Ahmad Boestamam Tertubuhnya Parti Politik Melayu Yang Pertama



MENUBUHKAN PKMM (PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA)oleh Ahmad Boestamam
Parti politik Melayu yang julung-julung sekali ditubuhkan setelah Jepun menyerah kalah pada 1945 dulu (pertengahan bulan Ogos) dan yang tunggal di Malaya ketika itu ialah PKMM. Kenyataan ini nampaknya telah diakui oleh semua pihak kerana kebenarannya. Di manakah parti itu ditubuhkan atau diasaskan? Dan bagaimanakah ia ditubuhkan atau diasaskan?
Pada masa akhir-akhir ini sudah banyak benar orang yang teraku-aku sebagai pengasas PKMM dan supaya jangan ‘lembu punya susu sapi yang dapat nama’ pertanyaan-pertanyaan di atas itu perlu diberikan jawapan yang benar, yang ‘factual.’
Dengan penuh tanggungjawab biarlah saya katakan di sini bahawa PKMM lahir dari ruang jabatan pengarang dan pentadbiran “Suara Rakyat”.
Sebagaimana yang saya sudah katakan tadi pengurus “Suara Rakyat”, Arshad Ashaari, ialah ‘orang Mokhtaruddin Lasso.’ Beliaulah yang membuat daya utama ke arah ini.
Saya tidak tahu kenapa dia berbuat demikian. Saya tidak tahu juga sama ada atau tidak pihak (orang atau orang-orang) yang mendorongnya supaya berbuat demikian dari belakang.
Mungkin pula dia sengaja hendak menguji kekuatan dan pengaruh Mokhtaruddin Lasso dan orang-orangnya berbanding dengan kekuatan dan pengaruh kami anggota jabatan pengarang “Suara Rakyat” dan penyokong kami. Setidak-tidaknya inilah sangkaan yang menguasai fikiran saya ketika itu.
Bahawa adanya usaha-usaha memperimbangi kekuatan di antara kedua pihak memang agak jelas dari mulanya lagi. Sementara Mokhtaruddin Lasso dan Arshad Ashaari membawa orang mereka datang berjinak-jinak ke “Suara Rakyat” kami pun begitu pula - membawa orang kami datang berjinak-jinak ke sana.
Walau apa pun sebabnya kami memang sudah sejak lama bersedia. Jadi apabila Arshad Ashaari meminta kami menjemput kawan-kawan kami menghadiri suatu majlis perundingan di pejabat “Suara Rakyat” itu pada suatu malam yang telah ditetapkannya, maka kami tidak menolak malah sebaliknya menerimanya dengan sepenuh hati.
Tidak ramai orang yang menghadiri majlis perundingan itu bila ia diadakan. Kira-kira dua puluh orang saja semuanya. Saya tidak ingat nama mereka satu persatu, tetapi yang pasti ialah kawan-kawan kami dengan kawan-kawan Mokhtaruddin Lasso boleh dikatakan sama banyak.
Yang menjadi pengerusi Mokhtaruddin Lasso sendiri dan penulisnya Dahari Ali.
Mokhtaruddin Lasso menerangkan tujuan majlis perundingan itu diadakan, iaitu, katanya, untuk membincangkan sama ada patut atau tidak sebuah parti politik dilancarkan di Malaya memandangkan bahawa sekarang Jepun telah menyerah kalah dan Inggeris akan kembali memerintah Malaya semula.
Hampir setiap orang yang hadir telah bercakap mengatakan patut sebuah parti politik dilahirkan di Malaya dengan memberikan alasan masing-masing.
Pada ketika itu Indonesia telah mengisytiharkan kemerdekaannya. Ini banyak mempengaruhi fikiran yang hadir. “Kita pim patut memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita,” kata seorang yang hadir.
“Lihat Indonesia! Kalau Indonesia boleh merdeka tidak ada sebab kenapa kita di Malaysia tidak boleh.”
Fikiran ini mendapat tepukan yang bergemuruh. Seorang lain menambah. “Untuk menangkap ikan, misalnya, kita harus mempu-nyai kail atau jala atau alat-alat lain. Demikianlah pula untuk mendapatkan kemerdekaan. Dan alat untuk memperjuangkan kemerdekaan ini ialah parti politik.”
Tepukan bergemuruh lagi.
Seorang lain pula bercakap. “Parti melahirkan pemimpin-pemimpin. Kita memerlukan pemimpin-pemimpin jika kita hendak memperjuangkan kemerdekaan. Sebab tanpa pemimpin siapakah yang akan membimbing, menyusun dan menggerakkan rakyat supaya bersatu padu bagi berjuang untuk kemerdekaan? Kalau Indonesia boleh berbangga dengan Soekarno, Hatta dan lain-lain, maka kita pun harus mempunyai tokoh-tokoh yang demikian itu pula jika kita benar-benar hendakkan bangsa dan tanah air kita merdeka.”
Lagi kedengaran tepuk yang bergemuruh.
Ada juga antara mereka yang keluar dengan penganalisaan yang logik dan mudah diterima akal.
Berkata seorang, “Pengalaman-pengalaman kita dalam masa pemerintahan penjajah Inggeris dulu menunjukkan bahawa Inggeris tidak pernah membenarkan kita bergiat dalam politik. Kita hanya dibenarkan mendirikan persatuan-persatuan yang secara hitam di atas putih harus menyatakan tidak campurnya dalam politik, seperti Persatuan Melayu Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan lain-lain.
“Ini bererti bahawa jika Inggeris telah kembali memerintah negeri ini semula. Setelah Jepun meninggalkan negeri ini, amalan dan kebiasaan lamanya ini pasti akan dilanjutkannya dan kita tak boleh campur politik lagi. Itulah sebabnya saya rasakan baik kita siang-siang menubuhkan parti politik yang nanti akan kita hadapkan kepadanya sesampainya saja ke negeri ini.”
“Dengan lain perkataan jangan beri ia peluang melarang kita tetapi tidak mengapa kalau ia menghalang kita. Kalau kita dilarang memegang parang dan ini kita patuhi ertinya tangan kita takkan pernah menyentuh parang itu sehingga kita mungkin tidak tahu apa ianya. Tetapi kalau kita dihalang memegang parang sedang parang sudah sedia ada di tangan kita, maka kita boleh menepuk dada dan menanya selera sama ada kita akan mematuhi halangan itu atau sebaliknya menggunakan parang yang di tangan kita itu demi kepentingan kita.”
Memang banyak lagi kata-kata dalam majlis perundingan itu yang tidak dapat saya ingat, tetapi suatu hal adalah pasti iaitu cadangan menubuhkan parti politik itu mendapat sokongan yang seratus peratus. Yang ragu-ragu pada mulanya pun menyokong.
Kerana adanya kebulatan pendapat yang tidak diduga-duga ini, pengerusi Mokhtaruddin Lasso lantas meminta persetujuan sekalian yang hadir untuk menukarkan majlis perundingan atau perbincangan hari itu menjadi majlis perjumpaan.
Persetujuan ini dengan mudah saja didapatnya.
Setelah itu majlis perjumpaan tersebut telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah parti politik dengan sebulat suara.
Sekarang tibalah pada peringkat memberikan nama kepada parti politik baru yang ditubuhkan itu.
Arshad Ashaari, orang Mokhtaruddin Lasso, mencadangkan supaya parti politik baru itu dinamakan Parti Sosialis Malaya dan dia mendapat sokongan dari salah seorang yang hadir, orang Mokhtaruddin Lasso juga.
Sekarang bertambah jelaslah kepada saya akan kebenaran dugaan saya mula-mula tadi iaitu majlis perundingan yang kemudian bertukar menjadi majlis perjumpaan. Itu dimaksudkan untuk menguji pengaruh atau kekuatan antara Mokhtaruddin Lasso dan orang-orangnya dengan orang-orang kami. Lantas saya pun segera mengemukakan usul agar parti politik baru yang ditubuhkan itu dinamakan Parti Kebangsaan Melayu Malaya.
Saya mendapat sokongan dari seorang orang kami.
Kerana adanya dua usul maka diberikanlah peluang untuk sekalian yang hadir membahaskannya dengan seluas-luasnya, iaitu sebelum dijalankan pengundian.
Agak rancak juga perbahasan berikutnya. Orang Mokhtaruddin Lasso menerangkan sosialisme dengan segala kebaikannya sama seperti penerangan-penerangan yang lumrah kita dengar sekarang ini.
Orang kami menekankan bahawa mereka bukannya tidak bersetuju dengan cita-cita sosialisme itu, tetapi demi kepentingan bertaktik dan mengingat bahawa kita masih lagi dalam peringkat memperjuangkan kemerdekaan dan melahirkan sebuah negara nasional, maka nama Parti Kebangsaan Melayu Malaya itu adalah sebaik-baik nama baginya.
Tidak syak lagi orang kami itu adalah orang yang telah mendalam sekali dipengaruhi oleh Soekarno dan Hatta. Dengan perkataan lain mereka mahu Parti Kebangsaan Melayu Malaya itu menjadi seperti Parti Nasional Indonesia pimpinan Soekarno dan Hatta.
Setelah undian dijalankan maka cadangan kami supaya parti baru itu dinamakan Parti Kebangsaan Melayu Malaya mendapat kemenangan undi lebih. Saya gembira sekali.
Berhubung dengan tujuan parti tersebut dengan sebulat suara telah dicapai keputusan bahawa tujuannya haruslah mencapai kemerdekaan penuh atau seratus peratus bagi Malaya.
Anggaran Dasar dan Anggaran Rumahtangga parti atau yang dikenal juga dengan perlembagaan parti tidak ada dan telah diputuskan akan disusun kemudian untuk dibahaskan dan diluluskan nanti dalam suatu kongres perasmian yang akan diadakan dengan secepat mungkin.
Akhirnya dilantiklah dewan pimpinan bagi parti baru atau PKMM yang telah dilahirkan itu. Mokhtaruddin Lasso terpilih menjadi Yang Dipertua Agung dan Dahari Ali menjadi Setiausaha Agung. Jawatan Bendahari Agung disandang oleh Arshad Ashaari, pengurus “Suara Rakyat”.
Naib Yang Dipertua Agung disediakan untuk Dr. Burhanuddin, walaupun beliau tidak menghadiri majlis perjumpaan itu. Saya duduk sebagai salah seorang ahli jawatankuasa agung, mengetuai bahagian pemuda. Sayangnya susunan Jawatankuasa Agung Pusat ini sepenuhnya tidak saya ingat. Nama-nama lain yang saya ingat turut terpilih ialah Baharuddin Tahir dan Khadijah Ali mengetuai bahagian wanita.
Orang-orang lain yang hadir diberikan jawatan belaka iaitu sebagai Pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri.
Tentang Pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri juga saya tidak ingat nama-nama seluruhnya. Yang saya tidak lupa ialah Ibrahim Karim dipilih menjadi Pesuruhjaya ke Negeri Selangor dan Musa Ahmad dipilih menjadi Pesuruhjaya ke Negeri Sembilan.
Demikian ceritanya maka Parti Kebangsaan Melayu Malaya ditubuhkan.
Ternyata di sini bahawa sekalian yang hadir dalam majlis perjumpaan penubuhannya itu semuanya datang dari daerah Ipoh belaka. Hanya seorang Ibrahim Karim saja yang datang dari Batu Gajah, Perak. Pendeknya tidak ada seorang pun yang datang dari luar negeri Perak sepanjang yang berhubung dengan perjumpaan mengasaskan Partai Kebangsaan Melayu Malaya itu.
Jadi kalau sekiranya ada, masa akhir-akhir ini, orang atau orang-orang di luar negeri Perak yang mendakwa dirinya sebagai pengasas partai Kebangsaan Melayu Melaya maka dakwaan itu adalah palsu belaka.
Buku-buku sejarah perjuangan politik di Malaya, terutama yang berhubung dengan orang-orang Melayu, yang ditulis oleh pengarang-pengarang luar negeri sering mengatakan bahawa Partai Kebangsaan Melayu Malaya merupakan lanjutan dari perjuangan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Rakyat Istimewa Semenanjung (KERIS) yang kedua-duanya dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob.
Kenyataan ini, kalau kita mahu berlaku jujur, tidaklah benar sama sekali. Sebagai seorang pengasas yang memainkan peranan penting dalam penubuhan PKMM ini dapat saya katakan dengan penuh tanggungjawab bahawa tidak seorang pun dari orang-orang yang menghadiri perjumpaan penubuhan itu memendam hasrat ini di dalam dada mereka masing-masing apatah lagi menyatakan dengan lidah dan perkataan.
Dan jangan lupa bahawa selain dari saya dan Ibrahim Karim yang dulunya ada hubungan dengan KMM maka sekalian yang hadir dalam perjumpaan penubuhan PKMM itu bukanlah bekas orang-orang KMM ataupun KERIS.
Benar kemudiannya ramai bekas orang-orang KMM ataupun KERIS yang menjadi anggota PKMM itu bahkan menjadi tokoh juga tetapi ini adalah sesuatu yang berlaku kemudian yang tidak ada hubungannya dengan penerusan perjuangan KMM ataupun KERIS itu.
Dan dalam surat khabar keesokan harinya, terutama dalam “Suara Rakyat”, tersiarlah berita penubuhan PKMM ini secara besar-besaran. Di dalamnya ada dikatakan, antara lain-lain, bahawa wakil-wakil dari setiap negeri dalam Malaya turut hadir dalam perjumpaan penubuhan tersebut. Tetapi ini hanyalah ‘kebohongan’ untuk maksud propaganda semata-mata - tak lebih dan tak kurang.
Ia dimaksudkan untuk membesar-besarkan apa yang sebenarnya kecil saja supaya kekecilannya itu tidak kenampakan. Bukankah kalau dikatakan hanya orang-orang Ipoh saja yang hadir maka orang akan memandangnya sebagai suatu perkara yang tidak penting? Maka itulah sebabnya maka dikatakan wakil-wakil dari setiap negeri dalam Malaya telah hadir sama.
Dan sesungguhnya propaganda ini ternyata cukup berkesan sekali. Surat-surat telah kami terima dari segenap pelosok tanah air bukan saja mengalu-alukan kelahiran PKMM bahkan meminta pula untuk menjadi anggotanya dan seterusnya untuk menubuhkan cawangan-cawangan di tempat masing-masing.
Demikianlah cawangan-cawangan telah bertumbuh di segenap pelosok tanah air seperti cendawan di musim hujan.
PKMM sudah datang untuk diakui akan adanya.
------------------------------
Dipetik dari buku Ahmad Boestamam 'Merintis Jalan Ke Punchak', Penerbitan Pustaka Kejora, 1972.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2018/11/ahmad-boestamam-tertubuhnya-parti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengenang Perginya Ahmad Boestamam Nasionalis Melayu Radikal Berhaluan Kiri

Mengenang Perginya Ahmad Boestamam Nasionalis Melayu Radikal Berhaluan Kiri

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 1126 hits
Memperingati pemergian Ahmad Boestamam yang telah menghembuskan nafas terakhir lebih 30 tahun dahulu pada 19 Januari 1983 Keratan akhbar ini diambil dari Berita Harian bertarikh 21 Januari 1983 Professor Khoo Khay Kim dalam catatan belasung...
Video Bukan Isu Parti Politik Tetapi Mempertahankan Islam Dan Melayu

Video Bukan Isu Parti Politik Tetapi Mempertahankan Islam Dan Melayu

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 488 hits
Walaupun termaktub dalam perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan tetapi kita tak pernah pun edar Al Quran di sekolah bukan Islam Ni ada pulak berani edar bible d sekolah Islam BERTAM Belum reda isu berkaitan pengedaran Bibl...
Umno Masih Parti Politik Terbesar Di Malaysia

Umno Masih Parti Politik Terbesar Di Malaysia

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 319 hits
ZULKIFLI MANZOR nbsp 24 Oktober 2018 10 09 AM SEREMBAN UMNO masih wujud berfungsi dan bergerak sebagai parti politik terbesar di Malaysia nbsp Tim
Kongres Parti Kebangsaan Melayu Malaya Di Istana Kampong Gelam Singapura

Kongres Parti Kebangsaan Melayu Malaya Di Istana Kampong Gelam Singapura

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 1297 hits
Gambar rare Kongres Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang ketiga pada awal 1948 di Istana Kampong Glam Singapura Barisan ini adalah di antara pejuang pejuang yang terkenal penggerak jiwa rakyat dengan semangat kemerdekaan tanahair Di antara p...
Alahai Malang Sungguh Politik Cara Melayu Jaga Hati Kawan

Alahai Malang Sungguh Politik Cara Melayu Jaga Hati Kawan

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 322 hits
MUNGKIN ada yang mengutuk saya kerana sering kali menulis mengenai kebobrokan ultra kiasu Pertanyaan standard mereka sudah tidak ada jalankah untuk berdakwah kepada mereka Terlalu mudahkah berputus asa Sedangkan Baginda Rasulullah tidak per...
Pakatan Harapan Bukan Parti Untuk Pelarian Politik

Pakatan Harapan Bukan Parti Untuk Pelarian Politik

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 274 hits
Oleh Wartawan MySuara KUALA LUMPUR Pakatan Harapan bukan tempat untuk mana mana individu menjadikan parti itu sebagai destinasi pelarian politik Timbalan Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Salahuddin Ayub meminta PH membincangkan satu ...
Ahmad Zahid Yakin Tidak Akan Didakwa Jika Rela Lompat Parti

Ahmad Zahid Yakin Tidak Akan Didakwa Jika Rela Lompat Parti

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 281 hits
KUALA LUMPUR tuduhan jenayah tegas Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata ini kerana Pakatan Harapan masih belum selesai dalam urusan pemburuan mereka Justeru kata beliau pemi...
Boleh Tubuh Cawangan Parti Politik Di Universiti Awam Selepas Auku Dipinda

Boleh Tubuh Cawangan Parti Politik Di Universiti Awam Selepas Auku Dipinda

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 358 hits
Boleh tubuh cawangan parti politik di universiti awam selepas AUKU dipinda Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pa
Majid Salleh Pejuang Kaum Buruh Parti Kebangsaan Melayu Malaya

Majid Salleh Pejuang Kaum Buruh Parti Kebangsaan Melayu Malaya

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 552 hits
Majid Salleh merupakan pemimpin seksyen buruh PKMM Johor dan merupakan ketua kesatuan buruh Johore South Federation of Trade Unions pada tahun 1947 semasa beliau berumur 24 tahun Gambar Majid Salleh ini diambil pada tahun 1946 47 berpakaian...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game