Guan Eng Mahu Kes Rasuah Projek Terowong Didengar Di Mahkamah Tinggi




FMT Reporters -July 9, 2021 Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng didakwa tahun lalu atas tuduhan meminta suapan berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.KUALA LUMPUR: Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memfailkan permohonan bagi perbicaraan rasuah berkaitan projek terowong dasar laut, yang dijadualkan bermula Selasa depan, untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Tarikh perbicaraan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi ditetapkan pada Disember lalu.
Dalam permohonannya yang difailkan semalam, Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, semua prosiding harus dihentikan sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi.
Permohonan berkenaan, yang difailkan oleh Messrs Gobind Singh Deo & Co, akan didengar di hadapan hakim Muhammad Jamil Hussin.
Timbalan pendakwa raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, yang mengetuai pasukan pendakwaan, berkata beliau akan membantah permohonan itu.
Katanya, beberapa saksi dari Pulau Pinang telah dijadualkan untuk memberi keterangan di Mahkamah Sesyen mulai Selasa hingga Jumaat.
Dalam afidavit sokongannya yang dilihat FMT, Lim berkata, pihak pendakwaan meminta beliau mengemukakan pembelaannya sebagaimana yang dikehendaki bawah Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Namun, katanya, Mahkamah Persekutuan memutuskan pada 2018 bahawa syarat tersebut tidak menepati perlembagaan, walaupun keputusan bertulis tidak tersedia.
“Keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai Seksyen 62 Akta SPRM adalah persoalan penting yang harus ditentukan untuk perbicaraan yang adil,” katanya.
Katanya, beliau juga berhak atas kenyataan saksi pendakwaan kepada SPRM, yang kini diklasifikasikan sebagai dokumen “terlindung”, sebagai persiapan pembelaannya.
“Justeru, kes ini mesti didengar di Mahkamah Tinggi supaya Mahkamah Persekutuan boleh mendengar dan menentukan persoalan undang-undang,” katanya.
Prosiding dari Mahkamah Sesyen, katanya, hanya akan sampai ke Mahkamah Rayuan.
Lim didakwa pada 7 Ogos tahun lalu atas tuduhan meminta suapan untuk membantu Pengarah Kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd Zarul Ahmad Mohd Zulkifli mendapatkan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Beliau didakwa meminta 10% daripada keuntungan syarikat milik Zarul itu berhampiran sebuah hotel di Mid Valley City pada Mac 2011.
Pada 10 Ogos, Lim didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth kerana menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri untuk meminta suapan sebanyak RM3.3 juta sebagai dorongan bagi membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek bernilai RM6.3 bilion itu.
Pada 11 Sept, beliau didakwa di mahkamah sama atas dua tuduhan menyebabkan dua plot tanah milik kerajaan negeri bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada dua syarikat, yang berkait projek terowong dasar laut itu.
Kesalahan terbabit didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang pada Feb 2015 dan Mac 2017.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/guan-eng-mahu-kes-rasuah-projek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Kelantan Beri Kerjasama Kes Rasuah Projek Aksb

Kerajaan Kelantan Beri Kerjasama Kes Rasuah Projek Aksb

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 312 hits
Kerajaan negeri Kelantan akan memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes rasuah projek RM27 juta melibatkan bekas pengurus besar syarikat Air Kelantan Sdn Bhd Set...
Trend Kemasukan Kes Ke Icu Masih Tinggi Petugas Kkm Alami Lesu Upaya

Trend Kemasukan Kes Ke Icu Masih Tinggi Petugas Kkm Alami Lesu Upaya

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 228 hits
KUALA LUMPUR 27 Zulkaedah 1442H Khamis Trend kemasukan kes COVID 19 ke unit rawatan rapi masih berada di tahap tinggi yang menyaksikan penggunaan katil ICU masih melebihi kadar 90 peratus kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham...
Rakyat Kecam Umno Tinggalkan Pn Ketika Kes Covid 19 Melonjak Tinggi

Rakyat Kecam Umno Tinggalkan Pn Ketika Kes Covid 19 Melonjak Tinggi

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 438 hits
Tindakan UMNO menarik balik ke arah Kerajaan Perikatan Nasional sukar diterima di kala negara berhadapan masalah yang diberikan semasa menggunakan COVID 19 hari ini mencecah lebih dari 8 000 kes Keputusan keputusan itu bersandarkan kepada k...
Kes Dera Mahkamah Lucut Hak Jagaan Remaja Oku

Kes Dera Mahkamah Lucut Hak Jagaan Remaja Oku

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 299 hits
Hak penjagaan anak istimewa kurang upaya sindrom down berusia 13 tahun yang dipercayai didera di sebuah pusat jagaan dilucutkan serta merta atas perintah mahkamah Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun...
Kes Covid 8 868 Paling Tinggi Menteri Agama Nak Buka Masjid

Kes Covid 8 868 Paling Tinggi Menteri Agama Nak Buka Masjid

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 366 hits
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT By Syed Akbar Ali
Kes Tinggi Di Lembah Klang Berpunca Varian Delta Yang Merebak Cepat

Kes Tinggi Di Lembah Klang Berpunca Varian Delta Yang Merebak Cepat

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 242 hits
AGENDA DAILY Varian baharu sudah dikesan berada dalam negara Peningkatan kes jangkitan Covid 19 yang berlaku di Lembah Klang berpunca akibat daripada varian baharu Delta yang dikesan merebak dengan cepat dikalangan orang ramai ketika ini ka...
Zahid Najib Terdesak Nak Selamatkan Diri Dari Kes Mahkamah

Zahid Najib Terdesak Nak Selamatkan Diri Dari Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 228 hits
Usaha berterusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan rakan karibnya Datuk Seri Najib Razak yang mahu membawa UMNO keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional adalah disebabkan terdesak mahu menyelamatkan diri masing masing daripada kes mahkam...
Zahid Berdendam Dengan Muhyiddin Kerana Enggan Tolong Selesai Kes Mahkamah

Zahid Berdendam Dengan Muhyiddin Kerana Enggan Tolong Selesai Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 257 hits
agendadaily com8 7 2021Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengingatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya jangan lupa pendirian UMNO terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zah...
Kompaun Rm5 000 Dikurangkan Tapi Pemilik Restoran Tetap Mahu Bawa Kes Ke Mahkamah

Kompaun Rm5 000 Dikurangkan Tapi Pemilik Restoran Tetap Mahu Bawa Kes Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 210 hits
Pemilik restoran Shankar Santhiram berkata pekerjanya tidak menyedari bahawa PKPD berkuat kuasa di Kayu Ara selain tidak ada sekatan jalan raya sepanjang jalan dari TTDI PETALING JAYA Seorang pemilik restoran yang dikenakan kompaun RM5 000 ...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah