Buli Kenangan Silam Yang Kekal Dalam Ingatan


[bu.li] | بوليDefinisi : 1. perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dgn suasana yg baru; 2. = membuli mempermain-mainkan orang, biasanya orang yg lemah, dgn tujuan utk menggertak, mencederakan, menakutkan dsb orang yg berkenaan;pembuli orang yg membuli orang lain: mahkamah telah menjatuhkan hukuman tiga bulan penjara ke atas seorang kontraktor yg menjadi ~ di jalan raya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Bila bercakap tentang isu buli, saya pasti terkenangkan kisah silam menjadi mangsa buli. Mungkin bukanlah kes buli yang melampau, tetapi pengalaman tersebut menjadi antara kisah hidup yang saya ingati sehingga detik ini

Saya catatkan kisahnya di sini sebagai sebahagian pahit manis kehidupan saya. Mungkin juga ada pengajaran yang boleh kalian ambil dalam mendidik generasi akan datang

Semua kisah berlaku di Pontian, Johor - tempat kelahiran saya


TAHUN 1984 | SEKOLAH TADIKASaya bersekolah di tadika swasta milik Cikgu Mi’at (saya lupa ejaan yang betul). Setiap hari saya dapat duit belanja sebanyak 30 sen serta bekalan minuman. Makanan tak disediakan pada waktu rehat, murid perlu bawa bekal atau beli makanan di warung sebelah sekolah (jual beli menerusi pagar yang memisahkan antara sekolah dengan warung). Di sekolah pula cuma menjual air balang dan jajan. Kebiasaannya, duit 30 sen tersebut saya gunakan untuk membeli nasi lemak berharga 20 sen sepiring dan jajan ‘baby’ berharga 10 sen

Imej janaan AI. Uniform sekolah tadika saya - kemeja lengan pendek warna putih dan skirt warna oren.
Kejadian buli berlaku ketika mula-mula saya masuk sekolah. Suatu hari di waktu rehat, saya dihampiri oleh tiga orang budak perempuan yang juga rakan sekelas saya. Mereka secara paksa meminta duit belanja saya. Duit belanja harian saya sebanyak 30 sen terpaksa diserahkan dek kerana takut

Habis waktu rehat, saya terus mengadukan hal yang berlaku pada guru kelas kami - seorang cikgu perempuan. Cikgu panggil mereka bertiga di hadapan kelas, di situ juga duit 30 sen dikembalikan. Itulah kali pertama dan terakhir mereka membuli saya


SEKITAR TAHUN 1985 - 1987 | SEKOLAH RENDAH TAHAP 1Saya ke sekolah dengan menaiki bas sekolah Pak Akob sejak dari tadika sehingga tamat sekolah rendah. Semasa bersekolah rendah, bas yang saya naiki selalunya bercampur dengan murid sekolah lain. Pak Akob akan berhenti ambil/hantar dari satu sekolah ke satu sekolah lain

Kisahnya, ada seorang budak lelaki bangsa India (bukan  rasis, sekadar bercerita secara terperinci) dari sekolah lain yang menghalang saya pegang besi kerusi bas. Bayangkan - saya berdiri dalam bas yang penuh muatan, kemudian tak dibenarkan pegang besi pada kerusi berhampiran. Mungkin sebab bas tersebut kecil, jadinya beberapa kali saya terjumpa dan terkena dengan budak lelaki ni

Saya adukan kepada mak. Esoknya waktu balik sekolah, mak tunggu bas sekolah di depan rumah kami. Sebelum saya turun bas, mak naik bas dan berjumpa dengan budak lelaki tersebut. Masalah selesai


TAHUN 1996 | KILANG MITSUMISebaik tamat SPM 1995, saya terus bekerja di kilang elektronik tak jauh dari rumah - kilang Mitsumi. Awalnya seronok sebab production line saya semuanya merupakan lepasan SPM dan STPM. Tapi lepas keluar keputusan peperiksaan (sebelum masuk IPT), ramai yang berhenti. Jadi mana yang tinggal dihantar ke production line yang ada kekosongan

Saya masuk production line bersama pekerja lama. Di sinilah masalah bermula - saya dibuli secara mental.  Dua orang pekerja perempuan Melayu di situ bersikap garang dengan kata-kata yang tak menyenangkan dan riak wajah benci. Saya bertahan kerana memikirkan kehadiran saya di situ cuma seketika - niat saya kumpul duit sebagai belanja persiapan masuk universiti. Cukup masa, saya berhenti kerja

Dan, saya sempat adukan hal mereka berdua kepada pihak atasan sebelum saya melangkah pergi

*
BULI DI ASRAMA SEKOLAH?Usia 13 tahun, saya mula merantau dan tinggal di asrama sebuah sekolah menengah agama di Labu, Negeri Sembilan. Sepanjang lima tahun tersebut, belum pernah saya dibuli mahu pun membuli

Malah saya menyimpan kenangan indah bersama senior yang baik hati - Kak J yang gigih mengajar saya Matematik, menyuapkan makanan dikala saya demam tak larat dan turut membasuhkan pakaian kotor saya. Hari ini, Kak J sudah pun bergelar Profesor Madya di sebuah universiti tempatan


HENTIKAN BULI!Pembulian melampau bermula dengan buli ringan. Jadi, jangan anggap remeh pada kes buli ringan. Sekali dibuli, kita perlu bangkit melawan. Tiada siapa pun yang patut dibuli atas apa jua alasan. Setiap orang berhak hidup aman tanpa tekanan pihak lain


DOA BUAT SEMUA MANGSA BULISemoga keadilan tertegak buat semua mangsa buli yang telah kehilangan nyawa - Zara Qairina, Syamsul Haris dan lain-lain. Kepada Allah tempat kita berserah memohon pertolongan dan petunjuk-Nya



Ingatlah, pembuli mungkin lupa perbuatannya tetapi kejadian buli akan kekal dalam ingatan mangsa buli. Jangan jadi pembuli dan berhenti jadi mangsa buli










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/08/buli-kenangan-silam-yang-kekal-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ligea Kamar Kost Kenangan Chord

Ligea Kamar Kost Kenangan Chord

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 198 hits
C Em F G C C kamar kost an ini Em jadi saksi kenanganku F G C kala memadu kasih denganmu Dm G melewati malam C F berdua denganmu G bagaimana C mungkin kulupakanmu C di kamar kost ini Em dulu pernah kau ucapkan F G C janji untuk sehidup sema...
Kenangan Di Masjid Putra Putrajaya

Kenangan Di Masjid Putra Putrajaya

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 693 hits
Ini merupakan kali kedua aku ke sini Pertama kali melangkah kaki ke pada tahun 2014 ketika aku mengikuti Kursus Bahasa Inggeris di Negeri Sembilan Sejak itu aku selalu teringin untuk kembali kerana seni bina masjid ini memang memukau Selepa...
Kenangan Membesar Di Rumah Tengah Sawah Padi

Kenangan Membesar Di Rumah Tengah Sawah Padi

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 602 hits
Kenangan Semasa Dibesarkan di Rumah Tengah Sawah Padi pada Tahun 70anOleh Abe KieTahun 1970an Dunia waktu itu tidak bergantung pada gajet tiada talian internet tiada siaran televisyen 24 jam Namun bagi seorang budak kampung seperti aku duni...
Adun Melalap Gagal Rayuan Akhir Kekal Jalani Hukuman Penjara 3 Tahun

Adun Melalap Gagal Rayuan Akhir Kekal Jalani Hukuman Penjara 3 Tahun

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 235 hits
Farah SolhiBekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony gagal dalam permohonan semakan sabitan bersalah dan hukuman penjara tiga tahun kerana pemalsuan dokumen selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya hari ini Keputusan itu ...
Hiburan Hasil Ikat Perut Akhirnya Dapat Arwah Zara Simpan Duit 2 Bulan Nak Beli Kasut Kini Hanya Tinggal Kenangan

Hiburan Hasil Ikat Perut Akhirnya Dapat Arwah Zara Simpan Duit 2 Bulan Nak Beli Kasut Kini Hanya Tinggal Kenangan

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 585 hits
Dapat dilihat melalui platform media sosial warganet membanjiri luahan sedih serta rasa marah selepas tular lama milik Allahyarham Zara Qairina tular semula Melalui posting yang dimuat naik pada 5 Disember 2024 itu arwah dilihat meluahkan r...
Kenangan Coffee X Kapten Batik

Kenangan Coffee X Kapten Batik

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 243 hits
Kenangan Coffee dan seketul Fiza ni tak dapat dipisahkan Dulu setia dengan jenama mahal S Sejak boikot kita beralih arah kepada Kenangan Coffee sejak dah masuk Malaysia Sekarang dah banyak cawangan senang nak membeli Di Seremban je dah ada ...
Farahdhiya Pernah Jadi Mangsa Buli

Farahdhiya Pernah Jadi Mangsa Buli

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 163 hits
Farahdhiya Pernah Jadi Mangsa Buli Memandangkan kebelakangan ini kita kerap mendengar tentang kisah buli termasuklah kisah Allahyarhamah Zara Qairina ramai orang mula membuka mulut menceritakan kisah mereka dibuli ketika waktu persekolahan ...
Wabak Di Indonesia Dan Nepal Boleh Merebak Ke Malaysia

Doa Perjalanan Pulang Dalam Hujan

Inquest Zara Qairina Landed On Her Feet Says Pathologist

Anwar Should Donate Rm1 Mil Of His Rm11 Mil Personal Wealth To Gaza

Johari Ghani Tegas Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru Untuk Melayu Sahaja

Tunggang Isu Kaum Dan Agama Apakah Kita Mahu Keadaan Jadi Huru Hara Seperti Di Indonesia Atau Nepal

Kg Sg Baru Redevelopment Must Be For Malays Only Johari

Pengusiran Dan Perobohan Rumah Kampung Sungai Baru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Say Aspire Edisi Ke 6 Melonjakkan Generasi Usahawan Muda Selangor Ke Pentas Dunia

Rendang Daging Menggunakan Pes Rendang Azie Kitchen

Antivirus Vs Internet Security Suite Which Do You Really Need

Isi All Indonesia Dahulu Sebelum Ke Indonesia Applikasi Wajib Untuk Penumpang

Launching A Startup With No Money

Bergedil Kentang