Kepentingan Mempelajari Sejarah Isi Penting Contoh Karangan


Murid yang ingin menjawab soalan penulisan berkenaan tajuk kepentingan mempelajari sejarah, berikut merupakan isi penting dan contoh karangan.
Isi penting dan contoh karangan ini boleh dijadikan rujukan bagi menjawab soalan berkaitan tajuk ini.
Isi Penting Karangan Kepentingan Mempelajari Sejarah 1. Memupuk Semangat Patriotik
Keadaan pada hari ini, masyarakat tidak lagi menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita yang telah bersusah payah membebaskan negara kita daripada dijajah. Seharusnya mengingati jasa dan sumbangan tokoh-tokoh tanah air seperti Tunku Abdul Rahman, Tun H.S Lee dan Tun Dr. Ismail. Negarawan-negarawan ini telah berhempas pulas mencari jalan supaya kita dapat menikmati kemakmuran dan kedamaian untuk hidup dalam masyarakat hari ini. Semangat patriotisme perlu dipupuk dalam jiwa generasi muda bagi memastikan mereka sentiasa bersyukur dan memberi penghargaan terhadap pengorbanan pejuang tanah air terdahulu. 2. Menyemai Perpaduan Antara Kaum
Sistem pendidikan yang terasing sedikit sebanyak merencatkan perkembangan perpaduan antara kaum. Dengan mempelajari sejarah, elemen perpaduan itu akan dipupuk secara tidak langsung. Kestabilan negara boleh diibaratkan seperti negara kita adalah pokok dan rakyat ibarat akar, pokok tidak akan berdiri kukuh tanpa akar. Jika rakyat mengutamakan nilai perpaduan, keamanan dan kestabilan negara pasti akan terjamin. 3. Mengambil Iktibar Masa Lalu
Peristiwa-peristiwa sejarah yang terdahulu mengandungi pelbagai pengajaran yang tersirat. Contoh, peristiwa Tanah Melayu dijajah dan ditindas oleh penjajah British memberi pengajaran kepada generasi muda supaya jangan terlalu mudah mempercayai orang asing. Generasi muda terutamanya yang mempelajari sejarah dapat memperbaiki kesilapan masa lalu dan mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Mungkin mengulangi kesilapan lampau jika tidak mengambil iktibar masa lalu. 4. Menghargai Budaya, Warisan, dan Tradisi
Contoh, pasukan bola sepak negara pernah layak untuk beraksi di kejohanan Olimpik pada satu ketika dahulu. Pasukan tersebut yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India telah tercatat dalam sejarah sebagai pasukan terulung dalam arena bola sepak tanah air. Namun, sejak kebelakangan ini, timbul isu rasisme daripada penyokong terhadap pemain yang bermain di atas padang. Sekiranya generasi muda mempelajari sejarah, mereka akan bersikap terbuka dan toleransi serta berusaha menghidupkan budaya negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tradisi seperti pertunjukkan wayang kulit, permainan wau dan gasing perlu dipelajari oleh generasi muda. Contoh Karangan Kepentingan Mempelajari Sejarah i) PENDAHULUAN
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini generasi muda semakin melupakan sejarah yang tercipta demi kemudahan hidup pada masa kini. Sejarah merupakan penemuan, pengumpulan, pengurusan, dan persembahan maklumat terhadap peristiwa silam atau Iampau. la juga bermaksud tempoh maca yang lalu selepas catatan penulisan telah dicipta. Bagi memastikan masa hadapan masyarakat dan negara terus mencapai kemajuan, generasi muda yang bakal mengambil tempat pemimipin hari ini seharusnya mempelajari sejarah. Ini kerana banyak kepentingan yang akan diperoleh sekiranya generasi muda hari ini mempelajari sejarah.
ii) ISI 1: MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK
Antara kepentingan dalam mempelajari sejarah adalah memupuk semangat patriotik. Jika kita lihat keadaan pada hari ini, masyarakat tidak lagi menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita yang telah bersusah payah membebaskan negara kita daripada dijajah. Kita seharusnya mengingati jasa dan sumbangan tokoh-tokoh tanah air seperti Tunku Abdul Rahman, Tun H.S Lee dan Tun Dr. Ismail. Negarawan-negarawan ini telah berhempas pulas mencari jalan supaya kita dapat menikmati kemakmuran dan kedamaian untuk hidup dalam masyarakat hari ini. Oleh sebab itu, semangat patriotisme perlu dipupuk bagi memastikan mereka sentiasa bersyukur dan memberi penghargaan terhadap pengorbanan pejuang tanah air terdahulu.
iii) ISI 2: MENYEMAI PERPADUAN ANTARA KAUM
Selain itu, mempelajari sejarah akan menyemai perpaduan antara kaum. Sistem pendidikan yang terasing sedikit sebanyak merencatkan perkembangan perpaduan antara kaum pada hari ini. Namun begitu, dengan mempelajari sejarah, elemen perpaduan itu akan dipupuk secara tidak langsung. Kestabilan negara boleh diibaratkan seperti negara kita adalah pokok dan rakyat ibarat akar, pokok tidak akan berdiri kukuh tanpa akar begitu juga negara kita. Jika rakyat mengutamakan nilai perpaduan, keamanan dan kestabilan negara pasti akan terjamin. Negara kita pernah mencatatkan sejarah hitam selepas merdeka iaitu tragedi salah faham antara kaum pada 13 Mei 1969. Tragedi ini meragut banyak nyawa dan perpaduan negara itu diibaratkan “seperti telur di hujung tanduk.” Selepas terjadinya peristiwa hitam ini, kita mestilah sentiasa memastikan bahawa hubungan antara kaum dipelihara agar tragedi tidak berulang kembali.
iv) ISI 3: MENGAMBIL IKTIBAR PERISTIWA MASA DAHULU
Pada masa yang sama, mempelajari sejarah akan dapat membantu generasi muda dalam mengambil iktibar daripada peristiwa masa dahulu. Ini kerana peristiwa-peristiwa sejarah yang terdahulu mengandungi pelbagai pengajaran yang tersirat. Contohnya, peristiwa Tanah Melayu dijajah dan ditindas oleh penjajah British memberi pengajaran kepada generasi muda supaya jangan terlalu mudah mempercayai orang asing. Penjajah digambarkan dengan licik dan jahat pada masa itu kerana sanggup menggunakan tipu muslihat atau taktik kotor untuk meluaskan kawasan jajahan mereka di tanah air kita. Generasi muda yang mempelajari sejarah dapat memperbaiki kesilapan masa lalu dan mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Tanpa mempelajari kesalahan dan kesilapan masa lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga, masyarakat dan negara.
v) ISI 4:MENGHARGAI BUDAYA, WARISAN, DAN TRADISI
Kepentingan generasi muda untuk mempelajari sejarah adalah supaya mereka menghargai budaya, warisan dan tradisi yang dimiliki oleh tanah air ini. Sebagai contoh, pasukan bola sepak negara pernah layak untuk beraksi di kejohanan Olimpik pada satu ketika dahulu. Pasukan tersebut yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India telah tercatat dalam sejarah sebagai pasukan terulung dalam arena bola sepak tanah air. Namun, sejak kebelakangan ini, timbul isu rasisme daripada penyokong terhadap pemain yang bermain di atas padang. Oleh itu, sekiranya generasi muda mempelajari sejarah, mereka akan bersikap terbuka dan toleransi serta berusaha menghidupkan budaya negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Selain itu, tradisi seperti pertunjukkan wayang kulit, permainan wau dan gasing perlu dipelajari oleh generasi muda. Ini kerana kalau bukan mereka yang akan memelihara tradisi tersebut, siapa yang akan melakukannya.
vi) PENUTUP
Tuntasnya, pelbagai kepentingan yang diperoleh apabila kita mempelajari sejarah. Setiap di antara kita memainkan peranan penting dalam memupuk minat generasi muda dalam mempelajari sejarah. Peribahasa Melayu ada menyatakan “bagai kacang lupakan kulit” perlu kita jauhi agar generasi muda terutamanya sedar mereka akan menggalas tanggungjawab dalam memacu negara ke tahap kemajuan yang lebih baik.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kepentingan-mempelajari-sejarah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kepentingan-mempelajari-sejarah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mengatasi Obesiti Isi Penting Contoh Karangan

Cara Mengatasi Obesiti Isi Penting Contoh Karangan

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 264 hits
Bagi murid yang ingin mendapatkan idea mengenai karangan bertajuk cara mengatasi obesiti berikut diterangkan isi penting dan contoh karangan Murid boleh menjadikan isi penting dan contoh karangan ini sebagai panduan Isi Penting Cara Mengata...
Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum Isi Contoh Karangan

Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum Isi Contoh Karangan

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 199 hits
Isi penting dan contoh karangan berkenaan tajuk faedah menyertai aktiviti boleh dirujuk seperti di bawah Murid boleh mengambil isi penting dan contoh karangan yang dikemukakan Isi Penting Karangan Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum 1 Men...
Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara Isi Contoh

Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara Isi Contoh

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 189 hits
Murid boleh menjwab soalan berkenaan kepentingan sektor kepada negara dengan merujuk isi penting dan contoh karangan Berikut diterangkan isi penting dan contoh karangan berkaitan tajuk ini Isi Penting Karangan Kepentingan Sektor Pertanian K...
Langkah Memajukan Sektor Pelancongan Isi Contoh Karangan

Langkah Memajukan Sektor Pelancongan Isi Contoh Karangan

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 235 hits
Salah satu tajuk karangan yang menjadi pilihan penggubal soalan penulisan adalah langkah memajukan sektor pelancongan Berikut merupakan isi penting dan contoh karangan untuk panduan para murid Isi Penting Langkah Memajukan Sektor Pelanconga...
Kepentingan Sains Dan Teknologi Dalam Kehidupan Isi Contoh

Kepentingan Sains Dan Teknologi Dalam Kehidupan Isi Contoh

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 231 hits
Bagi murid yang mencari isi penting dan contoh karangan kepentingan dan teknologi dalam kehidupan berikut adalah isi penting dan contoh karangan Berikut merupakan isi penting dan contoh karangan yang boleh menjadi rujukan murid Isi Penting ...
Isi Penting Nota Cikgu Ain

Isi Penting Nota Cikgu Ain

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 1516 hits
Semoga bermanfaat Nota Semua bahan hak dan idea Cgu Ain Terima kasih untuk beliau
Pendahuluan Karangan Jenis Contoh

Pendahuluan Karangan Jenis Contoh

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 262 hits
Antara format terpenting dalam sesebuah karangan penulisan ialah pendahuluan karangan Berikut diterangkan mengenai jenis dan contoh pendahuluan karangan Maksud Pendahuluan Karangan Pendahuluan merujuk kepada latar belakang tajuk karangan ya...
Persamaan Dasar Akuntansi Konsep Manfaat Dan Contoh

Persamaan Dasar Akuntansi Konsep Manfaat Dan Contoh

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 183 hits
Persamaan dasar akuntansi adalah sebuah perhitungan yang menggambarkan hubungan antara harta hutang dan modal yang dimiliki oleh sebuah perusahaan Persamaan ini sangat penting untuk dipahami oleh para akuntan mahasiswa atau siapa saja yang ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa