Bangsa Melayu Berperang Gadai Nyawa Pertahan Tanah Air


Orang-orang Melayu adalah pelayar ulung yang telah mengembangkan pengaruh mereka di Nusantara menerusi beberapa empayar maritim yang pernah diterajui mereka. Kedatangan penjajah Barat bermula kurun ke 16 telah secara perlahan menghakis kegemilangan kerajaan-kerajaan Melayu ini sehingga akhirnya seluruh Dunia Melayu terjajah.
Walaupun ditindas dan dijajah beratus tahun lamanya, sejarah telah membuktikan bahawa orang-orang Melayu mempunyai semangat kebangsaan dan jati diri yang tinggi untuk menentang penjajah. 
Artikel ini memberi fokus kepada antara tiga peperangan menentang penjajahan yang terbesar di dalam sejarah Nusantara iaitu Perang Kedah-Siam (di Tanah Melayu), Perang Kastilla (di Borneo) dan Perang Gowa (di Sulawesi).
PERANG KEDAH-SIAMPerang Kedah-Siam meletus sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II pada kurun ke 19. Armada Siam pada waktu itu belayar ke Kuala Kedah dengan alasan untuk mendapatkan bekalan makanan bagi menghadapi serangan tentera Burma yang sedang memerangi Siam. Orang-orang Kedah tidak mengetahui tujuan sebenar lawatan tersebut dan menyambut kedatangan armada Siam itu dengan meriah.
Sesudah berlabuh di Kedah, tentera Siam melancarkan serangan mengejut yang seterusnya melumpuhkan Kedah. Seramai 1000 rakyat Kedah telah dijadikan tawanan perang dan dihantar sebagai buruh paksa ke Bangkok. Sultan Kedah terpaksa berundur ke Prai sebelum melarikan diri ke Pulau Pinang dan diberikan perlindungan oleh kerajaan negeri-negeri Selat yang ditadbir British. Kedah telah secara rasmi dijadikan jajahan takluk Siam pada tahun 1821 dan menerima pentadbiran secara langsung dari Bangkok.
Penjajahan ini meletuskan beberapa siri gerakan pembebasan anjuran bangsawan-bangsawan Kedah. Serangan pertama dilancarkan pada tahun 1826 tetapi berjaya dipatahkan Siam dengan bantuan British. Tengku Kudin melancarkan serangan lagi pada tahun 1831 dan berjaya mengalahkan Siam. Namun kemenangan ini tidak kekal dan pasukan Tengku Kudin terpaksa berundur apabila Siam melakukan serang balas dan mengambil semula kota Kuala Kedah.
Walaupun mengalami kekalahan yang berpanjangan dan sekatan daripada pihak British yang bersekongkol dengan Siam, ini tidak langsung mematahkan semangat juang Melayu Kedah. Pada tahun 1839, setelah menyusun strategi peperangan yang mantap, angkatan Kedah menyerang balas dan berhasil mengusir Siam dari Kedah dan seterusnya membebaskan Pattani serta Songkhla dari penguasaan Siam. Kekalahan yang memalukan ini telah menconteng arang di wajah pemerintah Siam dan satu angkatan peperangan yang besar dengan persenjataan moden dan dibantu pihak British telah dikerahkan ke Kedah. Akhirnya, Kedah telah jatuh ke tangan Siam dan ditukar namanya kepada Syburi.
Sultan Ahmad Tajuddin yang tidak rela negerinya mengalami nasib yang sama seperti Pattani yang telah dihapus kesultanannya, telah mencuba memperbaiki hubungannya dengan Raja Siam melalui beberapa siri perbincangan diplomatik. 
Pada tahun 1842, takhta Sultan Kedah telah dikembalikan oleh Raja Siam kepada baginda Sultan Kedah dan kesultanan Kedah kekal sehingga hari ini sebagai sebuah institusi kesultanan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Catatan sejarah ini menunjukkan orang-orang Melayu Kedah mempunyai semangat juang yang sangat tinggi. 
Jika pihak Siam tidak dibantu oleh British, berkemungkinan besar Siam tidak dengan sesenang itu dapat menjarah bumi Kedah yang berdaulat. Perjuangan menentang penjajahan ini telah dipandang tinggi oleh seorang pegawai tentera laut British, Kapten Sherard Osborn yang menyatakan:‘Seperti anjing, orang-orang tempatan di pesisir Semenanjung India menjilat tangan yang mendera mereka; tetapi tidak untuk orang Melayu; dan kita orang-orang Inggeris harus menjadi bangsa yang pertama memberi penghormatan kepada sebuah bangsa yang tidak sewenang-wenangnya tunduk kepada penjajahan dan penindasan’.
PERANG KASTILLA
Sepanyol dan kesultanan Brunei pernah terlibat dalam suatu peperangan yang dianggap antara yang terbesar di dalam sejarah Nusantara iaitu Perang Kastilla. Pada tahun 1576, gabenor Sepanyol bernama Francisco de Sande bersama pengikutnya telah belayar ke Brunei untuk menghadap Sultan Saiful Rijal. Objektif utama mereka adalah untuk menjalin hubungan baik dengan Brunei dan untuk mendapatkan kebenaran mengembangkan ajaran Kristian di wilayah kesultanan ini. Francsico juga menuntut Brunei untuk menghentikan penyebaran Islam di kepulauan Filipina. Dengan berang, Sultan Saiful Rijal menolak permintaan Francisco dan akibat daripada itu, pihak Sepanyol melancarkan peperangan ke atas Brunei pada tahun 1578.
Ekspedisi peperangan menentang Brunei ini melibatkan 2,200 bala tentera. Kota Batu, ibukota Brunei ketika itu telah ditawan pada 16 April 1578 mengakibatkan Sultan Brunei terpaksa melarikan diri ke Jerudong bagi mengatur serangan balas bagi menghalau Sepanyol keluar dari Kota Batu. Setelah berjaya mengumpulkan kekuatan, serangan telah dilancarkan oleh Bendahara Sakam dengan penuh semangat keberanian dan akhirnya beliau berhasil mengusir Sepanyol dari bumi Brunei pada 26 Jun 1578, 72 hari setelah Brunei dijajah Sepanyol. Tentera Sepanyol telah dikejar oleh bala tentera Brunei sehingga mereka lari ke Sabah.
Jika tidak kerana keberanian dan semangat juang yang tinggi pasukan tentera Melayu Brunei, Brunei mungkin akan menjadi sebahagian daripada wilayah takluk Sepanyol di Timur dan merdeka hari ini sebagai sebahagian dari wilayah negara Filipina. Sehingga hari ini, Brunei kekal sebagai sebuah kesultanan makmur yang berdaulat yang masih mengamalkan konsep Melayu Islam Beraja (MIB).
PERANG GOWA
Sultan Hasanuddin Tumenanga Ri Balla Pangkana adalah seorang pemerintah yang disegani yang pernah bertakhta di Gowa, kesultanan yang kini menjadi sebahagian dari sejarah terpenting rakyat Sulawesi. Baginda memerintah dari tahun 1653 sehingga 1669, sewaktu Belanda mencuba keras untuk menguasai wilayah ini dengan Gowa merupakan satu-satunya kesultanan di Indonesia Timur yang masih lagi merdeka.
Pada tahun 1666, Syarikat Hindia Timur Belanda yang dipelopori Kapten Cornelis Spellman bertindak untuk menguasai kesemua kerajaan di Indonesia Timur untuk memonopoli perdagangan rempah. Walaubagaimanapun, Belanda gagal untuk menjajah Gowa.
Untuk menangkis pencerobohan Belanda, Sultan Hasanuddin memperkuat kekuatan tentera kerajaanya untuk menghadapi Belanda. Pihak Belanda juga telah mendapatkan bantuan tentera dari ibu kotanya di Batavia. Sebanyak 250 buah kapal-kapal Gowa belayar dari Pelabuhan Galesong ke laut Banda dan armada Belanda pula diketuai oleh Laksamana Monte Maranno. Peperangan berterusan selama 3 tahun mengakibatkan kerugian yang besar pada kedua-dua pihak. Akhirnya, serangan terakhir Belanda pada 12 Jun 1669 telah melumpuhkan kota Sombaupu dan Gowa akhirnya terjajah. Sultan Hasanuddin kemudiannya diturunkan takhta dan mangkat setahun kemudian pada 12 Jun 1670. Keberanian Sultan Hasanuddin menentang penjajahan disanjung tinggi bukan sahaja oleh rakyat Makassar tetapi juga oleh Belanda yang memberikan jolokan De Hanntjes van Het Oosten (Ayam Jantan dari Benua Timur) kepada Baginda. Gowa kekal sebagai tanah jajahan Belanda sehingga merdeka di dalam Indonesia pada tahun 1950.
KESIMPULAN
Bermula kurun ke 16 Masihi, kerajaan-kerajaan Melayu telah secara sedikit demi sedikit dijajah oleh kuasa-kuasa luar seperti Belanda, Sepanyol, British dan juga kuasa serantau, Siam. Biarpun dijajah dan tanahair mereka dijarah, sejarah telah mencatatkan bahawa bangsa rumpun Melayu tidak dengan mudah menyerah tanpa sebarang penentangan. Kisah ‘tiga perang’ yang dibincangkan iaitu, Perang Kedah-Siam, Perang Kastilla dan Perang Gowa telah membuktikan bahawa orang-orang Melayu telah memberikan penentangan yang hebat dengan semangat juang dan jati diri yang tinggi dalam mempertahankan tanahair mereka daripada penjajahan, walaupun akhirnya tetap jua dijajah.
Kesultanan Brunei yang masih wujud sehingga kini adalah peninggalan warisan Melayu yang boleh dibanggakan di Nusantara – walaupun telah secara sementara dijajah Sepanyol, ianya kekal sehingga kini sebagai sebuah negara Melayu Islam berdaulat yang merdeka. 
Maka, orang-orang Melayu harus melihat sejarah episod penjajahan ini bukan sebagai suatu alasan untuk menjadi layu, tetapi sebagai suatu semangat bagi membina jati diri untuk berusaha maju ke hadapan dalam membina negara-negara rumpun Melayu yang telah merdeka, tidak kira di Malaysia, Brunei ataupun Indonesia
Mohd Hazmi Mohd Rusli (Ph. D) ialah seorang pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia dan seorang profesor pelawati di Sekolah Undang-undang, Far Eastern Federal University, Vladivostok, Rusia.
https://www.thepatriots.asia/kisah-tiga-perang-bangsa-melayu-melawan-penjajah/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/11/bangsa-melayu-berperang-gadai-nyawa.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Impak Pengesahan Iccpr Kepada Bangsa Melayu Agama Islam

Impak Pengesahan Iccpr Kepada Bangsa Melayu Agama Islam

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 449 hits
Sudah jadi kebiasaan bagi mana mana negara berusaha menaikkan prestij mereka di mata dunia dalam pelbagai segi seperti politik ekonomi dan sosial Dan bagi Malaysia pula salah satu aspirasi kerajaan baru hari ini ialah cuba menonjolkan diri ...
Kelantan Direkodkan Negeri Paling Tinggi Punyai Tanah Rezab Melayu

Kelantan Direkodkan Negeri Paling Tinggi Punyai Tanah Rezab Melayu

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 923 hits
Tanah rizab Melayu antara salah satu perkara yang sangat sensitif dan jarang jarang disebut dalam mana mana laporan berita Mengikut wasiat ditulis oleh Raja Raja Melayu salah satu daripada 7 perkara yang disebut adalah mengenai tanah rizab ...
Mimpi Wali Kota Jadikan Koperasi Sebagai Suksesi Umkm Di Tanah Air

Mimpi Wali Kota Jadikan Koperasi Sebagai Suksesi Umkm Di Tanah Air

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 282 hits
Sutiaji menegaskan penguatan koperasi dengan merambah unit usaha merupakan upaya agar perputaran uang di dalam lembaga itu tidak statis Jika diterapkan dengan baik maka akan semakin banyak masyarakat gemar dan tertarik menitipkan dananya pa...
Sumpah Pemuda Harus Dimaknai Tangkal Upaya Perpecahan Di Tanah Air

Sumpah Pemuda Harus Dimaknai Tangkal Upaya Perpecahan Di Tanah Air

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 213 hits
Pemuda sebagai kaum milenial juga mampu mendorong perekonomian negara dan kesejahteraan masyarakat dengan berbagai inovasi dan kreatifitas
Honor Indonesia Target Kuasai Pasar Ponsel Tanah Air Dalam Lima Tahun

Honor Indonesia Target Kuasai Pasar Ponsel Tanah Air Dalam Lima Tahun

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 276 hits
Meski baru resmi meramaikan pasar Indonesia mulai tahun ini produk yang ditawarkan memiliki harga murah dengan kualitas mewah Hal ini kerap menjadi perbincangan di kalangan para pemerhati ponsel
Tanah Melayu 1874 8574

Tanah Melayu 1874 8574

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 911 hits
Sejarah 2 Perubahan Pentadbiran di Tanah Melayu Bincangkan perubahan pentadbiran yang berlaku di Tanah Melayu antara tahun 1874 hingga tahun 1896 Sebelum tahun 1874 negeri negeri Melayu mengamalkan sistem beraja di mana raja mempunyai kuasa...
Tanah Melayu Kereta Api 8576

Tanah Melayu Kereta Api 8576

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 999 hits
Top 10 Safest Countries For Tourists And Travel boredarticles comutm source taboolasafestgood utm medium referral utm term databilityindia themalaysianreservePembinaan Jalan Kereta Api Di Kedah 20 12 2013 11 52 AM Dilihat 6090 Persaingan ku...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco