contoh terbaik apabila orang-orang Melayu gagal bersatu, berterusan berpecah sesama sendiri, tatkala itu walaupun mereka mungkin merupakan majoriti pengundi dalam negara, namun mereka boleh digerhanai oleh segmen pengundi yang bukan-Melayu walaupun segmen ini cuma minoriti mengikut bilangan.Ruginya orang Melayu apabila berpecah, kuasa dan suara politik mereka menjadi lemah, lantas agenda perjuangan mereka tidak mampu diketengahkan atau bakal ditewaskan oleh kepentingan kaum lain yang lebih berdominasi akibat kukuhnya kesatuan politik mereka.Kerajaan Pakatan Harapan yang muncul dari PRU 2018 adalah satu contoh jelas. DAP yang mewakili masyarakat bukan-Melayu menjadi suara dominan dan kukuh dalam Kerajaan baru apabila lebih 80 peratus pengundi bukan-Melayu ‘solid’ memberikan undi kepada calon-calon mereka.Malah pengundi bukan-Melayu ketika itu turut mengundi parti-parti yang berpakat dengan DAP, seperti PKR, PAN dan BERSATU mengakibatkan parti-parti ini turut meraih untung dan mampu menang banyak kerusi terutama apabila undi Melayu berpecah kerana PAS dan Umno turut meletakkan calon di kerusi-kerusi yang mereka tandingi.Kebimbangan berada di bawah Kerajaan yang sedemikian rupa, bukan lagi igauan tetapi menjadi realiti pasca Mei 2018 dan terus menghantui masyarakat Melayu terutama apabila DAP yang buat pertama kali berkuasa mula menajam dan mencengkam kukunya lantaran dominannya mereka dalam Kerajaan.Negara tercinta mahu ditransformasi menjadi ‘Malaysian Malaysia’ dengan mengenepi dan menghapuskan segala kontrak sosial dan amalan serta budaya yang telah diterima yang sudah pasti menghakis dan mencungkil apa sahaja warisan dan kepentingan umat Melayu.Apa pun dengan takdir Allah S.W.T Kerajaan yang didukung kuat DAP itu atas mainan politik sesama mereka akhirnya roboh tak sampai separuh penggal kerana Perdana Menteri (PM) mereka meletak jawatan angkara rebutan kuasa dalaman.Kerajaan PH telah roboh dan atas robohannya didirikan Kerajaan Perikatan Nasional yang menggabungkan PAS, BN dan BERSATU selain GPS serta beberapa parti dari Sabah setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat oleh Istana sebagai PM yang baru.Buat pertama kali dalam sejarah parti-parti Melayu terbesar dalam negara bergabung membentuk Kerajaan Persekutuan dengan disokong beberapa parti Bumiputera Borneo dan bukan-Melayu yang lain. Tiada lagi dominasi DAP atau bukan-Melayu apabila Kerajaan baru ini terbentuk dengan lebih 80 peratus wakilnya dari kalangan Ahli-ahli Parlimen Melayu Islam.Hari ini menyedari komposisi Perikatan Nasional (PN) rakyat khususnya umat Melayu Islam tidak lagi bimbang dan rasa terancam. Menurut penganalisa politik Joceline Tan dalam ruangannya di akhbar Sunday Star (5 April,2020) tidak ada Kerajaan yang stabil kecuali yang mendapat kepercayaan orang-orang Melayu kerana mereka mewakili 60 peratus penduduk negara. Kerajaan PN ini menurut beliau memiliki sokongan 85 peratus orang-orang Melayu.Walaupun negara malah dunia kini berhadapan dengan ancaman COVID-19, namun segala inisiatif dan langkah Kerajaan di bawah Muhyiddin terus diterima rakyat tanpa banyak pertikaian tidak sebagaimana Kerajaan 22 bulan PH yang lampau. Adalah diyakini kiranya Kerajaan dapat menguruskan dengan baik peperangan menentang ancaman virus ini, tidak mustahil ia akan kekal dalam ingatan rakyat sampai bila-bila.Kerana itu kiranya PN mampu memperkukuhkan kekuatan parti-parti yang mendukungnya khususnya kalangan BERSATU, PAS dan Umno sehingga PRU ke-15, membereskan segala urusan dengan saksama dan menyelesaikan isu pembahagian kerusi dengan baik, tidak mustahil ia akan menang besar melenyapkan langsung harapan PH untuk membikin ‘comeback’.Semasa Muafakat Nasional dilancarkan pada bulan September 2019 lalu, Umno dan PAS yang masing-masing memenangi 54 dan 18 kerusi dalam PRU14 lalu, iaitu jumlahnya 72 kerusi Parlimen yakin kiranya mereka mengelakkan pertandingan sesama sendiri dan meletakkan satu calon di kerusi-kerusi majoriti Melayu, gabungan kekuatan dua parti Melayu terbesar ini akan mampu memenangi 126 kerusi Parlimen dan boleh membentuk Kerajaan tidak termasuk kerusi yang boleh disumbangkan rakan-rakan parti bukan-Melayu yang lain. Formula ini terbukti dalam 5 Pilihan Raya Kecil yang Muafakat Nasional (MN) sertai atas satu gabungan.Kini dengan pembentukan Kerajaan PN, gabungan kuasa politik MN menjadi bertambah besar terutama dengan kehadiran BERSATU dan bekas PKR yang menyertai BERSATU. Gabungan baru ini jika terus kekal relevan pasti membentuk Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri pasca PRU15 yang lebih mantap dan kukuh.Ketika itu DAP akan terpaksa berpuas hati dengan saki-baki kerusi majoriti bukan-Melayu setelah hilang sokongan dari kerusi-kerusi campuran, PKR pula tanpa sokongan pengundi Melayu akan jadi cemas malah tidak mustahil kerusi-kerusi Port Dickson dan Permatang Pauh juga boleh hilang. Manakala PAN, parti jelmaan DAP dijangka menjadi mangsa terbesar kerana sebahagian besar kerusi-kerusi Parlimen mereka akan jatuh ke tangan PN dengan mudah.Tidak syak lagi senario seumpama ini amat dialu-alukan khususnya oleh para pengundi Melayu, iaitu negara tercinta kembali stabil dan ditadbir pula oleh segmen yang mewakili majoriti dalam masyarakat.Segala status quo dan kontrak sosial yang telah dipersetujui akan terus terjamin dan dihormati manakala hak serta kepentingan Islam dan umat Melayu serta Bumiputera akan kekal terbela.Begitu juga diyakini masyarakat bukan-Melayu setelah melihat kemampuan dan kestabilan Kerajaan PN di bawah Muhyiddin akan mula meninggalkan PH, kerana mereka juga mahu kestabilan dan kemakmuran yang ternyata sukar dicapai apabila PH berkuasa.Gabungan pimpinan Melayu Islam bukanlah satu kuasa politik yang harus dibimbangi sebagaimana saraf dan propaganda PH, sebaliknya masyarakat bukan-Melayu telah pernah hidup sejahtera dan selamat di bawah Kerajaan seumpama ini termasuklah di Kelantan dan Terengganu di bawah PAS.Tiada masyarakat bukan-Melayu yang dianaktiri, didiskriminasi atau tercicir dari arus perdana malahan mereka dapat mengamalkan agama dan budaya mereka dengan selamat dan berniaga serta meraih keuntungan tanpa banyak sekatan atau halangan.Lantaran itu umat Melayu Islam perlu bersatu berdiri teguh di belakang PN manakala pimpinan PN pula terus mempamerkan kepimpinan yang mantap sekali gus menjadikan mereka satu-satunya pilihan tunggal buat rakyat Malaysia pada PRU15 nanti.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/04/orang-orang-melayu-jangan-berpecah-lagi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Untuk Pengkhianat No Wahid Kalau Tak Kerana Dia Tak Akan Berpecah Ph Jangan Lagi Percaya Dia

Doa Untuk Pengkhianat No Wahid Kalau Tak Kerana Dia Tak Akan Berpecah Ph Jangan Lagi Percaya Dia

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 155 hits
Doa Allahyarham Ustaz Fadzil Nor sudah termakbul Alhamdulillah Allah sudah makbulkan doa Ustaz Fadzil Nor Allah lanjutkan usia Tun Dr Mahathir supaya beliau dapat melihat sendiri kesan daripada perbuatan beliau Tidak perlu diulas apa dosa d...
Health Tag Virus Shut Out Produk Scam Jangan Terpedaya

Health Tag Virus Shut Out Produk Scam Jangan Terpedaya

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 285 hits
Walaupun wabak jangkitan Covid 19 ini satu ujian untuk kebanyakan individu di seluruh dunia ketika ini namun masih ada yang menggunakan kesempatan untuk memperdaya anggota masyarakat Sejak wabak ini melanda negara kita timbul pelbagai isu y...
Jangan Disalahguna Media Sosial Dan Menuduh Tanpa Bukti Atau Maklumat

Jangan Disalahguna Media Sosial Dan Menuduh Tanpa Bukti Atau Maklumat

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 449 hits
1 Seorang penama seperti nama dibawah telah membuat satu kenyataan didalam group FB YAB Menteri Besar Terengganu menyatakan bahawa tidak menerima apa apa bantuan prihatin nasional daripada pihak MPKK Durian Burung 2 Selepas disiasat rupanya...
8 Jenis Bedak Dan Fungsinya Pilih Sesuai Kulit Dan Jangan Sampai Keliru

8 Jenis Bedak Dan Fungsinya Pilih Sesuai Kulit Dan Jangan Sampai Keliru

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 129 hits
Bedak merupakan salah satu make up yang paling penting untuk mendukung penampilan yang sempurna Tak heran bila banyak perempuan menyukai produk bedak dengan menggunakan bedak kamu bisa menutupi permasalahan kulitmu dengan sekali pakai seper...
Tiada Bazar Ramadan Dalam Tempoh Pkp Jangan Berhimpun Selama 6 12 Bulan

Tiada Bazar Ramadan Dalam Tempoh Pkp Jangan Berhimpun Selama 6 12 Bulan

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 370 hits
Tiada bazar Ramadan dalam tempoh PKP jangan berhimpun selama 6 12 bulanBagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan sebarang penganjuran bazar Ramadan selagi Perintah Kawalan Pergeraka...
Jangan Berhimpun Selama Enam Bulan Hingga Setahun Dr Noor Hisham

Jangan Berhimpun Selama Enam Bulan Hingga Setahun Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 452 hits
Meskipun belum ada keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sekali lagi atau sebaliknya Kementerian Kesihatan menyeru masyarakat supaya tidak menyertai sebarang bentuk perhimpunan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noo...
Jangan Penjara Remaja Langgar Pkp Mereka Perlu Diberi Peluang Kedua

Jangan Penjara Remaja Langgar Pkp Mereka Perlu Diberi Peluang Kedua

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 350 hits
PERTUBUHAN Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa menyarankan hukuman perintah khidmat masyarakat dikenakan ke atas pesalah muda yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan sebagai pengajaran kepada golongan terbabit Presidennya Datuk Zuhairi Ab...
Jangan Pendam Masalah

Jangan Pendam Masalah

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 987 hits
Assalamualaikum Aq rasa macam baru je aq update blog Tapi rupanya tu tahun lepas punya Kejap je masa berlalu Sekarang kalau nak update kena tunggu anak tido la Sekarang isu penyakit COVID 19 Tapi aq bukan nak cakap pasal tu Aq nak cakap pas...
Masyarakat Jangan Takut Pasien Corona Sembuh Tak Mungkin Tularkan Virus

Masyarakat Jangan Takut Pasien Corona Sembuh Tak Mungkin Tularkan Virus

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 225 hits
Lanjutnya pemerintah kini mewaspadai kategori Orang Tanpa Gejala dalam upaya mencegah penularan virus corona di tengah masyarakat
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah

4 Lelaki Didakwa Culik 2 Warga Asing

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Kadet Upnm Didakwa Sebabkan Cedera Pada Junior