Port Dickson Mini Zoo Tarikan Terbaru Di Negeri Sembilan


Hari Ahad lepas kami pergi ke Port Dickson Mini Zoo @PD Mini Zoo tarikan terbaru di Negeri Sembilan. Specifically di Port Dickson. Tempat ni baru dibuka pada 23 Jun 2025 yang lalu. Masih baru lagi beroperasi menggantikan tapak Aurora Park Port Dickson kalau tak silap saya lah.


Sementara masih baru dan tengah hype, jomlah kita pergi. Kami sampai petang dan tak ramai orang walaupun hari Ahad. 

Masuk je kaunter tiket ada sebelah kanan. Sekarang masih lagi harga promosi seperti di bawah. 
Harga tiket port dickson mini zoo/ port dickson mini zoo tickets priceWarganegaraBawah 3 tahun/ Below 3 years old : PERCUMA/FREE
Kanak-kanak 3-12 tahun/ Children : RM20
Dewasa/ Adult : RM30
Warga emas/ Senior citizen : RM20

Warga asingBawah 3 tahun/ Below 3 years old : PERCUMA/FREE
Kanak-kanak 3-12 tahun/ Children : RM30
Dewasa/ Adult : RM40
Warga emas/ Senior citizen : RM30
Di kaunter mereka akan promote juga beli makanan untuk bagi pada haiwan-haiwan. Sebakul RM20 ada kacang panjang, lobak merah dan lain-lain. Tapi kami tak beli makanan. Kalau bawak anak-anak tu bolehlah beli, bagi mereka rasa pengalaman bagi makan pada haiwan


Sebelum melalui lorong yang ceria berwarna-warni ni, kami ditawarkan untuk ambil gambar. Kami menolak dengan baik. Malas nak bergambar, nanti rugi kalau mereka jual kami tak beli. Baiklah tolak awal-awal melainkan korang memang nak beli gambar tu nanti buat kenangan


BurungSelepas melalui lorong tu kami terus ke sebelah kiri, dimulakan dengan melihat burung-burung dalam sangkar. Ada banyak spesis dari keluarga burung

BudgerigarBurung budgerigar juga dikenali dengan nama burung parakeet @parkit atau burung serindit kecil dari keluarga burung bayan (parrot). Dikenali juga dengan nama small parrot. Saiznya kecil dan rupa parasnya berwarna-warni, ada biru lembut, Turquoise dan hijau
BudgerigarWild turkeyWild turkey atau ayam belanda liar sejenis burung yang besar. Wajahnya garang memiliki paruh pendek dengan snood iaitu kulit tergantung di atas paruh dan wattle (kulit merah di bawah paruh). Melihat sekejap je abang kawasan ni. 
Haritu masa pergi 99 Wonderland Park Selayang pun banyak juga spesis ni.


Brahma chickenAyam brahma merupakan baka ayam besar yang terkenal dengan saiz besar dan bulu tebal dikakinya. Comel pula tengok dia berjalan dengan kaki di bulu tu

MerpatiSebelah ayam dalam gambar di bawah ni burung merpati. Saya tak pasti burung merpati apa, kalau google nampak macam domestick show flight dove. Cantik burung merpati versi gemuk. Bulunya pun bercorak hitam putih. Di lehernya tu macam dark purple berkilat. Dalam gambar tak jelas pula

Brahma chicken, dove/burung merpati dan kuang/pheasant
Burung kuang/pheasantBurung kuang ada banyak jenis disini. Kalau nak tahu, burung kuang ni tergolong dalam spesis burung yang paling cantik. Gambar di atas merujuk kepada symaticus reevasil/kuang kecil. Gambar di bawah ni red golden pheasant/kuang mas, yellow golden pheasant/kuang kuning dan Lady Amherst's pheasant/ kuang Lady Amherst. 


Burung merak/peafowlBurung merak juga ada banyak spesis dalam sangkar yang besar. Warna ekor yang menarik tu merak jantan, peacock. Merah betina ekor dia kusam sikit dan kurang menarik, peahen. Ada juga terselit merak putih. Macam pertama kali tengok merak putih


Semua burung ni dalam sangkar je. Tak ada dibawa keluar atau ada pertunjukkan. Tapi dalam media sosial PD Mini Zoo ni nampak ada orang pegang ayam. Kita kalau ayam ni tak hairan sangat sebab dah biasa tengok. Cuma spesis yang rare je jakun sikit tengok

Selain burung dan ayam, ada banyak juga spesis itik dan angsa dalam kandang. Saya tak masukkan dalam blog nanti risau banyak sangat gambarnya. Kita ambil gambar yang mana penting dan menarik je lah ye

AlpacaAlpaca ada 3 ekor je. 2 ekor ni pemalu dan penakut dengan orang. Yang jinak seekor je tengah duduk bersantai. Itupun kena umpan bagi makan barulah dapat pegang dan usap-usap. Yang dua ekor ni datang dekat je dah lari. Nyampah

Saya keliru sebenarnya alpaca dan llama. Rupanya beza eh. Llama tu besar sikit, abang besar dan alpaca ni kecil, adik. Betul ke apa yang saya faham ni? Lupa nak tanya zookeeper yang ada di situ


Burung kasawari/ OstrichBurung kasawari merupakan spesis burung yang besar dan tidak boleh terbang. Ada juga dijadikan haiwan tunggangan. Di Malaysia ni macam tak ada. Tapi macam seksa gayanya nak tunggang burung kasawari ni. Jenis susah nak kawal dan tersilap langkah boleh jatuh

Sesuai ke burung ni jadikan tunggangan? Macam tak berapa kuat je. Risau tengok. 
Burung kasawari memiliki telur yang besar dan tebal kulit telurnya. Dapatlah merasa pegang telur burung kasawari tapi versi ringan sebab isinya dah dikeluarkan. 
Burung kasawari ni sangat aktif. Mereka baru lepas mandi, kata zookeeper. Bulu-bulunya banyak yang dah gugur disebabkan bergaduh sesama mereka. 

Kambing/ goatBanyak juga spesis kambing yang ada. Kami datang dekat kandang je masing-masing dah hulur kepala sebab ingat kami bawa makanan. Kecewa mereka kami tak ada makanan. Comel kambing-kambingnya. Boleh juga masuk kandang kambing untuk bagi mereka susu

Lembu susu/ Dairy cowLupa pula ada berapa ekor lembu susu ni. Lembunya besar dan bertopok putih hitam seperti lembu susu New Zealand tu. Duduk senyap gitu je

Jirannya patut ada unta/camel tapi belum sampai lagi. 
Kuda/ horseKuda paling besar warna coklat ni. Muka macam sedih dan macam stress pun ye. Saiznya besar dan macam kuda lumba je. Ada nombor di badannya.
Warna putih tu kuda yang boleh ditunggang. Siapa teringin tunggang kuda bolehlah beritahu pada zookeeper. Yang putih ni untuk orang dewasa tunggang

Kuda padi/ pony horse yang comel tu, ada yang siap tocang rambut tu untuk tunggangan kanak-kanak. Comel je rupa paras mereka ni. Kiyowo! Kawaii


CapybaraCapybara ni haiwan yang semakin popular. Ada dua saiz capybara di sini. Yang besar mereka letak dalam kandang pameran berkaca. Saiz kecil ni boleh pegang diletakkan bersama itik dalam satu kadang yang ada kolam

Capybara ni tak jinak sangat. Baru pegang sikit dah lari. Tak dapatlah nak angkat atau dukung, menggelupur dorang nanti. Boleh bagi makan, zookeeper ada sediakan makanan untuk capybara ni percuma je. 

Itik/ mallardItik yang macam ada tanjak atas kepala tu yang bersama capybara. Yang sebelah tu dalam kolam bersama angsa/swan. Saya tak letak gambar swan tu. Banyak pula nanti gambarnya. Sekadar melihat dan ambil gambar je

Arnab/ RabbitKami banyak habiskan masa di tempat arnab dan guinea pig. Mereka duduk dalam satu kandang. Arnab-arnab ni comel dan jinak. Bila pegang duduk diam je. Bulu lembut dan bersih. Seronok eh main-main dengan arnab ni. Dahlah comel, behave pula tu

Tupai terbang/ sugar gliderSugar glider berbulu lembut dan tak tebal sangat. Rasa ringan dan dia aktif bukan main. Kejap kat tangan, kejap kang dah sampai kepala, lengan. Bertabahlah kalau nak ambil gambar tu. Memang tak melekat duduk diam

Rakun/ raccoonSebenarnya lepas sangkar burung tu sangkar raccoon. Tapi dorang tengah tidur masa tu, tak dapatlah nak pegang. Kebetulan masa tengok capybara ada zookeeper tengah bawa raccoon jalan-jalan, saya pun minta izin nak pegang kejap.

Dapatlah juga peluang kejap pegang raccoon. Dah lama teringin nak pegang, baru mendapat. Racoon ni tak biasa lagi dengan orang baru, jadi dia macam gelabah sikit.
Arnab, raccoon, sugar glider & skunk
Memerang/ SkunkDak memerang ni paling senang nak pegang sebab dia macam malas je. Nak tidur je kerjanya. Senang gitu ambil gambar, berpaut di lengan. Comel! Mujur tak kentut. Kalau tidak mesti baunya busuk ya amat. Memerang ni terkenal dengan bau kentutnya yang busuk

Ada banyak lagi haiwan disini yang saya tak masukkan dalam blog. Nak tahu ada apa lagi kenalah datang sendiri dan rasakan pengalaman yang menyeronokkan

Apa yang menarik di Port Dickson Mini ZooDapat pegang haiwanWalaupun tiket dia agak pricey tapi berbaloilah dengan pengalaman dapat mendekati haiwan yang ada. Dapat bagi makan, pegang haiwan yang jinak. Dapatlah merasa pegang arnab, racoon (teringat si Rocket guardians of galaxy tu), sugar glider dan skunk

Ada juga ular, guinea pig, iguana dan lain-lain. Nak pegang ular tapi takut. Geli pun ada. So kita skip je. Pegang haiwan yang berbulu je lah berani

InstagrammableBanyak hot spot yang menarik untuk instagrammable. Bolehlah bergambar sakan atau duduk berehat seketika. 

Mesra kanak-kanak/ Kids friendlyTempat ni memang dicipta untuk kanak-kanak. Kalau datang sini pasti seronok dengan macam-macam tarikan


Banyak aktivitiTunggang kuda/ horse riding Tangkap ikan/ catch fishTunggang mini kereta kebal/ ride tank Fish spa Bagi susu kambing/ goat milk feeding Mini fun kitchen
Zookeeper yang ramah tamah/friendlySetiap haiwan ni ada zookeeper sendiri. Masing-masing rajin bagi maklumat tentang haiwan yang mereka jaga. Dan kedekut senyuman dan rajin melayan pengunjung. Kita pun jadi seronok macam tu kan. Dilayan dengan baik. 
Di setiap kandang atau tempat haiwan ada disediakan maklumat tentang haiwan tersebut. Ada nama dan jangka hayat haiwan dan juga harga setiap ekor haiwan tu. 
Kemudahan yang disediakanSurau lelaki dan perempuanBaby room untuk ibu dan anakTandas mesra OKUKerusi roda/ wheelchair disediakanPayungTempat basuh tangan, sabun dan sanitizer
Lokasi Port Dickson Mini Zoo Lot 3636, Batu 9, Jalan Pantai, Kampung Sungai Menyala, 71050 Port Dickson

Waktu operasiDibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 7.00 malam.

Seronok menghabiskan masa di sini. Walaupun mini je tapi seronok banyak juga haiwan, aktiviti dan paling best boleh bermain dengan haiwan tanpa limit. Mahal tapi berbaloi untuk sebuah pengalaman. Kalau tak minat haiwan mungkin akan rasa bosan sikit. 
Kawasannya tak besar, nama pun mini dan haiwan pun taklah sebanyak di Zoo besar tu. Tak ada lah haiwan besar-besar pun. Tak mengah sangat berjalan pun. Cuma panas sikit lah sebab cuaca panas kan. Jangan lupa bawa portable fan sekali



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/08/port-dickson-mini-zoo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanco And N Sembilan State Gov T Further Refine Ties To Accelerate Port Dickson Free Zone Dev T

Tanco And N Sembilan State Gov T Further Refine Ties To Accelerate Port Dickson Free Zone Dev T

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 213 hits
RESORT CENTRIC property developer Tanco Holdings Bhd has unveiled the inking of a supplemental agreement with Menteri Besar Negeri Sembilan through its indirect subsidiary Tanco Land Sdn Bhd This follows both parties earlier joint venture a...
Masjid Sri Sendayan Taj Mahal Negeri Sembilan Yang Memukau Mata Dan Jiwa

Masjid Sri Sendayan Taj Mahal Negeri Sembilan Yang Memukau Mata Dan Jiwa

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 465 hits
Masjid Sri Sendayan Selepas selesai makan tengah hari kitaorang duduk sekejap dekat pondok tu sambil menunggu syida suggest next place untuk kitaorang pergi Task kali ini setiap seorang kena suggest satu tempat untuk kita pergi Kebetulan da...
Negeri Sembilan Water Tariff Hike To Improve Services Settle Rm700m Debt And Fund New Dams Says Mb

Negeri Sembilan Water Tariff Hike To Improve Services Settle Rm700m Debt And Fund New Dams Says Mb

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 192 hits
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun said the water tariff hike in Negeri Sembilan will not burden the public but instead lead to improved services in the future Bernama picSEREMBAN Aug 1 The water tariff hike in Negeri Sembilan will no...
Johor Cops To Charge Father Of Boy Found Buried In Negeri Sembilan

Johor Cops To Charge Father Of Boy Found Buried In Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 183 hits
Johor police chief M Kumar says the man is accused of assaulting his wife and filing a false report over his missing son The boy who was reported missing at Taman Bukit Indah in Johor on July 24 was found buried in Jempol Negeri Sembilan fo...
Port Dickson School Apologises For Upside Down Jalur Gemilang

Port Dickson School Apologises For Upside Down Jalur Gemilang

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 208 hits
SJKC Chung Hua says it rectified the error immediately after it was alerted to photos of the flag circulating on social media SJKC Chung Hua said one of the flags had been accidentally hung upside down by a staff member SEREMBAN SJKC Chung ...
Leisure Garden Sepang Mini Zoo Yang Menyeronokkan

Leisure Garden Sepang Mini Zoo Yang Menyeronokkan

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 327 hits
Hari Sabtu lepas kami berdua ke Leisure Garden Sepang pula melawat haiwan lagi Padahal baru minggu lepas kami melawat haiwan di Port Dickson Mini Zoo Minggu ni pergi lagi di Leisure Garden Sepang sebuah mini zoo yang sangat menarik dan meny...
Air Naik Kat Negeri Pembangkang Tiba Semua Jadi Bisu Tahap

Air Naik Kat Negeri Pembangkang Tiba Semua Jadi Bisu Tahap

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 178 hits
Man Toba Kuala Lumpur Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini selamba koyak dalam diam bila dia sindir satu fenomena pelik berlaku di Malaysia Bila empat negeri pembangkang Perlis Kedah Kelantan Terengganu naikkan tarif air tiba t...
How The Right Upgrades Can Transform Your Bmw Driving Experience

Joveya Mj Gompiyo Noh Piupusan Chord

Buah Pear Korea

Undercover Dream Club Bicara Chord

Makan Malam Di Restoran The Grand By Adam S Kitchen

Easy Beef Tomato And Onion Recipe

Cuepacs Mohon Kerajaan Fokus Naik Taraf Kemudahan Kesihatan Daif

Kenapa Teruk Sangat Perangai Beginikah Dah Lah Tak Menyempat Nyempat Kelaku Macam Gini Oula


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kereta Tiba Tiba Menggelongsor Dua Beradik Jadi Mangsa Dalam Sekelip Mata

Drama Hospital Loveline

Surat Dari Semesta By Sofia Roses

Kelantan Pekerja Ladang Intai Gajah Berjalan Parah Dipijak Dibelit Belalai

Arctic Fish Skin Gear Ancient Ingenuity For Extreme Survival

Kisah Kelahiran Rasulullah Saw Kenapa Abdul Muttalib Beri Nama Muhammad Kepada Baginda