Kerajaan Jamin Kelulusan Moratorium Automatik Kepada Yang Layak
Kasthuri Jeevendran -                                  21 June 2021                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz              PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan memberi jaminan kelulusan  moratorium secara automatik akan diberikan kepada peminjam yang layak.
Kelulusan itu akan diberikan kepada golongan B40, M40 dan T20 yang  hilang pekerjaan atau pendapatan terjejas sepanjang tempoh pelaksanaan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, pada dasarnya semua yang terjejas pasti akan dibantu kerajaan.
”Semua yang terkesan akan mendapat kelulusan automatik,” katanya.
Beliau berkata, kaedah yang diguna pakai sama seperti United Kingdom,  Australia dan Singapura juga memberikan moratorium automatik kepada  golongan terjejas.
Jadi, mana-mana pihak yang tidak terkesan, tidak mendapatbantuan itu.
“Negara-negara ini juga membuat keputusan untuk membantu golongan  terkesan. Tidak ada mana-mana dunia yang memberikan moratorium secara  automatik kepada semua,” katanya pada sidang media khas Pelan Pemulihan  Negara (PPN) dan perinciannya oleh Kementerian Kewangan di sini.
Sambung Tengku Zafrul lagi, kumpulan perniagaan mikroserta perusahaan  kecil dan sederhana dalam sektor yang tidakdibenarkan beroperasi boleh  memilih untuk mendapatkanmoratorium secara automatik.
Syaratnya moratorium selama tiga bulan atau pengurangan bayaran ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan.
Sebelum ini Tengku Zafrul sudah menjelaskan, kira-kira 85 peratus  daripada peminjam membuat pembayaran balik selepas moratorium berakhir  pada September 2020.
Jelasnya ia merupakan petunjuk kukuh bahawa kebanyakan rakyat  Malaysia dapat terus membayar pinjaman mereka dan sejak itu sektor  perbankan telah memberi tumpuan secara strategik kepada 15 peratus  daripada peminjam yang sedang bergelut.
Bank menawarkan pilihan antara moratorium selama tigabulan atau  pengurangan ansuran bulanan bayaran balik pinjaman sebanyak 50 peratus  selama enam bulan dalamBelanjawan 2021.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut memaklumkan, Kementerian Kewangan  telah meminda indikator golongan B40 sebagai isi rumah berpendapatan  RM5,000 dan ke bawah sejak Belanjawan 2021.
Sebelum ini, definisi golongan B40 ini adalah isi rumah yang berpendapatan RM4,000.
‘“Kita sedia maklum dengan Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan  lebih 600,000 isi rumah M40 sudah jatuh kekategori B40. Oleh kerana itu,  pendapatan isi rumah  B40 dinaikkan kepada RM5,000, sesuai dengan  situasi semasa,” ujarnya.- MalaysiaGazette
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/kerajaan-jamin-kelulusan-moratorium.html