Kisah Tiga Perang Bangsa Melayu Melawan Penjajah


Orang-orang Melayu adalah pelayar ulung yang telah mengembangkan pengaruh mereka di Nusantara menerusi beberapa empayar maritim yang pernah diterajui mereka. Kedatangan penjajah Barat bermula kurun ke 16 telah secara perlahan menghakis kegemilangan kerajaan-kerajaan Melayu ini sehingga akhirnya seluruh Dunia Melayu terjajah.
Walaupun ditindas dan dijajah beratus tahun lamanya, sejarah telah membuktikan bahawa orang-orang Melayu mempunyai semangat kebangsaan dan jati diri yang tinggi untuk menentang penjajah. Artikel ini memberi fokus kepada antara tiga peperangan menentang penjajahan yang terbesar di dalam sejarah Nusantara iaitu Perang Kedah-Siam (di Tanah Melayu), Perang Kastilla (di Borneo) dan Perang Gowa (di Sulawesi).
PERANG KEDAH-SIAM
Perang Kedah-Siam meletus sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II pada kurun ke 19. Armada Siam pada waktu itu belayar ke Kuala Kedah dengan alasan untuk mendapatkan bekalan makanan bagi menghadapi serangan tentera Burma yang sedang memerangi Siam. Orang-orang Kedah tidak mengetahui tujuan sebenar lawatan tersebut dan menyambut kedatangan armada Siam itu dengan meriah.
Sesudah berlabuh di Kedah, tentera Siam melancarkan serangan mengejut yang seterusnya melumpuhkan Kedah. Seramai 1000 rakyat Kedah telah dijadikan tawanan perang dan dihantar sebagai buruh paksa ke Bangkok. Sultan Kedah terpaksa berundur ke Prai sebelum melarikan diri ke Pulau Pinang dan diberikan perlindungan oleh kerajaan negeri-negeri Selat yang ditadbir British. Kedah telah secara rasmi dijadikan jajahan takluk Siam pada tahun 1821 dan menerima pentadbiran secara langsung dari Bangkok.
Penjajahan ini meletuskan beberapa siri gerakan pembebasan anjuran bangsawan-bangsawan Kedah. Serangan pertama dilancarkan pada tahun 1826 tetapi berjaya dipatahkan Siam dengan bantuan British. Tengku Kudin melancarkan serangan lagi pada tahun 1831 dan berjaya mengalahkan Siam. Namun kemenangan ini tidak kekal dan pasukan Tengku Kudin terpaksa berundur apabila Siam melakukan serang balas dan mengambil semula kota Kuala Kedah.
Walaupun mengalami kekalahan yang berpanjangan dan sekatan daripada pihak British yang bersekongkol dengan Siam, ini tidak langsung mematahkan semangat juang Melayu Kedah. Pada tahun 1839, setelah menyusun strategi peperangan yang mantap, angkatan Kedah menyerang balas dan berhasil mengusir Siam dari Kedah dan seterusnya membebaskan Pattani serta Songkhla dari penguasaan Siam. Kekalahan yang memalukan ini telah menconteng arang di wajah pemerintah Siam dan satu angkatan peperangan yang besar dengan persenjataan moden dan dibantu pihak British telah dikerahkan ke Kedah. Akhirnya, Kedah telah jatuh ke tangan Siam dan ditukar namanya kepada Syburi.
Sultan Ahmad Tajuddin yang tidak rela negerinya mengalami nasib yang sama seperti Pattani yang telah dihapus kesultanannya, telah mencuba memperbaiki hubungannya dengan Raja Siam melalui beberapa siri perbincangan diplomatik. Pada tahun 1842, takhta Sultan Kedah telah dikembalikan oleh Raja Siam kepada baginda Sultan Kedah dan kesultanan Kedah kekal sehingga hari ini sebagai sebuah institusi kesultanan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Catatan sejarah ini menunjukkan orang-orang Melayu Kedah mempunyai semangat juang yang sangat tinggi. Jika pihak Siam tidak dibantu oleh British, berkemungkinan besar Siam tidak dengan sesenang itu dapat menjarah bumi Kedah yang berdaulat. Perjuangan menentang penjajahan ini telah dipandang tinggi oleh seorang pegawai tentera laut British, Kapten Sherard Osborn yang menyatakan:
‘Seperti anjing, orang-orang tempatan di pesisir Semenanjung India menjilat tangan yang mendera mereka; tetapi tidak untuk orang Melayu; dan kita orang-orang Inggeris harus menjadi bangsa yang pertama memberi penghormatan kepada sebuah bangsa yang tidak sewenang-wenangnya tunduk kepada penjajahan dan penindasan’.

PERANG KASTILLA
Sepanyol dan kesultanan Brunei pernah terlibat dalam suatu peperangan yang dianggap antara yang terbesar di dalam sejarah Nusantara iaitu Perang Kastilla. Pada tahun 1576, gabenor Sepanyol bernama Francisco de Sande bersama pengikutnya telah belayar ke Brunei untuk menghadap Sultan Saiful Rijal. Objektif utama mereka adalah untuk menjalin hubungan baik dengan Brunei dan untuk mendapatkan kebenaran mengembangkan ajaran Kristian di wilayah kesultanan ini. Francsico juga menuntut Brunei untuk menghentikan penyebaran Islam di kepulauan Filipina. Dengan berang, Sultan Saiful Rijal menolak permintaan Francisco dan akibat daripada itu, pihak Sepanyol melancarkan peperangan ke atas Brunei pada tahun 1578.
Ekspedisi peperangan menentang Brunei ini melibatkan 2,200 bala tentera. Kota Batu, ibukota Brunei ketika itu telah ditawan pada 16 April 1578 mengakibatkan Sultan Brunei terpaksa melarikan diri ke Jerudong bagi mengatur serangan balas bagi menghalau Sepanyol keluar dari Kota Batu. Setelah berjaya mengumpulkan kekuatan, serangan telah dilancarkan oleh Bendahara Sakam dengan penuh semangat keberanian dan akhirnya beliau berhasil mengusir Sepanyol dari bumi Brunei pada 26 Jun 1578, 72 hari setelah Brunei dijajah Sepanyol. Tentera Sepanyol telah dikejar oleh bala tentera Brunei sehingga mereka lari ke Sabah.
Jika tidak kerana keberanian dan semangat juang yang tinggi pasukan tentera Melayu Brunei, Brunei mungkin akan menjadi sebahagian daripada wilayah takluk Sepanyol di Timur dan merdeka hari ini sebagai sebahagian dari wilayah negara Filipina. Sehingga hari ini, Brunei kekal sebagai sebuah kesultanan makmur yang berdaulat yang masih mengamalkan konsep Melayu Islam Beraja (MIB).
PERANG GOWA
Sultan Hasanuddin Tumenanga Ri Balla Pangkana adalah seorang pemerintah yang disegani yang pernah bertakhta di Gowa, kesultanan yang kini menjadi sebahagian dari sejarah terpenting rakyat Sulawesi. Baginda memerintah dari tahun 1653 sehingga 1669, sewaktu Belanda mencuba keras untuk menguasai wilayah ini dengan Gowa merupakan satu-satunya kesultanan di Indonesia Timur yang masih lagi merdeka.
Pada tahun 1666, Syarikat Hindia Timur Belanda yang dipelopori Kapten Cornelis Spellman bertindak untuk menguasai kesemua kerajaan di Indonesia Timur untuk memonopoli perdagangan rempah. Walaubagaimanapun, Belanda gagal untuk menjajah Gowa.
Untuk menangkis pencerobohan Belanda, Sultan Hasanuddin memperkuat kekuatan tentera kerajaanya untuk menghadapi Belanda. Pihak Belanda juga telah mendapatkan bantuan tentera dari ibu kotanya di Batavia. Sebanyak 250 buah kapal-kapal Gowa belayar dari Pelabuhan Galesong ke laut Banda dan armada Belanda pula diketuai oleh Laksamana Monte Maranno. Peperangan berterusan selama 3 tahun mengakibatkan kerugian yang besar pada kedua-dua pihak. Akhirnya, serangan terakhir Belanda pada 12 Jun 1669 telah melumpuhkan kota Sombaupu dan Gowa akhirnya terjajah. Sultan Hasanuddin kemudiannya diturunkan takhta dan mangkat setahun kemudian pada 12 Jun 1670. Keberanian Sultan Hasanuddin menentang penjajahan disanjung tinggi bukan sahaja oleh rakyat Makassar tetapi juga oleh Belanda yang memberikan jolokan De Hanntjes van Het Oosten (Ayam Jantan dari Benua Timur) kepada Baginda. Gowa kekal sebagai tanah jajahan Belanda sehingga merdeka di dalam Indonesia pada tahun 1950.
KESIMPULAN
Bermula kurun ke 16 Masihi, kerajaan-kerajaan Melayu telah secara sedikit demi sedikit dijajah oleh kuasa-kuasa luar seperti Belanda, Sepanyol, British dan juga kuasa serantau, Siam. Biarpun dijajah dan tanahair mereka dijarah, sejarah telah mencatatkan bahawa bangsa rumpun Melayu tidak dengan mudah menyerah tanpa sebarang penentangan. Kisah ‘tiga perang’ yang dibincangkan iaitu, Perang Kedah-Siam, Perang Kastilla dan Perang Gowa telah membuktikan bahawa orang-orang Melayu telah memberikan penentangan yang hebat dengan semangat juang dan jati diri yang tinggi dalam mempertahankan tanahair mereka daripada penjajahan, walaupun akhirnya tetap jua dijajah.
Kesultanan Brunei yang masih wujud sehingga kini adalah peninggalan warisan Melayu yang boleh dibanggakan di Nusantara – walaupun telah secara sementara dijajah Sepanyol, ianya kekal sehingga kini sebagai sebuah negara Melayu Islam berdaulat yang merdeka. Maka, orang-orang Melayu harus melihat sejarah episod penjajahan ini bukan sebagai suatu alasan untuk menjadi layu, tetapi sebagai suatu semangat bagi membina jati diri untuk berusaha maju ke hadapan dalam membina negara-negara rumpun Melayu yang telah merdeka, tidak kira di Malaysia, Brunei ataupun Indonesia
Mohd Hazmi Mohd Rusli (Ph. D) ialah seorang pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia dan seorang profesor pelawati di Sekolah Undang-undang, Far Eastern Federal University, Vladivostok, Rusia.

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2018/11/kisah-tiga-perang-bangsa-melayu-melawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mentaliti Menghina Bangsa Sendiri Adalah Mentaliti Penjajah Frantz Fanon

Mentaliti Menghina Bangsa Sendiri Adalah Mentaliti Penjajah Frantz Fanon

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 308 hits
Frantz Fanon di dalam buku beliau berjudul Black Skin White Masks ada membentangkan berkenaan hasil kajian psikologi pasca kolonialisme Hasil kajian tersebut membuat kesimpulan bahawa sesebuah kaum yang pernah dijajah oleh kuasa kolonial da...
Quraysh Bangsa Tonggak Ketuanan Melayu

Quraysh Bangsa Tonggak Ketuanan Melayu

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 669 hits
Quraysh Bangsa Tonggak Ketuanan Melayu 1 Setelah meninggalnya Rasulullah para sahabat berkumpul di Saqifah Bani Sa adah bagi melantik Khalifah baru sebagai pengganti Rasulullah Saat inilah berlaku perselisihan apabila kaum Ansar berkehendak...
Impak Pengesahan Iccpr Kepada Bangsa Melayu Agama Islam

Impak Pengesahan Iccpr Kepada Bangsa Melayu Agama Islam

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 448 hits
Sudah jadi kebiasaan bagi mana mana negara berusaha menaikkan prestij mereka di mata dunia dalam pelbagai segi seperti politik ekonomi dan sosial Dan bagi Malaysia pula salah satu aspirasi kerajaan baru hari ini ialah cuba menonjolkan diri ...
Kisah Inspirasi Kekuatan Seorang Ibu Yang Begitu Cekal Membesarkan Tiga Anak Istimewa

Kisah Inspirasi Kekuatan Seorang Ibu Yang Begitu Cekal Membesarkan Tiga Anak Istimewa

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 539 hits
Hebatnya seorang ibu yang mampu membesarkan anak istimewa dengan penuh kecekalan dan kesabaran Lebih hebat ujian yang dihadapi seorang ibu ini bersama suaminya apabila kesemua anak anaknya disahkan insan istimewa yang memerlukan pemerhatian...
Ucapan Tun Sambanthan Tiada Bangsa Seperti Orang Melayu

Ucapan Tun Sambanthan Tiada Bangsa Seperti Orang Melayu

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 550 hits
Ucapan Tun Sambanthan pada 1965 Apa yang kita boleh belajar Nak jadi cerita tadi den ada ternampak ada orang share pautan hansad parlimen yang mengandungi quote kata kata Tun Sambanthan yang memuji dan mengangkat kepimpinan kesudian pemurah...
Kisah Benar Keajaiban Pilot Terselamat Dari Segi Tiga Bermuda Saat Melaungkan Azan Ini Videonya

Kisah Benar Keajaiban Pilot Terselamat Dari Segi Tiga Bermuda Saat Melaungkan Azan Ini Videonya

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 950 hits
Kisah Benar Keajaiban Pilot Terselamat Dari Segi Tiga Bermuda Saat Melaungkan Azan Ini Videonya Kisah Benar Keajaiban Pilot Terselamat Dari Segi Tiga Bermuda Saat Melaungkan Azan Ini Videonya
Bangsa Melayu Berperang Gadai Nyawa Pertahan Tanah Air

Bangsa Melayu Berperang Gadai Nyawa Pertahan Tanah Air

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 730 hits
Orang orang Melayu adalah pelayar ulung yang telah mengembangkan pengaruh mereka di Nusantara menerusi beberapa empayar maritim yang pernah diterajui mereka Kedatangan penjajah Barat bermula kurun ke 16 telah secara perlahan menghakis kegem...
Bangsa Melayu Mencanai Minda Membentuk Sikap

Bangsa Melayu Mencanai Minda Membentuk Sikap

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 454 hits
Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahi Rahmani RahimMUKADIMAHSegala puji milik Allah Subhanahu Wa Ta ala yang telah menentukan tugas dan tanggung jawab di kalangan makhluk Nya Ya Allah Tuhan yang menguasai semesta alam hamba M...
Teater Muzikal Bangsawan Dendam Laksamana Martabat Sejarah Melayu

Teater Muzikal Bangsawan Dendam Laksamana Martabat Sejarah Melayu

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 1300 hits
Peminat teater bangsawan boleh menyaksikan persembahan secara langsung teater muzikal Bangsawan Dendam Laksamana yang telah mula ditayangkan di MATIC Kuala Lumpur bermula 2 November sehingga 11 November 2018 Sebuah teater dari produksi Pat ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat

Atletico Bangkit Tewaskan Barcelona Untuk Rampas Singgahsana La Liga