Kepak Ayam Madu Dalam Kuali Senang Nak Buat Sesuai Untuk Anak Yang Susah Makan Confirm Suka
Kadang-kadang makanan sedap yang kita suka, harganya bukan main mahal. Sedangkan kalau dibuat sendiri, modalnya tidaklah sebesar mana. Bila kita sediakan sendiri boleh buat lebih banyak mengikut keinginan kita. Lebih berbaloi!
Sama seperti resipi Kepak Ayam Madu ini, yang tidak memerlukan bahan yang banyak tapi dapat menghasilkan hidangan yang sedap dan pasti menjadi kegemaran seisi keluarga.
Ikuti perkongsian resipi dari Nana Sabrina Sarsan ini.
Kepak Ayam Bakar Madu Dalam Kuali
Panjangnya nama resepi
, ni resepi bajet,
mudah dan sedap, cuma guna 5 bahan perasa saja,mcm 5 rencah 5 rasa pula…Resepi dlm setiap gambar.
Sumber foto: Facebook Nana Sabrina Sarsan
Bahan-bahan:
1 sd mkn Madu
2 sd mkn kicap manis
1 sd mkn sos tiram
3 sd mkn minyak
*Klu tak ada kicap mahsuri pedas, bole guna kicap manis,kemudian tambah cili padi hiris, letak sikit jer jgn bnyk nti pedas
Sumber foto: Facebook Nana Sabrina Sarsan
Cara Membuat:
#1 Masukkan minyak, tumis bwg putih,bila dah brown masukkan ayam,masak sehingga ayam bertukar warna jadi brown.
*Pastikan guna kuali yg tak melekat k “Non stick pan”
Sumber foto: Facebook Nana Sabrina Sarsan
#2 Masukkan kicap,sos tiram dan madu..masak sehingga kering ataupun likat.
Sumber foto: Facebook Nana Sabrina Sarsan
Baca Juga:
Resipi Mi Sizzling Abang Remy, Makan Panas-Panas Memang Syok! Hidangan Sesuai Untuk Satu Famili
Biskut Raya Terpaling Sedap, Rasa Ala-Ala Jenama Terkenal. Rangup, Tak Sedar Habis Sebalang!
Resipi Bubur Nasi 2 Bahan, Mudah Masak. Makan Dengan Lauk Simple, Bertambah Tak Cukup Semangkuk!
Pengambilan madu digalakkan untuk kanak-kanak yang berumur setahun ke atas kerana ia dapat membantu mengelakkan batuk dan selsema. Jika tidak diamalkan setiap hari pun, jika sudah ada gejala batuk, boleh diberikan kepada anak.
Sumber foto: Internet
Selain itu, madu dikatakan dapat membantu sistem pencernaan anak. Kandungan pelbagai nutrisi dan vitamin dalam madu dalam membantu meningkatkan sistem imunisasi anak serta pertumbuhan mereka. Pengambilan madu setiap hari juga dapat membantu meningkatkan perkembangan otak kanak-kanak.
Jika anak-anak mempunyai masalah sukar tidur malam, anda boleh berikan mereka sesudu kecil madu. Ia dapat membantu menggalakkan tidur yang lebih berkualiti kerana kandungan enzim di dalamnya.
Sumber foto: Internet
Pengambilan madu juga sebenarnya dapat membantu mengurangkan tekanan. Apabila merasa letih selepas seharian bekerja, ambillah madu untuk membantu diri merasa lebih tenang dan relax.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di
SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Kepak Ayam Madu Dalam Kuali, Senang Nak Buat. Sesuai Untuk Anak Yang Susah Makan, Confirm Suka! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/kepak-ayam-madu-dalam-kuali-senang-nak-buat-sesuai-untuk-anak-yang-susah-makan-confirm-suka/