Kerabu Terung Sedap





Dengan dunia sekarang dilanda wabak Novel Corona Virus 2019 atau dipanggil Covid 19, saya ingin kongsikan petikan dari video Ustaz Badli Shah samada wabak adakah bala atau ujian? Virus corona Wuhan ini dikatakan ada persamaan dengan wabak SARS 2003. Ada satu hadis yang mana Nabi bersabda, 
Daripada Tsauban r.a, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Hampir tiba satu waktu di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang yang hendak makan mengerumuni hidangan mereka."
Maka salah seorang sahabat bertanya: “Adakah hal itu kerana bilangan kamu sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab: “Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih pada waktu banjir dan Allah SWT akan mencabut rasa gentar terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit wahan.” 
Seorang sahabat bertanya: “Apakah penyakit wahan itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab: “Cinta dunia dan takut mati” [HR Abu Dawud]
Penyakit wahan yang bunyinya hampir sama dengan Wuhan di mana wabak virus ini menular. Orang Islam telah lama diperingatkan akan kemungkinan kejadian ini berlaku. Seperti mana kita mungkin pernah terbaca, di Wuhan, ada satu pasar di mana segala binatang exotik yang pelik dimakan oleh manusia.  

Apa makna musibah? Tidak ada satu perkara yang menimpa melainkan dengan izin Allah, siapa dipimpin Allah akan menjadikan ianya menerima segala musibah dengan sabar. Apa sahaja pemberian samada baik atau buruk, adalah musibah. Bukan sahaja perkara buruk. Tapi menerima bonus dan gratuiti  juga adalah satu musibah. Cuma gelagat manusia bila ditimpa musibah yang patut diubah. 

Contoh bila berlaku banjir besar, ramai yang akan menyalahkan hujan sedangkan hujan adalah rahmat dari Allah. Banjir bukan bala. Malahan Mekah dan Mina juga ditimpa banjir. Allah menurunkan hujan mengikut sukatan dan kadarnya. Dengan air hujan, akan menyejukkan bumi yang kering. Bukan salah hujan tapi salahkan manusia yang menyebabkan longkang yang tersumbat, sungai yang sempit kerana sampah sarap dsb. 

Kenapa Allah ciptakan musibah? Ianya adalah tanda kasih sayang Allah pada hamba Allah yang taat. Banyak lubuk pahala dalam musibah, pahala sabar, pahala ikhtiar, pahala mati syahid dsb. Bila ada ujian baru boleh menaikkan darjat dan imannya. Mana boleh mengaku beriman jika belum diuji, surah Al Ankabut ayat 1-3. Sama juga dengan sekolah, lulus ujian baru boleh naik kelas. 

Bila dalam suasana wabak, kurangkan aktiviti luar. Sakit adalah sunnatullah, untuk Allah mengangkat darjah seseorang. Jangan lah hendak menghukum atau mendenda orang sakit sebagai orang yang bermasalah sehingga prestasi kerja staff dinafikan kerana mereka sakit. 

Golongan As Salafus Soleh akan rasa mulia bila sakit. Pertsama, kerana orang sakit, Allah akan gugurkan dosanya seperti pohon menggugur daun. Doa orang sakit juga sangat mustajab. Kalau jumpa orang sakit, suruh orang sakit doakan kita kerana doa mereka mustajab seperti doa malaikat. Itulah tanda kasih sayang Allah untuk memberi lebih banyak pahala. 

Kedua musibah sebagai kaffarah untuk hapuskan dosa lama kita supaya kita ingat dan bertaubat. Dosa sekarang mungkin kita tidak buat setelah kita dah mula berjinak jinak dengan agama dan masjid. Tapi mungkin dosa zaman dulu yang belum dihapuskan. Contoh dosa ambil barang yang tidak sepatutnya.  

Ketiga, musibah adalah bertaraf bala sebagai hukuman di dunia supaya hukuman di hari akhirat tidak berat. Ada disebut dalam surah at Taubah ayat 74. 

Memang wujud penyakit berjangkit. Nabi pernah beri amaran, larilah kamu dari orang yang ada penyakit kusta seperti mana kamu lari dari singa. Tapi jangan lah pula kita, kerana ada penyakit virus di Wuhan, tengok orang Cina pun kita lari. Setiap penularan wabak, mesti ada penyebabnya. Penularan memerlukan syarat syarat. Ada kaedah penularan melalui makan minum, darah dsb. 

Ketiga dalam keadaan darurat, orang sihat boleh duduk dengan orang sakit dengan menyerah diri pada Allah. Para petugas kesihatan terpaksa berhadapan dengan pesakit. Kalau mereka juga lari, siapa yang akan merawat pesakit? Berpegang teguh pada Allah dan serah diri bulat bulat pada Allah. Kita sama sama doakan mereka selamat dalam menghadapi tugas. 

Keempat, feqah mengajarkan pengasingan orang yang ditimpa penyakit berjangkit dengan orang yang sihat. Mereka tidak boleh datang berjumpa orang sihat. Hadis ini menunjukkan perlu pengasingan. 

Kelima, isu kuarantin iaitu hadkan pergerakan orang sihat dengan orang sakit untuk mengelak penyakit berjangkit. Taun adalah tanda kemukaan Allah, kalau kamu tahu ada penyakit, jangan pergi ke tempat itu atau jangan kamu keluar dari kawasan itu sehingga boleh merebak penyakit ke kawasan lain.

Keenam, meninggal dunia kerana sakit wabak, di mana A'isyah menanya Baginda Rasulullah tentang taun. Nabi bersabda siapa kena taun kena berada tetap dalam kawasannya dengan sabar, maka jika mati, maka matinya adalah mati syahid. 

Ketujuh, Islam menggalakkan umat berusaha mengelak penyakit berjangkit, jangan nak pergi ke tempat di mana merebak penyakit tersebut.  Jangan pergi jika kita tahu bahaya. Kita wajib lari dari takdir Allah ke takdir Allah yang satu lagi. 

Akhir sekali, jangan pindahkan penyakit kita sehingga memudaratkan orang lain. Jadi tindakan kerajaan menyekat kemasukan adalah selari dengan arahan agama. Kena percaya yang penyakit yang tular ini tidak akan kekal lama. OK cukup dulu setakat ini, sekarang kita sentuh sedikit bab masakan. 




Kerabu adalah antara lauk pauk tradisional dalam kategori sayuran dan ulaman kegemaran saya. Ya lah anak kampung, inilah makanannya. Macam mcam sayuran boleh dibuat kerabu seperti kulat gelam, buah beko, kacang panjang, daun pegaga dan macam macam lagi.

Serious sangat sedap kerabu terung saya hari ini. Sedap dimakan dengan nasi putih atau dimakan meratah ratah begitu sahaja. Hahaha kalau yang belum pernah mencuba, boleh lah cuba menyediakannya sendiri. Jika suka berkuah, bolehlah dilebihkan santan. Tapi saya suka, jika sekadar basah lembab lembab macam ni jer. 
Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...



Kerabu TerungOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 biji terung panjang dicelur1 ekor ikan bakar - ambil isi1 cawan kelapa parut - digoreng keperangan1 cawan santan pekat1/2 biji bawang besar4-5 tangkai cili padi1/2 tangkai cili merah1-2 biji limau nipisGaramGula
Cara cara:Terung dicelur seketika, siak kulit dan dipotong. 




Kelapa parut digoreng sehingga keperangan dan ditumbuk kasar.




Masukkan semua bahan ke dalam bekas terung. Kacau rata.






Akhir sekali, perah air asam limau nipis. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2020/02/kerabu-terung-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Biskut Semperit Sedap Rangup Dan Tanpa Telur

Resepi Biskut Semperit Sedap Rangup Dan Tanpa Telur

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 849 hits
Resepi Biskut Semperit Sedap Rangup Dan Tanpa Telur Salam semua ramai yang jadikan biskut semperit sebagai biskut yang wajib dibuat bila tiba Hari Raya Biskut semperit dah jadi biskut orang lama lama cuma sekarang ini dah pelbagai variasi o...
Tak Pedas Pun Bagi Anak Rasa Masam Masam Manis Dengan Ayam Bersos Tomato Sedap

Tak Pedas Pun Bagi Anak Rasa Masam Masam Manis Dengan Ayam Bersos Tomato Sedap

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 335 hits
Kalau kita orang dewasa ada menu Ayam Masak Merah anak anak pun inginkan menu pelbagai rasa Bukan masak merah tetapi Ayam Bersos Tomato daripada pes tomato untuk rangsang rasa masam anak anak Bukan rasa sahaja malah warna oren kemerah merah...
Cara Masak Sotong Masak Hitam Sedap Stail Mamak

Cara Masak Sotong Masak Hitam Sedap Stail Mamak

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 1004 hits
Bosan makan lauk Sambal Sotong Nah Cuba masak menu Sotong Masak Hitam pula Tapi ni hitam bukan sebarangan ya Tak guna dakwat sotong pun Menurut empunya resipi Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din nak masak menu ni pun mudah dan rasanya tak men...
Resepi Cucur Jagung Simple Pasti Sedap

Resepi Cucur Jagung Simple Pasti Sedap

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 1687 hits
Hi guys Cucur jagung ni memang my favorite especially yg my mom buat Setakat ni tak ada yang boleh challenge lagi rasa macam cucur jagung my mom So ni kira resepi simple from her tapi ni version paling simple guna bahan basic je yang ada ka...
Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap

Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 527 hits
Sememangnya perancangan Allah lah yang Maha Hebat Allah menguji dalam satu perkara dan dalam yang lain Allah memberi ganjaran lebih baik yang tidak disangka sangka Itu yang saya alami saat ini Hanya kita manusia yang tidak tahu bersabar Sed...
Lagi Sedap Dari Ayam Gadis Kongsi Pengalaman Termakan Nasi Kukus Daging Kucing

Lagi Sedap Dari Ayam Gadis Kongsi Pengalaman Termakan Nasi Kukus Daging Kucing

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 511 hits
small Cover image via Google small Pernah tak kita termakan sesuatu makanan lepas tu kita rasa makanan tu sedap sangat Boleh jadi tukang masak tu memang i power i sampai bila kedai makan tu tukar tukang masak pun kita boleh cam rasa makanan...
Resepi Kek Coklat Kismis Moist Bakar Sedap

Resepi Kek Coklat Kismis Moist Bakar Sedap

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 990 hits
Kek Coklat Kismis Moist SedapKek coklat kismis moist bakar topping Cadbury fuhhh memang sedap Sesekali makan sedap begini apa salahnya kan Buat ubat rasa sikit je Betul ke sikit je makannya heheheBaru baru ini tekak teringin sangat nak maka...
Pandu Uji Ringkas Proton X70 Ckd Lebih Sedap Kerana Ada Proton Ride Handling Kualiti Macamana

Pandu Uji Ringkas Proton X70 Ckd Lebih Sedap Kerana Ada Proton Ride Handling Kualiti Macamana

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 227 hits
Perubahan utama pada Proton X70 adalah seperti berikut 1 Kotak Gear 7 kelajuan DCT 2 Kuasa dan tork enjin 1 8 Turbo bertambah sedikit 3 Kerusi berhawa dingin 4 Bekaan hatchback tanpa tangan 5 Kerusi belakang boleh bersandar Selain dari itu ...
Lamb Grill Murah Dan Sedap Di Kulim

Lamb Grill Murah Dan Sedap Di Kulim

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 542 hits
Lamb Grill Murah Dan Sedap Di Kulim Bila tak tahu nak makan kat mana kami lebih suka ke Kedai Makanan Keladi ataupun lebih dikenali sebagai kedai ah lai Dekat sini pelbagai pilihan makanan yang ada dan semuanya sedap sedap belaka CH pula le...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner