Langkah Memajukan Sektor Pelancongan Isi Contoh Karangan
Salah satu tajuk karangan yang menjadi pilihan penggubal soalan penulisan adalah langkah memajukan sektor pelancongan.
Berikut merupakan isi penting dan contoh karangan untuk panduan para murid.
Isi Penting Langkah Memajukan Sektor Pelancongan
1. Menambah Kemudahan Pengangkutan dan Perhubungan
Kemudahan pengangkutan ini dapat memberi peluang yang lebih banyak kepada pelancong untuk pergi ke destinasi yang mereka ingini.
Jadual penerbangan ke Malaysia juga perlu ditambah dengan mengadakan promosi tambang murah kepada pelancong asing yang ingin melawat ke Malaysia.
Para pelancong akan berasa selesa apabila berkunjung ke Malaysia.
2. Meningkatkan Jumlah Tempat Penginapan
Memperbanyakkan pembinaan hotel lima bintang yang mengenakan kadar bayaran berpatutan diiringl dengan bilik yang selesa untuk menarik minat pelancong.
Contohnya, membina kemudahan lebuh raya baharu agar pusat pelancongan tersebut mudah dikunjungi pelancong.
Jadual penerbangan ke Malaysia juga perlu ditambah dengan mengadakan promosi tambang murah kepada pelancong asing yang ingin melawat ke Malaysia.
3. Lebih Banyak Promosi Aktiviti Pelancongan
Promosi mengenai destinasi pelancongan yang menarik, kebudayaan, dan karnival jualan yang dianjurkan di negara kita boleh dilaksanakan sama ada di dalam mahupun di luar negara.
Mempromosikan negara melalui penggunaan teknologi maklumat seperti internet dan media sosial bagi menyebarkan maklumat tentang pelancongan di negara ini.
Bagi memastikan semua pelancong memperoleh maklumat mengenai destinasi pelancongan menarik dan aktiviti pelancongan di Malaysia dengan mudah secara atas talian.
4. Meningkatkan Aspek Kebersihan dan Kemudahan Prasarana
Kawasan pelancongan mestilah sentiasa bersih dan diselenggarakan dengan baik. Petugas-petugas di kawasan pelancongan perlu ditambah bagi memastikan kebersihan sentiasa terkawal.
Kemudahan prasarana diperlukan bagi membolehkan pelancong dapat membeli-belah dengan selesa.
Mampu menjadi daya tarikan pelancong untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang diminati.
Contoh Karangan Langkah Memajukan Sektor Pelancongan
i) PENDAHULUAN
Sektor pelancongan di dalam negara perlu dimajukan kerana sektor ini mampu merancakkan ekonomi negara. Banyak tempat menarik yang terdapat di negara kita boleh dikunjungi oleh pelancong-pelancong asing dan tempatan seperti di Langkawi, Cameron Highland, Port Dickson, Pulau Pinang, dan Bandaraya Melaka. Oleh itu, pelbagai usaha boleh dilaksanakan untuk memajukan industri pelancongan tersebut sama ada oleh pihak kerajaan mahupun agensi yang berkaitan.
ii) ISI 1: MENAMBAH KEMUDAHAN PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam memajukan sektor pelancongan negara ialah menambah kemudahan pengangkutan dan perhubungan ke destinasi-destinasi yang menarik di negara kita. Kemudahan pengangkutan ini dapat memberi peluang yang lebih banyak kepada pelancong untuk pergi ke destinasi yang mereka ingini. Sebagai contoh, kerajaan boleh membina kemudahan lebuh raya baharu ke Cameron Highland agar pusat pelancongan tersebut mudah dikunjungi pelancong. Jadual penerbangan ke Malaysia juga perlu ditambah dengan mengadakan promosi tambang murah kepada pelancong asing yang ingin melawat ke Malaysia. Dengan cara ini, para pelancong akan berasa selesa apabila berkunjung ke Malaysia.
iii) ISI 2: MENINGKATKAN JUMLAH TEMPAT PENGINAPAN
Selain itu, langkah lain untuk memajukan sektor pelancongan negara adalah dengan meningkatkan jumlah tempat-tempat penginapan seperti hotel dan chalet. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan memperbanyakkan pembinaan hotel lima bintang yang mengenakan kadar bayaran berpatutan dengan bilik yang selesa untuk menarik minat pelancong. Sebagal contoh, usaha yang dijalankan oleh Hotel Seri Malaysia dengan memperkenalkan pakej penginapan murah berserta makanan tradisional tempatan telah berjaya meningkatkan jumlah pelancong menginap di hotel tersebut. Justeru, jika usaha ini dilakukan secara berterusan, jumlah pelancong asing ke Malaysia akan bertambah di samping menggalakkan kedatangan pelancong baru ke negara ini.
iv) ISI 3: LEBIH BANYAK PROMOSI AKTIVITI PELANCONGAN
Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu mengadakan lebih banyak promosi berkaitan aktiviti pelancongan yang ada di negara kita. Promosi mengenai destinasi pelancongan yang menarik, kebudayaan, dan karnival jualan yang dianjurkan di negara kita boleh dilaksanakan sama ada di dalam mahupun di luar negara. Contohnya, Kementerian Pelancongan boleh mengadakan promosi kebudayaan bagi menarik pelancong dari Asia Barat seperti di Dubai dan Arab Saudi. Usaha mempromosikan negara ini juga boleh dijalankan melalui penggunaan teknologi maklumat seperti internet dan media sosial bagi menyebarkan maklumat tentang pelancongan di negara ini. Ini bagi memastikan semua pelancong memperoleh maklumat mengenai destinasi pelancongan menarik dan aktiviti pelancongan di Malaysia dengan mudah secara atas talian.
v) ISI 4: MENINGKATKAN ASPEK KEBERSIHAN DAN KEMUDAHAN PRASARANA
Salah satu langkah penting untuk menarik pelancong terutama pelancong asing datang ke negara kita adalah aspek kebersihan dan kemudahan prasarana. Kawasan-kawasan pelancongan mestilah sentiasa bersih dan diselenggarakan dengan baik. Petugas-petugas di kawasan pelancongan perlu ditambah bagi memastikan kebersihan sentiasa terkawal. Ini juga termasuk dengan kemudahan prasarana bagi membolehkan pelancong dapat membeli-belah dengan selesa. Sebagai contoh, kemudahan seperti bank atau mesin khidmat juruwang secara automatik perlu ada pusat membeli belah yang menjadi tumpuan pelancong. Langkah-langkah seperti ini mampu menjadi daya tarikan pelancong untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang diminati.
vi) PENUTUP
Kesimpulannya, usaha menarik pelancong juga perlu dipikul oleh rakyat di negara ini. Sikap ramah dan suka membantu pelancong harus diutamakan oleh rakyat Malaysia. Keramahan rakyat negara akan menjadi satu keunikan yang mampu menarik pelancong untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama buat mereka.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/langkah-memajukan-sektor-pelancongan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=langkah-memajukan-sektor-pelancongan