Kerajaan Beri Kelulusan Khas Tambah 18 000 Guru Mulai Julai


Farhira Farudin Pengambilan guru secara besar-besaran dalam tempoh yang singkat dijalankan bagi memastikan isu kekurangan guru dapat diselesaikan setelah ia berlarutan untuk tempoh yang lama.
 Kerajaan memberi kelulusan khas untuk menambah seramai 18,702 pegawai perkhidmatan untuk menyelesaikan isu kekurangan guru menerusi kaedah pengambilan khas guru secara “one off”, kata Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin.
Beliau berkata pengambilan guru secara besar-besaran dalam tempoh yang singkat ini dijalankan untuk memastikan isu kekurangan guru dapat diselesaikan setelah “berlarutan untuk tempoh yang lama”.
Katanya, antara negeri yang mempunyai jumlah kekosongan guru tertinggi adalah Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak dan pengambilan guru secara one-off ini akan bermula pada 7 Julai dan calon yang layak akan mendapat penempatan mulai Oktober.
“Dengan pengambilan ini kita dapat kurangkan beban guru khususnya guru-guru di sekolah di mana terdapat kekurangan guru waktu ini.
“Usaha ini juga dapat memberi ruang pekerjaan kepada anak-anak kita graduan universiti yang berminat mengajar di sekolah dan mempunyai kelayakan seperti mana yg ditetapkan,” katanya pada sidang media hari ini.
Beliau berkata, antara punca terdapat kekurangan guru yang tinggi kerana kekurangan bekalan calon Institut Pendidikan Guru (IPG) serta kelayakan guru yang tidak padan dengan mata pelajaran yang ditawarkan.
Menurutnya, isu ini akan diselesaikan menerusi kelulusan khas daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan persetujuan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (SPP) untuk mengisi jawatan guru di kementerian.
“Isu kekurangan guru tidak akan dapat diselesaikan kalau kita masih melihat menggunakan pendekatan lama.
“Kita cuba fahami punca di mana sebabnya, dari situ kita lihat bahawa SPP bersetuju mengadakan kolaborasi strategik bersama KPM dalam konteks pengambilan guru,” katanya.
Antara mata pelajaran sekolah rendah yang mempunyai kekurangan guru tertinggi adalah Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Manakala, mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam dan Reka Bentuk Teknologi mempunyai kekosongan guru tertinggi di sekolah menengah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/kerajaan-beri-kelulusan-khas-tambah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agihan 10 000 Komputer Riba Buat Pelajar Mulai Julai

Agihan 10 000 Komputer Riba Buat Pelajar Mulai Julai

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 323 hits
Agihan 10 000 Komputer Riba Buat Pelajar Mulai Julai 2021 Kerajaan Negeri Sabah akan mengagihkan sebanyak 10 000 komputer riba menerusi Bantuan Ihsan Komputer kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 bermula 19 Julai sehingga 18 Oktober ini Menurut...
Pengambilan 18 702 Guru Secara One Off Mulai Julai 2021

Pengambilan 18 702 Guru Secara One Off Mulai Julai 2021

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 354 hits
Pengambilan 18 702 Guru Secara One Off Mulai Julai 2021 Perkara ini telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan sebentar tadi pada sidang akhbar yang diadakan di Petaling Jaya Melalui perkongsian pada sidang akhbar itu pihak Kementerian Pen...
Lhdn Buka Kaunter Bantuan Khas Kerajaan Mulai Esok

Lhdn Buka Kaunter Bantuan Khas Kerajaan Mulai Esok

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 415 hits
BH ONLINE KUALA LUMPUR Lembaga Hasil Dalam Negeri akan membuka kaunter Bantuan Khas Kerajaan mulai esok untuk permohonan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan kaunter itu akan dibuka dari jam 8 pagi hingga...
Kerajaan Jamin Kelulusan Moratorium Automatik Kepada Yang Layak

Kerajaan Jamin Kelulusan Moratorium Automatik Kepada Yang Layak

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 193 hits
21 June 2021 Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz PUTRAJAYA Kementerian Kewangan memberi jaminan kelulusan moratorium secara automatik akan diberikan kepada peminjam yang layak Kelulusan itu akan diberikan kepada golongan B40 M40 dan ...
Rm18 000 Untuk Guru Inovatif Tangani Pembelajaran Semasa Pandemik

Rm18 000 Untuk Guru Inovatif Tangani Pembelajaran Semasa Pandemik

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 161 hits
MALAYSIAKINI Lima guru memenangi hadiah dengan jumlah keseluruhan RM18 000 untuk membantu mereka melaksanakan inovasi bagi menangani kehilangan waktu pembelajaran semasa Covid 19 Seramai 15 guru menyertai pertandingan Cikgu Kickstart yang j...
Premium Skim Perlindungan Rumah Dikurangkan 10 Mulai Julai

Premium Skim Perlindungan Rumah Dikurangkan 10 Mulai Julai

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 268 hits
KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Premium bagi Skim Perlindungan Rumah akan dikurangkan 10 peratus mulai 1 Julai ini Skim tersebut melindungi para pencarum CPF daripada kehilangan rumah mereka meskipun selepas pemilik rumah itu sudah meninggal
Guru Taska Tadika Diperlukan Segera Ambilan Julai 2021

Guru Taska Tadika Diperlukan Segera Ambilan Julai 2021

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 315 hits
Jawatan Kosong Perlu Segera Kemasukan Julai 2021Ciri Pekerja Yang Dicari 1 Minimum SPM untuk Taska Minimum Diploma Untuk Tadika 2 Wanita BELUM Kahwin 3 Umur Bawah 27 Tahun 4 Meminati Pendidikan Anak Kecil 5 Mesra Peramah Dengan Anak Anak Ke...
Jais Benar Pasangan Nikah Mulai 1 Julai

Jais Benar Pasangan Nikah Mulai 1 Julai

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 244 hits
Oleh Media Mulia Jais benar pasangan bernikah mulai 1 Julai ini PETALING JAYA Jabatan Agama Islam Selangor menghebahkan majlis akad nikah secara bersemuka dibenarkan mulai 1 Julai Maklumat tersebut dikongsi di Facebook Jais dengan memberita...
Agenda Awani Pengambilan Khas Guru Kpm Secara One Off

Agenda Awani Pengambilan Khas Guru Kpm Secara One Off

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 333 hits
Pengambilan 18 702 guru secara one off bagi mengatasi masalah kekurangan guru apakah kaedah atau pendekatan dalam melaksanakan pengambilan tersebut Temu bual Nazri Kahar bersama Dr Rusmini Ku Ahmad Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia S...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor