Resepi Biskut Semperit Sedap Rangup Dan Tanpa Telur


Resepi Biskut Semperit Sedap, Rangup Dan Tanpa Telur | Salam semua, ramai yang jadikan biskut semperit sebagai biskut yang wajib dibuat bila tiba Hari Raya. Biskut semperit dah jadi biskut orang lama - lama, cuma sekarang ini dah pelbagai variasi orang buat. Macam - macam, sis pun pening. Tengok orang lain buat, sis pun gigih nak buat juga. Ya lah cantik kelopak bunga semperit, rasa nak makan pun sayang.


Orang lebih suka biskut semperit, sebab rasa biskut ini yang gebu dan cair di mulut. 
Ramai juga yang dah mula berniaga biskut semperit, kalau tak pun sebelum nak puasa, semua pakat ambil order biskut. Sis pun untuk makan - makan sikit boleh jer buat. Geram tengok orang lain buat cantik - cantik. Jadi kita pun terikut - ikut juga.

Tak silap sejak biskut semperit jadi viral balik, itu yang macam - macam resepi biskut semperit. Cuma yang bingung, tak tahu yang mana satu nak ambil resepi mana yang biskut semperit paling sedap.


Semasa bulan puasa sebelum ini, banyak sangat post yang viral resepi biskut semperit sampai tak tahu nak ambil mana satu, sebab yang pertama tak pernah buat, pilih punya pilih, sis berkenan lah resepi ini sebab tak guna telur, kata tuan empunya resepi, tak pakai telur, bunga tak jatuh, terletak elok jer.

Ada setengah resepi guna telur kalau yang guna telur tu mudah rapuh. Pegang sikit cepat patah, lagipun jimat belanja sebab tak guna telur

Kali pertama sis buat pergi picit macam tinggi sangat, kali kedua buat doh lain dan picit sedang elok dah, tak nak tinggi sangat tak comel.

Buat sesiapa yang baru nak belajar buat biskut semperit, sis amat rekomenkan guna resepi ini. Sis pun dah simpan kat sini sebagai salah satu resepi a keeper sebab tak guna telur. Jadi bunga tu tak jatuh, terbaca pula tips bagi tahu kalau guna pure butter untuk effect biskut jadi putih, sis guna buttercup rasa masin sikit, itu sahaja yang beza

Sanggup buat sebab macam seronok main picit picit pulak, nampak bunga macam flowy tu, sakit tangan pun tak apa asalkan puas hati. Dalam resepi ni sukatan untuk tepung nampak banyak, tapi tak apa memang dah cukup untuk satu adunan, sis pun mula mula pun ingat macam banyak sangat.

Mula mula tu gaul dulu guna senduk sebab doh pun masih lembik nanti bila nampak doh dah agak berat boleh guna tangan dan gaul hingga sebati. Biskut ni sedap tak adalah bau susu sangat sebab setengah orang tak suka bau susu yang melampau.

Tips dah ada kat bawah sudilah baca. Terima kasih empunya resepi. Next raya tak cari resepi lain dah. Jom cuba resepi biskut semperit tanpa telur.



Resepi Biskut Semperit Sedap, Rangup Dan Tanpa Telur

Sumber : Dari Dapur Seorang Amatur
Bahan - Bahan 250g buttercup50g gula halus120g susu pekat manis400g tepung jagung30g tepung kastard1 sudu teh esen vanilla

Cara - Cara 1. Masukkan butter dan gula ke dalam mangkuk mixer. Pukul sebati

2. Masukkan susu dan esen vanilla. Pukul sebati

3. Ayak tepung jagung bersama tepung kastard dan masukkan ke dalam adunan. Gaul dengan tangan hingga jadi doh. Doh sangat lembut. Kalau doh yang terhasil keras, maknanya sampai kat sini pun langkah dah tak betul. ( pastikan sukatan betul )
4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Biar 1 bahagian dengan warna asal. Letakkan warna kesukaan dalam 1 bahagian lagi. Sentiasa tutup doh dengan kain lembab supaya doh tak keras

5. Bolehlah di tekan atas dulang yang telah di gris

6. Bakar suhu 160°c selama 15 - 20 minit ikut kesesuaian oven masing - masing. Guna api atas dan bawah ya

Ikut 7 Tips Untuk Biskut Semperit Rangup Dan Bunga Kelopak Tak Jatuh 
1. Kenapa guna buttercup ? Apa lagi jenis mentega yang boleh digunakan ? Boleh tak pakai marjerin biasa ?

Boleh pakai mentega Anchor untuk rasa yang lebih sedap. Kalau untuk jual biasanya pakai buttercup sebab lebih murah dan rasanya masih sedap. Jangan pakai marjerin biasa, nanti rasa lari.

Nota 
Bila keluarkan mentega dari peti ais, rehatkan di luar sekejap supaya mentega lembut sikit ( tapi masih dalam suhu sejuk) Kemudian baru boleh guna. 
2. Kenapa dalam resepi tak pakai telur ? 

Dalam resepi ini tak pakai telur sebab telur akan menyebabkan kuih semperit jadi sangat gebu dan lerai. Semperit kita akan mengembang dan terpenyek bila dibakar dan hilanglah kelopak bunganya

3. Kenapa tak payah letak tepung gandum ke? Resepi lain guna tepung gandum.

Dalam resepi ni juga tak pakai tepung gandum. Kenapa? Dah memag resepinya begitu. Inilah yang dinamakan resepi, betul tak. Sebenarnya tepung gandum akan buatkan semperit keras bila dah sejuk dan rasanya macam tepung. 
4. Susahnya nak tekan semperit. Nak patah jari rasanya, nak buat macam mana ya?

Sebaik saja doh siap diadun, terus tekan guna acuan ketika doh masih lembut
Nota
Sentiasa tutup doh supaya tak keras. Adunan mudah mengeras klau terdedah pada angin. Kalau doh keras dan susah nak tekan, boleh masukkn 1 hingga 2 sudu susu full cream (susu kotak) dan uli sebati

5. Kenapa semperit saya jadi kembang, kelopak jatuh, terpenyek bunganya bila dah bakar 
?Rehatkan dulu semperit yang dah ditekan. Jangan terus bakar. Biarkn bawah kipas untuk 1/2 jam hingga 1 jam sebelum dibakar. Biar rehat lama - lama pun tak apa. Lagi lama semperit kita terdedah pada angin, ia akan jadi lebih keras dan kelopak bunga semperit kita nanti akan lebih 'teguh'.

Tak ada Kelopaknya terpenyek bila dibakar. Tapi jangan risau, bila dah dibakar nanti, semperit akan jadi rangup, gebu dan cair dalam mulut. Kalau nak semperit kita cantik, kena kekalkan saiz masa nak terap. 
6. Dah ikut tips di atas tapi semperit tetap kembang lepas dibakar. Macam mana ya ?

Kalau setakat kembang sikit tu biasa. Tapi mungkin juga ada masalah dengan suhu masa bakar. Cuba fahami oven masing - masing. Kalau sebelum ini guna suhu 160 tapi semperit masih kembang, cuba kurangkan ke 150 dan tambah masa lagi 5 minit.

Kalau sebelum ini, guna rak yang bawah, kali ini cuba gunakan rak tengah oven. 
7. Kalau tak ada acuan macam tu. Boleh tak nak guna acuan lain ?

Boleh nak guna acuan lain sebab acuna tak mempengaruhi rasa, cuma mmpengaruhi mata. Kalau guna acuan semperit lagi bentuk kelopak bunga yang cantik. Kalian boleh cari di kedai barang kek. 
8. Ada antara bahan - bahan kalau tak ada, boleh tak nak ganti dengan bahan lain ? Tak anak guna susu, nk guna gula saja. Tak ada tepung kastard, nak ganti dengan tepung lain ?

Soalan nak minta menderhaka resepi ini, jangan ya. Pergi beli barang cukup, baru boleh buat. Tak cukup bahan jangan buat.

Ok dah baca tujuh tips semua tu kan. Kalau kalian yang baru nak belajar buat biskut semperit, ikut tips di atas dan hadam. Ramai yang risau bab kelopak bunga jatuh sebab dah tak cantik. Biasalah buat biskut macam - macam petua orang kongsi. Sis dulu, seram bila ramai yang letak gambar biskut semperit tak jadi selepas bakar.

Sis ikut petua ini, alhamdulillah jadi elok biskut nya. Oh ya, biskut semperit ini rasanya rangup, cair di mulut dan sedap. Bila pegang tak mudah patah maksudnya tak terlalu gebu sangat sampai kan nak pegang pun tak boleh.

Baca sini : 10 Resepi Biskut Raya Yang Mudah Dan Sedap
Baca sini : Resepi Tart Nenas Gulung Paling Gebu Dan Sedap
Baca sini : Resepi 30 Hari Menu Buka Puasa



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2020/02/resepi-biskut-semperit-sedap-rangup-tanpa-telur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kek Coklat Kismis Moist Bakar Sedap

Resepi Kek Coklat Kismis Moist Bakar Sedap

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 990 hits
Kek Coklat Kismis Moist SedapKek coklat kismis moist bakar topping Cadbury fuhhh memang sedap Sesekali makan sedap begini apa salahnya kan Buat ubat rasa sikit je Betul ke sikit je makannya heheheBaru baru ini tekak teringin sangat nak maka...
Resepi Brownies Tanpa Telur Mudah Dan Ringkas

Resepi Brownies Tanpa Telur Mudah Dan Ringkas

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 1920 hits
Brownies ataupun bahasa kampungnya kek bantat memang sedap Kebanyakan resepi brownies menggunakan bahan premium Memang jenuh lah kena beli sebelum nak buat kan Kali ini CN akan berkongsi dengan anda resepi brownies tanpa telur Hah Sebenarny...
Resepi Biskut Tart Nenas Kiub

Resepi Biskut Tart Nenas Kiub

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 921 hits
TART NENAS KIUB Bahan2 1 cawan butter marjerin 2 sudu makan gula Kastor 2 sudu besar Susu pekat 1 sudu kecil esen vanilla 2 sudu makan minyak sapi 2 sudu makan Susu tepung 1 biji kuning telur secubit garam cawan tepung kastard cawan tepung ...
Resep Kue Semar Mendem Lemper Ayam Berbalut Dadar Telur Yang Sedap

Resep Kue Semar Mendem Lemper Ayam Berbalut Dadar Telur Yang Sedap

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 391 hits
Resep semar mendem kue basah mirip lemper ayam yang dibalut dadar telur sedap
Resepi Roti Gulung Sosej Cheese Rangup

Resepi Roti Gulung Sosej Cheese Rangup

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 1721 hits
Roti gulung sosej cheese bahan bahan 1 roti 2 mozzarella cheese chess keping3 hotdog4 breadcrumbs5 telurcara caranya 1 letakkan hotdog mozzarella cheese cheese keping atas roti dan gulungkan 2 celup kan dengan telur3 akhir sekali salutkan d...
Resepi Puding Karamel Mudah Tanpa Susu Cair Yang Sedap

Resepi Puding Karamel Mudah Tanpa Susu Cair Yang Sedap

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 852 hits
Resepi Puding Karamel Mudah Tanpa Susu Cair Yang Sedap Baru baru ni tetiba je terasa nak makan puding karamel yang lemak manis Memang dah lama pun sebenarnya tak buat resepi puding karamel ni Kalau emak kat kampung dia tak panggil sebagai p...
Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa

Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 2376 hits
Senarai Koleksi 17 Resepi Air Sedap Untuk Berbuka Puasa Salam semua setiap kali untuk berbuka puasa selalu fikir nak minum air apa eh Ya lah seharian berpuasa mesti air yang dicari dulu Dahaga sangat Kalau sis sendiri yang paling mudah buat...
Resepi Sambal Tempe Goreng Mudah Bersama Ikan Bilis Rangup Jawa Style

Resepi Sambal Tempe Goreng Mudah Bersama Ikan Bilis Rangup Jawa Style

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 598 hits
Resepi Sambal Tempe Goreng Mudah Bersama Ikan Bilis Rangup Jawa Style Assalamualaikum semua Kali ini saya nak kongsikan satu resepi mudah dan enak iaitu sambal tempe goreng Kali ini saya campurkan dengan bilis Baru la terasa kerangupan bili...
Resepi Cucur Jagung Simple Pasti Sedap

Resepi Cucur Jagung Simple Pasti Sedap

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 1686 hits
Hi guys Cucur jagung ni memang my favorite especially yg my mom buat Setakat ni tak ada yang boleh challenge lagi rasa macam cucur jagung my mom So ni kira resepi simple from her tapi ni version paling simple guna bahan basic je yang ada ka...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii