Pru15 Mungkin Menjadi Seperti Pru14 Di Mana Umno Bn Mendahului Sebelum Pru Tetapi Tidak Selepas Pru



Lim Kit Siang
Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November 2022 mungkin menjadi seperti Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 – di mana UMNO/Barisan Nasional mendahului sebelum pilihan raya namun tidak selepas keputusan diumumkan.
Semasa PRU14, saya berkempen untuk menumbangkan kerajaan UMNO/BN di seluruh negara, namun jika anda bertanya kepada saya pada pagi Hari Mengundi pada 9 Mei 2018, saya tidak akan katakan yang Pakatan Harapan akan menamatkan hegemoni politik UMNO/BN pada hari itu.
Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak sendiri pun amat yakin yang bukan sahaja mereka akan menang, malah bakal meraih majoriti dua pertiga di Parlimen sehinggalah penghujung hari mengundi pada 9 Mei 2018.
Namun, para pengundi, baik di dalam negara atau dari komuniti Diaspora Malaysia di seluruh dunia, melakukan usaha besar-besaran dan mengejutkan bukan sahaja Malaysia, tetapi seluruh dunia, dengan pertukaran kerajaan pada 9 Mei 2018.
Kita kini berada dalam situasi yang serupa untuk PRU15.
Gabungan UMNO/BN percaya yang mereka mendahului namun keputusan tidak berada dalam tangan mereka, sebaliknya akan ditentukan oleh para pengundi Malaysia yang berada di dalam dan di luar negara – sama ada kita memilih untuk permulaan baharu dengan menetapkan semula dan kembali kepada prinsip pembinaan negara untuk sebuah masyarakat majmuk, atau kita memilih untuk menjadi sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, dan negara gagal yang berpecah belah menjelang ulang tahun ke-100 negara dalam empat dekad dari sekarang.
Saya kini berusia 81 tahun dan telah memberikan 57 tahun dari kehidupan saya untuk mengejar Impian Malaysia – Malaysia di mana terdapat kebebasan, keadilan, dan kehidupan yang baik untuk semua rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Iban.
Sama ada kita orang Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Iban, sama ada kita Islam, Buddha, Hindu, Taoist, atau Kristian, kita telah berkorban nyawa dan menitiskan air mata dan keringat demi matlamat yang sama – untuk memastikan anak-anak dan cucu-cucu kita menerima kehidupan yang lebih baik berbanding dengan kita.
Saya tidak akan berada di sini ketika ulang tahun ke-100 Malaysia, tetapi saya akan tetap berjuang untuk mengejar Impian Malaysia sehingga ke saat akhir saya.
Walaupun saya tidak lagi berada dalam politik barisan hadapan, saya akan terus memberikan jiwa dan raga saya untuk mengejar Impian Malaysia, bermula dengan cita-cita untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 untuk memulakan proses pemulihan dan pembaharuan negara supaya kita dapat menjadi sebuah negara majmuk hebat yang bertaraf dunia dan bukannya sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, atau negara gagal menjelang ulang tahun ke-100 negara.
Inilah intipati PRU15 pada 19 November 2022 ini – untuk masa hadapan Malaysia, bukannya untuk menyelamatkan para pemimpin UMNO dan BN dari didakwa di mahkamah dan dihantar ke penjara!
Seperti ramai rakyat Malaysia yang lain, saya juga kecewa apabila kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan tidak dapat melakukan lebih banyak perkara – namun, mustahil untuk kita capai perkara yang dirancang untuk lima tahun dalam masa hanya 22 bulan.
Kita tidak pernah jangkakan pengkhianatan konspirasi Langkah Sheraton.
Namun, adakah kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan ini satu kegagalan penuh? Jika ya, Najib tidak akan berada dalam penjara sekarang ini dan para pemimpin UMNO dan BN tidak akan takut untuk didakwa dan dipenjara kerana rasuah.
Kita perlu perbaharui harapan kita untuk Malaysia yang lebih baik dan marilah kita lakukannya pada 19 November 2022?
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/10/24/pru15-mungkin-menjadi-seperti-pru14-di-mana-umno-bn-mendahului-sebelum-pru-tetapi-tidak-selepas-pru/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Mungkin Bebas Kerana Kes Terlalu Lemah Bukan Kerana Umno Menang Pru15 Seperti Andaian Mahathir

Najib Mungkin Bebas Kerana Kes Terlalu Lemah Bukan Kerana Umno Menang Pru15 Seperti Andaian Mahathir

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 216 hits
Oleh Adam MalikMahathir cuba buat andaian konon2 UMNO akan bebaskan Najib Razak jika menang PRU15 Kata induk dalam kenyataan Mahathir bahawa Najib akan dibebaskan ada lah kerana UMNO dan Barisan Nasional menang pilihanraya ke15 Seolah olah ...
Nasib Cikgu Fadli Mungkin Berbeza Sebelum Dan Selepas Pru

Nasib Cikgu Fadli Mungkin Berbeza Sebelum Dan Selepas Pru

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 191 hits
Bagaimana dengan pihak yang membuat tuduhan Dilepaskan begitu sahaja
Keputusan Tolak Pas Sebelum Dan Selepas Pru15 Pendirian Terbaik Umno Bn

Keputusan Tolak Pas Sebelum Dan Selepas Pru15 Pendirian Terbaik Umno Bn

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 209 hits
UMNO akhirnya membuat keputusan yang dikira muktamad dalam hubungannya dengan Pas iaitu tiada kerjasama sebelum dan juga selepas PRU15 Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata gabungan itu tidak akan mengadakan sebara...
Pru15 Boleh Diadakan Sebelum Pertengahan November Kata Umno

Pru15 Boleh Diadakan Sebelum Pertengahan November Kata Umno

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 215 hits
PRU15 boleh diadakan sebelum pertengahan November kata Umno Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 11 Oct 2022 12 04A
Pemimpin Umno Pkr Setuju Bakal Wujud Jajaran Baharu Selepas Pru

Pemimpin Umno Pkr Setuju Bakal Wujud Jajaran Baharu Selepas Pru

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 176 hits
agendaily com22 10 2022Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Azalina Othman Said muncul pada program Astro Awani malam tadi Dua pemimpin Barisan Nasional dan Pakatan Harapan mewakili wanita dilihat tidak yakin parti masing masing akan memenangi ...
Kerjasama Umno Pas Terjawab Selepas Pru15

Kerjasama Umno Pas Terjawab Selepas Pru15

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 184 hits
Kerjasama UMNO Pas terjawab selepas PRU15 BERITA SEMASA 16 OKTOBER 2022 Harapan melihat UMNO dan Pas bekerjasama semula hanya akan dilihat selepas selesai Pilihanraya Umum ke 15 selepas Pas membuat keputusan bergerak bersama Perikatan Nasio...
Adakah Anwar Tawar Kerusi Pm Kepada Zahid Selepas Pru 15

Adakah Anwar Tawar Kerusi Pm Kepada Zahid Selepas Pru 15

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 281 hits
agendaily com22 10 2022Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan UMNO dan PKR mungkin membentuk jajaran baharu politik bagi menubuhkan Kerajaan Pusat sekiranya tiada parti yang memperoleh majoriti pada Pilihan Raya Umum Ke 15 19 Nov...
Pru15 Sudah Tiba Masa Umno Bertanding Di Sandakan

Pru15 Sudah Tiba Masa Umno Bertanding Di Sandakan

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 223 hits
Ketiga tiga sayap pergerakan Wanita Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Sandakan sepakat mencadangkan agar parti itu diberi peluang bertanding di kerusi Parlimen Sandakan Cadangan berdasarkan statistik jumlah pengundi Bumiputera Islam yang lebi...
Ab Rauf Persoal Usul Ismail Jadi Pm Selepas Pru15

Ab Rauf Persoal Usul Ismail Jadi Pm Selepas Pru15

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 132 hits
Ketua Umno Bahagian Masjid Tanah Ab Rauf Yusoh berkata bahagiannya tidak membawa usul menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri selepas pilihan raya umum ke 15 memandangkan perkara itu sudah diputus MKT PETALING JAYA Umno Bahagi...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Lima Lelaki Direman Bantu Siasatan Kes Langgar Remaja

Tiga Ditahan Disyaki Bunuh Wanita Dalam Perodua Alza

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Majlis Annual Dinner Sekolah Paling Happening Dengan Tema Movie Character

Cubaan Sekat Demo Akan Cemar Kredibiliti Ph Kata Mp Dap