Selepas Kenal Hati Budi Umno Baru Pas Buat Keputusan Kekal Dalam Pn


agendailt.com19/10/2022
Ketua Pemuda Perikatan Nasional yang juga Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari.
Pertemuan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dengan dua pemimpin tertinggi UMNO bertujuan ‘menyelami hati budi’ parti itu.

Akhirnya setelah mengetahui ‘hati budi’ UMNO dalam pertemuan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hassan itu, PAS mengambil pendirian lebih baik kekal di dalam Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata objektif parti itu kekal di dalam PN dan menolak UMNO adalah untuk menyelamatkan negara dan penyatuan ummah, selain tidak mahu Pakatan Harapan (PH) memerintah kerana mudaratnya lebih besar.

Pertemuan empat pemimpin kedua-dua parti pada 12 Oktober lalu, menurutnya hanya membincangkan syarat yang ditetapkan Presiden UMNO kepada PAS, dan bukan tujuh pemimpin seperti dalam gambar yang disebarkan sebelum ini.

Menulis di laman Facebooknya hari ini, Ahmad Fadhli berkongsi kronologi pertemuan antara PAS-UMNO yang menjadi polemik selepas didedahkan Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, baru-baru ini.

“Saya bersaksi bahawa, Presiden PAS dan Timbalan Presiden PAS bercakap benar, tidak berbohong, dan tidak pernah memungkiri janji,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini (19 Oktober 2022).

Ahli Parlimen Pasir Mas itu yang juga Ketua Pemuda PN berkata gambar ketika di meja makan itu diambil ketika tetamu sampai dan duduk berbual kira-kira 10 minit sebelum tiga lagi pemimpin lain beredar.

“Saya terpanggil untuk menulis sedikit berhubung pertemuan PAS – UMNO baru-baru ini yang menjadi sedikit polemik. Sehingga ada yang mencari siapa pembohong dan siapa menipu.

“Selepas itu tiga orang yang lain pun beredar, tinggal lah empat pimpinan (iaitu) Presiden dan Timbalan Presiden PAS dan UMNO, berbincang sekitar satu jam. Kekanda saya Asyraf (Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki) juga berada di luar sepanjang perbincangan,” katanya.

Mengakui beliau tidak terbabit dengan perbincangan berkenaan, Ahmad Fadhli bagaimanapun berkata semua butiran perbincangan sedemikian tetap dimaklumkan kepada ahli Jawatankuasa Harian PAS sejurus berakhir mana-mana perbincangan.

Beliau berkata, kehadiran Abdul Hadi dalam pertemuan itu “untuk menyelami hati budi UMNO” serta mendengar syarat-syarat yang dikemukakan Presiden UMNO manakala Tuan Ibrahim hadir sebagai saksi pertemuan, dan mencatat butiran perbincangan.

Katanya, beliau tidak perlu mendedahkan syarat dikemukakan namun Abdul Hadi diberikan tempoh singkat iaitu Jumaat 14 Oktober untuk memuktamadkan keputusan.

“Esoknya Khamis 13 Oktober, Mesyuarat PAS Pusat. Penuh bilik mesyuarat walaupun hari bekerja. Tidak timbul soal kerusi, tidak timbul soal Perdana Menteri.

“Yang dimusyawarahkan adalah soal hukum, apakah maslahahnya, apakah mudharatnya. Yang timbul adalah soal nasib, bukan nasib kerusi dan pimpinan (siapa kena dakwa (charge) esok, siapa kena dakwa (charge) lusa), tetapi nasib agama, bangsa, dan negara,” katanya.

Menurutnya keputusan muktamad mengenai kerjasama politik PAS dicapai selepas mesyuarat selama empat jam itu iaitu persetujuan untuk mengukuhkan PN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) dengan penyatuan ummah yang terbuka tetap diteruskan.

Beliau berkata, objektifnya adalah untuk menyelamatkan negara daripada terjarah bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang disifatkan membawa mudarat yang lebih besar.

Justeru, beliau berharap supaya fakta yang dikemukakan itu dapat menjernihkan kekeruhan yang berlaku antara kedua-dua parti berkenaan.

Sebelum ini, Asyraf menyatakan dalam pertemuan minggu lalu, PAS memaklumkan jika bersama PN, Bersatu menjanjikan 47 kerusi boleh menang kepada parti itu.

Bagaimanapun, kenyataan itu disangkal Tuan Ibrahim yang menyifatkan Asyraf Wajdi merapu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/selepas-kenal-hati-budi-umno-baru-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Tolak Pas Sebelum Dan Selepas Pru15 Pendirian Terbaik Umno Bn

Keputusan Tolak Pas Sebelum Dan Selepas Pru15 Pendirian Terbaik Umno Bn

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 223 hits
UMNO akhirnya membuat keputusan yang dikira muktamad dalam hubungannya dengan Pas iaitu tiada kerjasama sebelum dan juga selepas PRU15 Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata gabungan itu tidak akan mengadakan sebara...
Keputusan Pas Bersama Pn Sudah Dijangka Umno

Keputusan Pas Bersama Pn Sudah Dijangka Umno

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 173 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 13 2022 6 45 PMPresiden Umno Zahid Hamidi berkata mereka sudah menjangkakan PAS akan terus bersama Perikatan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang Dengan keputusan itu Umno bersama BN akan terus berger...
Zahid Tak Puas Hati Pas Tuduh Bn Umno Masih Dicemari Rasuah

Zahid Tak Puas Hati Pas Tuduh Bn Umno Masih Dicemari Rasuah

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 213 hits
agendaily com16 10 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kecewa kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional terlibat rasuah UMNO kecewa dengan kenyataan PAS tentang bagaimana parti ...
Kecewa Pas Kekal Dalam Perikatan Nasional Zahid Umum Umno Bn Akan Bergerak Solo Di Pru15

Kecewa Pas Kekal Dalam Perikatan Nasional Zahid Umum Umno Bn Akan Bergerak Solo Di Pru15

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 207 hits
UMNO dan Barisan Nasional hari ini memutuskan untuk bergerak secara solo bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 15 Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini berikutan keputusan PAS untuk memperkukuh kerjasama dalam Perikatan N...
Kerjasama Umno Pas Terjawab Selepas Pru15

Kerjasama Umno Pas Terjawab Selepas Pru15

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 193 hits
Kerjasama UMNO Pas terjawab selepas PRU15 BERITA SEMASA 16 OKTOBER 2022 Harapan melihat UMNO dan Pas bekerjasama semula hanya akan dilihat selepas selesai Pilihanraya Umum ke 15 selepas Pas membuat keputusan bergerak bersama Perikatan Nasio...
Umno Rejecting Pas Is Good News For Pn Says Muhyiddin

Umno Rejecting Pas Is Good News For Pn Says Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 238 hits
Umno says it will not cooperate with PAS in GE15 unless it declares its 100 separation from Perikatan Nasional and Bersatu PETALING JAYA Umno s alleged decision to refuse cooperation with PAS is good news for Perikatan Nasional and will all...
Bersatu Yakin Pas Kekal Dengan Pn

Bersatu Yakin Pas Kekal Dengan Pn

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 166 hits
bharian com myOleh Oktober 6 2022 11 12pmMuhyiddin mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BERSATU di Shah Alam hari ini NSTP Hairul Anuar RahimKUALA LUMPUR BERSATU yakin parti sekutunya PAS akan kekal bersama Perikatan Nasional untuk be...
Pas Tolak Umno Kerana Ada Pemimpinnya Gelenyar Tak Sedar Diri Hadi Awang

Pas Tolak Umno Kerana Ada Pemimpinnya Gelenyar Tak Sedar Diri Hadi Awang

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 186 hits
Presiden Pas Abdul Hadi Awang menganggap kerjasama yang dijalin PAS dengan Umno BN ibarat durian mentah yang boleh menyebabkan seseorang mengalami perut kembung jika dimakan Menjelaskan alasan mengapa PAS memilih Perikatan Nasional berbandi...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang

Sarapan Di Ashoka Curry House

Memang Tiada Kekasih Sampah Bertimbun Ahli Running Man Terkejut Lihat Rumah Kim Jongkook