Kerajaan Baru Kabinet Lama



Kerajaan Baru Kabinet Lama | Tiga hari sebelum Ismail Sabri Yaakob mengumumkan barisan kabinet berjenama 'Keluarga Malaysia' itu, media melaporkan berita yang amat sayu

Mulai Mac 2020 sehingga Ogos 2021, seramai 1,517 pelajar menjadi anak yatim atau yatim piatu apabila salah seorang atau kedua-dua ibu bapa mereka menjadi korban Covid-19.

Tanpa mengabaikan hakikat takdir - dan bukan mempersoal aturan Tuhan - kita tentu saja boleh bertanya: berapa ramaikah kanak-kanak yang dapat diselamatkan daripada menjadi yatim atau yatim piatu jika pandemik Covid-19 ini diuruskan pemerintah kompeten?

Apabila kabinet baru itu diumumkan perdana menteri, nampaknya ia gagal menjadi 'ubat' yang menenangkan kegelisahan rakyat. Kecuali sedikit, menteri-menteri yang dilantik itu adalah muka-muka yang sama menerajui kepimpinan terdahulu yang diakui ramai sebagai gagal

Berdasarkan pemilihan itu dapat disimpulkan bahawa kabinet 'Keluarga Malaysia' hanyalah kelangsungan politik sesetengah pihak ketika kedudukan mereka dalam kerajaan terus merapuh.
Jika nanti ada kelapangan, cuba hitung bilangan ahli kabinet yang gah itu dan biaya yang dihabiskan untuk menggaji menteri dan timbalan menteri yang kadang-kadang kita ragui fungsinya. Kemudian bandingkan biaya itu dengan apa yang dapat dilakukan untuk meringankan beban petugas barisan hadapan, misalnya.
Kerajaan Baru Kabinet LamaMelantik pengampu dan memberikan jawatan untuk membalas jasa ahli parlimen adalah realiti pahit yang terpaksa dihadapi rakyat negara ini untuk entah berapa lama.
Kewibawaan yang mengagumkan dunia
Menjadi rakyat Malaysia ini, salah satu hakikat yang harus kita terima ialah kebanyakan menterinya diberikan tugas dalam bidang yang bukan kepakaran atau latar pendidikan mereka.
Mari kita mencari 'petua' ke Taiwan yang berada dalam kelompok negara ekonomi maju diiktiraf Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Bekas naib presiden Taiwan dahulu, Chen Chien-jen adalah lulusan PhD dari Universiti Johns Hopkins dalam bidang epidemiologi dan mendapat pujian antarabangsa semasa menangani Covid-19 yang tersebar di seluruh dunia.
Dia menggunakan kelebihan dalam jawatan politiknya untuk mengkritik Beijing kerana pada awalnya negara terbabit mahu menyembunyikan virus itu walaupun para ilmuan di dalamnya berusaha untuk menganalisis trend penularan wabak berkenaan.
Bertindak sebagai ahli politik sekali gus saintis, Chen menjadi pihak berkuasa awam yang banyak meluangkan masa untuk menganalisis trend penularan Covid-19 dan mengawasi pengembangan serta menguji usaha produksi vaksin.
Dalam kabinet Taiwan juga ada Menteri Digital, Audrey Tang, yang merupakan pemegang harta intelek Lembah Silikon dan berjaya membuka ruang untuk data kerajaan digembleng bersama penggodam sejak Dis 2019.
Tang menjadi menteri termuda di Taiwan apabila dibawa ke kabinet pada usia baru 35 tahun.
Dia mengagumkan dunia dengan kepemimpinannya dalam krisis menangani Covid-19 berikutan kesan yang dibuatnya di Jepun melalui aplikasi khusus memerangi virus dan menunjukkan tingkat persediaan topeng muka.
Itu adalah antara teladan yang sepatutnya dilihat Putrajaya. Jika Malaysia tiada pakar dalam kalangan kebanyakan ahli politik, bagaimana negara ini boleh diharapkan ditadbir dengan fakta, data dan sains yang digabungkan dengan kematangan cara berfikir?
Kerajaan Baru Kabinet LamaKetika kesabaran rakyat sudah berada di hujung tanduk, tidak banyak yang dapat dilakukan selain meluahkan kekecewaan di media sosial dengan tanda pagar #kerajaangagal.
Ia tidak merujuk kepada seorang dua individu sahaja tetapi menuntut tanggungjawab kepimpinan kerajaan secara kolektif.
Dalam keadaan begitu nampaknya kemunculan kabinet baru ini masih gagal membawa aspirasi rakyat. Apa yang rakyat nampak sekarang hanyalah pertukaran seorang nakhoda serta seorang dua kakitangannnya.
Bukan zaman TV hitam putih
Walaupun hadir dengan konsep Keluarga Malaysia dan janjinya untuk mendengar suara anak muda, suara Ismail Sabri itu malah tidak banyak berbeza daripada apa yang pernah dibawa Muhyiddin Yassin.
Keluarga Malaysia sepatutnya bukanlah sekadar kata-kata tapi pelaksanaan yang dinilai pada detik pertama kabinet itu diumumkan perdana menteri.
Misalnya sektor pendidikan yang sebelum ini begitu banyak mengundang rasa marah dan geram orang ramai. Tiba-tiba di bawah Ismail Sabri, dia mengekalkan teraju yang diletakkan oleh Muhyiddin sebelum ini.
Radzi Jidin adalah seorang ahli politik yang gagal mendapat sokongan di kawasannya untuk ke Dewan Rakyat namun diberikan ruang yang cukup terhormat oleh Muhyiddin dan kemudian diteruskan pula oleh Ismail Sabri.
Kerajaan Baru Kabinet LamaDalam kedudukannya sebagai menteri kanan Radzi masih terkapai-kapai memberi penjelasan mengenai isu pendidikan, termasuk pengagihan komputer riba, capaian internet yang lemah, vaksinasi pelajar dan jadual pembukaan persekolahan yang kadang-kadang sukar dibezakan di antara keputusan muktamad kementerian dengan lawak jenaka.
Sekarang bukan zaman radio yang menggunakan bateri kering atau TV hitam putih. Pada zaman yang kritikal ini, kesilapan polisi bukanlah satu pilihan yang boleh dipandang ringan.
Masalah pendidikan tanpa polisi dan strategi yang sistematik memberi impak amat besar kepada generasi yang bakal mewarisi negara. Di sekolahlah bermulanya langkah seseorang mencorakkan hidup. Apa yang dapat diharapkan daripada sektor pendidikan ketika ia terus berkembang - atau hanyut? - dengan pelbagai sekatan serta diburukkan pula oleh polisi yang bercelaru.
Rakyat bukan saja memerlukan pemimpin yang memastikan penampilan mereka mestilah segak di depan lensa kamera tetapi juga berfikiran kritis, memandang jauh ke depan dan tidak mudah gelabah. 
Isu terus membelenggu
Itu belum lagi menyelam masalah keciciran pelajar pendidikan khas yang nampaknya hampir tidak dipedulikan langsung oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Memanglah sesekali perkataan "pendidikan khas" terpacul juga dari mulut menteri atau pegawai kanan kementerian.
Namun di alam realiti, ia berbeza. Mungkin pelantikan atau kenaikan pangkat pegawai kanan dalam kementerian jauh lebih penting berbanding hal anak kurang upaya mendapat pendidikan yang sempurna.
Dan ia tidak memerlukan tempoh 100 hari untuk ditambah baik.
Bagaimana pula dengan Kementerian Pengajian Tinggi yang juga terus diketuai oleh orang yang sama? Dia adakan menteri yang mencadangkan agar aplikasi TikTok dimanfaatkan dalam kalangan penuntut pengajian tinggi.
Ia berlaku ketika banyak isu besar terus membelenggu siswa seperti latihan industri semasa pandemik yang belum menampakkan penyelesaian.
Turut menyedihkan, ada antara pelajar yang didiskriminasikan haknya dalam pemberian elaun oleh agensi kerajaan. Bagi agensi swasta pula, kerajaan hendaklah memikirkan desakan khas untuk membela ketidakadilan kerana ramai pelajar tersepit untuk membayar sewa rumah dan pengangkutan misalnya, ketika mereka menjalani latihan industri.
Namun isu berkenaan terus terabai dan harapan adalah sekadar air yang tercurah ke daun keladi. Itu belum dibangkitkan isu silibus pembelajaran, yuran pengajian, lambakan graduan menganggur dan hal-hal lain yang berkaitan.
Kerajaan Baru Kabinet LamaBegitulah. Rakyat terus diperingatkan agar sentiasa menjaga adab apabila mengkritik. Betul, tetapi beradab itu bukanlah bererti kita harus menghilangkan kepedulian apabila ada orang ditindas.
Pada zaman pelbagai dusta dilambungkan ini, rakyat seakan semakin hilang harapan walaupun ia amat sederhana. Rakyat hanya mahukan pembelaan yang bijaksana dan orang politik pula diharap berhenti berlakon konon-konon berkongsi kesengsaraan rakyat. - mk




BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

                                                                                Iklan  





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2021/08/kerajaan-baru-kabinet-lama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kabinet Baru Kabinet Lama Mari Telaah Prestasi Kabinet Kerajaan Tebuk Atap 17 Bulan Di Bawah Yiddin

Kabinet Baru Kabinet Lama Mari Telaah Prestasi Kabinet Kerajaan Tebuk Atap 17 Bulan Di Bawah Yiddin

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 255 hits
Di bawah adalah prestasi Kabinet lama Mengikut laporan Bloomberg antara 53 negara di dunia yang membuka ekonominya ketika pandemik COVID 19 Malaysia berada di tangga tercorot iaitu tangga ke 53 Ini menunjukkan dasar dasar Kabinet lama telah...
Adakah Kerajaan Campuran Yang Baru Ini Akan Juga Tumbang Tak Lama Lagi

Adakah Kerajaan Campuran Yang Baru Ini Akan Juga Tumbang Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 197 hits
Antara dua gajah yang masih hendak berperang di sebalik kerjasama rapat ini rakyat jelatalah yang akan terus menderita keperitan hidupBy 30 Aug 20210 viewsBaru selesai naib presiden Umno Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai perdana...
Kabinet Baru Perlu Pastikan Vaksinasi Capai Sasaran Pacu Ekonomi

Kabinet Baru Perlu Pastikan Vaksinasi Capai Sasaran Pacu Ekonomi

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 177 hits
Oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin GAMBAR Abd Razak Aid TAN SRI Muhyiddin Yassin berharap Jemaah Menteri yang baru dilantik akan memberikan tumpuan segera kepada usaha usaha untuk memulihkan negara daripada wabak COVID 19 menyalu...
Perodua Alza Generasi Baru Tak Lama Dah

Perodua Alza Generasi Baru Tak Lama Dah

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 282 hits
Nah ni link alza abang japar vs alza abang beras https youtu be ywIOG81ftMQ Haritu ada yang mintak abang ulas pasal Alza terbaru ni Dia macam ni Kalau pasal Alza hanya seorang je yang layak cakap pasal MPV terbaik di planet ni Iaitu Abang J...
Apa Nama Kerajaan Perdana Menteri Baru

Apa Nama Kerajaan Perdana Menteri Baru

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 448 hits
Oleh Sirajuddin Ahmad Kerajaan Perikatan Nasional sudah tumbang Bersama Tan Sri Mahiaddin Yassin Kerajaan Yang terbentuk hari ini Perdana Menteri nya Datuk Ismail Sabri bukan dari kelompok Perikatan Nasional Datuk Ismail Sabri adalah ahli U...
Khairuddin At Takiri Sahkan Ini Mesyuarat Kabinet Terakhir Kerajaan Pn

Khairuddin At Takiri Sahkan Ini Mesyuarat Kabinet Terakhir Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 233 hits
Kenderaan yang membawa Muhyiddin tiba di Istana Negara Perdana Menteri difahamkan akan menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Pagi tadi Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat kabinet khas di peja...
Pembangkang Meroyan Teruk Mahu Tubuh Kerajaan Perpaduan Kabinet Perang

Pembangkang Meroyan Teruk Mahu Tubuh Kerajaan Perpaduan Kabinet Perang

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 232 hits
Blok pembangkang kini ibarat gila talak Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan penubuhan kerajaan rentas parti atau kerajaan perpaduan mereka menolak dengan keras serta sinis Kononnya mereka dapat melakukan lebih baik daripada apa yang ...
Izara Aishah Kini Penampilan Baru Bertudung Labuh Dan P4dam Gambar Lama

Izara Aishah Kini Penampilan Baru Bertudung Labuh Dan P4dam Gambar Lama

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 519 hits
Pelakon dan usahawan Izara Aishah mencurl perhatian apabila tampil bertdung labuh di Instagramnya
Teknik Baru Kerajaan 69 Gagal Kawal Covid

Teknik Baru Kerajaan 69 Gagal Kawal Covid

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 151 hits
Hamzah Rie NaApa yang nak dibanggakan sgt kes turun lagi JIKA KADAR POSITIF JANGKITAN COVID 19 SEMAKIN MENAIK Sebenarnya angka kes pada hari Sabtu Ahad Isnin selalunya memang akan turun SEBAB saringan berkurang Tak usah nak perdaya perbodoh...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat