Kepentingan Sains Dan Teknologi Dalam Kehidupan Isi Contoh


Bagi murid yang mencari isi penting dan contoh karangan kepentingan Sains dan teknologi dalam kehidupan, berikut adalah isi penting dan contoh karangan.
Berikut merupakan isi penting dan contoh karangan yang boleh menjadi rujukan murid.
Isi Penting Karangan Kepentingan Sains dan Teknologi Dalam Kehidupan 1. Memudahkan dan Mempercepatkan Kerja Manusia
Pelbagai ciptaan telah diperkenalkan untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja manusia dan memberikan hasil yang lebih bermutu. Banyak manfaat kepada manusia terutamanya dalam bidang domestik, pengangkutan, pertanian, komunikasi dan perubatan. Sebagai contoh, periuk memasak nasi elektrik, cerek elektrik dan mesin pengisar mampu membantu memudahkan dan mempercepatkan para ibu semasa memasak. 2. Perhubungan Manusia Menjadi Mudah, Cepat, dan Selasa
Manusia kini dapat bergerak dalam masa yang singkat walaupun dalam jarak yang jauh dengan adanya Sains dan teknologi. Contohnya, penciptaan kapal terbang telah membantu manusia untuk sampai ke destinasi yang jauh dengan cepat. Menjimatkan masa dan dapat mengelakkan manusia letih kerana berada lama di dalam perjalanan. 3. Meningkatkan Hasil Tanaman Pertanian
Kini manusia dapat menikmati hasil tanaman mereka dalam tempoh yang cepat. Contohnya padi hibrid iaitu padi yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi percantuman dan kacukan daripada beberapa jenis benih terbaik. Mampu mengeluarkan sehingga 15 tangkai bagi satu perdu dengan biji padi melebihi 200 biji berbanding padi biasa bagi yang hanya mengeluarkan kira-kira tujuh tangkai dengan purata 100 biji. Mampu meningkatkan pendapatan petani apabila mereka menjual hasil mereka. 4. Penghasilan Ubat-Ubatan yang Lebih Berkesan
Pakar-pakar perubatan dapat menghasilkan pelbagai ubat-ubatan untuk merawat penyakit yang ada pada ketika ini. Sebagai contoh, penyakit kanser seperti leukemia, limfoma dan payu dara kini dapat dirawat melalui ubat kemoterapi. Mujarab merawat penyakit kanser, mengelak kanser daripada merebak, memperlahankan perkembangan kanser dan untuk membunuh sel kanser yang merebak ke bahagian badan yang lain. Mengurangkan kadar kematian manusia yang menghidap kanser akibat kegagalan rawatan dan ubatan yang berkesan. Contoh Karangan Kepentingan Sains dan Teknologi Dalam Kehidupan i) PENDAHULUAN
Sains merupakan satu bidang kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi dan juga bagaimana alam semula jadi ini memberi kesan kepada kita dan persekitaran. lnformasi yang diperolehi melalui kajian secara saintifik dikenali sebagai pengetahuan saintifik. Terdapat banyak manfaat dan kepentingan yang bakal dinikmati oleh manusia dengan adanya Sains dan teknologi dalam kehidupan mereka.
ii) ISI 1: MEMUDAHKAN DAN MEMPERCEPATKAN KERJA MANUSIA
Pelbagai ciptaan berdasarkan sains dan teknologi telah membantu manusia dalam
kehidupan seharian. Dengan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi ini pelbagai ciptaan telah diperkenalkan untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja manusia, di samping memberikan hasil yang lebih bermutu. Ini telah memberi banyak manfaat kepada manusia terutamanya dalam bidang domestik, pengangkutan, pertanian, komunikasi dan perubatan. Sebagai contoh, periuk memasak nasi elektrik, cerek elektrik dan mesin pengisar mampu membantu memudahkan dan mempercepatkan para ibu semasa memasak.
iii) ISI 2: PERHUBUNGAN MANUSIA MENJADI MUDAH, CEPAT, DAN SELESA
Sains dan teknologi telah menjadikan pengangkutan lebih mudah, cepat dan lebih selesa. Manusia kini dapat bergerak dalam masa yang singkat walaupun dalam jarak yang jauh dengan adanya Sains dan teknologi. Contohnya, penciptaan kapal terbang telah membantu manusia untuk sampai ke destinasi yang jauh dengan cepat. Ini dapat menjimatkan masa dan dapat mengelakkan manusia letih kerana berada lama di dalam perjalanan. Ruang dan tempat duduknya pula direka untuk keselesaan penumpangnya. Ini menunjukkan Sains dan teknologi telah banyak memberi manfaat dalam menjadikan perhubungan manusia menjadi mudah, cepat, dan selesa.
iv) ISI 3: MENINGKATKAN HASIL TANAMAN PERTANIAN
Sains dan teknologi juga berjaya menghasilkan biji benih yang bermutu tinggi dan dapat meningkatkan hasil tanaman. Jika sebelum ini manusia terpaksa menunggu dalam masa yang lama untuk menunggu hasil tanaman, kini manusia dapat menikmati hasil tanaman mereka dalam tempoh yang cepat. Contohnya padi hibrid iaitu padi yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi percantuman dan kacukan daripada beberapa jenis benih terbaik yang berlainan bagi menghasilkan produk baru lebih berkualiti. Padi hibrid mampu mengeluarkan sehingga 15 tangkai bagi satu perdu dengan biji padi melebihi 200 biji berbanding padi biasa bagi yang hanya mengeluarkan kira-kira tujuh tangkai dengan purata 100 biji. Peningkatan hasil tanaman pertanian ini mampu meningkatkan pendapatan petani apabila mereka menjual hasil mereka.
v) ISI 4: PENGHASILAN UBAT-UBATAN YANG LEBIH BERKESAN
Kemajuan Sains dan teknologi telah banyak membantu manusia dalam sektor kesihatan. Salah satunya adalah dalam penghasilan ubat-ubatan yang lebih berkesan. Dengan adanya Sains dan teknologi, pakar-pakar perubatan dapat menghasilkan pelbagai ubat-ubatan untuk merawat penyakit yang ada pada ketika ini. Sebagai contoh, penyakit kanser seperti leukemia, limfoma dan payu dara kini dapat dirawat melalui ubat kemoterapi. Ubat ini digunakan oleh pesakit untuk merawat penyakit kanser, mengelak kanser daripada merebak, memperlahankan perkembangan kanser dan untuk membunuh sel kanser yang merebak ke bahagian badan yang lain. Ini dapat mengurangkan kadar kematian manusia yang menghidap kanser akibat kegagalan rawatan dan ubatan yang berkesan.
vi) PENUTUP
Dengan adanya Sains dan teknologi, ianya telah banyak memberi manfaat kepada manusia. Sedar tidak sedar, banyak kehidupan manusia pada hari ini bergantung kepada Sains dan teknologi. Walau bagaimanapun, manusia tidak boleh menyalahgunakan Sains dan teknologi dengan tujuan yang salah dan membahayakan nyawa manusia dan alam sekitar di sekeliling.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kepentingan-sains-dan-teknologi-dalam-kehidupan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kepentingan-sains-dan-teknologi-dalam-kehidupan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara Isi Contoh

Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara Isi Contoh

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 276 hits
Murid boleh menjwab soalan berkenaan kepentingan sektor kepada negara dengan merujuk isi penting dan contoh karangan Berikut diterangkan isi penting dan contoh karangan berkaitan tajuk ini Isi Penting Karangan Kepentingan Sektor Pertanian K...
Cara Mengatasi Obesiti Isi Penting Contoh Karangan

Cara Mengatasi Obesiti Isi Penting Contoh Karangan

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 356 hits
Bagi murid yang ingin mendapatkan idea mengenai karangan bertajuk cara mengatasi obesiti berikut diterangkan isi penting dan contoh karangan Murid boleh menjadikan isi penting dan contoh karangan ini sebagai panduan Isi Penting Cara Mengata...
Langkah Memajukan Sektor Pelancongan Isi Contoh Karangan

Langkah Memajukan Sektor Pelancongan Isi Contoh Karangan

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 304 hits
Salah satu tajuk karangan yang menjadi pilihan penggubal soalan penulisan adalah langkah memajukan sektor pelancongan Berikut merupakan isi penting dan contoh karangan untuk panduan para murid Isi Penting Langkah Memajukan Sektor Pelanconga...
Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum Isi Contoh Karangan

Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum Isi Contoh Karangan

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 288 hits
Isi penting dan contoh karangan berkenaan tajuk faedah menyertai aktiviti boleh dirujuk seperti di bawah Murid boleh mengambil isi penting dan contoh karangan yang dikemukakan Isi Penting Karangan Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum 1 Men...
Padu Kemas Kini Daftar Isi Rumah

Padu Kemas Kini Daftar Isi Rumah

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 243 hits
PETALING JAYA Setiap isi rumah perlu memastikan maklumat diri mereka disah dan dikemaskini dalam Sistem Pangkalan Data Utama yang akan dilancarkan 2 Januari ini Keberkesanan sistem pangkalan data itu sebagai asas dalam menentukan kumpulan s...
Melihat Isi Rumah Prabowo Subianto Berbalut Kemewahan Dan Ada Lukisan Jenderal Soedirman

Melihat Isi Rumah Prabowo Subianto Berbalut Kemewahan Dan Ada Lukisan Jenderal Soedirman

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 350 hits
Rumah capres nomor urut 2 Prabowo Subianto terletak di Jalan Kertanegara Nomor 4 Jakarta Selatan
Intipati Isi Kandungan Sidang Media Kkm Terkini

Intipati Isi Kandungan Sidang Media Kkm Terkini

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 341 hits
Berikutan Sidang Media Berhubung Situasi Semasa COVID 19 yang baru sahaja berlangsung sebentar tadi dikongsikan lima strategi kesiapsagaan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menghadapi peningkatan kes COVID 19Sidang Media KKM YB Dr Dzul 18...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku