Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap




Sememangnya perancangan Allah lah yang Maha Hebat. Allah menguji dalam satu perkara dan dalam yang lain, Allah memberi ganjaran lebih baik yang tidak disangka sangka. Itu yang saya alami saat ini. Hanya kita manusia yang tidak tahu bersabar. Sedangkan bila diuji Allah hanya mahukan kita bersolat dan sabar. Bukan untuk kita menyelesaikannya. Kerana penyelesaiannya adalah pada Allah semata. Manusia hanya perlu berusaha sahaja. 

Di saat kita bersedih dan diuji, hayati ayat 45-46 dalan Surah Al Baqarah, "Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (yaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Rabb-nya, dan bahwa mereka akan kembali kepadaNya.

Sekarang kita masuk pula masakan. Lauk yang sangat mudah dan cepat disediakan. Dan yang paling penting, lauk yang sangat disukai ramai orang iaitu, ayam masak kicap. Nak letak karot, kentang dan semuanya hanya accesories sahaja. Rasa suka, boleh lah masukkan.



Berbeza dengan anak anak, saya tidak suka sangat dengan kicap. Saya makan kicap bila makan colet betik muda atau mangga sahaja. Tapi anak anak saya memang menggemari kicap. Dah ada kuah pun, mereka masih mencari kicap. Apa lagi, kalau tak ada kuah.

Masak kicap pun, ada 2 jenis. Ada yang suka kicap berkuah dan ada yang suka kicap kering melekat pada ayam atau ikan. Ikutlah yang mana kita sukai. Kalau tak ada kuah lain, saya akan buat yang sedikit berkuah kicap.

Apa apa pun saya suka tengok hubby dan anak anak makan ayam masak kicap. Memang mereka suka lauk yang berasaskan kicap. 
Jom layan resepi dan klik untuk video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Ayam Masak KicapOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1/2 ekor ayam 2 biji ubi kentangBunga lawang, buah pelaga dan kayu manis2 batang serai - ketuk1 biji bawang besar Holland - hiris1 tangkai cili merah - hirisDaun bawangKicap lemak manisAirGaram
Bahan tumbuk:1/2 biji bawang besar4 ulas bawang putih1 inci halia1 sudu besar cili kering kisar
Cara cara:Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit. Ubi kentang dipotong nipis. Panaskan minyak dan goreng ubi kentang sehingga keperangan. Angkat. Goreng pula ayam sehingga 90% masak sahaja.  


Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing dan naik bau. 
Masukkan cili kering kisar, rempah penumis dan serai. Kacau rata sehingga bahan yang ditumis masak dan terbit minyak.
Masukkan kicap dan air secukupnya. Masukkan ayam yang digoreng, kacau rata supaya perisa ayam mesra dengan kuah. Masak lagi sehingga kuah pekat dan melekit. Noa: jika suka banyak kuah, lebihkan air.

Jika tidak guna, kicap lemak manis, boleh masukkan sedikit gula atau gula Melaka.
Akhir sekali masukkan bawang besar hiris, kentang goreng dan cili merah yang dihiris. 

Setelah semua sebati, sesuaikan rasa. Taburkan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2020/02/ayam-masak-kicap-mudah-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Masak Mee Goreng Mudah Dan Sedap

Cara Masak Mee Goreng Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 471 hits
Original Content Mee goreng ataupun Malaysian stir fried noodles adalah salah satu hidangan yang sangat sesuai dimakan waktu sarapan Malahan ia sangat popular kerana penyediaan bahan memasaknya adalah sangat mudah simple dan cepat disediaka...
Ayam Masak Lemak Cili Api Yang Sedap

Ayam Masak Lemak Cili Api Yang Sedap

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 571 hits
hai assalammualaikumAyam Masak Lemak Cili Api Yang Sedap Nad tau ramai dah pakar masak ayam masak lemak cili padi ni setiap orang masak ada pelbagai cara Yang penting rasa kena warna kuning menawan dan pedas yang sedap Kalau masak lemak cil...
Masak Pasta Goreng Cara Cepat Dan Mudah

Masak Pasta Goreng Cara Cepat Dan Mudah

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 781 hits
Tahun 2020 hubby and I try to save more money Duduk di tengah bandar paham paham lah memang banyak cabaran nak menyimpan Semua benda mahal Keluar sahaja dah kena bayar tol Makanan sedap sedap di mana mana sahaja Dengan adanya Food Panda dan...
Tak Pedas Pun Bagi Anak Rasa Masam Masam Manis Dengan Ayam Bersos Tomato Sedap

Tak Pedas Pun Bagi Anak Rasa Masam Masam Manis Dengan Ayam Bersos Tomato Sedap

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 335 hits
Kalau kita orang dewasa ada menu Ayam Masak Merah anak anak pun inginkan menu pelbagai rasa Bukan masak merah tetapi Ayam Bersos Tomato daripada pes tomato untuk rangsang rasa masam anak anak Bukan rasa sahaja malah warna oren kemerah merah...
Minum Air Masak Sejuk Selepas Bangun Tidur Cara Mudah Untuk Sentiasa Awet Muda

Minum Air Masak Sejuk Selepas Bangun Tidur Cara Mudah Untuk Sentiasa Awet Muda

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 443 hits
Nak dapat kesan awet muda memang macam macam petua boleh kita ikuti Namun ada satu petua yang paling mudah untuk kita buat setiap hari selepas bangun daripada tidur Doktor Perubatan Blogger Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan Dr Zu...
Resepi Puding Karamel Mudah Tanpa Susu Cair Yang Sedap

Resepi Puding Karamel Mudah Tanpa Susu Cair Yang Sedap

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 852 hits
Resepi Puding Karamel Mudah Tanpa Susu Cair Yang Sedap Baru baru ni tetiba je terasa nak makan puding karamel yang lemak manis Memang dah lama pun sebenarnya tak buat resepi puding karamel ni Kalau emak kat kampung dia tak panggil sebagai p...
Kek Batik Horlicks Sedap Dan Mudah Disediakan

Kek Batik Horlicks Sedap Dan Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 745 hits
Cara Buat Kek Batik HorlicksKek batik adalah salah satu jenis kek yang mudah disediakan Memang senang cara nak untuk menyediakannya campur campur beberapa bahan dan letak dalam peti sejuk saja Kek batik coklat antara yang paling popular Tap...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025