Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum Isi Contoh Karangan


Isi penting dan contoh karangan berkenaan tajuk faedah menyertai aktiviti kokurikulum boleh dirujuk seperti di bawah.
Murid boleh mengambil isi penting dan contoh karangan yang dikemukakan.
Isi Penting Karangan Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum 1. Menyihatkan dan Mencergaskan Badan Pelajar
Para pelajar berkemungkinan bebas daripada masalah obesiti yang dialami oleh sesetengah rakyat. Pelajar yang menghadapi masalah obesiti adalah disebabkan kurang bersenam. Melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan, pelajar memerlukan ketangkasan dan ketahanan fizikal. Peluh dan bahan-bahan kumuh yang berbahaya akan dibuang melalui aktiviti kokurikulum. 2. Memenuhi Masa Lapang Pelajar
Penglibatan pelajar dalam gejala sosial dapat dikurangkan. Pelajar akan bersikap lebih menghargai masa yang terluang. Contohnya, sekumpulan pelajar yang menyertai aktiviti perkhemahan akan memperoleh banyak pengetahuan tentang cara terbaik berinteraksi dengan alam. Mereka ditanamkan dengan perasaan cinta akan alam sekitar, di samping mengamalkan sikap bekerjasama. 3. Menyemai Nilai-Nilai Murni
Nilai-nilai murni seperti bekerjasama, hormat-menghormati, kesopanan
dan sebagainya dapat diterapkan dan disebatikan. Mereka juga didedahkan untuk mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Mereka juga turut melalui proses pembentukan peribadi yang sempurna. 4. Dapat Mengharumkan Nama Negara
Aktiviti kokurikulum merupakan titik permulaan untuk para pelajar mengembangkan bakat yang terpendam. Atlet-atlet negara dicungkil dan digilap melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Kebolehan mereka seterusnya digilap oleh jurulatih-jurulatih yang berpengalaman. Contoh Karangan Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum i) PENDAHULUAN
Sistem pendidikan dinegara kita tidak hanya mementingkan pencapaian akademik semata-mata tetapi juga pencapaian dalam bidang kokurikulum. Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mewajibkan aktiviti kokurikulum kepada semua pelajar di seluruh negara. Ini kerana aktiviti kokurikulum bukan sahaja memberi banyak faedah kepada pelajar tetapi dalam masa yang sama mendatangkan pelbagai kebaikan kepada negara.
ii) ISI 1: MENYIHATKAN DAN MENCERGASKAN BADAN PELAJAR
Aktiviti kokurikulum dapat menyihatkan dan mencergaskan tubuh badan pelajar. Dalam hal ini, para pelajar berkemungkinan bebas daripada masalah obesiti yang dialami oleh sesetengah rakyat. Pelajar yang menghadapi masalah obesiti adalah disebabkan kurang bersenam. Melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan, pelajar memerlukan ketangkasan dan ketahanan fizikal. Sebagai contoh, aktiviti merentas desa dan ekspidisi mendaki gunung boleh meningkatkan daya tahan dan stamina pelajar. Dalam masa yang sama juga, peluh dan bahan-bahan kumuh yang berbahaya akan dibuang.
iii) ISI 2: MEMENUHI MASA LAPANG PELAJAR
Selain itu, murid-murid dapat memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah melalui penglibatan dalam kegiatan kokurikulum. Ini kerana dengan menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum, penglibatan pelajar dalam gejala sosial dapat dikurangkan. Dalam masa yang sama juga, pelajar akan bersikap lebih menghargai masa yang terluang, seperti pepatah ada menyatakan “masa itu emas.” Sebagai contoh, sekumpulan pelajar yang menyertai aktiviti perkhemahan akan memperoleh banyak pengetahuan tentang cara terbaik berinteraksi dengan alam. Mereka akan ditanamkan dengan perasaan cinta akan alam sekitar, di samping mengamalkan sikap bekerjasama dengan peserta perkhemahan yang lain.
iv) ISI 3: MENYEMAI NILAI-NILAI MURNI
Di samping itu, aktiviti kokurikulum juga dapat menyemai nilai-nilai murni dalam diri pelajar supaya menjadi insan yang baik dan berperibadian tinggi. Melalui aktiviti kokurikulum, nilai-nilai murni seperti bekerjasama, hormat-menghormati, kesopanan
dan sebagainya dapat diterapkan dan disebatikan dalam diri pelajar-pelajar. Dalam masa yang sama, mereka juga didedahkan untuk mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Secara tidak langsung, mereka juga turut melalui proses pembentukan peribadi yang sempurna.
v) ISI 4: DAPAT MENGHARUMKAN NAMA NEGARA
Selain itu, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dapat mengharumkan nama sekolah dan negara. Aktiviti kokurikulum merupakan titik permulaan untuk para pelajar mengembangkan bakat yang terpendam dalam diri mereka. Sebagai contoh, atlet-atlet negara seperti Nicol David, Shalin Zulkifli dan lain-lain lagi dicungkil dan digilap melalui aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Bermula dengan bakat yang semakin terserlah, kebolehan mereka seterusnya digilap oleh jurulatih-jurulatih yang berpengalaman. Oleh itu, untuk membolehkan negara berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain dalam bidang sukan, maka lebih banyak bakat harus dicungkil bagi mengharumkan nama Malaysia.
vi) PENUTUP
Sebagai kesimpulannya, aktiviti kokurikulum banyak membawa kebaikan dan faedah kepada para pelajar. Negara memerlukan generasi yang berwawasan, sihat, berkaliber,
berwibawa, dan berintelek selari dengan modal insan yang memiliki minda kelas pertama. Oleh itu, pelajar hendaklah menyertai aktiviti kokurikulum kerana ia membawa banyak kebaikan kepada diri mereka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/faedah-menyertai-aktiviti-kokurikulum/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=faedah-menyertai-aktiviti-kokurikulum

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mengatasi Obesiti Isi Penting Contoh Karangan

Cara Mengatasi Obesiti Isi Penting Contoh Karangan

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 264 hits
Bagi murid yang ingin mendapatkan idea mengenai karangan bertajuk cara mengatasi obesiti berikut diterangkan isi penting dan contoh karangan Murid boleh menjadikan isi penting dan contoh karangan ini sebagai panduan Isi Penting Cara Mengata...
Langkah Memajukan Sektor Pelancongan Isi Contoh Karangan

Langkah Memajukan Sektor Pelancongan Isi Contoh Karangan

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 236 hits
Salah satu tajuk karangan yang menjadi pilihan penggubal soalan penulisan adalah langkah memajukan sektor pelancongan Berikut merupakan isi penting dan contoh karangan untuk panduan para murid Isi Penting Langkah Memajukan Sektor Pelanconga...
Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara Isi Contoh

Kepentingan Sektor Pertanian Kepada Negara Isi Contoh

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 190 hits
Murid boleh menjwab soalan berkenaan kepentingan sektor kepada negara dengan merujuk isi penting dan contoh karangan Berikut diterangkan isi penting dan contoh karangan berkaitan tajuk ini Isi Penting Karangan Kepentingan Sektor Pertanian K...
Kepentingan Sains Dan Teknologi Dalam Kehidupan Isi Contoh

Kepentingan Sains Dan Teknologi Dalam Kehidupan Isi Contoh

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 231 hits
Bagi murid yang mencari isi penting dan contoh karangan kepentingan dan teknologi dalam kehidupan berikut adalah isi penting dan contoh karangan Berikut merupakan isi penting dan contoh karangan yang boleh menjadi rujukan murid Isi Penting ...
Pendahuluan Karangan Jenis Contoh

Pendahuluan Karangan Jenis Contoh

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 262 hits
Antara format terpenting dalam sesebuah karangan penulisan ialah pendahuluan karangan Berikut diterangkan mengenai jenis dan contoh pendahuluan karangan Maksud Pendahuluan Karangan Pendahuluan merujuk kepada latar belakang tajuk karangan ya...
Doa Tahun Baru 2024 Contoh Doa Rumi Arab Maksudnya

Doa Tahun Baru 2024 Contoh Doa Rumi Arab Maksudnya

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 240 hits
Doa Tahun Baru 2024 Contoh Doa Rumi Arab Maksudnya Saat kita bersiap menyambut tahun 2024 jangan lupa memanjatkan doa untuk bersyukur di samping merangkai doa dan impian menaburkan azam untuk menjalani hari hari yang akan datang dengan lebi...
Jangan Main Isi Je Ini Cara Pilih Minyak Hitam Yang Sesuai Dengan Kereta Anda

Jangan Main Isi Je Ini Cara Pilih Minyak Hitam Yang Sesuai Dengan Kereta Anda

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 198 hits
Minyak pelincir atau lebih dikenali sebagai minyak hitam merupakan satu aspek penting dalam penjagaan enjin yang efektif Penggunaan minyak hitam yang sesuai dan berkualiti tinggi dapat meningkatkan prestasi enjin serta memastikan umur enjin...
Padu Kemas Kini Daftar Isi Rumah

Padu Kemas Kini Daftar Isi Rumah

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 143 hits
PETALING JAYA Setiap isi rumah perlu memastikan maklumat diri mereka disah dan dikemaskini dalam Sistem Pangkalan Data Utama yang akan dilancarkan 2 Januari ini Keberkesanan sistem pangkalan data itu sebagai asas dalam menentukan kumpulan s...
Intipati Isi Kandungan Sidang Media Kkm Terkini

Intipati Isi Kandungan Sidang Media Kkm Terkini

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 280 hits
Berikutan Sidang Media Berhubung Situasi Semasa COVID 19 yang baru sahaja berlangsung sebentar tadi dikongsikan lima strategi kesiapsagaan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menghadapi peningkatan kes COVID 19Sidang Media KKM YB Dr Dzul 18...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco