Keputusan Kes Rasuah Ku Nan Beri Tamparan Dalam Usaha Perangi Politik Wang


FMT Reporters
-July 16, 2021 7:15 PM
Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (Pusat C4) berkata, keputusan berkenaan adalah tamparan besar terhadap perjuangan itu, yang didasari oleh hubungan rapat antara ahli perniagaan dan ahli politik.
PETALING JAYA: Keputusan Mahkamah Rayuan yang mengenepikan sabitan rasuah RM2 juta yang diterima bekas menteri daripada seorang ahli perniagaan, memberi tamparan besar dalam perjuangan menentang kegiatan politik wang, kata kumpulan anti rasuah.

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (Pusat C4) berkata, keputusan berkenaan adalah tamparan besar terhadap perjuangan itu, yang didasari oleh hubungan rapat antara ahli perniagaan dan ahli politik.

“Walaupun RM2 juta itu untuk pilihan raya kecil, ia jauh melebihi daripada jumlah yang dibenarkan untuk dibelanjakan oleh calon dalam kempen mereka mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pusat C4 berkata, terdapat sedikit kelalaian, sekiranya ada, mengenai jumlah besar wang yang disalurkan daripada sektor perniagaan kepada sistem politik bawah nama “sumbangan politik”.

“Pusat C4 bimbang keputusan ini akan mendorong ahli politik mengukuhkan hubungan mereka dengan ahli perniagaan dan menggiatkan lagi amalan sumbangan politik,” katanya.

Kenyataan itu berkata, pembaharuan segera perlu dilakukan bagi memastikan aliran wang daripada perniagaan ke politik adalah dikawal dan didedahkan secara umum.

“Tanpa pembaharuan ini, amalan tidak terkawal ini akan terus berlaku dan menggalakkan rasuah serta kronisme di kalangan wakil rakyat. Kita tidak boleh terus membiarkan demokrasi dihancurkan oleh pesalah laku dalam kerajaan,” katanya.

Pusat C4 menggesa pihak pendakwaan membuat rayuan terhadap keputusan itu dan terus berjuang memerangi kegiatan politik wang.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi mengulas keputusan mahkamah yang membenarkan rayuan sabitan terhadap Tengku Adnan Mansor atau lebih dikenali sebagai Ku Nan yang didakwa menerima wang berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan, Chai Kin Kong, lima tahun lalu.

Majoriti dalam keputusan itu berkata saksi pendakwaan menyokong hujah pembelaan bahawa wang terbabit adalah sumbangan politik.

Hakim Suraya Othman berkata tiga saksi pendakwaan – Chai, Ketua Pegawai Eksekutif Tadmansori Holdings Sdn Bhd Hasbi Jaafar dan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad Saad Bordani- memberi bukti menyokong hujah bahawa wang itu adalah sumbangan politik.

Beliau berkata hakim perbicaraan Mohamed Zaini Mazlan gagal mempertimbangkan keterangan ketiga-tiga saksi berkenaan.

Katanya, Chai adalah saksi utama pendakwaan dan dia tidak disoal balas terhadap sumbangan politik dan hakim juga tidak mempertimbangkan perkara itu.

“Kami mendapati kegagalan mempertimbangkan perkara itu seterusnya menyebabkan sabitan tidak kukuh,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/keputusan-kes-rasuah-ku-nan-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Rasuah Rm2 Juta Mahkamah Batalkan Sabitan Bersalah Ku Nan

Kes Rasuah Rm2 Juta Mahkamah Batalkan Sabitan Bersalah Ku Nan

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 200 hits
malaysiakini comDiterbitkan 16 Jul 2021 10 18 amDikemaskini 10 41 amMahkamah Rayuan hari ini membatalkan sabitan bersalah terhadap bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kes rasuah berjumlah RM2 juta Panel tiga h...
Kes Rasuah Guan Eng 2 Lot Tanah Dibayar Kepada Kontraktor

Kes Rasuah Guan Eng 2 Lot Tanah Dibayar Kepada Kontraktor

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 219 hits
Lim Hock Seng bekas exco Pulau PinangKuala Lumpur Bayaran bagi kos kajian kebolehlaksanaan tiga jalan utama di Pulau Pinang dibuat menerusi pindahan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang Perkara itu dimaklumkan bekas Exco Kerja
Pejabat Peguam Negara Failkan Rayuan Terhadap Kes Rasuah Tengku Adnan

Pejabat Peguam Negara Failkan Rayuan Terhadap Kes Rasuah Tengku Adnan

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 201 hits
July 20 2021 Pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap pembebasan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada tuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan Sumber Pejabat Pegua...
Tengku Adnan Tengku Mansor Bebas Kes Rasuah Rm2 Juta

Tengku Adnan Tengku Mansor Bebas Kes Rasuah Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 169 hits
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau Ku Nan dibebaskan PUTRAJAYA Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau Ku Nan dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Rayuan di s...
Guan Eng Mahu Kes Rasuah Projek Terowong Didengar Di Mahkamah Tinggi

Guan Eng Mahu Kes Rasuah Projek Terowong Didengar Di Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 172 hits
July 9 2021 Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng didakwa tahun lalu atas tuduhan meminta suapan berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang KUALA LUMPUR Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memfailkan permohonan bagi...
Apa Juga Usaha Menjatuhkan Mahiaddin Memang Bermain Politik Tapi

Apa Juga Usaha Menjatuhkan Mahiaddin Memang Bermain Politik Tapi

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 159 hits
Berikutan keputusan UMNO menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin ada pihak yang takut kehilangan jawatan serta kedudukan berkata sekarang bukan masanya untuk bermain politik dan jatuh menjatuhkan kerajaan Kata pihak ter...
Kes Syed Sadiq Pelabur Lari Pendakwaan Berasaskan Politik

Kes Syed Sadiq Pelabur Lari Pendakwaan Berasaskan Politik

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 275 hits
Pendakwaan ke atas Ahli Parlimen Muar Syed Sadiq Abdul Rahman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini merupakan satu ancaman politik yang akan menjauhkan pelabur asing dari Malaysia Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ib...
Pendakwaan Rayu Keputusan Mahkamah Bebaskan Ku Nan

Pendakwaan Rayu Keputusan Mahkamah Bebaskan Ku Nan

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 213 hits
malaysiakini comDiterbitkan 19 Jul 2021 6 00 pmPihak pendakwaan hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor atas pertuduhan menerima...
Ini Pun Pencapaian Pn Juga Peguam Ini Dedah Disebalik Kes Rasuah Tengku Adnan Memang Mengejutkan

Ini Pun Pencapaian Pn Juga Peguam Ini Dedah Disebalik Kes Rasuah Tengku Adnan Memang Mengejutkan

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 220 hits
Peguam ini dedah disebalik kes rasuah Tengku Adnan memang mengejutkanJuly 17 2021 KES TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR PERTUDUHAN terhadap Ku Nan Bahawa kamu pada 14 Jun 2016 di CIMB Bank Berhad Cawangan Pusat Bandar Damansara Level 1 Lot A4 ...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

The Evolution Of Adult Entertainment

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16