Kes Syed Sadiq Pelabur Lari Pendakwaan Berasaskan Politik



Pendakwaan ke atas Ahli Parlimen Muar, Syed Sadiq Abdul Rahman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merupakan satu ancaman politik yang akan menjauhkan pelabur asing dari Malaysia.
Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak mungkin negara hukum (rule of law) akan tertegak bila mana ahli politik atau individu yang rapat dengan koridor kuasa boleh bebas tanpa hukuman, manakala pemimpin-pemimpin pembangkang serta pendukung mereka diajukan dengan pelbagai pendakwaan terpilih.
“Yang rapat dengan koridor kuasa boleh bebas tanpa hukuman manakala pemimpin-pemimpin pembangkang serta pendukung mereka diajukan dengan pelbagai pendakwaan terpilih,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu lagi, pendakwaan ini juga mungkin digunakan untuk membuli Ahli-ahli Parlimen Pembangkang dan memperlihatkan kerajaan gentar sekiranya Pembangkang bersatu merancang Undi Tidak Percaya kepada kerajaan Perikatan Nasional.
“Setiap kali sidang Parlimen semakin dekat, kerajaan akan menggunakan atau memperalat apa saja aparat yang ada untuk membuli Ahli-ahli Parlimen, berkemungkinan kerana gentar sekiranya Undi Tidak Percaya dilangsungkan. Usaha-usaha jelek ini akan berterusan tanpa henti selagimana mereka masih lemah dan tidak punya majoriti yang cukup di Parlimen.
“Saya juga telah dimaklumkan oleh beberapa Ahli Parlimen bahawa pemerintah turut menggunakan rasuah dan ugutan untuk mendukung kerajaan gagal mereka, dengan kedudukan dan perlindungan daripada pendakwaan sebagai habuan,” katanya.
Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menegaskan masa dan ketika Syed Sadiq didakwa seolah-olah menampakkan niat tertentu pemerintah.
Justeru beliau menggesa agar siasatan dan pendakwaan mesti dijalankan dengan telus dan profesional.
“Saya mahu beritahu pemimpin-pemimpin PN termasuk Perdana Menteri, untuk hentikan salahguna kuasa serta terima hakikat secara bermaruah bahawa dukungan terhadap mereka semakin berkurangan di Parlimen,” katanya lagi.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua tuduhan melakukan pecah amanah dana parti bernilai RM1 juta dan salah guna wang kempen Pilihan Raya Umum ke-14.
Bagaimanapun, dalam kenyataan beliau semalam bekas Menteri Belia dan Sukan itu menafikan salah laku tersebut dan berkata beliau beberapa kali menerima ugutan sama ada menyertai parti Bersatu atau didakwa di mahkamah. Beliau memilih untuk ‘masuk mahkamah daripada masuk Bersatu’.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32621

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Lakukan Pendakwaan Terpilih Ph Umum Sokong Syed Sadiq

Pn Lakukan Pendakwaan Terpilih Ph Umum Sokong Syed Sadiq

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 384 hits
Pakatan Harapan memberi amaran kepada kerajaan Perikatan Nasional agar berhenti memperalatkan agensi kerajaan dalam usaha mempertahankan kuasa Menurut kenyataan Majlis Presiden PH gabungan tersebut tidak senang terhadap situasi semasa yang ...
Kronologi Kes Tuduhan Rasuah Syed Saddiq Yang Anda Perlu Tahu

Kronologi Kes Tuduhan Rasuah Syed Saddiq Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 637 hits
Kontroversi kes melibatkan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tercetus pada Mac 2020 ia bermula dengan satu laporan polis dibuat beliau sendiri berhubung kehilangan wang di rumahnya Ahli Parlimen Muar tersebut merupakan K...
Syed Sadiq Berjaya Bantu 5 000 Orang Dengan Peruntukan Untuk Rm300k

Syed Sadiq Berjaya Bantu 5 000 Orang Dengan Peruntukan Untuk Rm300k

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 436 hits
Kerajaan sebelum ini umumkan beri RM 300 000 kepada semua Ahli Parlimen untuk program Bakul Makanan Tapi yang tak diumumkan ialah semua Ahli Parlimen kerajaan telah pun mendapat RM 4 5 juta manakala tiada sehabuk pun diberi kepada Ahli Parl...
Keputusan Kes Rasuah Ku Nan Beri Tamparan Dalam Usaha Perangi Politik Wang

Keputusan Kes Rasuah Ku Nan Beri Tamparan Dalam Usaha Perangi Politik Wang

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 306 hits
July 16 2021 7 15 PMPusat Memerangi Rasuah dan Kronisme berkata keputusan berkenaan adalah tamparan besar terhadap perjuangan itu yang didasari oleh hubungan rapat antara ahli perniagaan dan ahli politik PETALING JAYA Keputusan Mahkamah Ray...
Penjenayah Dilindungi Dari Pendakwaan Jika Rapat Dengan Orang Politik Berkuasa

Penjenayah Dilindungi Dari Pendakwaan Jika Rapat Dengan Orang Politik Berkuasa

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 218 hits
ARIF ATANDatuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertuduhan pecah amanah terhadap Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan perkembangan yang tidak baik kepada negara Ketua Pembangkang berkenaan berkata pendakwaan menjelang pe...
Pembuat Dasar Tidak Boleh Lari Daripada Berbicara Tentang Politik Johari Abdul

Pembuat Dasar Tidak Boleh Lari Daripada Berbicara Tentang Politik Johari Abdul

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 353 hits
Israr KhalidJOHARI Sudah nama pun ahli politik tidak dapat dihentikan daripada berbicara soal kuasa dan kedudukan Gambar fail KUALA LUMPUR Rakyat secara amnya mahu sidang Parlimen yang akan bermula tidak lama lagi menumpukan perbincangan me...
Kes Rasuah Bring It On Syed Saddiq

Kes Rasuah Bring It On Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 307 hits
Kes rasuah bring it on Syed Saddiq Saya rela masuk mahkamah dari masuk PN kata Syed Saddiq Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyuarakan kesediaan didakwa di mahkamah daripada menyertai Perikatan Nasional Saya lebih rela masu...
Sprm Nafi Tuduhan Ke Atas Syed Saddiq Pertuduhan Bermotif Politik

Sprm Nafi Tuduhan Ke Atas Syed Saddiq Pertuduhan Bermotif Politik

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 435 hits
SPRM nafi tuduhan ke atas Syed Saddiq pertuduhan bermotif politik Bekas Menteri Belia dan Sukan PH Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menyalahgunakan dana Bersatu bernilai RM1 12 juta...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Bronzed Beauty A Lithe Yamaha Xsr700 Street Tracker By Crooked